Kami akan pastikan calon BN tewas – Shariff Omar
Mohd Sabri Said, | 17 Apr 2013 |
TASEK GELUGOR: Mantan Ahli Parlimen Tasek Gelugor,
Datuk Seri Shariff Omar mengakui pengumuman muka baru sebagai calon
Pilihanraya Umum ke-13 oleh Umno Pulau Pinang semalam boleh membawa
kekalahan dan kehancuran Barisan Nasional (BN).
Beliau yang berbaju 'T' belang berseluar hitam ketika berucap di
hadapan ribuan penyokong di pekarangan kediamanya di Pokok Machang, di
sini malam tadi kelihatan kecewa.
Ini kerana beliau tidak disenaraikan sebagai calon BN menggantikan
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang digugurkan sebaliknya memberikan mandat
kepada Ketua Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya, yang pernah
mengalahnya ketika pemilihan Umno beberapa tahun lalu.
Shariff yang juga mantan Timbalan Menteri Pertanian menegaskan,
kerusi tersebut sepatutnya menjadi miliknya semula setelah dipinjamkan
atas saranan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa
menamakan Nor Mohamed Yakcop sebagai calon pada Pilihan raya Umum ke-12
lalu.
"Kenapa janji tidak ditepati macam slogan BN. Nampak gayanya dah jadi
capati. Apa kata kali ni kita koyak BN yang sengaja memilih individu
yang tidak bekerja sebagai calon,” ujarnya.
"Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas
sokongan hadirin malam ini. Kami akan pastikan calon BN tewas,"
tambahnya.
No comments:
Post a Comment