.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Andai ku tahu...

Sentiasa muhasabah diri..aman hidup kita

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, December 29, 2008

MUTIARA KATA




"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."


“Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri…” Surah Ar-Rad Ayat 11


Friday, December 26, 2008

Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah

Assalamulaikum!

Tahun 1429H akan berakhir pada hari Ahad ini dan Tahun 1430H akan menjelang pada hari Isnin berikutnya. Tahun Baharu Kalender Islam datang lagi. Kedatangannya menuntut kita selaku umat Nabi Muhamad SAW untuk membuat muhasabah diri agar peranan dan tanggungjawab kita untuk tahun berikutnya menjadi semakin baik dengan output semakin cemerlang berlandaskan ketaqwaan tulen kepada ALLAH SWT.

Begitu banyak fadlilat Awal Muharram ini untuk kita raikannya. Semoga kita dapat mengamal dan menghayatinya. Selamat menyambut Awal Muharram pembuka pintu iltizam serta azam yang menjurus ketaqwaan. Sekian, Wassalam.

Thursday, December 25, 2008

..Itulah Takdir Ilahi

Bersama Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin
yang bertandang ke kampung pada hari Sabtu 20 Dis 2008.
Sukar untuk bertemu tetapi jika dah ketentuanNYA semua boleh berlaku

Monday, December 22, 2008

TERIMA KASIH BUAT JURULATIH UTAMA

Assalamulaikum!

Jasa dan pengorbanan atas sumbangan yang diberikan oleh seorang insan kepada insan yang lain merupakan suatu yang amat murni dan mendapat pahala..lebih-lebih lagi ilmu yang diperturunkan itu diguna atau diamalkan serta disebarkan untuk kebaikan umat manusia.
Sehubungan itu, jasa Tuan/Puan yang ditugaskan sebagai Jurulatih Utama ( JU) untuk menghebahkan pelbagai program dalam pembangunan akademik tetap menjadi ingatan kepada semua pegawai di Unit Sains samada di JPN maupun di PPD. Tanpa penglibatan Tuan/Puan sebagai JU ETeMS, Kajian Tindakan,KOSM, ELiTE, PROTIM,OPSME, Program INTERVERSI, Interim , SMERP serta sebarang progam PPSMI yang lain agak sukar bagi kami untuk menyebarkan kehendak dan hasrat Kerajaaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kepada semua yang menjayakan pelbagai program di atas, saya dahului dengan ucapan berbanyak TERIMA KASIH. Semoga Tuan/Puan dapat meneruskan lagi sumbangan ini untuk masa yang akan datang.
Jayakan Tahun 2009 dengan penuh makna.. Sekian, terima kasih... WASSALAM.

Friday, December 19, 2008

Menjana Kecemerlangan Melalui Kajian Tindakan

Assalamualaikum!

Kecemerlangan merupakan idaman bagi setiap insan dalam melakukan tugasan rutin seharian.Jika hasil meningkat dengan baik, ini bermakna perancangan yang dibuat merupakan perancangan yang baik. Tetapi ada kalanya perancangan yang baik itu tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Ini merupakan ujian bagi kita yang melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Sekiranya berlaku keadaan sebegini, kita tiadak seharusnya menyalahkan terus perancangan kita sebelum ini, tetapi kita hendaklah sentiasa proaktif membuat pengubahsuaian dan penambahbaikan perancangan tersebut dengan pendekatan yang sesuai bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Insyaallah dengan kesabaran dan ketabahan kita, masalah itu dapat di selesaikan atau setidaknya dapat diminimumkan.

Kita sebagai guru sentiasa menghadapi masalah sedemikian sewaktu P & P. Kita amat mengharapkan agar pengajaran kita dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar... sekali ajar semuanya dah faham...Tetapi realitinya, hanya sebahagian yang dapat memahami dalam masa yang agak singkat, tetapi sebahagian yang lain kurang memahami atau tidak memahami langsung apa yang diajar. Jika perkara ini berlaku, adakah kita akan meninggalkan mereka dengan tajuk itu ?.. Masuk tajuk baru, tajuk lama masih tak faham.. lama kelamaan pelajar ini akan menjadi bosan dan tidak akan berminat dengan mata pelajaran berkenaan. Pembelajaran dah tak banyak maknanya, akibatnya pencapaian akademik mereka tidak seberapa. Mengharapkan kecemerlangan, entah di mana.

Tugas kita ialah mengatasinya dengan inovasi P & P. Sentiasa membuat perancangan yang baik sesuai dengan kebolehan pelajar seterusnya bertindak, membuat pemerhatian serta mereflek. Seorang guru yang baik akan melaksanakan perkara berkenaan dalam sesi P & P mereka. Dan sebenarnya mereka telah menjalankan Kajian Tindakan ( Action Research ) tanpa mendokumentasikan apa yang mereka telah buat.

Kajian Tindakan secara mudahnya melakukan inovasi P & P mengikut tahap pencapaian pelajar agar semua pelajar dapat manfaatnya dalam setiap tajuk yang diajukan walaupun berbezakan aras kesukarannya. Kajian Tindakan dilakukan oleh guru mata pelajaran untuk kepentingan mereka sendiri. Kejayaan P & P adalah merupakan kejayaan mereka dan kejayaan anak murid mereka.

Sehubungan itu, pada 14-17 Disember 2008, Jabatan Pelajaran Kelantan telah menganjurkan Kursus Kajian Tindakan Peringkat Negeri yang dihadiri oleh seramai 48 orang guru. Guru yang terdiri dari pelbagai opsyen ini telah diberi kursus oleh seramai 7 orang JU Kajian Tindakan yang begitu berpengalaman.Adalah menjadi harapan, agar semua guru yang terlibat dapat mengaplikasikan dapatan kursus ini demi peningkatan kecemerlangan akademik mata pelajaran mereka dan seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan rakan guru yang lain.

Marilah bersama membudayakan Kajian Tindakan.,,bukan untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri.. Setiap hari, kita akan menghadap cermin hanya untuk melihat diri kita, untuk apa ?, untuk pastikan diri kita kelihatan cantik. Jika itu dapat kita lakukan, sudah semestinya kualiti pengajaran kita dapat dipertingkatkan... kerana itulah tugas utama kita sebagai seorang pendidik...

" ... hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok akan lebih baik dari hari ini.." Itulah namanya KEMAJUAN.

Sekian, Wassalam.

Saturday, December 13, 2008

.. Low Achievement-High Threatment..


Assalamualaikum !


Alhamdullilah, walaupun masih dalam percutian akhir tahun 2008, Tuan/Puan rakan pendidik kekal sibuk dengan pengisian tugas masing-masing yang berkaitan dengan bidang kerjaya yang diamanahkan.Sepanjang cuti ini, peluang yang ada digunakan untuk memanfaatkan perancangan serta tindak ikut yang akan dilaksanakan untuk sesi persekolahan tahun 2009 nanti.

Pada tarikh 10-12 Disember 2008, saya bersama Pengetua SMK Chiku 2, Gua Musang dan Penolong Kanan (HEM) yang mewakili Pengetua SMK Kemahang telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) Bil.6/2008 bertempat di Hotel Impian Morib, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat yang membicarakan pelaksanaan PPS ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah dihadiri oleh YH Dato Hj. Ahmad Azmey bin Abu Talib selaku Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Pelajaran Malaysia. Peserta mesyuarat adalah terdiri dari Pegawai KPM,Pegawai Pelajaran Daerah Cameron Hingland,Ketua Penolong Pengarah Sains Negeri serta Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat dalam PPS ini.

Apa yang menarik dalam membicarakan hal ini ialah kepentingan kewujudan PPS dalam menjayakan Dasar 60:40 . Kita sedia maklum bahawa dasar ini amat penting dalam melahir dan membudayakan masyarakat akan kepentingan sains dan teknologi yang akan menjadi sebahagian keperluan kehidupan manusia. Untuk mengikuti kelas aliran sains di tingkatan empat, pelajar yang layak seharusnya mempunyai keputusan minimum C dalam Sains dan minimum C dalam Matematik setelah keputusan PMR diumumkan. Walau bagaimana pun, pelajar yang memperolehi C C ini sebahagian besarnya mempunyai fobia takut kepada sains menyebabkan mereka beralih ke aliran sains sosial.

Pusat Pembelajaran Sains yang diwujudkan ini menyediakan platform untuk mengajak pelajar yang C C ini memasuki aliran sains dengan segala keperluan pendidikan disediakan. Di Kelantan, terdapat 2 pusat iaitu di SMK Kemahang dan SMK Chiku 2 di mana pada tahun 2009 akan melahirkan generasi sulungnya untuk mengambil SPM dalam aliran sains ini.

Apa yang kita tahu, bahawa pelajar sedemikian mempunyai pencapaian agak rendah jika dibandingkan dengan rakan mereka yang terus ditawarkan memasuki aliran sains. Atas kepentingan inilah, guru-guru amat perlu memberikan perhatian kepada pelajar mereka dengan pengkaedahan pengajaran berkualiti dimana pelajar mendapat pembelajaran berkualiti.

Bagaimanakah kita sebagai guru sains dan guru matematik dapat membantu meningkatkan penyertaan pelajar yang berkelulusan minimum C C ini memasuki aliran sains dengan penuh keyakinan seperti rakan mereka yang lain. Mereka ini low achievement tetapi mereka boleh dibantu oleh kita sebagai guru dengan memberi high treatment kepada mereka... kerana itulah tugas kita.

Insyaallah Dasar 60:40 akhirnya dapat dicapai... jumpa lagi, Wassalam.

Friday, December 5, 2008

SALAM AIDILADHA


ASSALAMUALAIKUM

Kini selepas 2 bulan 10 hari setelah menyambut Aidilfitri, kita umat islam di seluruh dunia akan menyambut Aidiladha bersama jemaah haji yang kini berada di Tanah Suci Mekah. Buat rakan pendidik yang kini mengerjakan ibadat haji di Tanah Suci, semoga Tuan mendapat Haji Mabrur.

Perayaan Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa pengertian sendiri khususnya dalam aspek bina insan. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Pengertian ini menjurus kita semua supaya melaksanakan tugas dengan baik untuk mendapat pahala dan meninggalkan tugas yang tidak baik untuk mengelakkan dosa.

Hanya sekadar itu dari saya... Selamat Menyambut Aidiladha.. Maaf Zahir Batin..WASSALAM



...BELAJAR DOH TAPI TAK FAHAM!!!

ASSALAMUALAIKUM...

Pada tanggal 1-3 Disember 2008, bertempat di Hotel Oriental Crystal, Kajang, Selangor, kami yang terdiri dari 15 orang Pegawai Sains & Matematik JPN/PPD, Guru Cemerlang dan Guru telah menghadiri "Science and Mathematics Educational Regional Conference 2008 (SMEReC2008)" bertemakan Sustainable Human Capital Development Through Science and Mathematics Education. Persidangan ini telah dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia melibatkan pakar pendidik dari Malaysia, Indonesia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Australia.

Pengisian SMEReC2008 ialah mengenai kepentingan ilmu Sains dan Matematik dalam membawa negara ke arah negara maju dengan pembangunan modal insan yang hebat demi menambahkan kekuatan daya saing menghadapi cabaran dalam abad ke 21 ini. Ianya amat bersesuaian sebagai satu platform untuk guru sains, guru matematik, pembuat dasar, pembangun kurikulum dan yang berkepentingan dalam memperkasakan modal insan ini.

Satu perkara yang begitu menarik perhatian saya ialah isu Belajar Doh Tapi Tak Faham ( Learning Without Understanding). Ianya mungkin telah dilalui oleh semua orang termasuk kita sendiri. Dengan kata lain, proses pembelajaran agak sukar atau tak berlaku, nanti natijahnya ialah tajuk atau mata pelajaran berkenaan akan dilabelkan sukar. " Tak payah masuklah aliran sains, susah ........". Sindrom ini masih terbawa-bawa hingga ke hari ini. Bagi konteks kita, adalah sukar untuk Kementerian Pelajaran Malaysia mencapai hasrat Dasar 60:40 menjelang tahun 2010.

Apakah sebabnya ?. Mengikut dapatan yang dicadangkan, perkara ini boleh diatasi secara berhemah oleh guru mata pelajaran berkenaan. Mereka perlu meningkatkan mutu pengajaran dengan pelbagai pengkaedahan pengajaran bermula dengan aras rendah diikuti aras sederhana dan aras tinggi. Kita golongan guru perlu ada pedagogy-content-knowlegde yang secukupnya. Kita guru sains dan matematik sentiasa mengatakan bahawa belajar sains dan belajar metematik itu mudah, maka menjadi tugas kita agar anak didik kita juga akan mengatakan demikian kerana mereka telah dipermudahkan oleh kita... sebabnya pengajaran yang dibuat oleh kita begitu mudah difahami dan dihayati oleh mereka.

Tapi itu semua bergantung kepada perancangan dan kerjabuat yang lebih sistematik oleh kita..Proses pengajaran yang baik oleh guru akan menjadikan proses pembelajaran yang baik oleh pelajar. Semoga sesi persekoahan 2009 diisi dengan penuh makna.Sekian.. WASSALAM

Monday, November 24, 2008

MESYUARAT SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK BERSAMA JPN DAN PPD

ASSALAMUALAIKUM

Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan telah selesai mengadakan Mesyuarat Pengurusan Akademik yang berlangsung mulai hari Khamis 20 November 2008 dan berakhir pada hari Sabtu 22 November 2008. Mesyuarat ini yang dipengerusikan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik telah dihadiri oleh seramai 70 orang pegawai dari JPN dan PPD negeri Kelantan.

Antara pengisian mesyuarat
i. Ucapan pembukaan oleh YBrs Ketua Sektor Pengurusan Akademik
ii. Pembentangan aktiviti dan refleksi tahun 2008 dari semua Ketua Unit
iii. Taklimat Kewangan oleh KPP Bahagian Pendidikan Guru

Intipati ucapan pembukaan banyak menyentuh mengenai pencapaian dan kecemerlangan pendidikan negeri kelantan berdasarkan keputusan peperiksaan awam terutamanya mengenai UPSR 2008 yang baru saja diumumkan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dari kalangan pengurusan di Jabatan , di PPD dan Pengurus Sekolah serta semua guru-guru yang terlibat.Semoga gerak kerja untuk tahun 2009 nanti akan lebih terserlah kejayaannya.

Bagi sesi pembentangan aktiviti serta refleksi 2008, saya mewakili Unit Sains Jabatan Pelajaran Kelantan telah memberi fokus kepada dapatan mengenai PPSMI. Dapatan dari JPN dan KPM telah menjadi bahan rujukan sebagai persediaan untuk merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah penambahbaikan PPSMI. Pemantauan dan bimbingan dari KPM/JPN/PPD akan diperhebatkan demi membantu guru mengimplimentasikan segala hasrat dan dasar KPM kearah meningkatkan kecemerlangan ilmu dan sahsiah diri pelajar.Peranan pihak sekolah juga amat diharapkan agar pemantauan dalaman sentiasa berlaku secara berkala dengan niat bukan mencari kelemahan guru tetapi membantu guru dalam peningkatan mutu serta amalan P & P yang berkesan.

Bagi sesi bersama wakil BPG, fokus diberikan kepada penggunaan sumber kewangan untuk digunakan dalam memberi latihan profesional semua guru berdasarkan keperluaan berasaskan pedagogical-content-knowledge di mana akhirnya peningkatan P & P berlaku.

Mesyuarat diakhiri dengan majlis penutup yang telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.Dalam ucapannya, beliau menyarankan agar semua pegawai yang hadir berperanan untuk merealisasikan "CAKNO PENDIDIKAN KELANTAN TERSOHOR 2010".

Untuk semua rakan pendidik, marilah sama kita semua jayakan... WASSALAM



Friday, November 21, 2008

BENGKEL PEMANTAPAN P & P PUSAT PEMBELAJARAN SAINS (PPS)

Assalamulaikum

Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P) berkesan adalah perlu dijadikan modal utama seorang guru apabila melaksanakan tugasnya. Perancangan awal sebelum memulakan tugasan perlu dibuat. Kita lebih kenalinya sebagai Perancangan Pengajaran yang perlu mengikuti kehendak Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Bagi guru, pemantapan dalam mutu pengajaran mereka amatlah diharapkan. Guru baru perlulah menyediakan diri mereka dengan melengkapkan penguasaan dalam pedagogical-content-knowledge serta penggunaan peralatan ICT yang telah dibekalkan.

Pada 17-20 November 2008, pihak Unit Akademik Menengah, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan bengkel pemantapan P & P untuk guru-guru di bawah program Pusat Pembelajaran Sains (PPS). Seramai 80 orang guru dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menghadiri bengkel ini. Guru dari Kelantan terdiri dari guru SMK Chiku 2, Gua Musang dan SMK Kemahang, Tanah Merah.

Mata pelajaran yang terlibat ialah Biologi, Fizik dan Matematik. Mereka dipandu oleh Moderator yang dipilih khas oleh Bahagian berkenaan. Bengkel ini dijalankan di SMK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, disamping melibatkan guru-guru berkenaan, ianya melibatkan pelajar Sains Tingkatan 4 sekolah tersebut.

Banyak input yang berguna telah diperolehi oleh semua yang terlibat. Kami bertiga iaitu saya sendiri, En. Wan Ahamad Ibrahim dan En. Hussain Ab. Ghani telah diamanahkan bertugas sebagai urus setia sepanjang berlangsungnya program ini. Pegawai Bahagian berkenaan yang hadir ialah Dr. Mazniah Md Jaafar (Ketua Unit Akademik Menengah), En. Abu Hashim dan En. Salamaon.

Ucapan terima kasih kepada Pegawai kementerian yang sudi memilih Negeri Kelantan Darul Naim,negeri Cik Siti Wan Kembang,Tanah serendah sekebun bunga sebagai tempat untuk melaksanakan bengkel ini. Terima kasih kepada yang terlibat sama dalam menjayakan bengkel ini - Pengetua SMK Tanjung Mas (tempat dan kemudahan), KPP BTP Negeri Kelantan (rakaman video) serta pengetua yang membenarkan bas sekolah mereka diguna untuk pangangkutan guru dari tempat penginapan ke sekolah berkenaan di mana sesi perbengkelan berlangsung.Juga terima kasih kepada pelajar yang terlibat. Kata mereka.. bengkel ini menyeronokkan.

Ya.. jika guru seronok mengajar dengan pelajar seronok belajar, maka berjayalah matlamat P & P ini. Semua bergantung kepada kita sebagai guru. Sekian, terima kasih...WASSALAM


Monday, November 10, 2008

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT-HASILNYA KEJAYAAN

Pasukan MeDeliver KMK Jabatan Pelajaran Kelantan Yang Mengungguli Persembahan Sempena Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia bergambar kenangan bersama YBhg. Tan Sri KSU dan YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan
(Foto Ehsan Pn.Zalina Zakaria: 21 November 2008.Pearls International Hotel, Kuala Lumpur)

ASSALAMUALAIKUM..

Kata orang 'Bulat air kerana pembentung,Bulat manusia kerana muafakat'. Dengan diketuai oleh YBrs. Ketua Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pelajaran Kelantan, pasukan ini dengan tajuk "Office Delivery System" telah berjaya menjadi johan keseluruhan KMK peringkat kebangsaan tahun 2008. Tidak sia-sia usaha dan kesungguhan ahli pasukan membuat persediaan yang rapi sehingga dinobatkan dengan title berkenaan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua ahli pasukan.. khas buat rakan dari Sektor Pengurusan Akademik dan PPD. Usaha Tuan telah mengharumkan nama jabatan.Motto "Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan" rupanya boleh dijelmakan asalkan kita berusaha untuk mendapatkannya.

Sekian, Terima kasih...WASSALAM

Sunday, November 9, 2008

BERKERJA BERSAMA

MESYUARAT PENYELARASAN & PENGUMPULAN DATA KAJIAN KEBERKESANAN PPSMI JABATAN PELAJARAN KELANTAN







Sebahagian Foto Pegawai JPN/PPD yang hadir

ASSALAMULAIKUM..
Pada tanggal 9-11 November 2008, kami dari Unit Sains dan Unit Matematik Jabatan Pelajaran Kelantan beserta Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Matematik) dan Pegawai Data masing-masing seramai 25 orang, telah berkampung di Demong Beach Resort untuk bermesyuarat. Mesyuarat bertujuan untuk membuat penyelarasan dan penggumpulan data kajian PPSMI yang telah dilaksanakan meliputi semua sekolah di negeri ini.

Antara pengisiannya ialah pengkelasan data mengikut jenis dan lokasi sekolah, pembersihan dan penyediaan CD data setiap PPD,kompilasi data serta analisis dan penyediaan pelaporan PPSMI Fasa 2. Mesyuarat berakhir dengan pembentangan pelaporan setiap PPD.

Ucapan berbanyak terima kasih di atas kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar dalam menjayakan kajian ini. Sokongan dan komitmen Tuan amat diharapkan.

Terima kasih... WASSALAM


Friday, November 7, 2008

IBADAH HAJI TELAH TIBA LAGI...

Kota Suci Mekah

ASSALAMUALAIKUM.. syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk menerus hidup di dunia yang fana ini. Setelah Ramadhan berlalu diikuti dengan Syawal dan kini tiba pula Bulan Zulkaedah di mana umat Islam yang ingin mengerjakan ibadah haji telah mula berangkat menuju ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke lima ini, yang berlangsung pada kemuncaknya 10 Zulhijjah setiap tahun hijrah. Sesungguhnya Islam mengajar umatnya sentiasa melakukan amal ibadah setiap masa.

Khusus buat rakan pendidik yang akan berangkat mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, saya mewakili Unit Sains, Jabatan Pelajaran Kelantan mendoakan agar Tuan selamat berangkat, selamat mengerjakan ibadah dan selamat kembali dengan mendapat haji yang mabrur... semoga semakin bertambah intergriti dan tanggungjawab kita bersama dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa kita yang akan menjadi pewaris kepimpinan nanti.

Sekian... WASSALAM.

Friday, October 31, 2008

THE EARTH: A LIVING PLANET

The earth is a living planet where many complex systems run perfectly without stopping at all. When compared to other planets, it is evident that in all its aspects the earth is specially designed for human life. Built on delicate balances, life prevails in every spot of this planet, from the atmosphere to the depths of the earth.
Exploring only a few of the millions of these delicate balances would be sufficient to show that the world we live in is specially designed for us.
One of the most important balances in our planet is revealed in the atmosphere that surrounds us. The atmosphere of the earth holds the most appropriate gasses in the most appropriate ratio needed for the survival not only of human beings, but also of all the living beings on the earth.
The 77% of nitrogen, 21% of oxygen and 1% of carbon dioxide as well as other gasses readily available in the atmosphere represent the ideal figures necessary for the survival of living beings. Oxygen, a gas that is vital for living beings, helps food to be burned and converted into energy in our bodies.
If the oxygen quantity in the atmosphere were greater than 21%, the cells in our body would soon start to suffer great damages. The vegetation and hydrocarbon molecules needed for life would also be destroyed. If this quantity were less, then this would cause difficulties in our respiration, and the food we eat would not be converted into energy. Therefore, the 21% of oxygen in the atmosphere is the most ideal quantity determined for life.

lihat seterusnya Harun Yahya

Wednesday, October 22, 2008

KITA PELAKSANA SISTEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN

ASSALAMULAIKUM

Syukur ALHAMDULILLAH, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah selesai dijalankan dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan (STP) akan bermula pada awal November 2008. Doa kita semua agar segala usaha yang dibuat akan membuahkan kejayaan..dengan izinNYA.. INSYAALAH.

Peperiksaan Pusat yang disebut di atas adalah merupakan salah satu komponen dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Komponen yang lain dalam sistem ini termasuklah Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Ujian Psikometrik,Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Ko kukrikulum dan Peperiksaan Luar.

Pentaksiran ini dilaksanakan kerana ianya adalah selari dengan kehendak dan keperluan pendidikan melahirkan INDIVIDU yang percaya dan patuh kepada Tuhan,mempunyai sahsiah yang baik,berketrampilan,berfikiran kreatif dan rasional,berakhlak mulia, seimbang dan sepadu serta berilmu pengetahuan. Juga dapat melahirkan AHLI MASYARAKAT yang setia kepada negara,menjaga hubungan baik sesama insan, berupaya menyumbang ke arah kemakmuran negara serta memupuk perpaduan masyarakat.

Pelaksanaan PEKA SAINS di sekolah-sekolah telah agak lama bermula. Guru mata pelajaran berkenaan telah melaksanakannya sebagaimana yang hasratkan. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi dalam pelaksanaannya.Adalah menjadi harapan Jabatan Pelajaran Kelantan agar pelaksanaan PEKA SAINS untuk tahun hadapan dan seterusnya akan lebih memberi makna kepada semua pelajar yang terlibat. Mereka sepatutnya memperolehi pelbagai pengetahuan dan kemahiran termasuk Kemahiran Proses Sains, Kemahiran Manipulatif serta nilai murni yang dapat diamalkan dalam kehidupan mereka.

Sebagai guru, itulah tugas kita.. kerana kita sebagai pelaksana sistem pentaksiran pendidikan ini. Kepada sahabat yang terlibat sebagai pemeriksa kertas, teruskan tugas Tuan dengan sabar dan penuh tanggungjawab kerana banyak skrip jawapan perlu dibereskan.. Terima kasih. WASSALAM

Friday, October 10, 2008

DOAKAN KEJAYAAN ANAK KITA

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH pada tanggal 9 Oktober 2008 bersamaan 9 Syawal 1429H, hari Khamis malam Jumaat saya bersama isteri telah hadir di majlis Solat Hajat di SMK Kota, Jalan Salor, Kota Bharu. SMK Kota merupakan sekolah kedua saya setelah menamatkan pelajaran di SK Tiong.Banyak kenangan indah di sekolah ini yang kini merupakan sekolah tempat anak-anak saya meneruskan pelajarannya.

Kami hadir tepat jam 6.45 petang, sempat bertemu ramai rakan-rakan persekolahan diera awal 70'an di mana di sini anak kami akan menempuhi PMR minggu depan iaitu pada 13 hingga 17 Oktober 2008. Setelah azan maghrib berkemundang, ibubapa yang memenuhi mussala SMK Kota mengerjakan solat secara berjemaah, diikuti dengan solat hajat dan bacaan YASSIN.

Setelah selesai mengerjakan solat Isya', ucapan penghargaan dan terima kasih telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Pengetua SMK Kota. Beliau telah memberi input yang begitu berguna buat ibubapa yang hadir bagi membantu kejayaan anak-anak mereka. Antaranya ialah kita sebagai ibubapa hendaklah mengurus anak kita dengan kasih sayang, memberi pemakanan yang baik, mengingatkan anak-anak agar menjaga masa tidur mereka, bersama mereka mengerjakan solat dan mendoakan kejayaan.

Jelas pada pandangan dan pengamatan saya, harapan semua ibubapa yang hadir ingin melihat kejayaan anak-anak mereka adalah begitu tinggi. Kejayaan anak adalah kejayaan mereka.Demikian juga rakan guru yang hadir bersama dalam majlis ini menginginkan bahawa anak didik mereka ini berjaya mengharumkan nama sekolah.

Inilah antara senario yang berlaku di sekolah ini dan ianya juga merupakan salah satu pengisian yang dibuat oleh semua sekolah di negeri ini. Terima kasih kepada semua rakan pendidik yang amat prihatin, juga untuk semua ibubapa yang sentiasa bersama membantu ke arah meningkatkan mutu dan kecemerlangan pendidikan di negeri tumpah darah ini.

Marilah kita bersama doakan kejayaan mereka...semoga mereka berjaya dengan cemerlang..INSYAALLAH

Tuesday, October 7, 2008

IKTIBAR RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH, kita panjatkan syukur kepada Allah S.A.W. kerana dapat menjalani ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadhan 1429 Hijrah dengan jayanya-semoga kita semua memperolehi pahala yang berlipat ganda.

"Institusi Ramadhan"
telah banyak mengajar kita tentang antara lainnya ialah kesabaran, saling bantu membantu, hormat menghormati,bertanggungjawab serta berintergriti. Pengajaran ini begitu amat berguna kepada kita semua sebagai warga pendidik dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa untuk menjadi anak didik kita ini sebagai insan yang berguna kepada agama,bangsa dan negara.

Ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan khas kepada rakan pendidik yang begitu bertungkus lumus melaksanakan tugas membimbing dan membantu pelajar untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang akan bermula pada 13 hb. Oktober 2008 ini. Budi dan jasa murni Tuan/Puan dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini begitu bermakna. Bersama kita mendoakan agar anak didik kita beroleh kejayaan. Kejayaan mereka itu sebenarnya merupakan kejayaan kita.

Semoga kita dapat bersama Ramadhan 1430 Hijrah...INSYAALLAH

Saturday, September 27, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

ASSALAMUALAIKUM

Pada kesempatan ini, saya mewakili seluruh pegawai Unit Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR BATIN kepada seluruh rakan pendidik negeri ini. Berhari raya dengan ceria bersama keluarga yang tersayang.. Terima Kasih

Tuesday, September 23, 2008

TUGAS MURNI TANPA MENGIRA MASA

ASSALAMUALAIKUM !


Syukur Alhamdullilah kita semua dapat melaksanakan ibadah puasa dengan baik.Semoga impaknya kita mendapat pahala berganda serta kesihatan yang semakin baik.

Puasa bukan menjadi penghalang untuk kita tidak melakukan kerja. Malah puasa dapat mendorong kita melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik lagi.

Pada bulan yang mulia ini, pihak KPM melalui pegawainya telah melaksanakan pemantauan ke sekolah-sekolah di negeri ini. Pemantauan berfokus kepada isu yang berkaitan dengan PPSMI dan PPS.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Dipos dari Hotel Copthorne Pulau Pinang-
Sempena Mesyuarat Bersama Bahagian Pendidikan Guru
23-26 September 2008
bersama Tn.Hj. Mohd Yunus bin Yusoff-Penolong PPD (Sains Matematik) Kuala Krai

Saturday, September 20, 2008

KEPADA ALLAH KITA BERSERAH

Alhamdullilah selesai sudah pelajar-pelajar kita menjalani Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun 2008. Tuan/Puan sebagai guru telah menjalankan tanggungjawab yang terbaik kepada mereka demi kejayaan mereka dalam ujian berkenaan.
Marilah kita berdoa bersama dan bertawalkal kepada Allah S.A.W. demi kejayaan mereka.
Seperkara yang tidak boleh kita lupakan iaitu pelaksanaan P & P terus kekal dilaksanakan untuk pelajar berkenaan sehingga berakhirnya sesi persekolahan tahun 2008.Kedatangan mereka ke sekolah adalah wajib. Semasa melaksanakan P & P - khususnya bagai mata pelajaran Sains dan Matematik, Tuan/Puan diminta menjayakan program Intervensi PPSMI iaitu SMERP dengan menggunakan bahan rujukan yang telah dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (Dulunya dikenali sebagai Pusat Perkembangan Kurikulum)
Itulah tugas kita sebagai pendidik. Semoga usaha kita semua sentiasa diberkati oleh Allah S.A.W.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Terima kasih

Wednesday, September 17, 2008

Food Habits Tips during Ramadhan

This article provides useful advice on how to avoid some common problems encountered in Ramadhan. If followed, it would enable one to fast comfortably and enjoy fully the spiritual benefits of Ramadhan.
Come Ramadhan, our diet is radically altered. Our meals get condensed in mornings and evenings, with no intake in-between for an extended period of time. For some of us, the intake of oily foods skyrockets. These changes in diet aren't well received by everyone. Dr. Farouk Haffejee of the Islamic Medical Association of South Africa(Durban) has created a list of recommendations for dealing withRamadhan in a healthy fashion. They deal with common problemsencountered in Ramadhan.

Fadhilat Ramadhan

Buat Renungan Bersama:Petikan Hadith
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Dari Meja KPP


KAMI SENTIASA SEDIA MEMBANTU ANDA

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kami untuk menjayakan segala dasar dan program yang ditetapkan ..demi menjayakan hasrat dan harapan Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan Modal Insan yang cemerlang berorientasikan Sains dan Teknologi

Senarai Pegawai Unit Sains
Jabatan Pelajaran Kelantan 2008

1.Ketua Penolong Pengarah - Hj. Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah
2.Penolong Pengarah - En. Nassir bin Mohd Noor
3.Penolong Pengarah - En. Mohd Razali bin Abu Talib
4.Penyelia Pelajaran - En. Che Zulkifli bin Abdullah

Senarai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah (Sains Matematik)
Pejabat Pelajaran Daerah 2008
1. PPD Kota Bharu - Cik Zakiah bt Idris
2. PPD Pasir Mas - En. Ismail bin Mohamed
3. PPD Bachok - Cik Halizah bt Mohd Zain
4. PPD Pasir Puteh - Pn. Zalina bt Zakaria
5. PPD Tanah Merah - En. Hussain bin Abd. Ghani
6. PPD Kuala Krai - Hj. Mohd Yunus bin Yusoff
7. PPD Gua Musang - En. Wan Ahamad bin Ibrahim
8. PPD Tumpat -
9. PPD Machang -
10.PPD Jeli -

HARAPAN KAMI KEPADA TUAN:
TUAN JUGA SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU KAMI
KERJA BERSAMA KE ARAH MENCAPAI MATLAMAT YANG SAMA

Terima Kasih

"Dapatkan Pahala Yang Melimpah Ruah Sepanjang Bulan Ramadhan Ini"

Sunday, September 14, 2008

KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau berlaku apabila komposisi gas-gas rumah hijau seperti, karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida meningkat melebihi tahap normal. Apabila komposisinya meningkat, molekul-molekul gas ini yang bersifat penyimpan haba, akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba.
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.
Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga. Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan

Saturday, September 13, 2008

Jantung - Kitar Kardiak

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.
Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua). Artikel penuh...

Thursday, September 11, 2008

FROG


Whether it's a bright blue poison dart frog or a brown, warty toad, a frog's survival is all about water. Most frogs begin their lives as jelly-like eggs that need moisture to develop. The eggs hatch into aquatic tadpoles, which breathe through gills. As the tadpoles grow, they develop lungs and gain the ability to breathe air.

But frogs' need for water doesn't dry up once they're on land. Frogs get virtually all of their water and part of their oxygen through their skin, and this process only works if their skin stays moist. If a frog's skin dries out, it can't get enough oxygen or get rid of enough carbon dioxide, and it dies

So it should come as no surprise that frogs have developed some interesting adaptations to cope with their lifelong need for water. For example, gastric brooding frogs, which are now extinct, swallowed their eggs. They stopped eating and digesting food while their young

Wednesday, September 10, 2008

KHABAR DARI KPP (SAINS)

KE ARAH MEMANTAPKAN PELAKSANAAN PANGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS ( PPSMI )

Pencapaian murid , guru dan sekolah dalam melaksanakan PPSMI perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan matlamat dasar ini dicapai.

Pihak pentadbir sekolah, guru dan pelaksana di setiap peringkat hendaklah bertanggungjawab bagi memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan. Antaranya ialah:

· Penubuhan JK Khas PPSMI di peringkat JPN, PPD dan Sekolah

· Pelaksanaan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris guru Sains dan Matematik

· Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris Di Bilik Darjah

· Penggunaan Bahan dan Peralatan ICT PPSMI

· Program Intervensi PPSMI untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan PPSMI

· Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris

Mari kita bersama menjayakannya Ramadhan Kareem

(Perincian mengenainya akan menyusul)

Sumber: Urusetia JK PPSMI,Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM


Disediakan oleh

Wan Mohamed Zuri bin Wan Abdullah

Ketua Penolong Pengarah (Sains )

Jabatan Pelajaran Kelantan

Kemaskini 28 Ogos 2008

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh