Fadzil Hanafi: BN Kedah tak banyak 'calon agama'
Bekas
anggota exco Kedah Datuk Fadzil Hanafi yang disingkirkan daripada Umno
kerana bertanding sebagai calon Bebas di DUN Alor Mengkudu berkata
beliau kecewa dengan BN yang menurutnya tidak banyak mengetengahkan
calon dengan latar belakang agama di peringkat DUN kali ini.
Beliau
yang pernah memegang portfolio hal ehwal agama Kedah itu berpendapat,
tindakan berkenaan "tidak menampakkan bahawa Umno memperjuangkan agama"
dan beliau menganggap ia satu "penghinaan" kepada Islam.
Fadzil juga berpendapat, Umno tidak mengambil pengajaran daripada kekalahan dalam "tsunami 2008" supaya memilih calon yang dikehendaki rakyat.
Katanya, masyarakat di kampung khususnya di Alor Mengkudu amat menyukai calon yang mempunyai latar belakang agama khususnya bagi mengendalikan majlis berkaitan Islam seperti tahlil, kenduri kesyukuran, membelah mulut anak dan menjadi imam.
"Sepatutnya parti ambil (calon) yang terbaik daripada baik. Ikut pemilihan kali ini, tidak ada tokoh agama. Tak ada tokoh agama seorang pun, menjadi calon yang dipilih oleh perdana menteri. Adakah ini dikatakan Umno memperjuangkan agama?.
"Kalau dia (Umno) memperjuang agama, sudah tentu dia meletakkan orang agama lebih daripada kepada orang lain, kerana negeri ini berada di tangan pembangkang," katanya petang ini.
Beliau juga tidak berpuas hati apabila BN mencalonkan semula individu yang telahpun tewas sebanyak dua kali sebelum ini, selain individu yang pernah dikenakan tindakan disiplin oleh parti.
Sedangkan, rakannya, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim sebagai tokoh agama juga tidak dicalonkan bertanding kali.
"Saya tengok kerakusan mereka ini, jangka masa hayat mereka akan lebih singkat. Apabila jangka hayat semakin singkat, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu, kerana selama ini yang mempejuangkan orang Melayu adalah Umno.
"Sekiranya sesebuah parti yang memperjuangkan agama, tetapi dari segi pelaksanaannya, mengetepi tokoh agama, satu musibah akan melanda parti tersebut," katanya.
Satu-satunya calon dari kalangan tokoh agama yang diketengahkan di Kedah adalah menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang bertanding di parlimen Jerai.
Beliau juga berpendapat, masyarakat masih lagi memerlukan khidmatnya di kawasan yang pernah dimenanginya dalam pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Pada pilihan raya umum 1999, beliau menang dengan majoriti 440 undi, ketika kawasan itu dikenali dengan nama DUN Tanjong Seri.
Selepas persempadanan semula, DUN berkenaan dikenali dengan nama Alor Mengkudu, yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar lebih 2,800 undi.

Beliau bagaimanapun digugurkan daripada senarai calon BN pada pilihan raya 2008.
Fadzil berkata beliau memenuhi semua ciri calon berkenaan. Selain itu, beliau juga seorang anak tempatan yang merendah diri, mesra dengan orang kampung, mudah didekati, dan berpengalaman, katanya.

berdepan dengan persaingan tiga penjuru antara ketua Pemuda PAS Kedah
Ahmad Yahya dan ketua Wanita Umno Alor Setar Sharifah Maznah Syed Kassim
Barakbah.
Fadzil yakin, pengundi yang "waras" akan memilih beliau berbanding Sharifah Maznah.
"Kalau dia (rakyat) kata Sharifah, tak apa kita terima. Kalau rasa dia waras, dia mesti terima (calon) agama... Sebagai contoh, siapa nak baca doa.
"(Betul), dia boleh (panggil) orang pejabat agama tapi tidak ada ke di kalangan calon-calon (BN) yang bertanding (yang berupaya mengetuai bacaan doa)?" soalnya lagi.
Beliau yang ditemui di kediamannya semalam berkata, beliau merancang untuk menguasai persaingan ini dengan hubungan baiknya dengan pengundi di kawasan tersebut.
"Saya selesa (berkempen) bersendirian dan tidak perlu mengadakan ceramah yang lebih besar. Saya menjadi wakil rakyat selama dua penggal.
"(Bahan kempen seperti) risalah dan bendera pun ada. Saya memerlukan dua hari lagi sebab masih tidak siap lagi.
"Kalau buat ceramah besar-besar, kalau yang hadir tidak ramai, ia memberi imej yang tidak elok dan dikatakan tidak dapat sambutan. Saya lebih kepada personal touch," katanya.
Fadzil juga berkata, beliau juga tiada masalah untuk menyampaikan ceramah di pentas PAS atau PKR memandangkan beliau kini telah dipecat daripada Umno.
Katanya, beliau telah mendapat jemputan ceramah daripada Pakatan Rakyat khususnya PAS di DUN Kubang Rotan pada 27 April ini dan akan memikirkan sama ada akan memenuhi jemputan tersebut.

No comments:
Post a Comment