.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Thursday, September 30, 2010

MATLAMAT PENDIDIKAN SAINS

Mata pelajaran sains bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains, menggembangkan daya pemikiran saintifik serta memupuk nilai-nilai murni. Ini membolehkan murid murid memahami dan menghargai sains dan aplikasinya dalam kehidupan dan untuk pembangunan negara serta berkeupayaan menyelesaikan masalah harian bagi membentuk warganegara yang bertanggungjawab demi kesejahteraan manusia.

Wednesday, September 29, 2010

Ia begitu diperlukan...

"Academic Reengineering"

Apabila membicarakan perkara ini, akan terlintas dibenak fikiran kita bahawa perlu ada perubahan dalam perancangan, tindakan serta penambahbaikan agar apa yang dihajat itu dicapai dengan jaya. Sebagai pengamal pendidikan "academic reengeneering" antara lainnya perlu diberi fokus kepada perkara berikut berdasarkan kehendak masa depan pelajar dan keperluan negara.

1. Tanpa latih tubi
Kita semua apabila memasuki Maktab Perguruan/Universiti dululah (kini dikenali IPTA/S), samatelahan pelajar terkini di IPT , pembelajaran mereka adalah "tanpa latih tubi" . Matrikulasi selepas tingkatan 5, tiada lagi amalan ini dibawa bersama. Pelajar perlu mencari sendiri "tambahan ilmu" setelah diberi dan dipandu oleh guru mereka.Tanpa kesungguhan berlumba untuk memperolehi ilmu, mereka akan ditinggalkan.

"academik reengineering" ini semesti perlu dibuat pada peringkat awal persekolahan mereka. Terkadang kita dikejutkan dengan .. awal tahun lagi ada cikgu dah uli dengan soalan peperiksaan, terutama kelas peperiksaan. Mereka melaksanakan P & P mengikut format peperiksaan bukan mengikut format kurikulum. Bukan nak kata format peperiksaan itu tak penting, ia masih kekal pentingnya, tetapi ia hanya untuk produks 'output'nya sahaja. Meninggalkan format kurikulum banyak memberi kesan kepada pembinaan modal insan seorang pelajar. Mengikut format kurikulum akan mejana 'out come' kerana ianya 'on going process'.Melaluinya intipati Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat diterjemahkan. Pelajar yang hebat dalam JERIS dapat dimunculkan.

2. Pembelajaran Tanpa Paksa
Selepas tingkatan 5, sama ada memasuki Tingkatan 6, Matrikulas maupun Diploma, mereka hanya diberi panduan oleh guru mereka mengenai tugas selanjutnya selepas mengikuti kelas. Pelajar ini akan cari sendiri melalui pelbagai sumber, jika pasif mereka tak akan dapat, maka mereka akan tercicir. Mereka akan belajar tanpa paksa, kesedaran perlu dipupuk untuk mereka bersaing secara positif dalam menajam dan menggilap minda fikiran mereka demi kejayaan didepan hari dalam dunia yang penuh berekacipta dan berinovasi ini.

"academic reengineering" ini perlu untuk tidak dilupakan di mana pembelajaran tanpa paksa dah bermula sejak awal persekolahan lagi.Jika guru berperanan dengan baik, pelajar akan dapat belajar dengan mudah serta penuh rela, dalam suka lagi menyeronokkan. Tak akan 'booring' memanjang, tak lagi tidur, tak lagi menggangu rakan. Sama bantu membantu dalam sesi pembelajaran.Tak akan poteng sekolah, bilik kelas, makmal dan sekolah dah melekat kat mereka.

3. Amalan Pengajaran Yang Tradisional
Setelah dapat keputusan SPM, pelajar akan menghala ke destinasi ilmu masing-masing. Memasuki Tingkatan 6, Matrikulasi maupun Diploma, mereka akan behadapan dengan guru yang lebih kreatif dan inovatif dalam kaedah penyampaian ilmu. Penggunaan BBM/ABM sama ada berasaskan ICT atau tidak, banyak menarik minat dalam pembelajaran pelajar. Jika hanya 'talk - chalk - talk', alamat tak kemanalah.

"academic reengineering" memerlukan kaedah baru untuk pemyampaian pengajaran guru. Guru tidak lagi berlengang dengan tangan kosong ke bilik darjah tetapi datang dengan BBM yang terbaik untuk memudahkan pengajaran mereka. Mereka telah membuat persediaan secara lengkap dengan lebih awal lagi. Guru Sains akan terus ke makmal / bilk sains untuk membimbing pelajar melakasanakan amali sains dimana Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif serta Sikap da Nilai murni dapat diterapan semasa P & P ini.

Lantas pada pandangan saya, 'academic reengineering' ini begitu penting untuk dilaksanakan oleh kita semua. Insayaallah pelajar akan datang nanti akan lebih berketrampilan bukan hanya dapat menguasai pengetahuan tetapi juga dapat mengaplikasi serta boleh membuat penaakulan.

Hebat Orangnya, Hebat Bangsanya, Hebat Negaranya serta sentiasa mendapat keredhaan ALLAH SWT.

Saturday, September 25, 2010

Falsafah Pendidikan Sains

Pendidikan Sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitatif, dinamik, tangkas dan bedaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan ketrampilan teknologi

Thursday, September 23, 2010



Tiada Siapa Lagi Yang Akan Menjaga Alam Sekitar Kita....Kecuali Kita

NEGARA BERSIH RAKYAT SIHAT

KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN

Monday, September 20, 2010

Siapa lebih hebat ?


Selepas terbinanya Burj Khalifa oleh syarikat EMAAR, sebuah lagi "menara tertinggi" bakal dibina di Dubai. Kali ini ianya dinamakan Nakheel Tower and Harbour oleh syarikat Nakheel . Tinggi menara ini dijangkakan mencecah 1 400 meter dan bakal mejadi focal point pelabuhan Nakheel seluas 270 hektar. Ini bermakna ianya hampir dua kali ganda ketinggan Burj Khalifa yang "hanya" berketinggian 827 meter!

Bentuk Nakheel Tower diilhamkan oleh rumah api purba Alexandria. Ia juga bakal mengambil contoh senibina jambatan Isfahan, taman-taman Alhambra dan promenad Tangiers.

Kedua-dua starikat dimiliki 2 orang putera mahkota yang nak tunjukkan siapa lebih hebat.

Kayanya kedua-dua putera mahkota ini. Kaya wang ringgit.

Tuesday, September 14, 2010

DAULAT TUANKU

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru berkuat kuasa hari Isnin 13 September 2010.

Pengisytiharan pemasyhuran itu diumumkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Balai Rong Seri Istana Balai Besar di sini pada pukul 12.30 tengah hari .



Ya ALLAH selamat aman makmur mewahkan negeri kami ini dibawah naungan Duli Tuanku

Wednesday, September 8, 2010

Kita Raya hari Jumaat 10 September.....

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept, 2010," kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 29 tempat pencerapan di seluruh negara.

Sehubungan itu, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri 1431 Hijrah, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Kita juga perlu membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan meningkatkan pengorbanan kita dalam perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah SWT.Itulah tugas utama kita. Semoga laku perbuatan kita diredai ALLAH SWT hendaknya.. Insyaallah.

Tuesday, September 7, 2010

Sambut Aidilfitri Dengan Pengisian Pahala


AIDILFITRI PENGUKUH KELUARGA DAN MASYARAKAT
28 Ramadhan 1431 H
Oleh: md zainal mzd

Tidak lama lagi Ramadan akan pergi meninggalkan kita dan Syawal akan menjelma. Kedatangan Syawal diterima dalam dua keadaan, satu golongan bersedih kerana menyedari kurangnya ibadat yang dapat dilakukan disebabkan sibuk, sakit dan terlalai dan golongan ini amat bimbang kalau Ramadan tahun ini merupakan yang terakhir baginya,

manakala satu golongan lagi amat gembira kerana sudah tidak perlu berpuasa lagi dan menganggap berpuasa hanyalah sesuatu yang amat membebankan. Termasuk golongan manakah kita?,fikir-fikirkanlah.

Walaubagaimanapun kita tidak boleh menahannya, Ramadan tetap akan pergi, kehidupan perlu diteruskan sebaiknya. Oleh itu mari kita renungkan dan fikirkan pula bagaimana seharusnya kita menyambut Aidilfitri tahun ini.

Apakah kita sudah bersedia dengan pengisian menyambut kehadirannya ?

Sebaik sahaja jatuh matahari akhir Ramadan, umat Islam dituntut bertakbir, bertasbih dan bertahmid memuji kebesaran Allah kerana mencucuri rahmat ke atas kita.

Penuhkan malam satu Syawal dengan perkara-perkara yang baik yang dituntut dan janganlah hendaknya meniru budaya negatif kerana ia tidak dibenarkan oleh agama.

Jauhkan diri dari apa-apa hiburan yang melalaikan. Janganlah diulangi amalan bathil yang dilakukan sebelum Ramadan.

Kalaupun kita tidak gembira dengan cara-cara yang dituntut agama, maka janganlah kita pula jadi penghalangnya atau menjadi penyubur kemungkaran, mudah-mudahan dengan ini kita akan terus mendapat kurniaan rahmat Allah sampai bila-bila.

Kedatangan Aidilfitri perlu disambut secara yang wajar. Jadikan satu Syawal untuk mengukuhkan persaudaraan dan persahabatan terutama antara ahli keluarga.

Semasa menyambut Aidilfitri kita dianjurkan menziarahi satu sama lain dan perbuatan menyendiri di rumah atau tempat-tempat tertentu tidak digalakkan.

Membiarkan anak-anak menyendiri di rumah boleh menyemai sikap sombong dan bongkak serta tidak mempedulikan orang lain.

Hubungan silaturahim perlu disemarakkan asalkan dijaga tatasusila sesama anggota masyarakat.

Suami dan isteri sepatutnya mesti saling bermaafan antara satu sama lain, tiada berdendam dan tiada perselisihan, bermaaf-maafanlah sepanjang masa, jangan tunggu pagi satu Syawal kerana itu bukan tuntutan agama.

Menunggu pagi Syawal baru bermaafan hanyalah suatu adat dan amalan yang tidak menguntungkan, kita masih tidur dengan berdosa di akhir Ramadan jika masih ada membuat kesalahan kepada suami, isteri atau orang lain.

Bermaaf-maafan mesti dilakukan secepat mungkin bila kesalahan disedari, bermaafan dan bersalaman di pagi Syawal, hanya sesuai bagi mereka yang sudah lama tidak berjumpa disamping mengasuh kanak-kanak menghayati amalan yang baik sedangkan bagi kanak-kanak sebenarnya mereka tiada dosa, mereka belum mengerti apakah dosa dan pahala.

Orang Islam juga dituntut menyediakan makanan untuk dirasai oleh saudara mara dan sahabat handai tetapi mestilah halal dan disediakan tanpa perasaan riak dan tanpa membazir.

ZIARAH IBUBAPA

Anak-anak yang terpisah, tidak tinggal bersama ibubapa mesti menjadikan hari ini hari yang paling baik untuk pulang dan menziarahi mereka. Alangkah sedihnya jika ada anak tetapi berhari raya seorang diri.

Jika boleh baliklah awal sebelum satu Syawal dan tuntutlah kemaafan dari mereka sebelum jatuhnya akhir Ramadan bukan seperti biasa hanya pada pagi Syawal.

Sesungguhnya ganjaran bila melakukan kebaikan dalam bulan Ramadan tidak sama dengan yang dilakukan dalam bulan-bulan yang lain.

Bila menziarahi ibubapa atau orang yang lebih tua, bawalah sedikit buah tangan untuk menggembirakan mereka walaupun bukan itu yang mereka harapkan.

Firman Allah, ” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya yang mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya),

dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu, dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). Luqman 14

Anak-anak yang diwasa yang tidak dapat pulang atau tidak dapat pulang awal terutama yang berkeluarga jangan lupa untuk menghubungi ibubapa dengan cara yang lain supaya ganjaran pahala kebaikan tersebut masih kita dapati. Jangan anggap ia sesuatu yang remeh.

Kecanggihan alat komunikasi memungkinkan segala masalah perhubungan antara ahli keluarga dapat diselesaikan dengan mudah.

Sewaktu bersama ibubapa, gembirakanlah mereka dengan isi perbualan yang baik-baik tetapi benar dan elakkan pendengaran mereka dari yang tidak menggembirakan seperti kehidupan susah masa lalu serta masalah kewangan yang kita hadapi.

Tanggungjawab sewaktu mendidik dan membesarkan kita, sudah cukup membebankan mereka. Insaflah, walau apa pun yang telah berlaku kita tidak akan dapat membalas jasa mereka kepada kita.

Jangan memberatkan ibubapa dengan perbelanjaan dan kerja. Kita sepatutnya mengambilalih tugas rumahtangga seperti menyediakan makanan, layanan kepada tetamu dan sebagainya dan benarkan ibubapa berehat dan bergembira dengan tetamu atau cucu-cucu jika ada.

Ibubapa yang sakit atau kurang sihat memerlukan masa yang panjang dan layanan yang lebih istimewa dari anak-anaknya.

Bagi ibubapa pula; Elakkan membuat perbandingan status dan keberadaan sesama anak menantu kerana ini boleh mendatangkan rasa rendah diri atau kecil hati terutama bagi yang kurang berada atau kurang mampu. Hariraya adalah hari untuk bergembira.

Tanpa sedar ibubapa kadangkalanya banyak berbicara kearah merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Limit dan fokuskan pertuturan dan perbualan kepada yang positif dan baik-baik sahaja.

ZIARAH SAHABAT HANDAI DAN AHLI KELUARGA YANG LAIN

Di Hariraya, kita dituntut untuk menziarahi sesama muslim sebanyak mungkin terutama orang yang pernah menjadi sahabat ibubapa kita.

Gunakan peluang ini untuk bermaaf-maafan dan mengucapkan syukur kehadrat Allah atas limpah kurnia rahmat dan rezekiNya.

Sayugia diingat bersalaman sesama ajnabi dalam majlis sebegini adalah dilarang walaupun berlapik kerana ia adalah tidak perlu dan boleh mendatangkan fitnah.

Bersentuhan secara berlapik atau tidak bagi ajnabi hanya dibolehkan atas perkara-perkara terdesak sahaja.

Disamping itu dalam Islam kita tidak digalakkan berlama-lamaan dalam melakukan ziarah begini, kerana ini akan membuka ruang kepada perkara-perkara yang tidak baik seperti fitnah dan sebagainya.

Kebanyakan kita tidak mampu menjaga isi perbualan daripada memperkatakan benda-benda yang tidak baik dan melalaikan.

Berlama-lamaan juga mungkin akan membebankan orang yang kita lawati. Bergeraklah sebelum gembira bertukar sebaliknya.

Mungkin tuan rumah juga mempunyai agenda mereka sendiri atau untuk menerima tetamu yang lain pula.

Sewaktu melakukan ziarah atau sebagainya, hormatilah waktu solat

Jagalah tertib berpakaian sepertimana yang dianjurkan Islam. Sesungguhnya sudah terlalu banyak yang kita terlepas pandang dalam perkara aurat dan pakaian yang diamalkan sehari-hari.

Dalam Islam tidak ada beza aurat dalam solat dengan luar solat, cuma mungkin bentuk dan warna pakaian sahaja yang berbeza.

Hariraya juga memberi peluang kepada kita untuk merapatkan hubungan yang sudah lama terputus samaada keluar bekerja, belajar atau lain-lain.

Apa-apa persengketaan antara dua pihak juga perlu ditamatkan dengan hadirnya hari yang mulia ini.

Firman Allah “ Tolaklah kejahatan yang ditujukan kepadamu dengan cara yang lebih baik, apabila kamu berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib” Fussilat 34

Mengadakan jamuan dan menjemput seramai mungkin orang Islam dan bukan Islam untuk bergembira beramai-ramai menyambut Aidilfitri adalah satu perkara yang baik tetapi perlulah dijaga adab pergaulan supaya selari dengan keperluan agama.

ZIARAH PERKUBURAN

Orang lelaki digalakkan membersih dan menziarahi perkuburan bagi mencetuskan kesedaran terhadap kematian, manakala ziarah perkuburan kepada kaum wanita pula ada pendapat mengatakan haram dan ada yang hanya mengharuskan sahaja iaitu tidak digalakkan.

Jika kaum wanita ingin juga pergi, maka perlulah dijaga adab-adab dengan sewajarnya.

Di perkuburan, bacalah doa-doa yang baik yang diharapkan boleh membantu mereka yang telah meninggal dunia. Perlu diingat, ziarah tanah perkuburan tidak semestinya dilakukan bila menyambut Aidilfitri sahaja.

DUIT RAYA

Memberi duit raya terutama untuk kanak-kanak adalah amalan yang baik tetapi mestilah berlaku adil.

Kanak-kanak tidak berupaya menyimpan rahsia sekiranya ada perlakuan dan agihan secara tidak adil. Oleh itu berhati-hatilah.

Di samping itu orang diwasa seharusnya tidak menyuburkan budaya mengemis di kalangan anak-anak sewaktu melakukan ziarah terutama di hari kebesaran Islam ini. Meminta-minta sebegini bukan budaya Islam.

Tujuan asal amalan ziarah adalah untuk merapatkan silaturrahim dan ianya bukanlah satu cara untuk mengumpul wang.

Selain dari perkara-perkara di atas, banyak lagi yang boleh dilakukan seperti menziarahi dan memberi makan atau pakaian kepada anak yatim, orang miskin, rumah orang tua, orang kurang upaya dan sebagainya.

Firman Allah “ Dan bersegeralah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan daripada Tuhanmu dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa ( Aali Imran 133 ).

Hadis Rasulullah ( Dari Ibnu Hibban ) “ Sukakah kamu aku tunjukkan orang yang paling dicintai Allah, dan yang paling dekat denganku di hari kiamat’ Mereka menjawab “Sudah tentu” Rasulullah menyatakan “ Iaitu orang yang paling baik akhlaknya di antaramu”

Hadis Rasulullah ( Dari Uqbah ), “Ya Uqbah, sukakah kamu aku khabarkan tentang akhlak ahli dunia dan ahli akhirat yang paling afdal ? iaitu kamu menjalinkan hubungan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, memberi kepada orang yang tidak memberi kepadamu dan kamu memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu”

Mudah-mudahan dengan sedikit catatan ini dapatlah kita menghayati Ramadan dan Syawal secara yang disenangi Allah subhanahuwataala

Hebat bagi insan yang tinggi akhlaknya

(Sumber : md zainal mzd)

Monday, September 6, 2010

Iman Ghazali-Tawadhuk Seorang Hamba



Suatu ketika, sewaktu pulang dari Jarjan menuju kampung asalnya di Thusia, segerombolan perompak padang pasir telah menyerang rombongan yang disertai oleh Iman Ghazali. Mereka merampas semua harta yang ada pada rombongan itu. Antara yang dirampas ialah buku catatan ilmu yang dipelajari oleh Iman Ghazali dari gurunya di Jarjan, Iman Abu Nashir Al Ismaili.

Lantas Iman Ghazali menemui ketua perompak itu dan meminta agar catatannya itu dipulangkan kerana beliau sangat menyayangi dann menghargainya.

Mendengar permintaan Iman Ghazali, ketua perompak itu merenung tajam ke arah beliau. Kemudian dia tertawa berdekah-dekah seraya bertanya secara menyindir."Untuk apa catatan ini wahai anak muda, bukankah engkau telah memahami dan menghafal seluruh isi kandungnya?"

Walaupun begitu ketua perompak itu akhirnya memulangkan juga buku catatan tersebut kepada Iman Ghazali. Namun beliau sangat terkesan dengan sindiran ketua perompak itu. Ia telah memberi makna yang tersendiri dan kesan yang sangat mendalam dalam diri beliau. Begitu Allah mendidik hamba-hamba Nya. ia boleh datang walau dari mulut seorang yang derhaka.

Selepas peristiwa itu, Iman Ghazali berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Beliau mula menghafal seluruh isi catatannya itu dan apabila menghadiri majlis-majlis ilmu, beliau lebih mengutamakan pemahaman yang sungguh-sungguh dari sekadar mancatat.

Suatu ketika, swaktu Iman Ghazali mengiman sembahyang, adiknya Ahmad yang turut menjadi makmum, telah mufaraqah (memisahkan diri dari iman lalu sembahyang berasingan).

Apabila hal ini diberitahu kepada Iman Ghazali kemudiannya,beliau telah menemui adiknya lalu bertanya, " Benarkah engkau telah mufaraqah daripadaku dalam sembahyang tadi?"

" Benar saya mufaraqah dengan abang kerana saya tidak mampu berimankan orang yang memasukkan dunia dalam sembahyangnya" jawab adiknya Ahmad dengan lembut dan spontan.

" Apa maksudmu, wahai adikku?" tanya Iman Ghazali bagitu terkejut.
Lalu si adik pun menceritakan apa yang dilihatnya sewaktu dalam sembahyang tadi.

Sekali lagi Iman Ghazali terkejut dengan jawapan adiknya itu. Apakah lamunannya di dalam sembahyang tadi dapat diketahui oleh adiknya? dan bagaimana adiknya boleh mengetahuinya?

"siapakah yang mengajar kamu ilmu pengetahuan sejauh itu, hai Ahmad? bawa aku kepadanya agar aku juga dapat belajar daripadanya." kata Iman Ghazali.

Ahamd menjawab, "Abang tidak akan sanggup melakukannya"
"Bila kukehendaki sesuatu akan ku usahakan walau dengan apa cara sekalipun." balas Iman Ghazali.

Setelah didesak berkali-kali akhirnya Ahmad pun memberitahu abangnya siapa nama gurunya dan di mana beliau berada.

Tanpa membuang masa, Iman Ghazali pun segera menemui orang yang dimaksudkan oleh adiknya itu. Rupa-rupanya lelaki itu seorang penjual daging.

"Saya ingin belajar dari tuan." kata Iman Ghazali kepada lelaki penjual daging itu.
Lelaki itu memandang Iman Ghazali lalu berkata " kamu Al Ghazali. Mahaguru di Universiti Nizamiah (Baghdad). Apa benar kamu mahu belajar?"
" Benar, tuan," jawab Iman Ghazali merendah diri.

"Kalau begitu, bukalah jubah kebesaranmu dan laplah tempat potong daging ini dengan jubahmu itu," kaya lelaki tersebut.

Dengan hati penuh rela, Iman Ghazali melakukan suruhan itu tanpa bersungut. Demi memperolehi ilmu yang bermanfaat, beliau sanggup melalukan apa sahaja asalkan tidak melanggar syariat.

" Esok lepas Subuh datanglah ke rumahku." kata lelaki itu sebaik-baik saja Iman Ghazali selesai mengelap tempat potong daging dengan jubahnya. Sejak hari itu Iman Ghazali menjadi murid kepada lelaki penjual daging itu semata-mata kerana mengharapkan curahan ilmu yang berguna untuk dirinya, sekaligus dapat dimanfaatkan kepada orang lain juga.

Suatu ketika, sewaktu Iman Ghazali mengarang kitab Ihya Ulumiddin di atas loteng Masjid Umawi di Damsyik, datang seekor lalat lalu hinggap dihujung penanya.
Ketika itu beliau sedang memberi sepenuh perhatian pada penulisannya. Payah buat manusia biasa menyedari ia adalah sebahagian dari dugaan Allah untuk melihat sejauh mana kasihnya seorang hamba kepada makhluk yang lemah. Namun hatinya yang halus sangat tersentuh.

Menydari lalat itu dahaga, beliau berhenti menulis. Dibiarkan lalat itu minum titisan air yang melekat pada penanya hinggalah selesai dan puas.

Setelah lalat itu terbang dari penanya, barulah beliau menyambungkan semula kerja-kerja penulisannya yang terhenti sebentar. Tidak hairanlah jika tulisannya begitu halus sehingga dapat merubah hati yang kasar dan menyatukan manusia yang berpecah.

Begitu hebatnya seorang yang bergelar Iman Ghazali
Sekali lagi.. "Selamat Hari raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin"

Friday, September 3, 2010

Malam Lebih Seribu Bulan

Masjid Nabawi Madinah AlMunawarah

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

www.al-azim.com

Wednesday, September 1, 2010

Memperkasakan Pedagogi- Pendekatan Kontekstual

Contoh Rancangan Mengajar

Tahun: 4 Bestari
Masa: 60 minit
Tema: menyiasat Alam Kehidupan
Bidang pembelajaran: Proses Hidup
Objektif Pembelajaran: Diakhir pembelajaran murid dapat
1. Berwaspada mengenai tabiat yang menggangu proses hidup
Hasil Pembelajaran: Diakhir pembelajaran murid akan dapat
1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia
2. menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

P & P berdasarkan Urutan
1.
Fasa(masa): Induksi ( 5 minit)
Isi Kandungan: Tabiat buruk manusia
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia
Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita di televisyen (ksrip berita)
Guru bertanya soalan-soalan berkaitan (contoh):
Soalan 1: Mengapakah murid itu dibuang sekolah?
Soalan 2: Mengapakah ibu malang itu dikelar lehernya oleh anaknya?
Soalan 3: Mengapakah kereta yang dipadu oleh pemuda tersebut terbabas?
Catatan:
KPS: memerhati, Berkomunikasi
KBKK: Menjanaidea,Membandingkan dan membezakan
Nilai Murni: Minat dan bersifat ingin tahuntang alam sekeliling
BBM: Teks berita

2.
Fasa(masa): Langkah 1 ( 10 minit)
Isi Kandungan: Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Jenis aktiviti Soal-Jawab
Peta Minda
1.2 Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.
Guru menyoal murid:
a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adalah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk?
Jawapan: ya, buruk
b) Bina Peta Minda ( tabiat-tabiat buruk : Minum arak,Mengambil dadah, Merokok)
2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok , minum arak, dan menghisap dadah
Catatan:
KPS: Berkomunkasi,pemerhatian
KBKK: Mengumpul, mengelas
Nilai Murni: Berfikir secara rasional
BBM: Slid gambar-gambar dari internet

3.
Fasa(masa): Langkah 2 ( 15 minit)
Isi Kandungan: Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Jenis aktiviti 'hands-on' aktiviti
Langkah-langkah:
1. Memasukkan kapas ke dalam botol air mineral
2. Menutup tutup botol dengan plastisin
3. Tebuk luang pada plastisin dengan memggunakan pensil
4. masukan rokok ke dalam lubang yang disediakan
5. Nyalakan rokok tersebut
6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas
7. Kelaurkan platisin dan rokok
8. Buat pemerhatian terhadap kapas
Dapatan:
1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen
Catatan:
KPS: Berkomunikasi
KBKK: mengikut urutan,menganalisis, membanding dan membeza
Nilai Murni: bekerjasama, sistematik
BBM: botol plastik,kapas,rokok,gambarajah di 'powerpoint'

4.
Fasa(masa): Langkah 3 ( 10 minit)
Isi Kandungan: Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Jenis aktiviti : Gambar
1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru
2. Guru menyoal murid:
a) Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan?
Jawapan:
paru-paru elok dan rosak
b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia?
Jawapan: kanser paru-paru
Catatan:
KPS: pemerhatian,berkomunikasi,meramal
KBKK: Membandind dan membeza, menjana idea
Nilai Murni: Berfikiran kritikal dan analitis
BBM: gambar di 'powerpoint'

5.
Fasa(masa): Langkah 4 ( 10 minit)
Isi Kandungan: Kesimpulan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Jenis aktiviti : Percambahan fikiran
1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan
jawapan:
Merokok membahayakan kesihatan
Merosak gigi
bau nafas dan badan
Mencemarkan udara
Menjejaskan kesihatan orang sekeliling
2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.
- Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok
Catatan:
KPS: membuat inferens
KBKK: Menjana idea
Nilai Murni: Bertanggungjawab keselamatan diri,rakan dan alam sekeliling

6.
Fasa(masa): Langkah 5 ( 10 minit)
Isi Kandungan: Refleksi
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:
Jenis aktiviti : Pertandingan melukis karikatur
1. Guru meminta murid melukis kartun "Kempen anti merokok"
Catatan:
BBM: Kertas lukisan, pensil warna

Dari empat siri memperkasakan padagogi ini yang dipersembahkan, yang kami namakan MIKoKo ini akan dapat membantu Tuan sebagai pengamal pendidikan yang penuh dedikasi.. semoga pembelajaran pelajar dapat dipertingkatkan, mereka belajar dengan penuh keseronkan dan penuh minat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh