.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Tuesday, August 31, 2010

KINI 53 TAHUN MERDEKA

Negara kita kini telah mencapai usia kemerdekaannya 53 tahun. Tahun yang agak serba matang bagi kehidupan manusia.

Dirgahayu Malaysia Tanah Air Ku.. Dirgahayu Kelantan Tanah Tumpah Darah Ku. Bersama memaknai erti kemerdekaan. Merdeka. Merdeka, Merdeka.

Sunday, August 29, 2010

Sekitar Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan



Perhimpunan yang berlangsung pada 25 Ogos 2010 (Rabu), mulai jam 8.00 pagi ini telah dihostkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan. Sempena bulan Ramadhan, bulan mulia ini tema perhimpunan ialah "JOM BERSIAP KE SYURGA" memanifestasikan budaya kerja untuk mendapatkan pahala disamping meningkatkan mutu tugas yang dipertanggungjawabkan.

Disamping itu juga, bulan ogos ini merupakan bulan kemerdekaan negara di mana nikmat merdeka itu perlu dipertahankan oleh kita semua. Kemerdekaan yang dipimpin oleh panduan agama dan nilai murni yang luhur.

Saturday, August 28, 2010

Memperkasakan Pedagogi - Konstruktivisme

Contoh Rancangan Mengajar

Tahun: 4
Masa: 60 minit
Tema: Menyiasat Alam Bahan
Bidang Pembelajaran: Sifat Bahan
Objektif Umum: Memahami Sifat bahan
Hasil Pembelajaran: Diakhir pengajaran dan pembelajaran murid mengebalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : Konstruktivisme
Strategi: Aktiviti "hands-on"

Pelaksanaan P & P mengikut Urutan

1.
Fasa Pengajaran: Set Induksi (5 minit)
Isi Kandungan: Membina litar elektrik
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- Simulasi
1. Guru memberi gambar bateri,mentol dan suis- digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar
2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar lengkap (Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik)
Soalan: Adakah mentol akan menyala?. Mengapa ?
3. Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan
Soalan: Adakah mentol akan menyala sekarang?. Mengapa?
catatan:
BBM: gambar mentol, bateri dan suis
KPS: Memerhati
KBKK: Membuat gambaran mental
Nilai Murni: Bekerjasama, minat,sifat ingin tahu tentang alam sekeliling
Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pengerakan kinestatik
tahap Kognitif: pengetahuan


2.
Fasa Pengajaran: Perkembangan Langkal 1 (5 minit)
Isi Kandungan: Mengenalpasti objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dsan tidak boleh mengalirkan arus elektrik
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- Mengelas
Soalan: Adakah murid-murid membawa objek diminta?
1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.
Soalan: daripada pengeahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.
2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
catatan:
BBM: bahan yang sedia ada dan dibawa oleh murid: Sudu,plastik, limau, kunci, sapu tangan,pembaris kayu,gelas,pemadam, syiling satu sen,surat khabar, lid pensil,air kopi,gelang getah,klip kertas dan paku.
KPS: Mengelas
KBKK: Menghubungkait dan meramal
Nilai Murni: Sisteatik dan berfikir secara rasional
Tahap Kognitif: pengetahuan, pemahaman

3.
Fasa Pengajaran: Perkembangan Langkal 2 ( 17 minit)
Isi Kandungan: Menguji objek yang boleh mengalirkan arus elektrik
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- "Hands-on"
Arahan:
Guru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.
1. Murid menguji objek yang telah dilelaskan dengan menggunakan litar velektrik.
2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.
Catatan:
BBM: bateri,wayar,mentol,suis, kad manila dan marker
KPS: Memerhati,inferens,mengelas,eksperimen dan komunikasi
KBKK: Membanding dan membeza, mengumpul
Nilai Murni: Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalankan sesuatu perkara,kritis dan analitis, kerjasama
Pelnbagi Kecerdasan: verbal, visual danpergerakan kinestatik
Tahap Kognitif: Pengetahuan

4.
Fasa Pengajaran: Perkembangan Langkal 3 ( 15 minit)
Isi Kandungan: Laporan hasil dapatan murid
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- Pembentangan
1. wakil daripada setiap kupulan melaporkan hasil dapatan
2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat
3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan ( cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)
Catatan:
KPS: komunikasi
Nilai Murni: Berani, yakin dan berdikari
Peibagai Kecerdasana: Interpersonal

5.
Fasa Pengajaran: Perkembangan Langkal 4 ( 8 minit)
Isi Kandungan: Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik. Plastik,kain,getah,kayu,kaca tidak boleh mengaklirkan arus elektrik.
Air limau dan lid pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik.
Air paip adalah konduktor elektrik yang lemah
Plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana boleh mengalirkan arus elektrik
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- Perbincangan
1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan
2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik
Soalan:
1. Apa akan ber;laku jika kita memegang suis dengan lengan yang basah?
2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan penenbat?
Catatan:
BBM: nebtol,bateri dan suis
KPS: Komunikasi
KBKK: Menilai dan membuat kesimpulan
Nilai Murni: Berfikir secara rasional,berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik
Tahap Kognitif: aplikasi dan penilaian

6.
Fasa Pengajaran: Penutup ( 5 minit)
Isi Kandungan: Peneguhan
Aktiviti P & P:
Jenis aktiviti- Nyanyian
1. Murid menyanyi lagu
Catatan:

7.
Fasa Pengajaran: Refleksi ( 5 minit)
Isi Kandungan:
Aktiviti P & P:
1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.
2. Murid mengangkat kad warna (merah-tidak, hijau-ya)
Catatan:
BBM: botol, plastik, majalah,sudu besar,straw,dawai,kertas,cermin,pembaris kelului,klip rambut besi,dan rod besi

Sekian.. itulah kaedah Konstruktivisme dalam memudahkan P & P guru pelajar. Tuan bisa melakukannya.

Friday, August 27, 2010

17 Ramadhan Yang Penuh Makna



Hari ini 17 Ramadhan adalah salah satu hari yang berlaku peristiwa penting dalam Islam. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Firman Allah SWT

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman dalam beribadah ialah satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Kita boleh laksanakannya!

(Sumber: Dr Samsu Adabi Mamat, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia)

Bacalah-fahamilah-hayatilah-amallah-sebarlah

Tuesday, August 24, 2010

Memperkasakan Pedagogi - Pembelajaran Masteri

Contoh Rancangan Mengajar

Tema: Menyiasat Alam Kehidupan
Tempoh: 60 minit
Tahun: 4
Bidang Pembelajaran: Hidupan memerlukankeperluan asas
Objektif Pembelajaran: Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:
i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan
ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan tempat berlindung

Pendekatan P & P : Pembelajaran Masteri
Kaedah : Mengeksperimen
KPS: Berkomunikasi, Meramal,Menginferens, Mengeksperimen
, Membina hipotesis, Mengawal Pembolehubah
KMS: Menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan sains, Mengendalikan eksperimen hidup betul dan cermat
BBM: Bekas,kasa dawai, kadbod, belalang, air, daud, pita pelekat, akuarium,ikan, tumbuhan air.

Perancangan P & P mengikut Urutan

1.
Fasa Pengajaran: Orientasi ( 5 minit)
Isi Kandungan: Menyatakan haiwan peliharaan murid
Aktiviti: Guru bersoal-jawab:
1. Siapakah yang melihara haiwan di rumah?
2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?
3. bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu?
Catatan:

2.
Fasa Pengajaran: Pencetus Idea ( 15 minit)
Isi Kandungan: Keperluan asas haiwan
Aktiviti: Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan. Contoh: Udara, air, makakan dan tempat berlindung
Soal-jawab:
1. Mengapakah kamu memberi haiwan peliharaan kamu makana?
2. Mengapakah kamu memberi haiwan kamu air?
3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?
4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat tinggal?
Catatan:
KPS:
1. Berkomunikasi
2. Meramal
3. Menginferens
KBKK:
1. Menghubungkaitkan
2. Mencirikan
3. Menginferens
Nilai Murni:
1. Minat dan bersifat ingin tahu tentag alam sekeliling
2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri,orang lain dan alam sekitar
Tahap Kognitif:
1. Pengetahuan
2. Kefahaman

3.
Fasa Pengajaran: Pengstrukturan semula idea ( 25 minit)
Isi Kandungan: Mengenalpasti keperluan asas haiwan
1. Udara
2. Air
3. Makanan
4. Tempat Perlindungan
Aktiviti: Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:
1. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara dan makanan
a. Murid memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas
Stesen 1
Bekas A:
Menadungi makanan kering dan dirurup dengan jaring
Stesen 2
Bekas B:
Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring
Stesen 3
Bekas C:
Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk
Stesen 4
Bekas D:
1. Mengandungi air,makanan dan ditutup dengan jaring
2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pembolehubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada eksperimen yang dijalankan (Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan:
a) Lembaran Kerja
b) Borang pemerhatian
Catatan:
KPS:
1. Mengeksperimen
2. Mengawal pembolehubah
3. Membuat pemerhatian
KBKK
1. membanding dan membezakan keperluan asas hidupan
2. Menghubungkait
3. Menjana idea
4. Membina hipotesis
Nilai Murni:
1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling
2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri,orang lain dan alam sekeliling
3. Baik hati dan penyayang
4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan
Borang Pemerhatian
Lembaran kerja

4.
Fasa Pengajaran: Aplikasi idea ( 10 minit)
Isi Kandungan: Mengnalpasti keperluan asas haiwan:
1. Udara
2. Air
3. Makanan
4. Tempat berlindung
Aktiviti: Projek memelihara ikan secara kumpulan:
1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti:
a) Akuarium
b) pam Udara
c) makanan
d) Ikan
e) Tumbuhan air
f) Air bersih
Catatan:
Nilai Murni:
Menyayangi haiwan
Bekerjasama
Tahap Kognitif:
Pengetahuan
Aplikasi

5.
Fasa Pengajaran: Refleksi ( 5 minit)
Isi Kandungan: Peta minda berkaitan dengan keperluan asas haiwan
Aktiviti: Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini.
Catatan:
tahap Kognitif
Pengetahuan
Kefahaman

Pendekatan yang amat menarik..Tuan hebat menjayakannya.

Monday, August 23, 2010

Memperkasakan Pedagogi - Inkuri Penemuan

Contoh Rancangan Mengajar

Tema : Menyiasat Alam Bahan
Tajuk : Sifat-sifat bahan
Sub Topik: Sifat bahan
Tempoh: 60 minit
Tahun : 4
Objektif Pembelajaran: Memahami sifst-sifat bahan
Hasil Pembelajaran: Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik
Pendekatan/ Kaedah/Strategi:Pendekatan Inkuri Penemuan- Strategi: mengeksperimen dan Perbincangan

(Sepatutnya dalam bentuk jadual )
P & P mengikut Urutan

1.
Fasa(Masa): Set Induksi (5 minit)
Isi kandung: Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik
Aktiviti P & P:
-Jenis aktiviti : Bercerita
- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil
- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid
Catatan:
- Kemahiran saintifik; Komunikasi
- Nilai murni- Berhati-hati

2.
Fasa(Masa): Meramal idea (10 minit)
Isi kandung: Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik
Aktiviti P & P:
- 1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid seperti paku,kertas,buku,pensil,kayu,pembaris plastik,karbon pensil,duit syiling 10 sen,sudu plastik,getak pemadam dan rod kaca.
- 2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik
Catatan:
- Kemahiran saintifik: Meramal, Mengelas
- nilai Murni: Kerjasama, berani

3.
Fasa(Masa): Pemerhatian(25 minit)
Isi kandung: Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik
Aktiviti P & P:
- 1. Murid membina litar lengkap
- 2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap
- 3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap
- 4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi
Catatan:
- Kemahiran saintifik: Mengeksperimen, Pemerhatian
- nilai Murni: Bekerjasama, jujur

4.
Fasa(Masa): Penjelasan (15 minit)
Isi kandung:
- bahan konduktor (pengalir elektrik)
- Bahan Penebat (bukan pengalir elektrik)
Aktiviti P & P:
- 1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen
- 2. Setiap kumpulan murid memberi kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing (Aras tinggi)
- 3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik
Catatan:

5.
Fasa(Masa): Refleksi ( 5 minit)
Isi kandung:
- Senarai bahan konduktor dan penebat elektrik
Aktiviti P & P:
- 1. Murid membuat peta minda i) Bahan Konduktor ii) Bahan penebat
- 2. lampiran kerja disediakan
Catatan:

Sekiranya Tuan pengamal P & P yang baik maka masa 60 minit itu penuh bermakna buat mereka.

Sunday, August 22, 2010

MAHA HEBAT PENCIPTA

FENOMENA PERGERAKAN IKAN PARI DI LAUTAN MEXICO


Bot di laut lepas


Pandangan dari atas bot


Bergerak bersama menuju ke destinasi


Semestinya ada Sang Pari hebat sebagai ketuanya

Itulah keesaan ALLAH dalam mengatur hidup makhluknya.. SUBHANALLAH

Saturday, August 21, 2010

Jangan silap lagi


Beberapa Kesilapan Orang Yang Berpuasa
10 Ramadhan 1431H.
Email : nina mazrina

1. Tidak menetapkan niat fardhu puasa di setiap malam hari meskipun memadai dengan niat di awal Ramadhan.

2. Masih makan dan minum ketika azan Subuh.

3. Bersahur awal dan melewatkan berbuka.

4. Berlebih dalam menyediakan juadah berbuka sehingga menghilangkan keberkatan puasa.

5. Tidak menjaga solat fardhu atau melengah-lengkahkannya.

6. Tidak menjaga lidah dari ucapan sia-sia, mengumpat, memfitnah, berdusta dan lain-lain.

7. Membazir masa dengan melakukan kerja yang tidak berfaedah, menonton televisyen, mendengar radio dan sebagainya.

8. Meringan-ringkankan ibadah sunat (berdoa, berzikir, membaca Al-Quran, solat-solat sunat dan beristighfar).

9. Tidak menunaikan solat tarawih.

10. Hanya bersungguh-sungguh melakukan amalan di awal Ramadhan, kemudian mengurangkan amal ibadah di pertengahan Ramadhan lebih-lebih lagi di sepuluh malam terakhir.

11. Tidak menghidupkan sepuluh malam terakhir (Nabi mengejutkan ahli keluarganya beriqtikaf dan berqiamulail).

12. Bakhil dan kedekut harta serta tidak membantu orang yang berhajat dan tidak bersedekah.

13. Keluarnya wanita-wanita ke masjid dengan memakai perhiasan, wangian yang membawa fitnah.

14. Wanita keluar berduyun-duyun ke pasar membeli juadah (bercampur lelaki/perempuan yang bukan muhrim).

15. Tidak memperbanyakkan takbir di malam hari raya dan di hari raya lantaran sibuk dengan perhiasan rumah dan persediaan kuih-muih.

16. Lewat membayar zakat fitrah sehingga selesai solat hari raya.

17. Berhari raya dengan hawa nafsu, hiburan-hiburan yang melalaikan dan pembaziran yang melampau

Wednesday, August 18, 2010

Menyubur S & T melalui PPS



Pada hari ini bermulalah Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti Dan Pelaporan Prestasi SPM 2010 Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Felda bertempat di Suria Beach Resort Cherating, Pahang. Mesyuarat ini melibatkan pihak penganjur Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Penyelaras PPS Negeri, Penyelaras PPS Daerah, Pengetua PPS serta Pegawai Sektor Pengurusan Sekolah Negeri yang terlibat dengan program PPS.

Bertolak dari rumah jam 9.00 pagi ke PPD Tanah Merah untuk menaiki kenderaan PPD, Toyota Fortuna sebagai memenuhi hasrat penjimataan perbelanjaan. Konsep "car pool" sebagaimana kehendak BPSH menemukan kami bertiga ( Saya sebagai Penyelaras PPS Negeri,En. Husain Ab. Ghani, Penyelaras PPS Daerah dan En. Sahar (wakil Pengetua SMK Kemahang)untuk bergerak ke tempat mesyuarat bermula jam 11.00 pagi. Setelah hampir 5 jam 30 minit perjalanan tanpa henti, alhamdullilah kami tiba dengan selamat di Suria Beach Resort (yang telah saya kunjungi sebelum ini pada tahn 2006, meeting PPST bersama Bahagian Sekolah pada waktu itu). Tenang sahaja suasana nya selepas melintasi sempadan Terengganu-Pahang.Dengan mengambil masa sekitar 5 minit berkelajuan biasa tibalah di persimpagan masuk ke resort. Dari jalan utama cuma 500 m ke dalam menghampiri pantai Laut Cina Selatan. Lapor diri dengan bayar sendiri RM145.00 satu malam selama 3 hari 2 malam.

Berehat di Bilik 113 menunggu waktu berbuka. Jam 7.20 malam dibunyikan paluan gong menandakan azan maghrib, maka berbuka puasalah kami peserta mesyuarat. Berjumpa rakan lama penggiat PPS negeri-negeri dan juga muka baru. Kali pertama berbuka puasa di resort untuk kali ini. Banyak juadah yang enak di mata cuma yang dimakannya hanya yang termampu dek volume perut sahaja. Malam tiada program mesyuarat tetapi diisi dengan solat terawih selepas solat fardu insya. Itu pun dibuat tanpa berjemaaah tidak sepertimana malam-malam sebelum ini masjid dikampung halaman,jaga jam 4.30 pagi untuk bersahur.Agak selesa sedikit badan setelah penat dalam perjalanan.

Jam 8.00 pagi, 19 Ogos 2010 (Khamis), bermulalah mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Abu Hashim, pegawai BPSH dengan membentangkan laporan status pencapaian SPM 2009 bagi semua sekolah PPS.Dapatan menunjukkan begitu banyak impaks hasil pengwujudanan PPS ini dalam kejayaan pelajar. Jika dalam PMR tahun 2007, ada pelajar yang mendapat matematik D, tetapi pelajar yang sama setelah mengikuti PPS selama 2 tahun, dalam SPM tahun 2009 memperolehi A+ dalam Matematik serta A- dalam Matematik Tambahan. Ini antara contoh kejayaan pelaksanaan PPS.

Tetamu VIP yang hadir merupakan orang penting dalam melahirkan idea dan seterusnya menjayakan PPS iaitu YBhg. Dato' Ahmad Azmey bin Abu Talib selaku Pegawai Khas Menteri Pelajaran Malaysia. Setelah berhenti rehat selama 10 minit, meeting disambung semula jam 10.10 pagi sehingga jam 12.30 tengahhari. Selepas solat zohor dan berehat sekejap, majlis disambung jam 2.00 petang dan berakhir jam 7.15 malam. Diisi dengan peloporan dari 14 buah sekolah PPS seluruh negara dengan pembentangan pencapaian SPM 2009 serta target SPM 2010 serta pelaksanaan pelbagai program dalam usaha meningkatkan prestasi pencapaian yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi. Berbuka jam 7.20 malam,waktu tempatan dengan paluan gong dan selepas itu berehat setelah penat bermesyuarat sepanjang hari. Jam 11.00 malam keluar ke bandar Kemaman, yang satu ketika dulu dari 1983 hingga 1987 merupakan laluan utama berulang alik ke Bandar Pusat Jengka,bertugas sebagai pendidik di sana (era pengetua : Tn. Hj. Abbas Awang, Tn. Hj. Kamaruzaman ) , tinjau fenomena malamnya dengan restoran yang dihidupkan. Sempat minum kopi ginseng tongkat ali di Restoran Dinnie 2, pekerjanya dari Golok dan Petani, Thailand.

Antara intipati Dato' dalam ucapannya ialah:
* meningkatkan penyertaan waris felda dalam PPS yang kini semakin mengucup.
* meningkatkan kecemerlangan A+, A dan A- dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi Pencapaian dalam Bahasa Melayu dan Matematik amat memberangsangkan tetapi tak boleh diabaikan tumpuan kepadanya.
* peranan pengetua dalam pengurusan dan penglibatan secara langsung dalam PPS
* guru opsyen mata pelajaran hendaklah opsyen lagi komited
* PPS merupakan satu inisiatif untuk kecemerlangan pelajar dalam bidang Sains demi kejayaan masa depan mereka. Walaupun tahap pencapaian dalam PMR dengan C, C dalam Sains dan Matematik, mereka berkeupayaan untuk menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah,Diploma ataupu Sijil setelah tamat SPM
* PPS akan menjadi antara penyumbang dalam meningkatkan Dasar 60:40 (pencapaian terkini 39:61 )
* PPS meningkatkan penyertaan pelajar luar bandar dalam bidang S & T (Pelajar Felda dan sekitarnya)
* PPS saling berkolaboratif sesama PPS yang lain (Twin School)
* Pihak pengurusan sekolah perlu cakna dengan isu ketidakhadiran aerta isu displin pelajar dalam program PPS
* Kebijaksanaan pengurus sekolah dalam mengatur jumlah masa tuisyen kepada pelajar berdasarkan kategori pencapaian mereka.
* Pelbagaikan kaedah penyampian ilmu secara fleksi termasuk seminar, kem mata pelajaran serta lainnya yang difikirkan sesuai lagi befaedah agar minat pelajar untuk belajar terus subur. Kaedah streotaip hanya akan menjemukan pelajar terutamanya di kalangan mereka yang agak lemah.
* Setiap sekolah PPS ada yang sama programnya dan ada yang baru serta tak sama. Kongsi dan suaiamalkan di sekolah masing-masing.
* "Follow-thru" pelajar selepas SPM hendaklah dilaksanakan demi perancangan sekolah untuk tahun berikutnya.
* PPS merupakan antara projek utama BPSH, KPM

Hari ketiga merupakan hari terakhir mesyuarat diisi oleh sesi perbincangan, pembentangan wakil Jabatan dan majlis anugerah SPM 2009. Mewakili JPN Kelantan, saya membentangkan langkah-langkah yang diambil bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Tahniah kepada yang berjaya dalam pencapaian SPM 2009, dan yang lain dapatkan kejayaaan seumpama ini dengan membantu pelajar yang akan menempuhi SPM Tahun 2010 ini. Kepada Tuan, semua guru-guru PPS bimbing bantulan mereka disaat-saat ini yang amat diperlukan oleh mereka.

Pencapaian Terbaik SPM 2009
SMK Kuala Repas Bentong, Pahang- BM
SMK Jengka 2, Pahang-BI
SMK Pelong, Terengganu- Matematik
SMK Purun, Pahang - Matematik Tambahan,Fizik,Biologi, kategori Khas, Pencapaian Keseluruhan.
SMK Air Puteh, Terengganu- Kimia

(Kecemerlangan mata pelajaran dan kategori khas setiap satu menerima RM 1000 , pancapain keseluruhan RM 2000. Tahniah SMK Purun, banyaknya dapat )


Tempat jam 12.00 tengah hari, mesyuarat ditangguhkan dan kami peserta membuat "Check Out" dan belepas balik kedistinasi masing-masing. Khas kepada YBhg. Dato' yang akan bersara pada 31 Ogos ini (setelah 4 tahun kontrak), saya ucapkan selamat bersara dan jasa serta tunjuk nasihat Dato' tetap saya ingati sebagai panduan dalam meneruskan kerjaya ini. Tanpa henti, kami tiba di PPD Tanah Merah pad jam 5.00 petang dan tiba di rumah hampir waktu berbuka dalam hujan yang lebat.

Kepada rakan semesyuarat sekelian, banyak perkara yang telah kita kongsi bersama dalam menjayakan PPS ini.Jumpa lagi dilain kali.

(JPN Kelantan di wakili oleh: Saya (PenyeLaras PPS Negeri), YM Tengku Fauzi, Penolong Pengarah Sektor Pengursuan Sekolah Menengah,En, Husain Ab. Ghani( Penyelaras PPS Daerah Tanah Merah), En. Wan Badruddin ( Penyelaras PPS Daerah Gua Musang),En. Ariffin (Pengetua SMK Chiku 2) DAN En. Sahar (SMK Kemahang)

Saturday, August 14, 2010

Serba sedikit mengenai kurikulum

Kurikulum Kebangsaan bererti kurikulum yang ditetapkan oleh Menteri Pelajaran

Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada:
Pendidikan prasekolah
Pendidikan rendah
Pendidikan menengah
Pendidikan lepas menengah
Pendidikan tinggi

Semua sekolah dalam sistem kebangsaan wajib menggunakan satu kurikulum yang piawaia (standard) iaitu kurikulum kebangsaan
Struktur dan sistem pentadbiran pendidikan kebangsaan telahpun berubah selaras dengan perlaksanaan Akta Pendidikan 1996

Pendidikan Prasekolah
Mengikut Akta Pendidikan 1996, pendidikan pra sekolah bererti program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun
Pendidikan prasekolah diperuntukkan dalam seksyen 15 dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana ia merupakan sebahagian daripada pendidikan kebangsaan untuk menyediakan asas yang kukuh dalam pendidikan formal kanak-kanak

Pendidikan Rendah
Pendidikan Rendah bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun , tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dirancang untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira.1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi berbunyi

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara"

1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.
1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

Insyaallah kita akan berkongsi lagi mengenainnya.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan dengan kelebihannya

Allah berfirman, “Makan dan minumlah kamu sekalian dan jangan kamu membazir.”

Luqman al-Hakim pernah mengingatkan kepada anaknya, “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segaka hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadah.”

Pesan Imam Muhammad bin al-Hasan al-Syaibani, “Pembaziran makanan ini adalah makan dengan banyak hingga melampaui rasa kenyang. Termasuk juga pembaziran adalah dengan memperbanyakkan juadah dan kepelbagaian jenisnya. Bahkan dikirakan pembaziran juga apabila diletakkan dalam hidangan itu pelbagai ragam makanan melebihi keperluan yang sepatutnya.”

Seorang pakar perubatan Arab iaitu Dr. Umayyah Lahud di dalam bukunya telah menjelaskan, “Saya sering melakukan kajian kepada pelajar saya yang berpuasa, hanya dalam tempoh singkat mereka dapat menambahkan kemampuan dari aspek penghasilan idea. Ini menjadikan mereka di kalangan pelajar yang mampu menggunakan segala kemampuan akal untuk menguasai pelajaran mereka. Ini hasil dari puasa yang menjadikan tubuh mampu merangsang satu asid yang menolak segala toksin daripada tubuh individu tersebut. Seterusnya menjadikan sel darah kembali normal dan bersih dari segala zat yang diperolehi dari pemakanan harian. Manakala pengaliran darah ke otak lebih lancar.”

Seorang doktor perubatan Rusia menyatakan, “Adalah lebih penting kami mengarahkan kepada pesakit agar berpuasa dan mengosongkan perutnya supaya berat badannya turun dan mereka mampu sembuh dengan lebih cepat. Hal ini lebih baik daripada kami memenuhkan perut mereka dengan ubatan seperti pil dan kapsul serta makanan yang bakal menambahkan lagi penyakit lain.”

Allamah Rasyid Ridha penulis Tafsir al-Manar menjelaskan pengakuan daripada beberapa orang pakar perubatan Eropah yang mengakui dengan berpuasa sebulan Ramadan dalam setahun mampu menyingkirkan sel-sel tambahan yang mati atau tidak berfungsi dalam badan seseorang individu itu.

Hippocrate yang bergelar ‘Bapa Perubatan Greek’, beliau turut menggunakan puasa sebagai kaedah perubatan pada hari pertama para pesakitnya mendapatkan rawatan. Beliau juga menyifatkan kepelbagaian rawatan yang dihasilkan daripada puasa amat sesuai dengan setiap penyakit yang menghinggapi para pesakitnya.

Begitu hebatnya kelebihan berpuasa dan kehebatanya bertambah lagi apabila kita melaksanakannya dalam Bulan Ramadhan ini.. bulan penuh berkat dengan limpahan pahala berganda.

InsyaAllah, Ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari Ramadhan pada tahun-tahun yang lepas.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan Buat Tuan Yang Beriman


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Rabu, 11 Ogos 2010 bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

1 Ramadan 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Malam ini kita akan mula bertarawih, malam ini juga kita akan mula berniat untuk melakukan puasa Ramadan dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan. Malam ini jugalah kita akan mula bangun sahur dengan penuh rasa bersemangat untuk memulakan puasa. Mungkin pada malam pertama ini juga ada yang sudah memulakan amalan taddarus al-Quran. Selamat memulakan ibadah atau amalan yang baik pada malam ini kerana lazimnya sesuatu yang bermula pada malam pertama dengan baik akan berakhir dengan yang baik juga.

Ramadan 1431H mungkin merupakan ulang tahun ke 40 bagi sesetengah orang, boleh jadi juga ada yang pada kali ini menyambut ulang tahun ke 60 malah 70 tahun bagi yang kini berusia 85 tahun. Kiraan ini mengambil kira usia seseorang ketika mula berpuasa iaitu pada usia 15 tahun. Tapi kalau seseorang itu berpuasa lebih awal daripada usia itu, tentu lebih lama dia bersama Ramadan.

Walau bagaimanapun mereka yang baru memulakan puasa pada usia yang agak lewat kerana terleka, tidak tahu atau malas, mereka masih ada peluang untuk menyemai kedudukannya dengan ibadah orang sebaya dengannya. Mereka masih diberi peluang untuk mengqada mana-mana yang tertinggal.

Bayangkan dalam usia yang begitu lama kita mengerjakan puasa dan saban tahun kita telah melakukan ibadah sunat, tentu sudah banyak manfaat yang telah diperoleh. Puasa yang dilakukan dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan itu telah dijamin kebaikannya oleh Rasulullah. Sabdanya:

إن الله فرض صيام رمضان وسن لكم قيامه فمن صامه وقامه إيمانًا واحتسابًا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه (أحمد ، والنسائى عن عبد الرحمن بن عوف)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah memfardukan puasa Ramadan dan disunatkan bagi kamu qiyam pada malamnya. Maka sesiapa yang berpuasa dan qiyam dengan penuh rasa keimanan dan ketaqwaan akan dikeluarkan dosanya seperti hari dia dilahirkan ibunya.”(Riwayat Ahmad, Nasai daripada Abdulrahman bin Auf)

Subhanallah, sudahkah kita berada di tahap itu? Sekian lama kita berpuasa saban tahun, berapa banyak dosa yang telah digugurkan. Masya-Allah, kalau kita sudah tiada dosa, sudah tentu mudahlah kita beroleh ketakwaan. Kalau ini yang terjadi tercapailah matlamat puasa seperti yang dikehendaki oleh Allah. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, difardukan kepada kamu puasa sebagaimana yang pernah difardukan kepada orang sebelum kamu, semoga kamu beroleh taqwa.” (al-Baqarah 2: 183)

Peningkatan taqwa kepada seseorang dapat dilihat pada setiap hari mereka berpuasa dan kemuncaknya dapat diserlahkan pada malam hari raya. Pada hari-hari berpuasa tutur katanya terkawal daripada dosa, ibadahnya lebih baik dari sebelumnya. Bukan itu sahaja, malah kesihatannya lebih bermutu. Dan pada malam raya, dia terus beribadah, memuji Ilahi dengan tahmid, tasbih dan takbir. Mereka ini sedih untuk meninggalkan Ramadan.

Saya percaya anda sekalian sudah mampu memperoleh ketaqwaan seperti yang disebut di atas. Namun jika anda berasa belum memperolehnya, belumlah lagi terlambat untuk anda memilikinya. Mulakan pada malam ini dengan mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Jadi, tidak ada yang mustahil dalam dunia ini. Allah mahu kita beroleh kebaikan dengan pelbagai cara. Puasa adalah jalan pintas untuk mereka beroleh taqwa. Maka rebutlah dengan sebaiknya semoga anda dan saya juga berjaya dalam mengharungi ibadah sepanjang Ramadan kali ini.

((Petikan dari Ahmad Baei Jaafar )

Sesungguhnya kita sekali lagi memasuki institusi tarbiyah ini dan insyaallah semoga kelak kita akan menjadi semakin lebih baik lagi taqwa kepada ALLAH .. Salam Ramadhan 1431 H

Monday, August 9, 2010

Aplikasi Sains Dan Teknologi..mereka jayakannya



Pameran Sains Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantran 2010, anjuran bersama Jabatan Pelajaran Kelantan dengan Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Ogos 2010 (Sabtu) bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah, Kelantan. Program yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang ini disertai oleh 29 buah sekolah dari semua PPD Negeri Kelantan. Tuan rumah melibatkan 11 buah sekolah, manakala setiap PPD yang lain menghantar 2 buah sekolah masing-masing untuk menyertai pameran ini.Bilangan peserta dari kalangan pelajar adalah seramai 163 orang bersama 28 orang guru pembimbing.

Setelah 4 kali bermesyuarat antara JPN-PPD Tanah Merah dengan UMK, juga turut disertai oleh guru pembimbing, pameran ini dapat dijalankan seperti mana dalam perancangan. Di dalam dewan yang selesa di SMK Belimbing, sebanyak 30 produk hasil kreativiti dan inovasi pelajar-guru telah di pamerkan. Terpegun juga akan kehebatan idea mereka mengaplikasikan sains dan teknologi.. banyak projek diluar jangka dapat ditunjukkan. Walhal semasa mesyuarat bersama dengan guru pembimbing, banyak persoalan ditimbulkan termasuklah .. " nak buat projek gapa heh? "

Walaupun dengan namanya pameran, penilaian produk juga turut diadakan. Panel hakim dari JPN-UMK telah membuat penilaian bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Penat juga kata mereka di atas kehebatan dan kekuatan produk yang dihasilkan. Presenter akan menerangkan keistimewaan produk dengan kebolehan berbahasa (BM/BI)sewaktu berinteraksi dengan panel hakim.

Bermula jam 2.45 petang, majlis penutup membuka tirainya. Ketibaan YABrs. Prof. Dr. Hj. Ibrahim bin Che Omar, Dekan Fakulti Agro-Industri & Sumber Asli, UMK disambut oleh YBrs. En. Abdullah bin Mohd, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah. Doa keberkatan dibaca dan disusuli oleh ucapan aluan oleh Tuan PPD, mewakili YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan dan seterusnya ucapan perasmian oleh YABrs. Prof. Antara intipati ucapan beliau ialah pembudayaan R & D dalam pelbagai bidang akan melahirkan anak Malaysia yang hebat di mata dunia. Malaysia maju jika rakyatnya sentiasa berkreativiti dan berinovasi. Negara lain akan menghormati kita dan jadikan usaha ini ke arah mensejaterakan manusia sejagat.

Majlis penyampian hadiah kepada pemenang dan cenderahati menutup tirai program sehari pameran sains ini. Kepada pemenang, SMK Kubang Bembang, Pasir Mas (Johan), SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai (Naib Johan) dan SMK Belimbing (Tempat Ketiga), tahniah diucapkan dan kepada yang lain juga, berbanyak tahniah, kerana idea dan produk dari sekolah Tuan juga sememangnya hebat. Cuma apabila dipertandingkan, tentulah ada lebihnya markah.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.. I Program UMK 1 Daerah.
Jumpa lagi jika ada inisiatif seumpama ini untuk tahun depan.

Sunday, August 8, 2010

Saya namakan HMH



Pada hari Khamis 05 Ogos 2010 yang lepas, saya telah hadir mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan ke PKG Ketereh untuk bersama peserta yang mengikuti bengkel pemantapan pedagogi dalam P & P sains. Peserta terdiri dari 40 guru dari sekitar PKG berkenaan yang telah dikenalpasti sejak awak tahun lagi. Program ini dikendalikan oleh 2 Fasilitator khas dari Pusat Sains Negara (PSN) yang terdiri dari En. Low serta En. Edward.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan inisiatif Bahagian Pendikan Guru, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Teknologi Pendidikan , Bahagian Pembangunan Kurikulum bersama MOSTI ini memberi banyak manafaatnya dalam mempertingkat serta memperkasakan guru-guru sains supaya lebih menitik beratkan pelbagai kemahiran dalam pengajaran sains. Mengikut peserta bengkel, mereka begitu teruja dengan pelbagai kaedah yang ditunjukkan oleh penceramah. Jika pelaksanaan sepertimana yang dilakukan, maka pembelajaran pelajar dalam sains begitu mudah lagi menarik.

Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif, Sikap Saintifik serta Nilai Murni dapat dipupuk dan diamalkan, nescaya pembudayaan sains dalam kehidupan dapat diterjemahkan. Inovasi dan kreativiti lagi kritis ahli masyarakatnya memacukan negara ke arah negara maju yang rakyatnya penuh disiplin apatah lagi tinggi hati budinya.

Pengalaman peserta selama tiga hari yang bermula pada 3 Ogos lagi, penuh dengan aktiviti hands on, minds on serta heart on. Apabila di 'on' kan, maka proses P & P ini begitu mudah. Tetapi mengapa apabila setiap kali melakanakan P & P ssins, perkara tersebut di 'off' kan. Ini mengakibatkan sains itu sendiri tak banyak bezanya dengan mata pelajaran lain.

Memandangkan mulai tahun depan, 2011 pelaksanaan KSSR akan bermula. Pengisiannnya lebih menitikberatkan kepada kreativiti dan inovasi dalam P & P. Maka semua guru perlu mempersiap siagakan diri masing-masing dengannya. Itulah sebabnya kita akan mengalami Transformasi Pendidikan. Kalau tak ubah sekarang, bila ?. Kalau tidak kita, siapa?. kalau tidak tahun depan, bila?.

Bersamalah kita menterjemah dan merealisasikanya. Hands On- Minds On-Heart On - itulah saya mudahkan kepada HMH.

( Majlis penutup diisikan dengan ucapan serta penyampaian sijil kepada semua peserta. Terima kasih kepada semua yang terlibat dala menjayakan program ini. Terima kasih MOSTI melalui PSN kerana memilih Kelantan selain Johor dan Kedah untuk melaksankan program ini untuk tahun 2010 )

Thursday, August 5, 2010

Majlis Penutup Kursus Pemantapan Pedagogi Sains



Pada tarikh 4 Ogos 2010 (Rabu),jam 2.00 petang dari JPN, saya telah ke PPD Pasir Mas, mewakili Jabatan Pelajaran Kelantan untuk bersama para peserta Kursus Pemantapan Pedagogi Sains Tahun 4, yang merupakan salah satu pengisian MBMMBI. Begitu seronak apabila guru yang terlibat semakin jelas tentang peranan mereka dalam memperkasakan pengkaedahan pengajaran. Mereka kini semakin menghayati dan mendalami pedagogi yang perlu digunakan. Berkisar dengan Inkuri Penemuan, Pembelajaran Masteri, Pembelajaran Konstruktivisme serta Pembelajaran Kontekstual, guru yang merupakan peserta kursus ini dapat mempersembahkan kaedah "P&P" yang agak berbeza dengan apa yang mereka lakukan sebelum ini.

Tempoh tiga hari yang diperuntuk amat bermakna buat mereka. Tahniah kepada semua sahabat dari JPN dan PPD khususnya yang telah berjaya melaksanakan kursus ini. Kini hampir 850 orang guru dari seluruh negeri telah dilatih mengikuti kursus ini yang dibahagi kepada dua kumpulan iaitu untuk guru sains tahun 4 dan guru matematik tahun 4.Mereka mewakili guru dari SK, SJK(c/SJK(T) dan SABK.

Kepada semua guru yang terbabit,terus amalkan perkara ini walaupun pelaksanan sepenuhnya sains dan matematik dalam Bahasa Melayu/Ibunda akan bermula pada tahun 2012...kerana pedagogi itu amat penting dalam menyampaikan pengajaran sedari dulu, kini dan akan datang.

( gambar di atas di ambil sewaktu majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil bagi peserta kursus di peringakt PPD Pasir Mas yang berlangsung pada jam 3.00 petang)

Tuesday, August 3, 2010

Kepelbagaian Kaedah P & P Memupuk Minat Murid

Kaedah pelaksanana pendekatan pengajaran dan pembelajaran iaitu pendekatan Inkuri Penemuan, Pembelajaran Konstruktivisme,Pembelajaran Kontekstual dan Pembelajaran Masteri serta Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah.

Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajarann seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajaran, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan. Kepelbagaian kecerdasan merangkumi visual dan ruang,verbal linguistik, muzik dan irama,logikal matematik, kinestatik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri,perhubungan antara insan dengan Penciptanya, pemahaman tentang alam sekitar.

Penerangan mengenai kaedah berkenaan:
1. Eksperimen
Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.
Secara kebiasaan, langkah menjalankan eksperimen adalah seperti berikut:
* Mengenal pasti masalah
* Membuat hipotesis
* Merancang eksperimen
- mengawal pemboleh ubah
- menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan
- menentukan langkah menjalankan eksperimen
- kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data
* Melakukan eksperimen
* Mengumpulkan data
* Menganalisis data
* Mentfsirkan data
* Membuat kesimpulan
* Membuat pelaporan

Selain eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang bboleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

2. Perbincangan
Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau alasan yang sahihi. Semasa perbincangan , murid perlu mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa dan selepas menjalankan eksperimen , projek, aktiviti menggumpulkan dan mentafsirkan data,simulasi,penggunaan sumber luar bilik darjah,penyelesaian masalah dan lain-lain.

3. Simulasi adalah aktiviti yang dajalankan menyerupai yang sebenarnya.Iannya boleh dilaksanakan melalui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

4. Projek
Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti keadaan untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah
Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat tertentu seperti zoo,muzium,pusat sains,institut penyelidikan, paya bakau, kilang dan lainnya boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakana. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan
Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada masa lalu dan masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat keputusan atau mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian masalah melibatkan langkah seperti berikut:
* Kenal pasti dan faham masalah
* Jelaskan masalah
* cari alternatif penyelesaian masalah
* lakukan operasi penyelesaian
* Nilaikan penyelesaian

Sumer: Program Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Sekolah Rendah di bawah MBMMBI)

Sunday, August 1, 2010

Jangan lupa minumlah banyak air ya...



Top 10 Ways Water Can Help You Lose Weightby:
1. Water suppresses the appetite
2. Water helps to reduce cholesterol
3. Water helps to tone muscles
4. Water is necessary for proper digestion
5. Water helps the liver to function
6. Water helps soothe digestive problems
7. The right amount of water causes the body to stop retaining water
8. Water stops you confusing hunger and thirst
9. Water moistures the skin and makes it more radiant and supple
10. Water washes the toxins out of the body
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh