.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, April 6, 2013

Berita 3 : Hari Ketiga Selepas Bubar

BN janji tidak akan pinggir sesiapa

6 April 2013
Manifesto BN 2013
Perhimpunan Janji 1Malaysia Rakyat Didahulukan sempena majlis Pelancaran Manifesto Barisan Nasional yang disempurnakan oleh Najib, malam ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Mentransformasi seluruh negara kepada keadaan lebih baik dan mendekati semua lapisan masyarakat - demikian intipati manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Daripada menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu dengan pendapatan lebih tinggi, hinggalah kepada memanfaatkan sepenuhnya potensi dan keupayaan rakyat yang mempunyai keperluan khusus dan mengambil langkah proaktif bagi memulihara alam sekitar dengan lebih berkesan, dokumen ini sebenarnya mengandungi satu aspek yang amat penting.
Apakah aspek yang dimaksudkan ini?
Ia adalah segala janji yang diikrarkan bersifat realistik dan mampu dipenuhi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam tempoh empat tahun lepas, telah membuktikan kemampuan dan keupayaannya melaksanakan semua komitmen yang diberi sebelumnya.
Dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan dan ekonomi (GTP dan ETP) ketika menyandang jawatan, Najib memastikan semua program itu mencapai hasil yang diharapkan dan berdasarkan hakikat inilah beliau dengan yakin menegaskan bahawa kesemua janji PRU13 boleh dikotakan.
Dalam sejarah manifesto pilihan raya di negara ini, manifesto kali ini merupakan satu-satunya manifesto yang sarat dengan projek, program dan tindakan khusus yang bakal dilaksanakan bagi meliputi setiap aspek kehidapan rakyat.
Manifesto 32 muka surat ini mengandungi lebih 150 komitmen, kebanyakannya melibatkan projek dan program khusus.
Ini amat berbeza dengan manifesto pembangkang yang diumumkan baru-baru ini, yang mengikut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mengandungi dasar, arah tuju dan sasarannya secara umum.
Sebaliknya, BN berjaya membentangkan satu manifesto menyeluruh yang mengandungi segala maklumat yang benar-benar ingin diketahui pemilih, dalam kata lain, semua komitmen dihurai secara khusus berdasarkan projek dan program yang begitu realistik kerana BN telah menunaikan komitmen serupa dalam tempoh empat tahun lepas.
Perkara paling menyerlah dalam manifesto BN ini ialah penegasan Najib bahawa "kami tidak akan sekali-kali meminggirkan sesiapa" dalam mentadbir negara dan mencapai agendai nasional.
Sambil menggesa rakyat Malaysia supaya menghakimi BN berdasarkan merit, beliau berkata: "Marilah berganding bahu dengan saya dan rakan-rakan saya untuk memanfaatkan potensi kita ke arah memajukan sebuah negara yang benar-benar boleh kita banggakan..."
"Sebuah negara di mana yang lemah diberi perlindungan, mereka yang memerlukan, diberi bantuan, yang paling kuat, diberi perlindungan, yang muda disayangi, yang tua dihargai, mereka yang memerlukan tumpuan, diberi perhatian dan mereka yang memiliki potensi, diberi peluang untuk berkembang."
Antara komitmen utama yang akan dipenuhi dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya BN kembali berkuasa ialah:
* Menambah nilai BR1M kepada RM1,200 bagi setiap isi rumah, baucer buku dan bayaran bantuan persekolahan
* Satu dasar automotif yang secara beransur-ansur akan menurunkan harga kereta sebanyak 20 peratus hingga 30 peratus dan menjadikan kereta nasional lebih kompetitif
* Menurunkan kadar caj jalur lebar sekurang-kurangnya sebanyak 20 peratus dengan jaminan lebarjalur (bandwith)
* Melaksanakan pelbagai langkah berorientasikan pengguna untuk membantu meringankan kos sara hidup
* Memberi lebih banyak fokus untuk menangani perubahan berkaitan bandar yang ketara termasuk menubuhkan sebuah kementerian baharu dan menyediakan perumahan awam berkualiti
* Membina satu juta rumah mampu milik dan membantu golongan miskin dan golongan berpendapatan rendah membaik pulih rumah
* Menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti untuk setiap rakyat Malaysia, harga diskaun bagi rawatan perubatan tertentu bagi rakyat yang memerlukannya dan penjagaan paliatif di rumah bagi golongan berusia lanjut dan sakit teruk
* Membina terminal bas, rel dan teksi di semua bandar dan bandar raya serta memastikan wujudnya perkhidmatan bas yang lebih cekap
* Meluaskan rangkaian lebuh raya, membina Lebuhraya Pan Borneo
* Mewajibkan penyedia perkhidmatan memastikan mereka memberi perkhidmatan telefon mudah alih dan akses tanpa wayar yang boleh diharapkan
* Melaksanakan konsep Kampung Abad Ke-21 bagi merangsang transformasi luar bandar dan membawa masyarakat luar bandar ke dalam pembangunan arus perdana.
* Mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu, dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
* Berusaha ke arah mencapai pendapatan perkapita RM45,000 menjelang 2020
* Melaksanakan program transformasi bagi perusahaan kecil dan sederhana
* Melaksanakan perubahan terhadap struktur percukaian agar ia mempunyai asas lebih luas dan secara beransur-ansur memberi potongan kepada cukai pendapatan peribadi dan korporat
* Meningkatkan keberkesanan agenda Bumiputera dengan menyediakan sistem sokongan lebih kukuh serta mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan
* Menggubal dasar yang lebih adil dan saksama bagi semua kaum
* Menambah baik sistem pendidikan agar menjadi antara yang terbaik di dunia
* Meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar, memantapkan lagi prestasi dalam pengajian Matematik dan Sains serta menjadikan bahasa Inggeris mata pelajaran wajib lulus di peringakat peperiksaan Sijil Pelajaran  Malaysia (SPM)
* Mewujudkan kehadiran polis yang lebih ketara agar rakyat berasa lebih selamat dan terjaga
* Meningkatkan penyertaan wanita dalam proses membuat keputusan
* Mengadakan program untuk memupuk kepimpinan berkualiti dan kreatif dalam kalangan belia
* Mewartakan semua tanah adat pribumi dan mewujudkan lebih banyak peluang menjana pendapatan untuk masyarakat pribumi
* Melantik seorang menteri untuk mentadbir hal-ehwal orang bukan Islam
* Mendedahkan kepada umum perkara berkaitan kontrak bagi meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan kerajaan
* Mewajibkan Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri menandatangani pek integriti
* Memastikan keanggotaan secara adil oleh semua kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan
* Menambah baik kualiti perkhidmatan awam melalui, antara lain, pembangunan bakat
* Mewujudkan pusat transformasi bandar di semua bandar dan pekan utama
* Berusaha mendapatkan kerusi dalam Majlis Keselamatan PBB bagi membolehkan Malaysia memainkan peranan penting bagi keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan kerajaan
* Memperuntukkan ruang bagi kawasan hijau di bandar raya utama, memberi nafas baharu kepada sungai dan anak sungai, menambahkan lagi sumber tenaga hijau boleh diperbaharui dan memodenkan pengurusan pelupusan sampah. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh