.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Wednesday, June 30, 2010

Gapo kita perlu make...



Insyaalllah sekiranya kita seorang yang berdisiplin, kita akur tentang panduan mudah ini, kita kekal sihat walafiat. AMIN

Sunday, June 27, 2010

Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1)



Unit 1 :Pengenalan

Kemahiran Berfikir (KB) juga dikenali Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah lama diperkenallkan dalam memantapkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalalm kebanyakan mata pelajaran di sekolah. Penerapan KB ini amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi.

Unit 2: Apakah Berfikir

Berfikir ..
.. melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. ( Mayer, 1977)

..merupakan pembentukan idea, pembentukan semual pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentyuk tertentu. (Fraenkel, 1980)

..ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. (Beyer, 1991)

Apa yang dapat dirumuskan dari pandangan berkenaan ialah " Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelelesikan masalah.

Proses Berfikir
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuautu perkara misalnya suatu objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri?. Soalan-soalan yang anda mungkin bertanya ialah:-

1. Apakah objek itu
2. Apakah kegunaannya
3. Bagimanakah menggunakannya
4. Adakah ia memberi manfaat

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk mencari jawapan , anda menggunakan aspek yang berikut:-

Pengetahuan ( apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran ( menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai ( keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)

Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif dan sikap atau nilai.

Model Kemahiran Berfikir
1. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evalautif
2. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk menerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif, idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.

Strategi berfikir
Merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi n\beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengakaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul
membantu kita sebagai pelincir dalam mambuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.

Kemahiran berfikir sama ada kritis, kreatif, menaakul atau strategi berfikir semuanya saling berkait.

Kemhiran berfikir kritis membolehkan seseorang itu:-
- Mencirikan
- Membandingkan dan membezakan
- Mengumnpul dan mengelas
- Membuat urutan
- Menyusun mengikut keutamaan
- Menganalisis
- Mengesan kecondongan
- Menilai
- Membuat kesimpulan

Kemhiran berfikir Kreatif membolehkan seseorang itu:-
- menjana idea
- Menghubung kaitkan
- Membuat inferens
- Meramalkan
- Membuat hipotesis
- Mensistesiskan
- Mengitlaks
- Membuat gambaran mental
- Menganalogikan
- Mereka cipta

Kemhiran berfikir Menaakul membolehkan seseorang itu:-
- Logik
- rasional

Manakala Strategi Berfikir membolehkan seseorang itu:-
- Mengkonsepsikan
- Menyelesaikan masalah
- Membuat keputusan

Jumpa lagi dalam siri 2.. Terima kasih.

Friday, June 25, 2010

Macam mana ni ?




12 Rejab 1431 H
Oleh: ENTAHLER TAH

Buatlah pilihan sendiri.

Nak yang bersih atau nak yang kotor. Nak yang halal atau nak yang haram.Roti telur ke , Mee goreng telur ke , Char Kuey Teow ke dan macam-macam lagi makanan yang ada telur ayam.

Cuba tengok-tengok , yang menjual makanan ni , basuh atau tidak telor ayam.Cuba beli pula telur di kedai atau pasaraya. Memang banyak tahi ayam pelbagai warna yang dah kering dan keras melekat pada kulit telur.(WARNA TAHI-HITAM , HIJAU PEKAT)

Kalau nak juga makan telur ayam dengan tahi-tahinya sekali, apa boleh buat dah selera rakyat Malaysia macam tu, tak pentingkan kebersihan. Yang penting SEDAAAAP.

Justeru, carilah SEDAP yang HALAL.

Wednesday, June 23, 2010

Sepatutnya kita juga perlu tahu mengenainya




Mengenali Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Malaysia (“Perlembagaan”) adalah dokumen yang paling penting di dalam negara kita kerana ia menentukan landasan negara kita.

• Ia mewujudkan sistem demokrasi kita
• Ia menghadkan kuasa kerajaan
• Ia menyatakan hak-hak kita

Perlembagaan adalah undang-undang utama negara kita. Ini bermakna ia menentukan siapa yang boleh menggubal undang-undang, dan menghadkan undang-undang yang boleh digubal.

Mengapakah anda harus tahu apa yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Ia adalah kerana Perlembagaan menentukan cara hidup kita dan bagaimana kita diperintah. Contohnya:

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita adalah rakyat Malaysia

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita boleh memilih pemimpin-pemimpin kita

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai Parlimen yang menggubal undang-undang

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai mahkamah dan para hakim

• Perlembagaan menyatakan bahawa kita mempunyai kerajaan persekutuan dan tiga belas kerajaan negeri

• Perlembagaan menyatakan bahawa hak asasi kita dijamin.

Apakah yang terkandung di dalam Perlembagaan?

Perlembagaan mengandungi 16 Bahagian.

Bahagian I: Negeri-Negeri, Agama dan Undang-Undang Persekutuan
Negara kita adalah sebuah persekutuan yang dianggotai tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan.

Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni.

Perlembagaan adalah undang-undang utama persekutuan. Mana-mana undang-undang yang tidak mengikut Perlembagaan adalah tidak sah.

Bahagian II: Kebebasan Asasi
Bahagian ini menyatakan kebebasan-kebebasan asasi yang kita miliki:

• hak untuk hidup dan kebebasan

• kebebasan daripada kehambaan dan menjadi buruh paksaan

• kesamarataan di sisi undang-undang

• kebebasan bergerak
kebebasan bercakap, berhimpun dan bersekutu

• kebebasan agama

• hak untuk berpendidikan

• hak untuk memiliki harta


Bahagian III: Kewarganegaraan
Seseorang itu menjadi warganegara Malaysia dengan cara:
• dilahirkan di sini

• berkahwin dengan seorang lelaki warganegara Malaysia atau mempunyai seorang ibu atau bapa warganegara Malaysia

• tinggal secara sah di dalam negara ini untuk suatu masa yang ditetapkan

Bahagian III juga menyatakan bagaimana kita boleh menamatkan dan dilucutkan kewarganegeraan.

Bahagian IV: Persekutuan

Bahagian ini mewujudkan sistem kerajaan kita. Ketua Utama persekutuan adalah Yang di-Pertuan Agongyang dipilih oleh Majlis Raja-Raja untuk lima tahun. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh kesemua Raja-Raja negeri-negeri dan juga Yang Dipertua bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja.Bahagian IV juga mewujudkan Kabinet dan pejabat Perdana Menteri.Ia juga mewujudkan Parlimen yang terdiri daripada Yang di-Pertuan Agongdan dua Majlis Parlimen yang dikenali sebagai Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


Bahagian V: Negeri-Negeri
Setiap negeri mempunyai perlembagaannya sendiri dan badan perundangan yang dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri. Dewan Undangan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu. Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri mempunyai hak dan keistimewaan mereka.

Bahagian VI: Hubungan di antara Persekutuan dan Negeri-Negeri
Bahagian ini menyatakan pembahagian kuasa di antara persekutuan dan negeri-negeri. Terdapat perkara di mana Parlimen persekutuan boleh menggubal undang-undang, terdapat perkara di mana Dewan Undangan Negeri boleh menggubal undang-undang dan terdapat juga perkara tertentu di mana kedua-duanya boleh menggubal undang-undang.


Bahagian VII: Peruntukan Kewangan
Bahagian VII menyatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengenakan cukai atau membelanjakan wang kecuali melalui kuasa undang-undang.

Bahagian VIII: Pilihanraya
Bahagian VIII menyatakan hak-hak kita sebagai warganegara untuk mengundi pemimpin-pemimpin kita.
Badan yang ditugaskan untuk menjalankan kesemua pilihanraya dan menyediakan daftar pemilih dikenali sebagai “Suruhanjaya Pilihanraya”. Suruhanjaya Pilihanraya ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agongdan sewajarnya menikmati keyakinan umum.

Bahagian IX: Badan Kehakiman

Bahagian IX mewujudkan sistem kehakiman di Malaysia dan menyatakan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ditentukan oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia.Bahagian IX juga menyatakan bagaimana hakim-hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan akan dilantik.


Bahagian X: Perkhidmatan-perkhidmatan Awam
Bahagian ini mengenalpasti perkhidmatan awam di Malaysia, termasuklah:

• pasukan polis

• angkatan tentera

• perkhidmatan pelajaran

Ia juga merangkumi anggota perkhidmatan awam seperti yang berkhidmat untuk kementerian serta kerajaan-kerajaan persekutuan dan negeri-negeri.
Perlantikan, kenaikan pangkat dan penamatan khidmat anggota perkhidmatan awam ditentukan oleh “Suruhanjaya-suruhanjaya” dan anggota Suruhanjaya-suruhanjaya ini secara umumnya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong.
Bahagian X juga mewujudkan pejabat Peguam Negara.

Bahagian XI: Kuasa Khas

Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, dan Perbuatan dan Jenayah yang Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat
Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang yang boleh membelakangi hak-hak lain di dalam Perlembagaan semasa darurat atau atas sebab-sebab keselamatan awam.


Bahagian XIII: Am dan Pelbagai
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.
Yang di-Pertuan Agongbertanggungjawab untuk:

• memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak.
• memelihara kepentingan sah komuniti-komuniti lain.

Bahagian ini juga menyatakan bagaimana pindaan boleh dilakukan ke atas Perlembagaan.

Bahagian XIIA: Perlindungan Tambahan bagi Negeri Sabah dan Sarawak
Terdapat peruntukan khas untuk Sabah dan Sarawak, contohnya, perizaban tanah pribumi bagi masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak.

Bahagian XIII: Peruntukan Sementara dan Peralihan
Bahagian ini menerangkan bagaimana undang-undang yang digubal sebelum kemerdekaan masih berkuatkuasa sehingglah Parlimen menggubal undang-undang baru untuk menggantikan mereka.

Bahagian XIV: Kecualian bagi Kedaultan, dsb &

Bahagian XV: Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agongdan Raja-Raja.

Kedaulatan, kuasa, perogatif dan bidang kuasa Raja-Raja dipelihara di dalam Bahagian XIV. Di bawah Bahagian XV, prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agongatau Raja-Raja harus dibawa di hadapan “Mahkamah Khas”.

Bagaimanakah Perlembagaan memberi kesan kepada kita?

Sepuluh contoh-contoh

1. Pada Pilihanraya Umum 2008, anda membuang undi untuk memilih ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri anda. Perkara 119(1) Perlembagaan menyatakan bahawa anda boleh mengundi sekiranya (a) anda seorang warganegara Malaysia (b) anda telah mencapai umur 21 tahun dan (c) anda telah mendaftar dengan daftar pemilih. Anda tidak boleh mengundi, contohnya, sekiranya anda sedang menjalani hukuman penjara atau ditahan sebagai seorang yang tidak waras.

2. Anda tinggal di Pulau Pinang dan bercadang untuk melawat saudara anda di Negeri Sembilan. Anda boleh memandu ke Negeri Sembilan dengan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (melalui Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan) tanpa memerlukan passport atau apa-apa bentuk dokumen pemberian kuasa. Anda boleh melakukan ini semua kerana Perkara 9(2) Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, setiap warganegara boleh bergerak dengan bebas dan boleh tinggal di mana-mana tempat di Malaysia. Namun begitu, terdapat pengecualian tertentu berkenaan dengan Sabah dan Sarawak.

3. Anda dan suami anda adalah warganegara Malaysia tetapi anda telah melahirkan anak anda di Indonesia. Mengikut Perkara 14 Perlembagaan, anak anda adalah warganegara Malaysia kerana bapanya adalah warganegara Malaysia.

4. Anda tinggal di Kuching. Bagi anda, Kuching adalah bandar yang terunggul di Malaysia. Bagi anda, ia merupakan tempat yang paling baik untuk didiami, mempunyai warga yang paling ramah dan sungai yang paling bersih di Malaysia. Anda berpendapat bahawa Kuching seharusnya dijadikan ibu negara Malaysia. Malangnya, Perlembagaan menyatakan bahawa Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia “sehinggalah Parlimen menentukan sebaliknya”. Jika anda mahukan Kuching sebagai ibu negara Malaysia, anda terpaksa melobi Parlimen untuk membuat pindaan.

5. Anda menganut agama Buddha, jiran anda seorang Muslim, kawan baik anda adalah seorang Sikh dan rakan sekerja anda seorang Kristian. Di bawah Perkara 11 Perlembagaan, kita semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama kita sendiri.

6. Kerajaan merancang untuk membina sebuah lebuhraya baru di kawasan perumahan anda dan telah menyerahkan notis untuk mengambil tanah anda untuk tujuan tersebut. Perkara 13(1) Perlembagaan menyatakan bahawa tidak ada seorangpun yang boleh dilucutkan hartanya “kecuali mengikut undang-undang”. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil tanah anda tetapi ia harus melakukannya mengikut proses undang-undang. Ini termasuklah memberi anda notis dan pampasan yang mencukupi.

7. Pahang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. Untuk meraikan kemenangan itu, kerajaan negeri Pahang mengumumkan cuti bagi negeri Pahang. Anda tinggal di Perlis tetapi adalah seorang peminat pasukan bola Pahang. Anda juga ingin bercuti, tetapi anda tidak boleh memaksa kerajaan negeri Perlis untuk mengumumkan cuti kerana setiap kerajaan negeri mempunyai hak untuk mengumumkan cuti bagi negerinya sendiri.
[Tetapi anda boleh pindah ke Pahang! Sila lihat perenggan 2 di atas.]

8. Anda membayar cukai setiap tahun. Untuk menggunakan wang yang anda bayar, kerajaan persekutuan harus membentangkan bajet di Parlimen untuk menerangkan bagaimana ia akan menggunakan wang tersebut. Sebelum kerajaan persekutuan boleh menggunakan wang tersebut, Parlimen harus meluluskan bajet tersebut. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan akan membelanjakan wang, anda boleh menyuruh ahli Parlimen anda untuk mencadangkan pindaan kepada bajet di Parlimen.

9. Anda telah ditahan polis dan dibawa ke balai polis. Anda memaklumkan kepada polis bahawa anda mahukan khidmat seorang peguam untuk mewakili anda. Pihak polis harus membenarkan anda menghubungi peguam anda kerana Perkara 5(3) Perlembagaan menyatakan bahawa anda mempunyai hak untuk diwakili oleh seorang peguam.

10. Anda mempunyai hak untuk belajar, bertutur dan menggunakan bahasa lain walaupun Perkara 152(1) Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan.

Soalan-soalan Lazim mengenai Perlembagaan


1. Haruskah saya mematuhi Perlembagaan?

Ya, semua orang harus mematuhi Perlembagaan, termasuklah diri anda, ahli Parlimen anda, para hakim, pegawai-pegawai kerajaan, pasukan polis, syarikat-syarikat dan persatuan-persatuan.

Malahan, Perdana Menteri, Kabinet, ahli Parlimen, para hakim dan juga Yang di-Pertuan Agongmengambil ikrar bahawa mereka akan mematuhi Perlembagaan.

Anda sendiri berikrar untuk mematuhi Perlembagaan setiap kali anda melafazkan Rukun Negara.

2. Apa akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mematuhi Perlembagaan?

Perlembagaan secara amnya memberikan kuasa, meletakkan tanggungjawab dan menentukan peranan. Sekiranya seseorang atau sebuah institusi tidak bertindak mengikut kuasa atau peranan yang diberikan kepada mereka, maknanya tindakan mereka adalah bercanggah dengan Perlembagaan dan tidak sah.


3. Apa yang akan terjadi sekiranya terdapat perselisihan berkenaan dengan maksud peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan? Siapa yang akan memutuskannya?

Mahkamah mempunyai kuasa untuk memutuskan segala perkara berkenaan dengan tafsiran Perlembagaan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan tentang maksud sesuatu peruntukan, keputusan itu berkuatkuasa ke atas semua sehinggalah ia diputuskan semula oleh Mahkamah Persekutuan.

Tafsiran Perlembagaan oleh Mahkamah Persekutuan mungkin bertukar mengikut peredaran masa dan mengambil kira perubahan keadaan.

4. Bolehkah Perlembagaan dipinda?

Ya, ia boleh dipinda, malahan Perlembagaan kita telah dipinda beberapa kali.

Perkara 159 Perlembagaan menyatakan bahawa secara amnya, Perlembagaan boleh dipinda sekiranya rang undang-undang (yakni cadangan untuk pindaan) diluluskan oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.


5. Parliman tampak seperti mempunyai kuasa yang banyak untuk membuat pindaan ke atas Perlembagaan. Apakah caranya untuk kita memastikan bahawa kuasa tersebut tidak disalahgunakan?

Pertama, ahli-ahli Parlimen dipilih oleh rakyat Malaysia seperti kita. Sekiranya cadangan pindaan itu tidak disokong oleh rakyat, maka ahli-ahli Parlimen tidak mungkin menyokong pindaan tersebut. Jika tidak, mereka mungkin tidak dipilih semula ke Parlimen pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Sekiranya anda tidak berpuas hati dangan apa-apa cadangan pindaan, anda boleh menyuarakan pendapat anda kepada ahli Parlimen anda atau mana-mana ahli Parlimen.

Kedua, semua ahli Parlimen mengangkat sumpah bahawa mereka akan “memulihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan. Ada pihak berhujah bahawa sumpah ini bermakna ahli Parlimen tidak seharusnya membuat pindaan ke atas bahagian-bahagian penting dan perlu di dalam Perlembagaan.

6. Di mana saya boleh mendapatkan sesalinan Perlembagaan?

Anda boleh membeli sesalinan di keda-kedai buku utama. Sesalinan juga boleh didapati di laman sesawang kami: www.myconstitution.com

Apa Seterusnya?

Pelajari tentang Perlembagaan anda melalui Panduan Rakyat kami berkenaan dengan badan-badan Perlembagaan, hubungan Persekutuan-Negeri, Rakyat, Eksekutif, Parlimen, badan Kehakiman, Pilihanraya dan lain-lain!


PerlembagaanKu
Sumber :
Majlis Peguam
Jawatankuasa Undang-Undang Perlembagaan

Monday, June 21, 2010

Tuan adalah antara tokoh yang hebat...





Y.Bhg. Tuan Haji Ab. Halim bin Haron (kanan) antara 4 Tokoh Guru Negeri Kelantan 2010


Semalam, Ahad, 20 Jun 2010 bertempat di SMKA Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan telah berlangsung satu majlis 'meraikan guru' dengan pelancaran sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan. Majlis yang bermula jam 11.00 pagi itu dengan dimulai dengan bacaan ayat suci Alquran Karim oleh Johan Qari Kebangsaan yang juga seorang pendidik di negeri ini, telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dengan pengisian antara lainnya ialah ucapan aluan oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Kelantan, Tuan Haji Hussain bin Awang, penyampaian sijil kepada pemenang pelbagai kategori pelajar-guru,nyayian lagu-lagu guru dan patriotik. Kemuncak acara ialah penganugerahan Tokoh Guru Negeri Kelantan Tahun 2010.

Antara intipati ucapan dari 2 tokoh ini ialah membina kekuatan modal insan untuk memaju dan memakmurkan negara. Kekuatan boleh memacu penghormatan, kita generasi Malaysia akan disegani oleh masyarakat antarabangsa sekiranya kita hebat dalam segala aspek. Kejayaan dalam penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menterjemahkan insan kamil yang akan diredai ALLAH hendaknya.

Kekuatan perlu kepada kerja buat yang berkualiti dengan penuh komitmen dan dedikasi.Berkualiti dalam mengenalpasti isu dan masalah, berkualiti dalam merancang,berkualiti dalam melaksana,berkualiti dalam mengenal kuat-lemah-peluang-tentangan, berkualiti dalam membuat penambahbaikan, maka natijahnya kita akan mendapat HASIL YANG BERKUALITI.

Kepada 4 Tokoh Guru, ucapan tahniah di atas penganugerahan ini kerana pemilihan Tuan kena pada tempatnya. Antara tokoh guru ini yang agak rapat dengan saya ialah Y. Bhg. Tuan Haji Ab. Halim bin Haron, mantan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan dan juga mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan dari tahun 1999 hingga 2002. Jasa Tuan dan kesemua Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang lain, yang begitu banyak memberi tunjuk ajar mengenai pengurusan dan pentadbiran akan saya tetap diingati dan amalkan.

Senarai Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang mana saya mula berkhidmat di Jabatan ini sejak lapor diri pada 16 Januari 1998 adalah:

1. Tuan Haji Ab. Halim Hassan
2. Tuan Haji Ab. Halim Haron
3. Pn. Hjh. Nor Azidah bt Abd. Aziz
4. Tn. Hj. Nik Ariff
5. Tn. Hj. Mohd. Adnan bin Mohd. Noor (Kini)

Juga tidak pernah lupa kepada Tuan Haji Ab. Ghani bin Mat, peneraju Sains dan Teknikal di JPN Kelantan, yang merupakan guru di sekolah dan sifu di jabatan dalam mendidik saya menjadi orang sebegini. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kehidupan Tuan semua.

Saturday, June 19, 2010

Dia datang lagi


Alhamdullilah kita masih dapat meraikannya



Sewaktu hendak posting ke dalam blog ini, kedengaran suara dari 2 anakku( Wan Mohamed Iqbal dan Wan Nur Sahira.. SELAMAT HARI BAPA..che wan ku sayang..kerana 20 Jun 2010 ialah HARI BUAT BAPA.

Tuesday, June 15, 2010

Kemahiran Proses Sains.. mengapa diremehkan?




Kurikulum Sains (sama ada KBSR atau KBSM) memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran saintifik iaitu kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Pengoperasian kemahiran proses sains dalam pengakaran dan pembelajaran merupakan satu inovasi pedagogi ke arah megwujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif yang dapat menimbulkan minat dan keseronakan murid terlibat secara aktif dalam prose pengajaran dan pembelajaran.

Penekanan terhadap penguasaan kemahiran proses sains menuntut suatu perubahan atau pengubahsuaian dalam amalan pengajaran iaitu dari pendekatan yang berorientasikan kandungan kepada pendekatan yang berorientasikan proses. cabaran utama yang perlu ditangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan penguasaan kemahiran saintifik adalah kefahaman tentang kemahiran proses sains serta ketrampilan guru mengaplikasikannya strategi pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, dapatan menunjukkan tahap kefahaman guru sains sekolah menengah tentang kemahiran proses sains berada pada tahap yang rendah. Keadaan sedemikian boleh menyebabkan kewujudan suatu jurang di antara hasrat kurikulum dengan pelaksanana di bilik darjah. Iannya juga menjejaskan persekitaran pembelajaran sains di antara sekolah rendah dan sekolah menengah.Justru, apabila pelajar sekolah rendah memasukui Tingkatan 1, mereka berhadapan dengan suatu orientasi pembelajaran sains yang berbeza dari pengalaman pembelajaran sains yang dialami ketika di sekolah rendah.

Pengertian Kemahiran Proses Sains
Penguasaan kemahiran saintifik merupakan salah satu domain yang diberi penekanan dalam kurikulum sains sekolah menengah. Kemahiran saintifik yang perlu dikuasai oleh murid terdiri daripada kemahiran manipulatif dan kemahiran proses sains. Kemahiran Proses Sains yang perlu dikuasai adalag sebagamana urutan berikut:

1. Memerhati
Kemahiran memerhati adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena dengan menggunakan deria seperti deria penglihatan,pendengaran,sentuhan,rasa atau bau.Pengamatan atau pencerapan dalam sesuatu penyiasatan saintifik mungkin melibatkan penggunaan deria sahaja atau penggunaan deria dengan berbantukan alat tertentu.

Petunjuk:
* Kenal pasti ciri umum sekumpulan item
* mengenal pasti ciri dan kualiti sesuautu konsep
* Mengenal ciri yang ganjil atau yang menpunyai kelainan
* memperihalkan perbezaan dan persamaan yang dikesan
* Memperihal perubahan yang berlaku
* Mengenal pasti pola atau tertiban fenomena yang berlaku
* Mennggunakan alat bagi membantu deria untuk membuat kajian terperinci

2. Mengelas
Kemahiran mengelas adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengasingkan dan menkelomokkan objek atau fenomena ke dalam kumpulan berdasarkan kriteria yang ditentukan seperti ciri atayu sifatnya.

Petunjuk:
* Mengenal pati persamaan dan perbezaan
* Mengumpul berdasarkan sifat sepunya
* menggunakan kriteria lain untuk mengumpul objek
* Menerangkan kaedah pengkelasan yang digunakan

3.Mengukur dan Menggunakan Nombor
Keahiran mengukur dan menggunakan nombor adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat berunit piawai.

Petunjuk:
* Boleh mengira dan membandingkan bilangan item di dalam kumpulan yang berlainan
* Menggunakan nombor untuk merekodkan fenomena
* Membandingkan objek-objek menggunakan nombor
* Menggunakan alat dengan betul
* Mencatat bacaan dengan tepat
* Mencatat unit dengan betul
* Memilih dan menggunakan unit piawai dengan betul
* Membanding masa, jarak,luas dan isipadu denagn unit yang berkaitan
* Boleh mengenali pola dalam jadual-jadual nombor
* Menentukan kejituan ukuran tertentu
* Menggunakan skala dan menerangkan nisbah

4. Membuat Inferens
Kemahiran membuat inferens adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan membuat kesimpulan awal untuk menerangkan objek atau fenomena yang diperhatikan

Petunjuk:
* Menggunakan maklumat daripada pemerhatian untuk membuat kesimpulan awal yang munasabah
* Membuat pelbagai tafrisan yang mengkin daripada satu pemerhatian
* Mengunakan inferens sebagai alat menentukan pemerhatian selanjutnya.

5. Meramal
Kemahiran meramal adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Petunjuk:
* Menggunakan data yang lepas atau ketika itu untuk mengjangka apa yang mengkin berlaku
* Menggunakan pola sebagai bukti dalam membuat sesuatu jangkaan
* Menentukan hasil yang mengkin daripada sesuatu tindakan
* Mengesahkan jangkaan berdasarkan data atau pengalaman yang lepas
* Mengekstrapolasi data kepada situasi yang baru

6. Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam berbagai bentuk seperti lisan,tulisan,graf,gambar rajah, jadual atau model.

Petunjuk:
* Kenalpasti ciri umum sekumpulan item
* Bercakap, mendengar atau menulis untuk menjelaskan idea atau makna kepada rakan
* Merekod maklumat daripada kajian
* Meneliti maklumat yang ingin disampaikan
* Memilih m cara atau alat komunikasi yang bersesuaian
* Menyediakan/ merancangkan bahan yang diperlukan untuk penyampaian
* menggunakan bahan rujukan
* Menentukan sasaran yang akan menerima maklumat

7. Menggunakan Perhubungan Ruang dan Masa
Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah,bentuk,dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

Petunjuk:
* Memperihalkan lokasi dengan masa
* Memperihalkan perubahan arah dengan masa
* memperihaklan perubahan bentuk dengan masa
* Memperihalkan perubahan saiz dengan masa
* menyusun peristiwa kejadian mengikut kronologi
* Menentukan magnitud perubahan yang berlaku bedasarkan kadar perubahan
* Menentukan kedudukan objek dan menghuraikan kedudukannya di dalam ruang
* Menghuraikan rupa bentuk objek apabila dilihat darikedudukan yang berlainan
* Menerangkan hubungan di antara masa dan jarak objek yang bergerak

8. Mentafsir Maklumat
Kemahiran mentafsir maklumat adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. data yang dikumpul adalah dalam berbagai bentuk seperti jadual,graf,gambar rajah, carta dan sebagainya.

Petunjuk:
* Mengumpul pelbagai data melalui pemerhatian untuk membuat pernyataan tentang maksudnya
* mengesan pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperolehi
* Menyatakan hubungan di antara maklumat
* membuat kesim;pulan berdasarkan data yang dikumpulkan

9. Mendefinisi Secara Operasi
Kemahiran mendefinisi secara operasi adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menjelaskan sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.

Petunjuk:
* Mentakrifkan istilah, konsep atau pemboleh ubah dalam konteks pengalaman sendir
* Membuat pernyataan apa yang diperhatikan dan apa yang dibuat.

10. Mengawal Pemboleh ubah
Kemahiran mengawal pemboleh ubah adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengenal pasti faktor atau pemboleh ubah yang terlibat dalam sesuatu penyiasatan serta menentukan kaedah untuk mengkaji kesan perubahan pada pemboleh ubah dimaipulasikan terhadap pemboleh ubah bergerak balas dengan memalarkan pemboleh ubah yang lain.

Petunjuk:
* menentukan pemboleh ubah yang relevan dalam penyiasatan
* menentukan pemboleh ubah yang dimanipulasikan, pemboleh ubah bergerak balas dan pemboleh ubah dimalarkan.
* menentukan apakah yang perlu dilakukan ke atas pemboleh ubah yang dimanipulasikan

11. Membuat Hipotesis
Kemahiran membuat hipotesis adalah merupakan suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan mengemukakan pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu pemerhatian. Penerimaan atau penolakan hipotesis yang dikemukakan bergantung kepada hasil kajian yang dijalankan bagi menentukan kebenaran atau kesahihah hipotesis berkenaan.

Petunjuk:
* Mengenal pasti pemboleh ubah
* Membuat inferens yang munasabah
* Menentukan hubungan di antara dua pemboleh ubah berdasarkan inferens

12. Mengeksperimen
Kemahiran mengeksperimen adalah suatu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Ia merupakan kemahiran proses sains peringkat tinggi kerana ia merangkumi kesemua proses sains yang telah dinyatakan sebelum ini.

Petunjuk:
* Membuat pemerhatian
* Mengemukkan soalan serta membuat inferens
* Membuat hipotesis yang boleh diujikan
* Mengawal pemboleh ubah / mendefinasikan secara operasi
* Mennetukjan perlatan yang diperlukan bagi suatu eksperimen
* Menjalankan eksperimen dan memerhati serta merekodkan data
* menganalisis dan mentafsirkan data
* Membuat kesimpulan
* Melapor keputusan eksperiemn yang telah dijalankan.

Semoga kita dapat sebarkan kepada anak didik semua.. agar mereka menjadi hebat.
( Artikel ini di post pada jam 5.40 petang sewaktu Abe Iqbal tiba di KLIA dari RCSI Dublin, Ireland)

Sumber: PuLkos_Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sunday, June 13, 2010

PEKA Sains ini begitu penting buat pelajar...




Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains ) bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM merupakan pentaksiran berasaskan sekolah.PEKA Sains dilaksanakan untuk mentaksir konstruk kemahiran proses sains, kemahiran menyelesaikan masalah secara saintifik, kemahiran manipulatif sains dan nilai murni serta sikap saintifik semasa pelajar menjalankan aktiviti, eksperimen, penyiasatan atau kajian lapangan.

Pentaksiran ini merupakan proses mendapatkan evidens dan membuat penghakiman terhadap penguasaan dan penghayatan pelajar terhadap konstruk yang telah dikenalpasti berdasarkan standard yang telah ditetapkan. PEKA Sains ini dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan pelengkap kepada kurikulum sains di sekolah.

Perkara yang penting diberi fokus dalam PEKA Sains ini ialah disegi pengurusan dan pengendalian Pentaksiran Kerja Amali Sains ini.Dengan memberi pengetahuan dan panduan kepada pentadbir sekolah, pentaksir, pemantau dan penyelaras, PEKA Sains ini dapat dijalankan dengan lebih teratur dan terselaras.

Apa itu PEKA Sains
PEKA Sains ialah instrumen pentaksiran berasaskan sekolah yang dilaksankan (dirancang,ditadbir,diskor,dirumus dan dilaporkan) di peringkat sekolah sebahgai sebahagian daripada proses pengajaran dsan pembelajaran berdasarkan kerangka (yang ditetapkan merujuk kepada prinsip dan konsep pentaksiran Keraja Amali Berdasarkan Sekolah) yang ditetapkan dan dimoderatkan (merujuk kepada usaha memastikan setiap pelajar ditaksir berdasarkan perkara yang sama dimana mekanisme penyelarasan dan pemantauan dikalksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti).

* Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
Pelajar yang akan ditaksirkan, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran,pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PEKA Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM.

* Ditadbir di peringkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran pelajar dan pengurusan evidens.

* Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksirkan berdasarkan skema penskoran.

* Dilaporkan d peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan dan Peraturan Penggredan yang telah dibina.

Objektif PEKA Sains

Peka sains dilaksanakan untuk membolehkan pelajar:
* menguasai kemahiran saintifik
* memperkukuhkan teori dan konsep Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM
* memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni
Pengusaaan kemahiran saintifik, pengukuhan teori dan konsep serta pemupukan amalan sikap saintifik dan nilai murni dilaksanakan semasa menjalankan aktiviti makmal, kajian lapangan, lawatan sambil belajar dan semasa pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Ciri-ciri PEKA Sains
Dalam usaha untuk merealisasikan konsep dan memenuhi keperluan pentaksiran, maka proses pentaksiran dalam Fizik, Kimia, Biologi, Sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM disediakan berdasarkan ciri-ciri berikut:

* Keserasian dengan kehendak kurikulum
Format pentaksiran berdasarkan sekolah dan jenis aspek yang ditaksir mengambil kira kemahiran saintifik serta sikap saintifik dan nilai murni yang ingin diperkembangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik, Kimia,Bologi, sains Tambahan, Sains PMR dan Sains SPM

* Berpusatkan Pelajar
PEKA Sains ini memberi peluang kepada murid untuk ditaksirkan apabila telah bersedia dan mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara yang hendak ditaksir. Ini memberi peluang pentaksiran dilaksanakan dalam keadaan tenang, selesa dan selaras dengan rancangan pengajaran guru.

* Telus dan Terbuka
PEKA Sains memberi peluang kepada murid untuk mengetahui:
* perkara yang ditaksir
* bagaimana perkara itu ditaksir
* bila perkara itu ditaksir
* dimana perkara itu ditaksir

Bolehlaksana dan sistematik
Format pentaksiran ini telah mengambil kira aspek-aspek berikut:
* kebolehlaksanaan pentadbiran pentaksiran
* tertib pelaksanaan pentaksiran

Pelbagai Instrumen
tujuan menggunakan pelbagai instrumen adalah untukmemberikan lebih peluang kepada pelajar berdasarkan kesesuaian dan lebih banyak evidens bagi menghasilkan gambaran yang menyeluruh dan lebih tepat tentang prestasi pembelajaran murid. Pentaksiran dilakukan dengan menggunakan pelbagai instrumen seperti pemerhatian, kaji selidik, senarai semak,projek,laporan amali,temu bual, folio dan lain-lain.

Berterusan dan Formatif
Pentaksiran dilakukan berterusan dari Tingakatan 1 hingga 3 bagi pelajar PMR dan dari Tingakatan 4 hinggan Tingkatan 5 bagi pelajar SPM. Pelajar diberi peluang untuk mempunyai pengalaman dalam perkara yang ditaksirkan di dalam aktiviti makmal semasa pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga diberi peluang untuk memperbaiki skor dalam perkara yang ditaksirkan.

Mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan kerelevanan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran.Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal. Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran ini dipastikan mellaui mekanisme penyelarasn dan pemantauan.

Pelaporan Positif
Skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan pelajar dan ini bolehdiperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Pemantauan berterusan
Pemantauan dilakukan secara berterusan bertujuan untuk memastikan PEKA Sains dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Pengoperasian PEKA Sains
PEKA Sains dijalankan mengikut prosedur berikut:
_/ Perancangan
_/ Penataran
Pendedahan dan penyebaran maklumat tentang pelaksanaan PEKA kepada pihak di sekolah yang terlibat.
_/ Pelaksanaan
Menjalankan PEKA mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti dalam Buku panduan PEKA
_/ Penyelarasan
Memastikan keseragaman dari aspek pelaksnaan di semua peringkat PEKA
_/ Pemantauan
Melihat dan memastikan PEKA dijalankan mengikut prosedur yang ditetapkan
_/ Pengesanan
Menilai pelaksanaan PEKA untuk tujuan penambahbaiakan program
_/ Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Pengesan membuat laporan mengenai pelaksanaan PEKA untuk penambahbaikan.

Skor calon hendaklah dikumpul dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Siapa Yang Bertanggungjawab di Peringkat Sekolah:
Ketua Pentaksiran Sekolah:
Dilantik oleh Pengetua di kalangan Guru Kanan Sains/Guru Cemerlang/Ketua Panitai Sains/Guru Berpengalaman di mana tugas berikut perlu dilaksanakan:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarsan di peringkat negeri / kawasan bersama Pentaksir Sekolah
2. Mengendalikan mesyuarat dan memberi taklimat kepada pentaksir sekolah
3. Menyelaras Pentaksiran oleh Pentaksir Sekolah
4. Mempengerusikan mesyuarat JPKK peringkat sekolah
5. Mentaksir murid /kes khas
6. Memastikan Borang Skor Individu setiap pelajar pindah dihantar kesekolah yang baru
7. Membuat laporan PEKA dan menyerahkan kepada KPKawasan

Pentaksir Sekolah
Dilantik oleh pengetua di kalangan guru terlatih/guru opsyen/guru yang mengajar mata pelajaran di mana tugas berikut perlu dilaksanakan:
1. Menghadiri mesyuarat penyelarasan peringkat kawasan dan sekolah
2. Merancang PEKA
3. memberi taklimat dan penerangan kepada pelajar
4. Mentaksir pelajar
5. Memaklum skor kepada pelajar
6. Mengisi Borang Skor Individu
7. Menyedia laporan PEKA dan menyerahkan kepada KPS
8. Menjadi ahli JPKKS dan pentaksir kes khas.

Tanggungjawab Sekolah
Sebelum Pentaksiran
* Menerima surat pekeliling PEKA daripada JPN
* Menerima dokumen PEKA daripada JPN
* Pengetua menubuhkan Jawatankuasa PEKA
* Pengetua melantik pentaksir bagi setiap mata pelajaran
* Menghantar senarai JK PEKA dan pentaksir
* memperbanyakkan dokumen PEKA untuk kegunaan pentksir
* menyediakan jadual pelaksanaan PEKA dan menghantar salinan kepada JPN dan KP kawasan
* Memberi taklimat pelaksanaan PEKA kepada pelajar
* Memastikan setiap murid memiliki fail PEKA

Semasa Pentaksiran
* Pentaksiran dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
* Penyelarasan skor dilakukan oleh KP Sekolah
* Pemanatu dalaman membuat pemantauan
* Pentaksir merekod skor dalam Borang Skor Individu
* Pentaksir menyimpan evidns pentaksiran dalam fail individu
* Pentaksir memaklumkan skor kepada pelajar yang ditaksir dan murid menandatangani Borang Skor Individu bagi setiap taksiran
* Pentaksir memindahkan skor dari Borang Skor Individu ke Borang Gred Induk

Selepas Pentaksiran
* Borang Skor Individu disemak dan disahkan oleh Pengetua dan disimpan di sekolah
* Borang Gred Induk disemak dan disahkan oleh Pengetua. Satu salina ndihantar ke JPN melalui KPKawasan
* SU Peperiksaan bertanggungjawab memastikan pentaksir sekolah memasukkan GRED calon dalam aplikasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan
* SU Peperiksaan menyerahkan salinan cetakan Borang Gred Induk calon untuk disahkan oleh Pengetua
* Mengeluarkan sijil PEKA kepada calon

Selamat menjalankan tugas..demi kemajuan anak bangsa dalam pembangunan berasaskan Sains dan Teknologi.

Tuesday, June 8, 2010

Banyaknya "Make gulai" musim cuti ni...





Bermula 4 Jun 2010 sehingga 20 Jun 2010 merupakan cuti persekolahan bagi pelajar-pelajar sekolah. Gembira mereka setelah penat mengikuti sesi persekolahan sebelumnya walaupun semasa cuti ini masih ada lagi kelas untuk pemulihan , pengukuhan maupun pengayaan..lebih-lebih lagi pelajar kelas peperiksaan UPSR,PMR maupun SPM/STPM. .demi satu matlamat meningkat dan mencapai kecemerlangan akademik para pelajar mereka.

Namum begitu, saban tahun menjelang musim cuti begini, majlis kenduri kendara rancak dilaksanakan sebagai kesyukuran menyambut kedatangan "orang baru" anak menantu atau majlis aqiqah.Setiap hari tentu ada saja majlis ini mengikut tarikh sebagaimana kad jemputan kenduri kesyukuran atau perkahwinan. Tiga empat jemputan sehari dah menjadi perkara biasa.Bertolak ke situ sini tanpa mengira jauh dekat memenuhi undangan para sahabat.Jika demikian boleh dikatakan setiap orang menerima sekitar 20-30 jemputan dalam musim cuti ini.Semua ini perlu kepada perancangan pergerakan yang baik agar semua jemputan dapat dipenuhi.

Menghadiri majlis kenduri bermakna kita akan makan, banyak sikit itu bergantung. Tetapi dalam juadah di musim begini banyak menu mempunyai kandungan kolestrol, lemak,protin, gula dan lainya begitu tinggi..yang mungkin boleh memberi ancaman kepada keseimbangan komposisi kandungan keperluan dalam tubuh..Ini akan akhirnya menjejaskan fungsi tubuh kita. Terkadang rasa tak selesa badan, sengal sakit serta lengguh anggota badan kesan makan daging yang agak berlebihan.Yang tak ada apa-apa dah rasa semacam, inikan pula yang telah ada sedikit sebanyak penyakit yang sedia menanti.

Sehubungan itu, sewajarnya kita semua sentiasa beringat tentang kaedah serta budaya makan ini agar kita sihat walafiat. Kajian sains yang dilakukan oleh pakar pemakanan mendapati bahawa perkara negatif sedemikian berlaku disebabkan oleh lebihan asid berada didalam badan kita. Kehadiran asid ini telah menimbulkan kesan tak selesa dan ianya perlu diatasi dengan mengambil sumber makanan yang lebih bers ifat alkali. Di sini dipaparkan satu artikel mengapa perlunya kita memakan bahan yang kaya dengan sifat alkalinya agar kita sihat sentiasa hendaknnya.


Terdapat 2 jenis makanan yang utama:
1. Makanan berasid: Contoh makanan berasid adalah seperti daging, ikan, udang, ayam. roti dan tepung.
2.Makanan beralkali: Contoh makanan beralkali adalah seperti sayuran, rumpai laut, buah-buahan dan juga telur putih.

Mengikut pengamal perubatan alternatif, untuk sihat kita perlu mengambil makanan dalam pecahan 80 peratus makanan beralkali dan 20 peratus makanan berasid untuk mengekalkan kesihatan serta meningkatkan daya ketahanan badan.

Namun yang berlaku kini adalah sebaliknya, iaitu 80 peratus makanan bersifat asid dan hanya 20 peratus makanan beralkali.Mungkin ada yang keliru bahawa makanan berasid mengandungi asid, namun sebenarnya bahan makanan yang mengandungi asid adalah hasil makanan yang telah mengalami pencernaan makanan dan asimilasi.

Contohnya buah lemon. Pada awalnya lemon mempunyai asid. Namun selepas proses pencernaan makanan ianya akan menghasilkan abu alkali. Lebih dari sekadar isu lemon, perlu ditekankan di sini bahawa perkara ini hanya terjadi sekiranya buah tersebut dipetik ketika telah sedia masak. Sekiranya buah tersebut belum masak (hijau) dan bertukar kepada warna kuning kerana rosak, maka buah ini akan menjadi berasid selepas proses pencernaan.Hasil akhir ini amat merungsingkan kerana ianya boleh memberi kesan kepada badan kita.

Secara fakta, ianya tidak hanya terjadi kepada lemon sahaja tetapi kepada buah-buahan lain seperti nenas, mangga, peach, dan epal. Pastikan anda membeli buah yang sudah masak dan bukannya rosak.

Kembali kepada topik makanan berasid dan beralkali, jadi yang mana satukah yang kita patut makan? Sebetulnya, kedua-dua jenis makanan ini perlu diambil secara sederhana demi kesihatan yang baik. Menurut Dr. Ragnar Berg dari United States, ‘Setiap orang memerlukan hidangan makanan yang terdiri dari 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.

Sama ada badan anda beralkali atau berasid adalah bergantung kepada makanan yang anda ambil. Badan yang sihat adalah sedikit beralkali (pH7.3 ke 7.4). Adalah penting sekali bagi anda untuk mengetahui jenis makanan yang anda ambil agar anda dapat mencapai kesihatan yang seimbang iaitu 80% alkali dan 20% asid.

Kajian menunjukkan bahawa pesakit yang mempunyai kandungan asid yang tinggi di dalam urea mempunyai kadar penyembuhan untuk pelbagai penyakit yang lebih rendah berbanding pesakit lain yang mempunyai nilai kandungan asid yang lebih rendah di dalam urea mereka. Kajian juga telah di jalankan ke atas binatang. Binatang tersebut terdiri dari binatang beralkali dan berasid. Kedua-dua badan binatang ini kemudiannya disuntik dengan virus. Bintang yang mengandungi badan beralkali hanya mengalami sedikit kecederaan dan lebih cepat sembuh. Binatang yang mempunyai badan berasid pula akan lebih cepat jatuh sakit dan seterusnya mati.

Kesimpulannya, badan beralkali adalah sistem pertahanan pertama melawan penyakit. Badan yang mempunyai kandungan asid yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan, merendahkan imuniti serta mudah jatuh sakit dan seterusnya menjadi kepada penyebab kemerosotan sistem badan.

Jadi bagaimana badan kita mendapat kandungan asid ini? Apabila kita makan makanan yang mengandungi daging, telur, dan produk binatang yang lain dengan terlalu banyak, ini akan menyebabkan badan mempunyai nilai pH asid yang tinggi. Salah satu cara yang tercepat untuk memastikan bahawa pH badan kembali seimbang ialah dengan mengambil hidangan spirulina, alga biru-hijau yang juga dikenali sebagai makanan super kerana mempunyai makanan yang berketumpatan tinggi dengan nutrien. Makanan tambahan kesihatan ini juga mengandungi 100% alkali.



Selain makanan, ramai menyarankan kita minum air beralkali yang dikatakan antara cara mudah dan pantas untuk mengekalkan paras kealkalian badan. Darah manusia mempunyai pH sedikit beralkali iaitu antara 7.35 hingga 7.45 dan ini sebabnya kita digalak melebihkan pengambilan makanan atau minuman beralkali supaya fungsi darah tidak terjejas.

Menurut perunding pemakanan, Lim Ju Dee, gaya hidup moden yang mewah dengan pelbagai makanan berasid, kurang bersenam dan banyak mengalami tekanan menyumbang kepada masalah asidosis iaitu badan menjadi berasid.


Makanan berasaskan haiwan dan minuman seperti kopi, teh (kecuali teh hijau), kola dan berkarbonat boleh menghasilkan lebih banyak asid dalam badan.

Asidosis ialah keadaan di mana pH badan menjadi berasid yang boleh disebabkan beberapa perkara seperti:

Tekanan (emosi, kerja, pelajaran, kewangan dan sosial)
Pencemaran
Gaya hidup tidak aktif
Pemakanan, terutama jika banyak mengambil makanan berasaskan haiwan, kopi, teh, minuman berkarbonat Kajian Universiti California di San Francisco ke atas 9,000 wanita mendapati, mereka yang ada masalah asidosis teruk berisiko tinggi untuk mengalami kehilangan tulang berbanding wanita yang mempunyai paras pH normal.Penyelidik percaya banyak kes keretakan tulang pinggul yang berlaku pada wanita ada kaitan dengan masalah badan terlalu berasid yang berpunca daripada pemakanan kaya sumber haiwan (daging, ikan, telur, susu dan produk tenusu) serta kurang pengambilan sayur-sayuran.Katanya, apabila berasid, badan bertindak balas untuk mengurangkan keasidan melalui tiga laluan iaitu:
Buah pinggang — air kencing. Lebih banyak kita minum air (sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu setengah liter sehari) lebih baik kerana ia menyingkir bahan buangan yang boleh menjadikan darah berasid.
Tulang — kehilangan kalsium. Jika tiada usaha mengurangkan paras keasidan dalam badan, badan mengambil kalsium daripada tulang untuk mengembalikan kealkalian darah ke paras normal.
Pernafasan — Apabila bernafas, kita mengeluarkan karbon dioksida daripada badan. Pengeluaran karbon dioksida menjadi lebih cepat dan teratur melalui senaman dan teknik pernafasan betul. Senaman yang mementingkan teknik pernafasan seperti yoga, tai chi dan qi gong sangat baik untuk diamalkan kerana ia juga menenangkan fikiran.

“Bahagian berasid dalam badan kita ialah di perut. Perut menghasilkan asid hidroklorik yang mempunyai pH 3 untuk mencernakan makanan. Makanan yang dicerna kemudian dipindahkan ke usus kecil yang bersifat alkali. Ini sebabnya kita perlu mengambil lebih banyak makanan beralkali kerana makanan berasid boleh menjejaskan pencernaan,” katanya ketika pelancaran alat untuk memberi ion alkali pada air, iOsis MedKlinn.

Ion alkali yang terkandung dalam air minuman boleh memasuki sel untuk ‘membersihkan’ bahan berasid untuk menghalang keadaan asidosis berlaku. Minum air beralkali secara tetap mempunyai tiga manfaat iaitu:
Membantu mengurangkan berat badan (dengan melancarkan proses pencernaan)
Memperlahankan proses penuaan (dengan mencegah penyakit kerana penyakit antara faktor yang mempercepatkan penuaan badan)
Membantu mencegah penyakit kemerosotan organ seperti kencing manis “Konsep air alkali untuk penjagaan kesihatan bukan baru. Ia dipelopori penyelidik Jepun dari Universiti Shiga yang mendapati pH optimum untuk air minuman (untuk penjagaan kesihatan) ialah antara pH 8 hingga pH 9.5. Atas penemuan ini kerajaan Jepun membekalkan air paip beralkali kepada penduduknya sejak lebih 50 tahun lalu.

Ia juga baik untuk wanita hamil kerana ketika mengandung, badan ibu kehilangan mineral alkali untuk disalurkan ke dalam uri bagi memastikan air ketuban sentiasa dalam keadaan beralkali kerana janin menghasilkan najis yang menyebabkan air ketuban berasid.

“Keadaan ini berterusan selama sembilan bulan dan jika tiada langkah diambil, iaitu dengan mengamalkan pemakanan sihat, kesihatan ibu terjejas. Tahap keasidan tinggi dalam badan ibu menyebabkan mereka muntah atau mengalami mabuk hamil,” katanya.

Selain air, ada cara lain boleh diamalkan untuk menjaga tahap kealkalian badan iaitu mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar serta mengurangkan makanan berlemak dan berkalori tinggi, terutama yang bergoreng. Jumlah disarankan ialah lima hidangan sayur dan buah sehari dengan memberi tumpuan terhadap sayur-sayuran berdaun hijau.

Ini kerana sayur-sayuran hijau mengandungi enzim, mineral, antioksidan dan bersifat alkali. Enzim dalam tumbuh-tumbuhan penting untuk mencegah kanser dengan merangsang dan membantu sel darah putih memusnahkan sel tidak normal ini.

Secara umumnya individu mengambil banyak makanan bersifat asid lebih mudah jatuh sakit berbanding individu melebihkan makanan beralkali kerana makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan adalah pembekal tunggal semula jadi vitamin dan mineral diperlukan badan.

Pada masa sama kurangkan pengambilan minuman seperti kola, soda, minuman berkarbonat dan sukan, teh, kopi dan alkohol yang semuanya bersifat berasid. Segelas kola yang mempunyai pH 2.5 memerlukan 32 gelas air untuk menjadikannya neutral.

SUMBER :Motivasi Tip Kesihatan


Dan sesungguhnya sederhana itu amatlah diutamakan.Allah menjadi lidah dengan ciri pengesanan tersendiri..ada zon manis,masim, pahit dan masam.Kecapai rasa-rasa berkenaan itu untuk kesihatan dalam menjalani penghidupan ini. Juga sekalung tahniah kepada sahabat yang menerima ahli keluarga baru. Terima kasih diatas kesudian Tuan menjemput saya untuk hadir memeriahkan sambutan ini. Nanti cuti berikutnya, majlis seumpama ini akan bermula lagi.

Friday, June 4, 2010

Berhasil apabila adanya kesungguhan..



NKRA capai KPI, kata Perdana Menteri
Jun 5, 10 11:50am

Sumber : BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan kesemua enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang diperkenalkan pada Julai tahun lepas bagi menjadi kayu ukur prestasi kerajaan, telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

Dalam ucapannya pada majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di ibu negara, Najib berkata enam NKRA itu dikenal pasti setelah kerajaan merundingi rakyat dan mendengar keluh kesah serta pandangan mereka.

Enam NKRA itu ialah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambahbaik pengangkutan awam.

"Alhamdullilah, pucuk dicita ulam mendatang, kesemua enam bidang NKRA yang telah dikenal pasti telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI yang telah ditetapkan," katanya.

Najib berkata langkah-langkah yang diambil dan diperkenalkan adalah bersifat berani dan di luar kelaziman pemikiran biasa bagi merealisasikan matlamat pencapaian NKRA.

Katanya anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) umpamanya telah ditugaskan bersama-sama anggota polis untuk melaksanakan tugas rondaan bagi membolehkan NKRA mengurangkan jenayah dicapai.

Selain itu, katanya, lebih 7,000 pegawai dan anggota polis yang melaksanakan tugas di pejabat telah 'kembali' kepada tugas hakiki mereka yakni dekat dengan orang ramai manakala tugas mereka di pejabat pula diganti oleh lebih 4,000 penjawat awam.

Di bawah NKRA mengurangkan jenayah, KPI yang ditetapkan adalah bagi menurunkan indeks jenayah sebanyak 5 peratus serta jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang penghujung tahun ini.

Ternyata hasil daripada langkah-langkah yang diambil amat memberangsangkan di mana pada suku pertama tahun ini, indeks jenayah telah turun sebanyak 15.1 peratus manakala jenayah jalanan sebanyak 39.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, katanya.

"Mudah-mudahan usaha untuk mewujudkan satu persekitaran hidup selamat, aman lagi tenteram kepada rakyat akan mencapai objektifnya," katanya.

Najib berkata selain inisiatif berhubung peranan dan fungsi kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), kerajaan juga memperkenalkan inisiatif bersabit ekonomi melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP), sebagai tujahan bagi memastikan wawasan nasional dapat direalisasikan mengikut jadualnya.

Di bawah inisiatif ETP, kerajaan telah menggubal model baru ekonomi sebagai hala tuju yang akan menunjangi dua Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 di mana kedua-dua Rancangan Malaysia itu adalah jambatan terakhir yang perlu dilalui sebelum Malaysia tiba ke ambang 2020, katanya.

Katanya kerajaan akan meneruskan langkah-langkah perlu untuk memastikan pertumbuhan yang memberangsangkan berterusan secara mapan serta telah pun memulakan inisiatif untuk memastikan asas kewangan kerajaan berada dalam keadaan yang lebih baik.

Beliau berkata hasil kerajaan perlu ditambah manakala perbelanjaan dibuat secara berhemah serta mampu mendatangkan impak yang paling maksimum kepada rakyat.

"Dalam hal ini, dua prinsip utama yang dipegang utuh oleh kerajaan Tuanku untuk merealisasikan matlamat tersebut ialah, kita tidak akan membebankan generasi akan datang serta akan terus merundingi dan menyelami denyut nadi rakyat apabila mengambil sesuatu keputusan sesuai dengan falsafah rakyat didahulukan," katanya.

Najib berkata kerajaan tidak akan sekali-kali lari daripada tanggungjawab kepemimpinan dan tidak akan mengelak daripada membuat keputusan sukar sekiranya dikala perhitungan genting sesuatu itu dirasakan wajar bagi meletakkan Malaysia di trajektori yang betul.

"Moga-moga tercatit kemas dalam lipatan sejarah kelak bahawa barisan kepemimpinan hari ini adalah generasi yang bertanggungjawab, jauh sekali hendak mensia-siakan amanah yang terjunjung di jemala, apa lagi meninggalkan negara yang longlai kepada pewaris kepemimpinan yang akan datang.

"Pucuk pangkalnya, kita mahu mewariskan kepada generasi hari muka, sebuah Malaysia yang bermartabat dan bermaruah lagi disegani sahabat maupun pesaing. Insya-Allah," katanya.

Najib berkata soal pengukuhan perpaduan nasional diberi perhatian oleh kerajaan kerana menyedari peri penting bahawa tanpa perpaduan nasional yang mantap, wawasan nasional seperti yang diimpikan bersama tidak mungkin akan tercapai.

"Sehubungan itulah, melalui falsafah induk 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang merentas dasar dan pelaksanaan sebagai panduan utama kerajaan Tuanku pelbagai inisiatif dan dasar telah, sedang dan akan dirangka demi kemaslahatan rakyat di bawah lembayung mahkota Tuanku," katanya.

Najib berkata punca kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara berdaya saing adalah kerana ia sentiasa berusaha berada di hadapan keluk kontemporari dan kekinian dan kerajaan bertekad untuk meneruskan strategi yang telah terbukti berkesan tersebut.

"Bertolak dari satu titik di garisan ini, dalam memeta perjalanan seterusnya bagi mentransformasikan Malaysia kepada sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi, kerajaan Tuanku berpendirian supaya tidak mengambil sikap dogmatik serta menolak pegangan bahawa hanya kerajaan tahu segala-galanya," katanya.

Perdana Menteri juga memaklumkan bahawa usaha-usaha mencipta masa depan yang lebih baik untuk rakyat jelata telah mula menampakkan hasilnya.

Angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk suku pertama 2010 misalnya telah menunjukkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan yakni 10.1 peratus, katanya.

Tambahan lagi, katanya, daya saing negara di peringkat global turut mempamerkan peningkatan yang bersifat lonjakan berganda dan dalam "ranking" "World Competitiveness Report 2010", Malaysia telah meningkat naik prestasi daya saingnya dari tangga 18 pada tahun 2009 ke tangga 10 pada tahun ini.

Katanya kerajaan beriltizam mahu menyaksikan Malaysia naik kepada lima kedudukan teratas dalam senarai daya saing dunia pada masa mendatang.

"Apa yang penting, kita tidak boleh berpeluk tubuh, bersimpuh dan membiarkan peluang berlalu begitu sahaja. Kita harus bertungkus-lumus untuk mencapai sasaran," katanya.

- Bernama

< p.s.: Sudah tentunya apabila ada kemahuan maka ada jalannya, usahakan dengan perancangan untuk berjaya. bagi Tuan pengamal pendidikan, kesan P & P cemerlang dalam bilik darjah akan bernatijahkan pelajar yang hebat dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Tidak akan ada lagi pepatah "jika guru kencing berdiri, maka anak muridnya tentu kencing berlari".Guru yang hebat tidak lagi akan kencing berdiri sama telahan di tempat terbuka ditepian jalan sewaktu perjalanan >

Perosak Peradaban Kemanusiaan



Tanggal Mei 31, 2010 kita semua dikejutkan dengan satu insiden yang diluar jangka fikir sebagai manusia yang rasional lagi profesional, dimana tanpa suasana perang tanpa adanya lawan bersenjata, hanya delegasi kemanusiaan tetapi ditembak bunuh dengan alasan teramat dangkal. Itulah perangai manusia yang telah menjadi Perosak Peradaban Kemanusiaan dari dulu, kini dan selamanya.

Petikan berikut memberi 1001 makna buat kita..

Gagasan rakyat Malaysia menentang Israel
Zulkifli Mohd Nani

Chargé d’Affaires
Kedutaan Amerika, Malaysia
Mr. Robert G. Rapson

MEMORANDUM KEPADA AMERIKA SYARIKAT MENGENAI GAGASAN RAKYAT MALAYSIA MENENTANG ISRAEL

MAKA persaksikanlah pada hari ini, dengan perhimpunan raksasa rakyat Malaysia di hadapan pagar kedutaan kamu yang berkunci, bahawa inilah harinya kami mengisytiharkan yang kami tidak akan lagi bertolak ansur dengan kerajaan kamu yang mendokong, melindungi dan memanjakan negara jahanam Israel.

Kami amat terkejut dengan sikap pipi tak mancung hidung tersorong-sorong kerajaan kamu hingga ke tahap memalukan Presiden kamu sendiri dalam “lintas langsung” siaran televisyen berbayar bila mana binatang bernama Netanyahu memarahi, membuat muka serta memalingkan diri bila mana Tuan Obama mengesyorkan perbincangan mengenai mandian berdarah oleh Israel di atas kapal “MV Mavi Marmara” di Lautan Mediterranean. Rakyat kamu memilih Obama untuk memimpin Amerika dan sekarang Israel telah memalukan kamu bagaikan anjing yang terselit ekor di kedua-dua celah kakinya.

Apa yang bermain di kepala mu, Amerika? Yakni kamu – kononnya suatu kuasa besar – jadi pengecut dengan bayi kamu bernama Israel, yang kini mengigit tangan kamu dan menunjukkan taringnya?

Kami, rakyat Malaysia demokratik yang sering berdiri menegakkan idealisme sebuah masyarakat yang bebas, tidak dapat menahan diri melainkan ketawa kerana kebodohan dan ketidaktentuan Amerika. Kamu tidak lagi menjadi model dunia merdeka sepertimana yang kamu mahu kami percayai.

Respons kamu yang seolah-olah dibius mengenai pembunuhan membuta-tuli orang awam – 19 orang di mana Israel cuba kurangkan dengan 10 kematian setelah membuang tubuh-tubuh sebahagiannya masih bernyawa ke dalam Lautan Mediterranean – daripada atas kapal “MV Mavi Marmara” pada 31 Mei telah menandakan bahawa hari pembalasan telah tiba untuk Amerika dan masyarakatnya yang terkeliru, sebagai sebuah negara yang besar dan pernah disegani kini jatuh melutut kerana kesilapan dirinya sendiri – yakni penciptaan raksasa gila dan rakus bernama Israel.

Kami, warga Malaysia pelbagai agama dan bangsa hari ini berdiri dalam solidariti bagi mendeklarasikan di depan kamu bahawa kami sekali-kali TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN membiarkan tragedi malang di lautan lepas oleh lanun oleh Israel itu berlalu saja tanpa balasan. Ingat kata-kata ini!

Kami akan pertanggungjawabkan kamu kerana Amerika adalah penyokong dan tukang dana No. 1 untuk Israel. Kamu memalukan diri sendiri dengan bersekongkol dengan negara berisi pengganas ini dan kami tahu kamu akan kecundang akibatnya. Masyarakat sampahan bernama Israel ini membawa malu kepada ketamadunan abad ini dan tindakan sembrononya terhadap 600 penumpang kapal relawan kemanusiaan daripada lebih 50 buah negara pada Mei 31, 2010; menembak sesuka hati dengan peluru hidup, menembak dari jauh, menembak jarak dekat, menggunakan kekerasan dengan menendang, memukul dan memijak mereka, sebenarnya itulah apa yang tentera KAMU mengajar untuk diperlakukan ke atas rakyat Palestin, Iraq, Pakistan, Filipina, Thailand dan Afghanistan.

Sekarang kamu tidak teragak-agak melakukan perkara yang sama ke atas misi kemanusiaan daripada 50 buah negara, ramai di antara mereka adalah sekutu kepada kulit putih Amerika sendiri , kerana kebelakangan ini kamu sudah buta warna dek penangan Israel. Dan ini adalah kesilapan terbesar kamu!

Kini mereka ini memusuhi kamu.

Pegang janji kami – bahawa kami rakyat Malaysia akan tetap bertahan dan terus lawan dan lawan beriringan dengan semua masyarakat bertamadun sedunia sehinggalah rakyat Palestin memperolehi kembali tanahair mereka dan Israel dimusnahkan. Pada ketika itu Amerika akan kepupusan kehormatan, maruah dan sumber yang mengakibatkan kamu menyertai Israel yang ganas itu serta pendokongnya yang juga semakin pupus. Dunia kini tersedar besarnya kesilapan Amerika dengan mendokong biawak hidup Israel sepanjang beberapa dekad, dan kini dunia sedang menentang kamu, Amerika.

Kami, selaku gagasan masyarakat bertamadun mewakili suara hati rakyat Malaysia pada hari ini:

Menyangkal keujudan negara teroris bernama Israel

Membantah sokongan Amerika kepada Israel dalam semua bentuk

Membantah serangan ganas ketenteraan ke atas orang awam di atas kapal “MV Mavi Marmara”

Menuntut diadakan penyiasatan menyeluruh dan timbang tara terhadap kematian dan penghospitalan mangsa relawan kemanusiaan

Memastikan setiap penumpang kapal dapat dikenalpasti status mereka kini

Memulangkan mereka sama ada hidup ataupun mati kepada waris masing-masing

Siasat penculikan oleh Israel terhadap penumpang-penumpang tertentu dari atas kapal dengan tujuan interogasi dan penyiksaan

Mempertanggungjawabkan sepenuhnya kerajaan Israeli ke atas kehilangan nyawa, kargo yang dirampas, barang pemilikan peribadi para relawan, serta imbuhan kewangan kepada semua relawan dan mereka yang terbunuh oleh tentera Israel

Tegaskan pemulangan semula dengan kadar segera semua kapal dan bantuan yang disasarkan ke Gaza

Meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk menjalankan siasatan teliti bagaimana Israel dibenarkan melanggar undang-undang sedangkan flotilla berkenaan menepati kesemua perundangan maritim dan memenuhi sepenuhnya Resolusi 1860 PBB (2009), yang termasuk:

a) merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membekalkan bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuklah makanan, bahan bakar dan bantuan perubatan
b) mempermudahkan proses dan penghantaran bantuan
c) seruan agar mendapatkan sokongan untuk melenyapkan kesengsaraan kemanusiaan dan kelemahan ekonomi di Gaza

Kami mahu agar pengisytiharan ini disampaikan secara peribadi ke meja Tuan Barrack Obama agar dia tahu bahawa orang Palestin sudah memenangi kawan-kawan baru dari SELURUH PELUSUK DUNIA sejak peristiwa “MV Mavi Marmara”. Beritahu Presiden kamu bahawa kami warga Malaysia beserta negara-negara bermaruah seluruh dunia akan terus menganjurkan dan mendana flotila-flotila berikutnya biar apa pun yang akan terjadi.

Ini kerana kami tidak sembunyikan ekor di celah kelangkang kami seperti kamu bila berdepan dengan Israel.

Zulkifli Mohd Nani,
Pengerusi,
Crisis Management Team
for Life Line For Gaza, Malaysia.


Lantas, adakah kita redha dengan perlakuan sedemikian, jika YA bererti nilai kemanusiaan yang di tanam subur kepada anak generasi kita tidak akan memberi apa-apa makna.

Bersama kita mengambil ikhtibar..Sekian

Wednesday, June 2, 2010

MUTIARAkan mereka..




Pada hari ini tanggal 02 Jun 2010, saya berkesempatan untuk hadir bersama dengan pihak pengurusan FELDA di Balai Raya Felda Chiku 2, Gua Musang untuk bersama bermesyuarat mengenai pelaksanaan Kuiz Sains MUTIARA, Spelling Quiz dan Public Speaking yang bakal menyambut ulang tahun ketiga perlaksanaannya. (Kuiz ini bermula 2008). Antara yang terlibat ialah guru pengurus STF semua sekolah rendah/menengah di bawah pengurusan program STF serta penyelia FELDA masing-masing.(12 buah semuanya iaiitu 8 dari Gua Musang dan 4 dari Kemahang.

Kuiz yang juga dikenali sebagai EMAS (English, Matematik, Agama , Sains ) ini pada mulanya bakal dilaksanakan pada 4 Jun 2010 (Jumaat) telah ditunda ke 24 Jun 2010 (Khamis). Pesertanya terdiri dari 3 pelajar terbaik setiap sekolah yang boleh menguasai bidang Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.Spelling Quiz pula melibatkan 4 orang pelajar sekolah rendah yang hebat berbahasa Inggeris. Manakala pertandingan Public Speaking melibatkan 2 pelajar Tingkatan 4 bagi setiap sekolah menengah.

Peserta terbaik akan mewakili FELDA WILAYAH ke Pertandingan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di MRSM, Trolak, Perak. Kepada semua guru pembimbing, bantu ajarlah mereka kerana mereka ini mampu untuk berjaya... MUTIARAkan lah mereka.

Terima kasih kepada pihak pengurusan FELDA dan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia yang masih meneruskan program yang bermanfaat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh