.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, April 23, 2013

Awal Pagi Masih UMNO..keluar parti ...Masuk PAS...hai politik

KINI EGEPEN PULA...

(Oleh Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR 23 APRIL: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Seri Muhammad Muhammad Taib berkata, Umno BN telah hilang upaya untuk mengangkat martabat orang Melayu di negara ini. 

“Dah tak boleh lagi. Upaya dah hilang. Banyak lagi persoalan yang penting untuk melonjakkan bangsa ke tahap lebih tinggi tidak dapat dicapai.

“(BN) dah lama sangat memerintah. Dah letih. Konsentrasi di pelbagai bidang sudah tidak ada. Perlu ada satu perubahan.

“Saya percaya Pakatan Rakyat mempunyai kemampuan meneruskan kesinambungan (kejayaan negara) kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya pada ceramah pertama di Dataran Kemerdekaan Shah Alam 22 April lalu.

Tegasnya, perlu ada perubahan ekonomi dan sosial secara menyeluruh dan beliau yakin ia hanya boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

“Tokoh-tokoh kita yang berada dalam PAS, KEADILAN dan DAP boleh teruskan. Itu sebabnya saya perlu bersuara untuk membantu usaha yang dibawa sahabat kita dalam Pakatan Rakyat,” katanya disambut tepukan gemuruh lebih 1,000 hadirin.

Dalam pada itu, Muhammad merujuk rekod pentadbiran Umno BN di Selangor berbanding Pakatan Rakyat yang mengangkat dan mengutamakan majlis ilmu.

Kata Muhammad, perancangan Pakatan Rakyat dengan meletakkan tokoh-tokoh hebat di bandar seperti Shah Alam, Putrajaya dan Nusajaya adalah perancangan strategik mengembangkan syiar Islam, pentadbiran yang telus dan berkebajikan.

“Berbeza dengan BN yang hanya membangunkan, saya yakin PAS bersama Pakatan Rakyat boleh membawa erti pembangunan yang sebenarnya,” kata Muhammad.

Untuk merealisasikan rancangan tersebut, Muhammad memberi komitmen membantu Pakatan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13.
“Saya dapat panggilan dari ramai kenalan. Saya perlu mula masuk menyelinap ke kampung-kampung,” kata Muhammad lagi.

Di Putrajaya

Beginilah pemandangan ceramah Husam Musa calon PAS/PR di Parlimen Putrajaya di Padang Precint 9, Putrajaya malam ini di mana bekas MB Selangor Ts Muhamad Taib dan Bekas Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Dr Zaiyadi Hj Awang Noh turut berucap selain Dato' Hj Husam Musa

 


  Alahai tuan..

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh