.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, September 30, 2012

PP : KPI Sains 2012 Bersama PPD

PP : KPI 2012 Peperiksaan Awam

Sebenarnya ada titik temu antara kita..

Apabila berada dipentas dengan matlamat politik yang sengaja dipersempitkan semua yang orang buat dah tak betul... pihak aku saja yang betul. Lantas cerca menghina terkadang lebih bercakap konunnya terbaik tetapi diri ibarat kokoh berderai  tetapi ekor penuh tahi. Tetapi mengapa sekiranya kita semua kembali kepada matlamat yang satu kita boleh bersatu.. hati, minda, tenaga dan segalanya. Dan sebenarnya ada titik temu antara kita.

Bantah filem: Pemuda Umno, Wanita PKR kongsi pentas

  • Bernama
  • 10:29AM Sep 30 2012
Beberapa pemimpin politik, ahli akademik dan artis mendeklamasi puisi sempena Malam Seni Mencintai Nabi Muhammad SAW di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di Kuala Lumpur malam tadi.

Mereka ialah bekas Mufti Perlis Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin dan personaliti televisyen Wardina Saffiyah.

Masing-Masing menyampaikan puisi, yang antara lain, menyentuh keperibadian dan sejarah perjuangan Nabi Muhammad dalam memartabatkan agama Islam.

Majlis itu diadakan bagi membantah penyiaran filem 'Innocence of Muslims' arahan Sam Bacile, yang jelas menghina Nabi Muhammad serta agama Islam, dan dihadiri kira-kira 500 orang.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Jamil Khir Baharom, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Penerangan PAS Selangor Saari Sungib.

Jamil Khir, dalam ucapan ringkasnya, berkata kerjasama masyarakat Islam tanpa mengira fahaman politik adalah bukti keseriusan mereka dalam mengutuk sebarang bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad.

Sementara itu, Khairy ketika ditemui pemberita berkata majlis tersebut diadakan susulan perhimpunan bantahan di ibu negara terhadap penyiaran filem berkenaan di laman YouTube.

"Ketika masih ramai umat Islam membantah penyiaran video dan karikatur penghinaan itu, masih ada lagi kartun penghinaan yang sama di Eropah," katanya.

Pada 21 Sept lepas, perhimpunan bagi mengecam filem itu diadakan di depan Kedutaan Amerika Syarikat serta Masjid Jamek Kampung Baru di sini, yang dianjurkan Pergerakan Pemuda Umno dan Dewan Pemuda PAS.

Antara artis yang turut menjayakan program itu ialah Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search.

- Bernama

Saturday, September 29, 2012

Tuanku Baginda Al Sultan Kami



Hari ini 29/9/2012 KDYMM Sultan Muhammad ke V dan Tengku Mahkota mencemar duli menziarahi Tok Guru Nik Aziz di kediaman Tok Guru di Pulau Melaka.
Baginda bersama Tengku Mahkota tiba sejurus solat Asar dan sempat berjemaah bersama-sama Tok Guru di Masjid Pulau Melaka.Sultan yang berjiwa rakyat


ALLAH HU AKBAR

21 tahun layak mengundi




Antara intipati pembentangan Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia,  Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet semalam  ialah 
Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.
Kini orang muda berumur 21 tahun dan ke atas semakin bergaya... dapat duit. Cuma  yang dibawah umur 21 tahun, walaupun dah bekerja tak dapat... Mengapa ya tanya mereka. Maka jawab rakan sebelahnya , umur 21 tahun kan dah layak mengundi.. di bawah 21 tahun meloponglah.
 

Adil itu lebih dekat kepada taqwa


 

Oleh Jarjani Usman

“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa” 
(QS. al-Maidah: 8).

Bagi orang yang menyempatkan diri membaca sejarah Nabi Muhammad SAW, akan mendapati betapa konsistennya beliau dalam menegakkan keadilan. Tidak membeda-bedakan antara orang Arab dengan yang non Arab. Juga tidak membeda-bedakan antara anggota keluarganya sendiri dengan orang lain dalam menegakkan hukum. Ini menunjukkan bahwa keadilan adalah faktor yang tidak boleh tidak ada dalam kehidupan manusia di dunia ini. Di mana pun di dunia ini, ketidak-adilan selalu melahirkan berbagai ketidakbaikan atau ketidakharmonisan umat manusia.

Namun, di wilayah ketidak-adilan lah sebahagian manusia gemar bermain. Kalau sudah mendapatkan kesempatan berkuasa, apa yang sudah bertahun-tahun dibangun oleh Rasulullah, seperti keadilan dalam masyarakat, diruntuhkan. Tak peduli ada pihak yang teraniaya, tertindas, atau terdiskriminasikan. Terlalu gegabah menyebut saudara-saudara seiman sebagai orang lain, bila mereka tidak termasuk dalam kelompok kita. Ketika disebut “orang lain”, maka seringkali yang diutamakan adalah diri sendiri atau orang-orang dari kelompok sendiri. Padahal Rasulullah telah menjelaskan betapa eratnya persaudaraan sesama muslim, ibarat tubuh yang satu.

Bila memang tak mampu berbuat adil sebagaimana ditunjukkan Rasulullah, bagaimanakah kita menyebut diri sebagai pengikut Rasulullah? Sepantasnya kita berusaha memperbaiki diri dan belajar mengikuti jejak-jejak Rasulullah dari satu persoalan hidup ke persoalan lainnya, seperti persoalan keadilan. Dengan cara beginilah kita memperbaiki kehidupan ini. Kalau tidak, sama artinya kita ikut berandil atau sekurang-kurangnya membiarkan tatanan hidup ini berantakan dengan ketidak-adilan.


Serambi/-

Friday, September 28, 2012

Kerana salah laku dulu...

Timbalan Perdana Menteri juga Menteri Dalam Negeri Thai letak jawatan  karena Skandal Tanah tahun 2002.
7:34PM Sep 28 2012 

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Yongyuth Wichaiditm hari ini mengumumkan peletakan jawatannya dan juga jawatan Menteri Dalam Negeri berkuatkuasa Isnin ini.
  
"Tiada siapa memberi tekanan kepada saya untuk meletak jawatan. Saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak masalah undang-undang," katanya.
  
Kelayakan Yongyuth untuk berkhidmat dalam Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen menimbulkan keraguan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan mendapati beliau melakukan salah laku sebagai penjawat awam baru-baru ini.
  
Beliau didapati menyalahi undang-undang dengan meluluskan penjualan tanah biara yang dimiliki oleh Wat Thammikaram kepada Alpine Real Estate Co., dan Alpine Golf and Sports Club Co., semasa berkhidmat sebagai timbalan setiausaha tetap Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2002.

Di bawah undang-undang Thailand, tanah biara tidak boleh dijual atau dipindah hak milik.
  
Yongyuth bagaimanapun, berkata beliau akan mengekalkan jawatan sebagai pemimpin Parti Phue Thai dan Ahli Parlimen.
  
Sejak kebelakangan ini, beliau telah menghadapi tekanan berterusan dari luar dan dalam partinya untuk meletakkan jawatannya.
  
Beberapa pemimpin parti khuatir bahawa Pheu Thai, yang menjadi parti gabungan utama dalam pemerintahan kerajaan sekarang, mungkin menghadapi pembubaran sekiranya Yongyuth, sebagai pemimpin parti itu, akhirnya didapati bersalah dan dipaksa berundur.

Yongyuth merupakan antara lima timbalan perdana menteri dalam Kabinet Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

- Bernama
Salah laku ???? dkl buat dosa@ingkar undang-undang buatan manusia @ingkar perintah ALLAH SWT

Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan

Jumaat 
28 September 2012
Najib Tun Razak

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat bergaya dengan baju hijaunya ketika membentangkan Budget 2013 di Bangunan Parlimen, petang ini.
NONE



Bajet 2013 menyediakan bonus satu setengah bulan gaji bagi kakitangan awam, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Kerajaan telah pun membayar bonus setengah bulan kepada kakitangan awam, jumlahnya 1.3 juta orang, sempena sambutan Aidilfitri lalu.Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. 
TQVM MY PM! 



Pada sebelah paginya saya bersama umi seperti kebiasaan berkunjung ke Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu, membeli keperluan dapur - berkata seseorang.. " petang ni PM bentang Bajet 2013, sekali bajet sekali naik harga, orang kerja kampung macam mana? makan serupa jah ".



 Dalam hati kecil, berkata ya ke ? . Nanti kita tengoklah kerana harga daging yang dibeli pagi ni ialah RM 20.00 sekilo. Jika sebelum ini, apabila pegawai awam naik gaji, daging RM 18.00 naik menjadi RM 20.00 per kilo (kenaikan sekitar 12 % )...itu baru daging, yang lain juga turut ikut...Jadi pi mai tan tu la jugak.

Thursday, September 27, 2012

Sanggup kah anda mengira RM1 Billion dengan hanya berbekal not RM1.00 ?

 

Not RM yang ada hari ini keluaran Bank Negara Malaysia bermula yang bernilai besar ialah RM100.00 diikuti dengan RM50.00, RM20.00, RM10.00, RM5.00 dan RM1.00 manakala syilingnya bernilai 50 sen, 20 sen , 10 sen, 5 sen dan 1 sen.

Belum pernah tengok RM1,000.00. apatah lagi RM1Juta,, lagi-lagilah RM1Bilion. Sekiranya tuan diminta untuk mengira duit berjumlah RM1Billion ini yang hanya terdiri dari not RM1.00 sahaja, sudikah tuan melakukannya.

Tahu kah tuan, masa untuk mengiranya adalah selama 31 TAHUN 257 HARI 5 JAM 43 SAAT tanpa makan minum,, tanpa apa kerja buat yang lain..hanya menarik hembus nafas dan gerak jari membilang not itu sahaja. Separuh usia anda hanya dihabiskan untuk membilang RM1 Biliion.

Tetapi kini ramai yang bertitle Billionwan..bukan lagi jutawan..banyak betul duitnya. Jika dapat dengan halalluntoyibba, ahlhamdullilah, tetapi jika sebaliknya...banyaklah nahasnya samaada di dunia ataupun di akhirat.

 


Fatwa agama tidak boleh berpihak

Bersama kita renungkan secara ilmiah lagi profesional.....

Ada yang bertanya mengapa saya sering mengkritik aliran yang saya sifatkan literal yang dipegang oleh beberapa orang agamawan muda dalam Umno? Saya kata bahawa saya tidak kisah untuk sesiapa menjadi ulama tua ataupun muda kepada mana-mana parti selagi berpegang kepada prinsip agama ini. Umno dan Pas, semuanya sahabat saya. Prinsip agama itu lurus, fatwa agama tidak boleh berpihak. Hal ini terpakai untuk bukan sahaja untuk Umno, tetapi untuk Pas juga.

Pas pun dalam sejarahnya bukan tiada fatwa yang merbahaya termasuk yang boleh membawa kepada kafir-mengkafir. Hari ini nampaknya keadaan itu sudah berkurangan. Sebenarnya, aliran literal itu sendiri jika kena pada tempatnya tidak salah.

Mazhab Zahiri (literalism) -walau dikritik hebat - ia diiktiraf dalam fekah Islam. Tokoh besar Zahiri iaitu al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi dan kitabnya al-Muhalla menjadi rujukan fekah yang penting.

Rosak Keadaan

Saya mengkritik golongan literalist dalam Umno kerana pemikiran yang dibawa itu boleh mengharukan proses keadilan yang wujud dalam negara ini keseluruhannya.

Hari ini mungkin sesetengah orang Umno seronok apabila terdapat beberapa orang agama yang boleh berhujah dengan nas-nas agama untuk membela Umno.

Biasanya perkara ini dibuat oleh Pas. Namun tanpa mereka sedar fatwa-fatwa aliran literalist tersebut jika diaplikasi dalam sistem politik negara ini, ia akan meruntuhkan keseimbangan, kemaslahatan dan keadilan politik yang menjadi tonggak kepada tujuan berpolitik.

Umpamanya, apabila mereka berfatwa haram mengkritik kepimpinan politik negara secara terbuka. Hanya yang dibenarkan berjumpa dan menasihati secara tertutup.

Pengharaman ini jika diterima bererti system Parlimen yang memboleh ahli-ahlinya Parlimen membahas dan mengkritik dasar dan perlaksanaan kerajaan secara terbuka kepada pengetahuan awam adalah haram.

Perhimpunan Agung Umno yang sering kali kita mendengar para perwakilan meluahkan perkara-perkara yang mereka tidak puas hati tentang kerajaan juga adalah haram.

Golongan literalist ini mungkin berfikir bahawa hukum yang mereka keluar boleh digunakan untuk menentang pihak pembangkang, tetapi mereka lupa implikasinya meruntuhkan sistem negara dan parti itu sendiri.
Bahkan dalam sejarah Umno, Tun Dr Mahathir yang merupakan mantan Perdana Menteri dan Presiden Umno sendiri apabila tidak puas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri selepasnya iaitu Tun Abdullah Badawi, Tun Dr Mahathir telah melakukan kritikan terbuka.

Kebanyakan tokoh Umno yang ada, pernah melakukan hal yang sama apabila mereka berbeza ‘kem politik’. Bahkan Umno dan ulama muda itu sendiri mengkritik terbuka kepimpinan Kerajaan Kelantan, Selangor dan Kedah. Malang sekali jika golongan ini hanya terfikir fatwa berkenaan terkena pembangkang sahaja, padahal ia juga terkena kepada ‘tubuh sendiri’. Tentu mereka tidak akan kata ‘haram untuk kau, halal untuk aku’.

Ilmu Matan Hadis

Saya tidak mahu kata golongan ini berniat memperalatkan agama. Saya rasa sebab hal ini terjadi kerana cara fikir yang literal dan tidak menghayati ilmu Mukhtalaf al-Hadith yang merupakan ilmu penting dalam memahami matan sesuatu hadis.

Ilmu tersebut membantu untuk menyelaraskan hadis-hadis yang pada zahirnya nampak bercanggah dengan teks al-Quran dan as-Sunnah. Umpamanya apabila mereka membaca hadis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan.

Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka).

Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani).

Mereka mengambil hadis ini tanpa memperdulikan hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza.

Ini seperti hadis: “Akan ada pemimpin-pemimpin selepasku, mereka itu bercakap tiada siapa pun yang menjawab mereka. Mereka itu terjun ke dalam neraka seperti kera terjun” (Riwayat al-Tabarani, dinilai hasan).

Para sahabah telah bangun mengkritik al-Khulafa al-Rashidin dalam majlis-majlis mereka seperti Salman al-Farisi yang mempersoalkan Saidina ‘Umar al-Khattab semasa beliau berucap.

Sepatutnya perbezaan hadis-hadis ini diselaraskan dengan merujuk kepada kes yang berbeza. Isu dosa peribadi pemimpin hendaklah dibicarakan secara tertutup. Adapun yang membabitkan kepentingan awam maka rakyat yang terbabit boleh membahaskannya sekalipun terbuka.

Berdebat

Begitu juga apabila timbul trend politik kita yang banyak mengadakan debat isu rakyat secara terbuka. Ramai juga pihak kerajaan dan pembangkang yang terbabit.

Apabila ada pemimpin atasan yang menyatakan debat bukan budaya kita, mereka pun mengeluarkan sabda Nabi SAW: “Aku menjamin sebuah rumah dalam syurga bagi mereka yang meninggalkan debat mesti pun dia berada di pihak yang benar” (Riwayat Daud).

Ini bagi menyokong kenyataan pemimpin atasan. Mereka tidak mengambil kira bahawa al-Quran menyebut: “Berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik” (Surah al-Nahl: 125) dan juga dalam al-Quran ada Surah al-Mujadilah (wanita yang berdebat).

Perkataan yang digunakan dalam hadis ialah al-Mira’ yang boleh diertikan sebagai al-Jidal (debat). Dalam Islam terlalu banyak sejarah perdebatan ilmu yang menyebabkan ilmu berkembang.

Debat yang dilarang ialah debat yang sia-sia hasilnya, sekalipun benar. Inilah yang disebut dalam kitab-kitab syarah hadis seperti Faidh al-Qadir oleh al-Imam al-Munawi, Tuhfah al-Ahwazi oleh al-Imam al-Mubarakfuri.

Jika hadis di atas difahami secara literal, tentu Parlimen kita lembab dan tidak berfungsi kerana semua ahlinya akan mengelakkan berbahas.

Bajet Negara akan diterima bulat-bulat tanpa didebatkan kerana semua ingin mendapat rumah dalam syurga. Peguam dan pendakwa juga tidak ada berdebat di mahkamah.

Sepatutnya mereka kena sebut hadis ini semasa setiap kali mesyuarat Umno hendak dimulakan. Tentulah semua ahli menelan bulat-bulat minit mesyuarat tanpa mempertikaikannya sedikit pun.

Dulu saya pernah kritik apabila mereka sering membaca hadis ini di khalayak ramai: “Akan ada selepasku para pemimpin yang berpetunjuk bukan dengan petunjukku, bersunnah bukan dengan sunnahku, dan akan bangkit dalam kalangan mereka lelaki-lelaki yang jantung hati mereka seperti jantung hati syaitan dalam tubuh insan”.

Kata Huzaifah: “Apa yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, jika aku mendapati keadaan itu?”.

Jawab baginda: “Dengar dan taat kepada ketua, sekalipun belakangmu dipukul, hartamu diambil, dengar dan taatlah”. (Riwayat Muslim)

Hadis ini dibaca seakan rakyat dalam apa keadaan pun tidak boleh membantah kerajaan walaupun buruk mana sekalipun. Mereka lupa kerajaan dalam negara ini bukan sahaja Umno, ada juga kerajaan Pas dan PKR.

Hadis ini dibaca tanpa melihat kepada hadis-hadis lain yang memberikan penegasan yang berbeza. Antaranya hadis “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir ALLAH akan meliputi mereka dengan hukumanNya”( Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Dalam sejarah pemikiran fekah, tokoh aliran literalist yang paling terkemuka ialah al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (meninggal 456H). Dia terkenal kerana kebijaksanaannya tetapi literal dalam memahami nas-nas syarak.

Banyak fatwa literalnya dikritik oleh para sarjana. Pun begitu, beliau apabila ditanya tentang hadis di atas, menjawab: “Adapun apa yang diperintahkan oleh Rasulullah SA agar bersabar atas pengambilan harta dan pukulan di belakang, itu semua tanpa syak jika pemerintah menguruskan itu dengan cara yang sebenar, maka tidak syak wajib ke atas kita sabar... adapun jika dengan cara yang batil maka berlindung dengan ALLAH untuk Rasulullah SAW menyuruh bersabar untuk itu.

Dalilnya firman ALLAH: “Tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan”.

Kita tahu bahawa kalam Rasulullah tidak akan menyanggahi kalam Tuhannya… maka sah bahawa apa yang Rasulullah SAW sabda adalah wahyu dari sisi ALLAH azza wa jalla, tiada perbezaan, tiada percanggahan dan pertentangan.

Jika demikian maka sesuatu yang yakin tanpa syak yang diketahui oleh setiap muslim bahawa mengambil harta muslim ataupun zimmi tanpa cara yang sebenar dan memukul belakangnya tanpa kesalahan yang sebenar adalah dosa, permusuhan dan haram. Sabda Nabi SAW:

"Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari)”. Maka tiada syak dan perbezaan pendapat kalangan muslimin bahawa orang yang menyerahkan hartanya untuk perampas secara zalim, memberikan belakangnya untuk dipukul secara zalim sedangkan dia mampu untuk menghalang hal itu dengan apa cara yang mungkin, maka itu adalah pertolongan kepada orang yang menzaliminya atas dosa dan permusuhan, dan ini haram dengan nas al-Quran…” (Ibn Hazm, Al-Fasl fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal, 4/133, Kaherah: Maktabah al-Khaniji).

Jika pemerintah itu dibiarkan untuk memukul dan mengambil harta tanpa dipersoalkan, apakah ertinya sesuatu pemerintahan yang diperintah oleh Islam untuk diwujudkan? Apakah mereka seperti penzalim dan perompak berlesen yang dilindungi oleh nas-nas agama?

Maha Suci ALLAH dari menurunkan agama yang seperti itu! Sebaliknya dalam agama ini kemuliaan muslim seperti yang disebut oleh Nabi SAW: "Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah).”( Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi s.a.w juga menyebut: “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya maka dia syahid” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Pemikiran agama yang literal seperti ini sebenarnya boleh merosakkan maksud dan imej agama itu sendiri jika dipegang oleh mereka yang berkuasa. Saya tidak mahu campur dengan urusan kepartian Umno ataupun Pas. Namun apabila membabitkan urusan agama saya hanya ingin memberikan pandangan bahawa pemikiran ini dalam kerangka keseluruhan ‘memeningkan’ negara dan Umno itu sendiri.

* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis

Tuesday, September 25, 2012

Ada duit... jadi boleh jadi

 

Ahli perniagaan Datuk Mohd Taufik Omar mengakui syarikatnya menyediakan jet eksekutif kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berkata ia tidak menjadi kesalahan besar kerana mereka hanya menjalankan urusan perniagaan.
Menurut laporan The Star hari ini, Mohd Taufik menafikan dia adalah pemilik jet tersebut dan enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar bagi khidmat menyediakan jet itu.“Syarikat saya hanya menguruskan jet peribadi.

“Oleh kerana ia jet peribadi, maka ia harus menjadi perkara rahsia,” katanya dalam The Star.
Mohd Taufik merupakan presiden Persatuan Judo Malaysia, juga pengerusi LD Sports Sdn Bhd, Kenangan Nilam Sdn Bhd, Asiana Inspirasi Sdn Bhd, KN Capital Sdn Bhd dan T Corp Labuan.

  
 
Tapi ada duit sikit tak bolehlah... 
sewa bas  1 tempat duduk ajee boleh lah

Monday, September 24, 2012

Archidendron Bubalinum Pembuka Selera

Kerdas atau genuak iaitu nama saintifiknya ialah archidendron bubalinum merupakan sejenis buah dari pokok Kerdas yang sering dijadikan sebagai ulam serta dimakan bersama nasi. Ianya mengeluarkan bau yang agak kuat sama seperti ulam petai atau jering. Pokok Kerdas merupakan sejenis pokok berkayu, saka dan malar hijau.
Kulit kerdas agak keras dan liat serta mempunyai saiz memanjang dan isi di dalamnya berulas-ulas. Ulas isinya agak kecil di antara (10mm-15mm) dan ianya berkulit nipis sama seperti kulit isi jering. Warna isinya bergantung kepada ketuaan buah ini jika sudah tua atau disimpan lama warnanya akan menjadi kehitaman dan jika isinya masih muda atau baru dipetik ianya bewarna kuning pucat (keputih-putihan). Daun pokok kerdas ini bertekstur nipis dan lembut daun mudanya pula bewarna ungu.
Kerdas dijadikan sebagai ulam bagi menambah selera makan. Baunya agak kuat hingga melekat pada bau nafas selepas memakan ulam ini. Kerdas ini boleh bertahan lama jika disimpan bersama kulitnya. Bagi penduduk luar bandar mereka sering mencari pokok kerdas yang tumbuh meliar di dalam hutan.

Tentunya buat sekali sekala, makan nasi ulam kerdas amatlah ...emmmmm





Nasi Putih
+
        
Budu
+


Kerdas
 +
     
 Ikan Bakar
+
        
Ikan Singam
+
           

Air Minum Suam
?
-------------------------------
Menyelerakan
__________________

Jom..nasi ulam !!!!!!

Innocence of Muslim - Apa kata Qardawi


Sheikh Yusuf Qardawi mengkritik kejadian demo sehingga menyebabkan kematian. Menyerang, membaling batu dan membakar kedutaan Amerika bukanlah kerja umat Islam. Apatah lagi membunuh seorang duta atau sesiapa saja dari kedutaan Amerika.

Sheikh Yusuf Qardawi mengingatkan bahawa filem hina lagi menjijikkan itu bukanlah dilakukan oleh negara Amerika. Sebaliknya dilakukan oleh segelintir orang Amerika yang biadab. Jangan hukum negara Amerika disebabkan kerja segelintir rakyatnya yang gila. Kita mahu Amerika belajar tentang nilai-nilai murni, itulah kerja kita sebagai umat Islam.

Sarawak pula...ngapa ni?




 
Anggota tuntut SUPP keluar dari BN

     
    Hampir semua anggota jawatankuasa pusat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menuntut parti itu keluar daripada BN negeri untuk menghentikan 'dibuli' oleh anggota komponen yang lain.

    NONE"Tiada komen," kata presidennya Datuk Seri Peter Chin ketika diminta mengesahkan tuntutan yang difahamkan disuarakan dalam mesyuarat di ibu pejabatnya semalam.

    Beliau juga dikatakan mendapat kritikan hebat terhadap dakwaan kepimpinan 'lemah' dan kurang tindakan terhadap puak tidak puas hati dalam parti yang diketuai oleh Wong Soon Koh yang mengetuai bahagian Sibu.

    "Mereka boleh kata saya presiden yang lemah. Itu pandangan mereka," kata Chin ketika ditanya.

    Anggota jawatankuasa SUPP yang enggan dinamakan mendakwa, parti itu "dizalimi, diabaikan atau diketepikan" oleh BN negeri yang dipimpin oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejak Chin dipilih sebagai presiden Disember lalu.

    Friday, September 21, 2012

    Negara Kaya Rakyat Bahagia....Tak Mengapa

    Sultan of Brunei's Daughter's Wedding May Cost $20 Million, is Going on for a Week

    -

    -
     -

    -

    The Sultan and his wife

    Possibly the most lavish wedding the world has ever seen happened Friday, in Brunei, where the Sultan's daughter Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32, married a 29-year-old civil servant Pengiran Haji Muhammad Ruzaini.The ongoing week-long celebration is estimated to involve 2,000 guests and will end this Sunday night when the newlyweds are presented at court. The ceremony itself, according to the UK paper The Daily Mail, took place in the Istana Nurul Iman Palace, a 1,700 room palace that's home to the Sultan and his family. The princess's older brother, heir to the throne of Brunei, married in 2004 at a speculated cost of $5 million, reports say, but wedding planner Maya Kalman, founder of Swank Productions in New York City confirmed Yahoo! Shine's suspicion that this wedding might cost much more than that. "The rule of thumb for our average luxury wedding is $1,000 per guest," Kalman says. "I would guesstimate that a no-holds-barred event like this could easily be $15 to $20 million." Those figures include only wedding itself. Additional celebrations throughout the week could be an additional $15 to $20 million, Kalman speculates. --Valerie Isakova

    Jangan Menghina..



    Muhamad Faizal, Hazayani Zakaria, 21 Sep 2012

    KUALA LUMPUR: Ribuan umat Islam hari ini menyertai himpunan "Expresi Hijau Kasih Nabi" di Hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi membantah penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Nabi Muhammad SAW.

    Himpunan   bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji sebelum berarak menuju ke bagunan kedutaan kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.


    Dianggarkan hampir 5,000 menyertai himpunan ini termasuk dari kalangan muslimat, mahasiswa dan umat Islam perihatin.
     
    Manakala sebelah paginya di KOTA BHARU: Beribu-ribu Umat Islam di Kota Bharu Kelantan memulakan demo menyatakan bantahan terhadap filem menghina Nabi Muhamad saw dengan membakar replika CD filem jahat itu.

    Upacara pembakaran tanda bantahan itu disempurnakan sendiri oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

    Mereka menyatakan bantahan terhadap pihak yang menerbitkan filem pendek "Innocent of Muslim' itu yang menghina pemimpin umat Islam, Nabi Muhamad saw.

    Hampir kesemua yang hadir memakai 'headband' khas berwarna pink yang bertulis 'We Love Muhamad' dalam tulisan jawi dan rumi serta simbul cinta.

    Bantahan ini dikira sebagai permulaan sebelum demo yang akan diadakan di perkarangan kedutaan Amerika di Jalan Ampang selepas solat Jumaat nanti.
     ___________________________________________________________________________________
    Wajah Penghina

    Sam Basil... 

    Nakoula Basseley Nakoula AKA 'Sam Bacile' Yahudi Amerika menghina Islam dalam filem"Innocence of Muslims" ... 


    Publishing director of the satyric weekly Charlie Hebdo, Charb,...akhbar ini menghina islam dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W.




     Salman Rashdie juga menghina Islam dalam buku  "The Satanic Verses

    ..itulah yang lebih parah lagi biadap apabila yang mengaku Islam itu sendiri menghina agamanya.
    ________________________________________________________________________

    TEHRAN: Ratusan pelajar dan ulama Iran telah berkumpul di luar kedutaan Perancis di Tehran untuk memprotes penyiaran karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo menerbitkan kartun yang menghina Nabi.dalam akhbar mingguan Perancis yang berbentuk satira.
    Penunjuk perasaan melaungkan "Matilah Perancis" dan "Jatuh bersama Amerika Syarikat" serta membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel Khamis lalu, dalam demonstrasi yang berlangsung selama dua jam.

    Thursday, September 20, 2012

    Berkreativiti inovasi melahir Bilionwan



    Bill Gates individu terkaya Amerika Syarikat

    Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Friday, September 21, 2012
    SAN FRANCISCO 20 Sept.2012 -  
    Pengasas Microsoft, Bill Gates, muncul sebagai individu terkaya di Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 12 tahun berturut-turut, menurut majalah Forbes. Majalah ekonomi itu menganggarkan Gates memiliki kekayaan sebanyak AS$66 bilion (RM202 bilion), sementara jutawan pelaburan Warren Buffet pula berada di kedudukan kedua dengan aset bernilai AS$46 bilion (RM141 bilion).
     File photo of Oracle CEO Larry Ellison talking during his keynote address at Oracle Open World in San Francisco 
    Pengasas Oracle, Larry Ellison, pula menduduki tempat ketiga dalam senarai dengan aset sebanyak AS$41 bilion (RM125 bilion).
     

    Laurene Powell Jobs yang merupakan balu kepada pengasas bersama Apple, Steve Jobs muncul sebagai nama baru dalam senarai individu terkaya apabila memiliki kekayaan bersih AS$11 bilion (RM33.8 bilion).
     
    Nilai kekayaan pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg pula merosot sebanyak AS$8.1 bilion (RM24.8 bilion) kepada AS$9.4 bilion (RM28.2 bilion), sekali gus menyebabkannya jatuh ke tempat ke-36 dalam senarai berbanding kedudukan ke-14 tahun lalu.

    Nilai keseluruhan individu terkaya itu menyaksikan harta kekayaan mereka meningkat naik sebanyak 10 peratus dengan gabungan kekayaan 400 individu di AS meningkat daripada AS$1.5 trilion (RM4.6 trilion) kepada AS$1.7 trillion (RM5.2 trilion). - DPA

    Di sebalik filem ‘Innocence of Muslim’

     



    BACA DAN FAHAM BETUL2

    Saya marah, dan marah itu wajar. Hal ini kerana, sebagai umat Muhammad SAW, saya mesti mencintai Nabi Muhammad SAW sepenuh hati. Orang yang mencintai nabi, mereka tidak rela Muhammad SAW dihina. Saya mesti mempertahankan maruah nabi, kerana menghina nabi saya samalah seperti menghina Allah SWT, Tuhan saya. Saya sanggup mati demi Allah dan Rasul-Nya.


    Anas bin Malik pernah mengungkapkan daripada Nabi SAW iaitu: “Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Imannya) sehingga Allah dan Rasul-Nya lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-Nya).” (Hadis riwayat Ahmad)


    Lalu, saya kagum dengan kebangkitan umat Islam serluruh dunia mempertahankan Nabi Muhammad SAW. Dunia seluruhnya menjadi saksi, inilah saki-baki kecintaan umat Islam kepada nabi, walaupun realitinya sunnah nabi semakin dipinggirkan kini. Dunia sedar, mempermainkan Muhammad samalah seperti menendang kepala setiap umat Islam. Ia membawa padah!


    Ironisnya, kenapakah kejadian penghinaan ini terus berulang-ulang. Tidak sekadar sekali, bahkan berkali-kali. Nabi Muhammad SAW pernah digambarkan dalam pelbawai watak karikatur yang amat bercanggah dengan sifat mulia baginda yang sebenar.


    Elemen keganasan yang ditempel pada wajah baginda, amat tidak tepat. Realitinya Muhammad adalah manusia paling santun dan penyabar. Buktinya dalam sejarah, Muhammad tidak sewenang-wenang menyakiti apatah lagi memerangi manusia lain.


    Cuba lihat, ketika masih di Kota Mekah dan kala itu Mekah dikuasai oleh kaum jahiliyah Quraisy, Muhammad pernah dihina dan diaibkan dengan dilempari kata-kata kesat, dianggap gila, pernah dicekik ketika sedang solat di hadapan Ka’abah bahkan tubuhnya pernah dilambakkan najis perut unta ketika sedang sujud menyembah Allah SWT.


    Apakah Muhammad bingkas bangkit melawan para pendengki? Tidak, Muhammad bersabar dan darjah kesabaran itu saya yakin, tidak mampu dimiliki oleh manusia lain selainnya. Walhal, sebelum Muhammad menyeru seluruh manusia agar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, baginda digelar al-Amin (paling terpercaya) oleh seluruh manusia Mekah. Mereka mempercayai Muhammad melebihi mereka meyakini anak isteri mereka sendiri!


    Apa yang berlaku, penindasan itu turut melanda umat Islam yang bersifat minoriti dan lemah di Mekah. Ammar bin Yasser, Sumaiyah, Bilal bin Rabah, Khabbab dan ramai lagi menderita siang dan malam dibelasah kaum jahiliyah Mekah.


    Akhirnya, golongan tertindas ini tidak mampu menahan diri lantas menemui Muhammad dan meminta agar baginda berdoa memohon pertolongan Allah. Muhammad merasa terganggu dengan sikap ‘tidak sabar’ sahabat-sahabatnya, sehingga nabi menyatakan, umat terdahulu lebih teruk diuji dan disiksa, maka kenapakah mereka tidak bisa bersabar?


    Ada dua kepelikan di sini. Pertama, pelik betapa penghormatan golongan Quraisy boleh lenyap hanya kerana seruan Muhammad. Kenapakah seruan tidak dibalas dengan seruan. Jika mereka merasa benar, berhujahlah dengan Muhammad secara bijaksana dan bukannya menggunakan kekerasan dan najis unta. Kepelikan kedua, kenapa Nabi Muhammad SAW enggan melawan. Sebaliknya mengambil pendekatan bersabar dan mencari jalan mengelakkan pertempuran.


    Masa berlalu. Islam yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW pasca kewafatannya terus berkembang. Islam pernah mendominasi dunia, dari Jazirah Arab sehinggalah ke Benua Afrika. Islam berkembang ke Asia juga Benua Eropah. Kepulauan yang terpencil seperti di nusantara ini pun, turut menerima kehadiran Islam dengan senang hati. Tidak tercatat dalam sejarah Melaka atau di Jawa, berlakunya peperangan menerima kedatangan Islam oleh sultan dan rajanya.


    Jika kita terus membaca sejarah, ramai tokoh pemimpin Islam yang mewarnai peperangan dan siasah dengan pertunjuk Rasulullah SAW. Ambil sahaja Umar al-Khattab yang ditangannya Kerajaan Farsi menyerahkan mahkota kaisarnya, bukankah Farsi tunduk kepada Islam lantaran akhlak pemimpin dan tentera Islam. Begitulah juga, saat Umar al-Khattab dikhabarkan datang membuka pintu kota Baitul Maqdis di Jerusalem, beliau hanya mengenakan jubah yang bertampal sahaja!


    Begitu juga, sewaktu Sultan Muhammad al-Fateh mahu membuka pintu Kota Konstantinopel, siapakah yang membantu baginda jika bukan bekas musuh-musuh Islam yang akhirnya memeluk Islam dan membantu semahunya. Kenapakah mereka berpaling tadah menyebelahi Islam? Tidak lain, kerana pemimpin dan tenteranya berakhlak mulia seperti mana Rasulullah SAW.

    Terlalu banyak teladan mulia pemimpin Islam dan juga tokoh-tokoh rakyat biasa yang boleh dijadikan pedoman. Namun, tidak perlu rasanya kita mengulang baca sejarah itu di sini. Yang lebih utama, hari ini kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW tidak lagi menjadi realiti. Ia hanya menjadi bahan kajian, dibukukan dan disyarahkan, sama ada di dalam dewan kuliah universiti ataupun di masjid dan surau. Seerah nabi memang dibaca, tetapi kosong, kurang penghayatan apatah lagi pengamalan. Lalu, di manakah buktinya cinta?

    Allah SWT menyatakan: “Katakanlah (wahai Muhammad kepada seluruh manusia): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani).” (Surah Ali Imran: 31)

    Ingatlah, cinta kepada Muhammad, mestilah mengikut neraca Allah iaitu wajiblah mengikuti akhlaknya Muhammad. Itulah sunnah yang dititipkan buat seluruh umat. Sunnah ini, bila diamalkan secara leluasa, ambil sahaja sunnah memberi dan menjawab salam, maka akan menzahirkan kemuliaan Islam. Ia menjadi tunjang kepada akhlak bermuamalah dan bermua’syarah (berhubungan) sesama manusia. Inilah intipati Islam, iaitu akhlaknya.

    Lalu, apabila mutakhir ini musuh-musuh Islam cuba mencari titik-titik kelemahan umat Islam, ternyata pekerjaan mereka menjadi mudah. Ia mudah, lantaran umat Islam sendiri memang sudah menjauh daripada al-Quran dan as-sunnah. Maka, dengan hanya melontarkan sebiji bola, umat Islam pun tenggelam dalam kesibukan mengejar bola tersebut. Pada masa yang sama, musuh-musuh Islam pun memulas leher, kaki, tangan dan kepala umat Islam lain di luar padang bola berkenaan.

    Inilah realiti umat Islam dalam menangani pelbagai isu hari ini. Isu penghinaan nabi memang serius, ia amat tragis dan tidak patut dibiarkan tanpa pembelaan. Yakinlah, andai Nabi Muhammad SAW ada hari ini, pasti baginda menitiskan air mata melihat betapa tabahnya umat baginda bermandi peluh dan menyedut asap pemedih mata kerana mempertahankan dirinya.

    Namun, persoalan saya, apakah nabi juga tidak menitiskan air matanya melihat betapa ramai umat Islam di dunia hari ini, dibunuh dan dinafikan hak kehidupan mereka, rumah dibakar, anak dan isteri diperkosa, anak kehilangan bapa dan dihalau dari kampung halaman tanpa salah dan dosa. Inilah situasi di luar padang bola yang sedang berlangsung di Myanmar, di Syiria, di Palestina bahkan di mana-mana saat ini di dunia.

    Nah! Berjayalah musuh-musuh Islam melarikan perhatian kita. Mereka berpesta pora meneruskan penindasan di atas helah dan penipuan yang mereka sendiri reka dan cipta. Itulah sebiji ‘bola’ yang mereka lemparkan. Sayangnya, umat Islam terus bersorak-sorai mengejar dan menendang ‘bola’ itu dengan perasaan marah yang membara, walhal pada masa yang sama, mungkin mereka tidak sedar dan terus lalai untuk bingkas membela maruah umat Islam lain yang masih bernyawa.

    Bagi saya, sebagai muslim, bukan sekadar perlu bagi saya untuk membela maruah umat yang telah tercalar di dada media; bahkan menjadi lebih utama dan wajib bagi saya mempertahankan maruah Islam seluruhnya yang terus diinjak di depan mata di mana-mana. Soalannya, mahukah kita kembali berpaksakan kepada pertunjuk dan cinta Rasulullah SAW ‘sebenar’ dalam membela agama? Wallahua’lam.

    www.hamizul.com

    Semuanya di bawah perintah NYA

    WASHINGTON (AP) — In a critical climate indicator showing an ever warming world, the amount of ice in the Arctic Ocean shrank to an all-time low this year, obliterating old records.
    The ice cap at the North Pole measured 1.32 million square miles on Sunday. That's 18 percent smaller than the previous record of 1.61 million square miles set in 2007, according to the National Snow and Ice Data Center in Boulder, Colo. Records go back to 1979 based on satellite tracking.
    "On top of that, we're smashing a record that smashed a record," said data center scientist Walt Meier. Sea ice shrank in 2007 to levels 22 percent below the previous record of 2005.
    Ice in the Arctic melts in summer and grows in winter, and it started growing again on Monday. In the 1980s, Meier said, summer sea ice would cover an area slightly smaller than the Lower 48 states. Now it is about half that.
    Man-made global warming has melted more sea ice and made it thinner over the last couple decades with it getting much more extreme this year, surprisingly so, said snow and ice data center director Mark Serreze.
    "Recently the loss of summer ice has accelerated and the six lowest September ice extents have all been in the past six years," Serreze said. "I think that's quite remarkable."
    Serreze said except for one strong storm that contributed to the ice loss, this summer melt was more from the steady effects of day-to-day global warming. But he and others say the polar regions are where the globe first sees the signs of climate change.
    "Arctic sea ice is one of the most sensitive of nature's thermometers," said Jason Box, an Ohio State University polar researcher.
    What happens in the Arctic changes climate all over the rest of the world, scientists have reported in studies.
    The ice in the Arctic "essentially acts like an air conditioner by keeping things cooler," Meier said. And when sea ice melts more, it's like the air conditioner isn't running efficiently, he said.
    Sea ice reflects more than 90 percent of the sun's heat off the Earth, but when it is replaced by the darker open ocean, more than half of the heat is absorbed into the water, Meier said.
    Scientists at the snow and ice data center said their computer models show an Arctic that would be essentially free of ice in the summer by 2050, but they add that current trends show ice melting faster than the computers are predicting.

    Marilah kita berfikir...ada PENCIPTA

    Tuesday, September 18, 2012

    PBS tak sukar....

    pbs
    Rujuk Portal LP : http://www.moe.gov.my/lp

    Mesyuarat Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Post Mortem Bagi Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Dan Pegawai Pelajaran Daerah Seluruh Kelantan telahpun selesai dilaksanakan selama 3 hari 2 malam bermula 16 September dan berakhir 18 September 2012 di Hotel Permai, Kuala Terengganu.
    Mesyuarat yang diurusetiakan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan ini lebih memfokuskan kepada Pelaksanaan PBS di sekolah - penyebaran serta  amalan. Pegawai jemputan khas dari Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberi input yang jelas dan amat berguna kepada semua hadirin dengan harapan segala permasalahan pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah tidaklah sukar sepertimana tanggapan mereka  sebelum ini.
    Mesyuarat ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Pengarah Pelajaran dan YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran. Intipati Tuan Pengarah " pastikan KSSR dan PBS dilaksanakan dengan sebaiknya dan bimbing bantulah semua guru dalam menjayakannya... PBS tak sukar cuma telah dibuat penambahbaikan dari 'apa' yang telah sedia ada sebelum ini.
    Wahai teman, dulu-dulu juga kita laksanankan P D P  disertai dengan penilaian , kini kita terus laksanakan P D P disertai dengan penilaian yang kita namakan Pentaksiran.
    " Pengajaran - Pembelajaran - Pentaksiran"..... tak sukar
    Kami di JPN dan PPD sedia berkhidmat. Kita bukan sahaja mengharapkan output tetapi juga outcome

    Sunday, September 16, 2012

    Sambutlah Hari Malaysia

    Koleksi B...


    Bersatu membina bangsa dari Perlis  hingga ke Sabah kita sudah merdeka bukan terus menjadi hamba sesama tetapi hamba kepada Tuhan Yang Esa. Hari Malaysia untuk kita semua Rakyat Malaysia.

    Saturday, September 15, 2012

    Sabah Lagi.. apa ini ?




    Pemimpin korporat Umno Sabah sertai pembangkang
    5:55PM Sep 15 2012
    Tokoh korporat Umno Sabah Tan Sri Ibrahim Menudin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti Melayu itu, sekali gus menyatakan sokongannya terhadap pembangkang.

    Mengumumkannya dalam acara bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Labuan, beliau berikrar memberikan kesetiaan kepada PKR.

    Ibrahim MenudinIbrahim - antara pemimpin perintis yang membawa masuk Umno ke Sabah - berkata, beliau meletakkan jawatan ekoran wabak rasuah dalam parti.

    Ibrahim (lihat gambar) bertugas sebagai pengerusi di Suria Capital Holdings Berhad - pemilik penuh Sabah Ports Sdn Bhd - yang menguruskan kesemua lapan pelabuhan di Sabah.

    Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai bendahari Umno Sabah.

    Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam KeADILan, Naib Presiden Perkasa, Dato' Yahya Lampong pula melakukan tindakan sama.

    Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KeADILan dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
    Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan rejim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.
    Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.
    Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Dipertua Perkasa Sabah yang pertama.
    Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
    Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah.
    Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu.
    Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Dato' Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Dato' Seri Wilfred Bumburing.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    mYcALeNdEr

    TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


    BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

    "Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

    KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

    mY pLAYLIST

    &&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

    Kelih-Dengar deh