.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, July 31, 2011

Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Sekolah Tahun 2010

Hari ini , saya bersama dengan beberapa pegawai ditugaskan sebagai JK Pendaftaran untuk menjayakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi Sekolah-Sekolah Tahun 2010 Peringkat Negeri Kelantan. Majlis ini yang bermula jam 9.45 pagi dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar seluruh sekolah negeri in termasuk penerima hadiah. Setelah bacaan doa majlis diisi dengan ucpan alu-aluan oleh YABrs. Tuan pengarah dan diikuti ucapan perasmian oleh YBhg. Dr. Zahri bin Ab, Aziz, Timbalan KPPM.

Antara intipati ucapan beliau ialah menyentuh mengenai fokus NKRA Pendidikan iaitu:

1. Pendidikan Prasekolah

- Perlu perubahan penarafan oleh GB bahawa jangan pingirkan enrolment dan pengurusan antara pelajar aliran perdana dari Tahun 1 hinggan Tahun 6 dengan pelajar Prasekolah. Kedua-duanya tidak terasing dalam aspek pengurusan sekolah.

- Semua kanak-kanak berumur 6 tahun perlu mamemasuki prasekolah.

2. LINUS

- Guru Besar perlu memainkan peranan utama agar pelajar dari sekolah rendah tidak akan membebankan mereka apabila memmasuki persekolahan menengah. Literasi dan Numerasi sepatutnya boleh diselesaikan dalam dua tahun sekurang-kurangnya bagi murid yang kategori pembelajaran normal.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi

- Peranan Pengetua dan Guru Besar yang terbaik dapat menjanakan sekolah berkenaan sebagai SBT. Kolabarasi antarabangsa sesama pelajar melalui sesawang Facebook amat dipenting sebagai salah satu ciri SBT.

4. Baiiah (New Deal)

- GPS dan SKPM perlu diberi keutamaan dalam mencerlengkan sekolah bagi memenuhi ciri New Deal. Penarafan New Deal boleh juga dirasai oleh sekolah dengan band yang rendah berbanding dengan SBT di mana band 1 dan band 2 pasti dalam tangan.

Bagi mencemerlang akademik sekolah. mutu P & P dipertingkatkan dengan:
- Peranan Pentadbir memyelia dan membantu guru melaksanakan P & P Berkesan
- Guru Mata Pelajaran tidak malas untuk berkreativiti dan membuat inovasi dama P & P
- Jangan mengajar dengan duduk dikerusi
- Pupukkan sesi komunikasi dua hala guru -murid dan afdalnya bugarkan suasana murid yang ramai aktif bersoaljawab
- Guru sentiasa bantu murid dengan bergerak dari satu meja ke satu meja

Tiada satupun profesion yang mulanya perlu membuat perancangan rapi sebelum melaksanakanya kecuali profesion perguruan. Bermakna bagi seorang pendidik, beliau adalah seorang perancang yang baik untuk masuk kelas menlaksanakan P & P terbaik.Jika tak merancang maka ia bukan seorang guru yang baik.

Majlis dilengkapkan lagi dengan penyampian sijil dan cenderamata kejayaan kepada sekolah yang hebat dalam kecemerlangan akademiknya terutamanya. Jam 12.00 tengah hari majlis tamat dan bersurai selepas menikmaati juadah terakhir tengah hari sebelum puasa yang akan bermula pad hari Isnin, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramdahan 1432H.



2.

Saturday, July 30, 2011

Ada Berani Ke Untuk Perangi Diri Sendiri ?


Mungkin ini satu soalan yang agak dangkal malah melucukan. Tetapi seseorang yang ingin menempah jaya dengan cemerlang samada hidup didunia fana atau dialam baqa nan kekal abadi maka kita perlu membuat tranformasi untuk menambah kebaikan dengan menyerang diri kita sendiri.

Jika sebelum ini kita hebat menyerang orang lain, memfitnah , mengadudomba, memaki hamun, khianat dan dengan segala perkara yeng negatif. Bagi kita semua yang ada pada kita, semua betul benar manakala bagi orang lain semuanya salah silap belaka.

Saya tertarik dengan isi khutbah Jumaat semalam membicarakan kehadiran Ramadhan, Insyaalah pada hari Isnin ini, dengan persoalan sepertimana di atas.

Disepanjang bulan Ramadhan, umat Islam perlu mendambakan sebanyak mana pahala tak kira disiang atau malam hari. setiap laku yang baik ada pahalanya. Dan semestinya banyak pantang larang bagi orang yang berpuasa pada bulan yang mulia ini. Demikian juga laku jahat, dosa dan laknatlah dapatannya.

Jika sebelum ini, kita boleh makan pada waktu siang, tetapi dalam bulan Ramadhan kita hanya boleh makan apabila masuknya waktu maghrib hingga berakhir apabila masuknya waktu imsyak sebelum waktu subuh.

Jika sebelu ini cakap kosong berlegar setiap masa tetapi dalam bulan mulia ini, cakap yang bernas bersandar iman banyak menempah pahala.

Jika sebelum ini, mengumpat keji fitnah sumpah seranah mainan bibir yang kadang kala dilakukan oleh yang kunonnya mengaku beriman maka apabila tiba bulan mulia ini semuanya perlu dikunci.

Jika sebelum ini solat hanya yang wajib saja, itu pun jika cukup, maka hadirnya Ramdahan maka solat wajib "wajib solat' disertai sama dengan solat sunat yang lain.

Jika sebelum ini susah nak bangun dinahari maka malam Ramdahan kena bangun dinahari.

Jika sebelum ini makan minum ikut terlintas dan dengan kekerapan tertentu maka tibanya Ramadhan makan minumnya secara berpada-pada. Tetapi ada juga yang mengamalkan makan banyak minum banyak sehinggakan susah nak mengerjakan solat dan lainnya.


Jika bulan sebelum Ramadhan, telinga suka mendengar yang bukan-bukan maka dalam bulan suci ini dengarlah ayat-ayat ALLAH dengan segala pengertiannya untuk diikut amalkan nanti,

Jika sebelum ini, mata banyak memerhatikan keaiban orang lain maka dalam bulan penuh berakah ini gunakan mata untuk memerhati ayat-ayat NYA dan juga memerhatikan keaiban diri sendiri yang serba kekurangan untuk diperbaiki.

Jika dalam bulan sebelum ini, tangan banyak menjamah sentuh perkara yang haram, maka dalam bulan Ramadhan ini, sentuhlah perkara yang baik lagi halal.

Jika sebelum ini, mulut memang tak senonoh membicakan perkara maka dalam bulan mulia ini mulut itu perlu membicarakan keagunganNYA bagi menginsafkan kita.

Jika dalam bulan sebelum ini kaki melangkah ke tempat maksiat, maka dalan bulan mulia ini langkahkan kaki ke masjid untuk meningkat amal.

Jika sebelum ini tak banyak berzikir maka dalam bulan Ramadhan ini, basahlah mulut dengan berzikir memuji kebesaran ALLAH AWT.

Dan itulah antara yang perlu kita lakukan demi kebaikan kita dimuka bumi ini dan diakhirat nanti.

Maka untuk itu kita sendiri amat perlu kepada keberanian diri kita sendiri untuk memerangi oerkara negatif itu agar tidak berulang untuk tahun mendatang. Gunakan senjata paling ampuh yang ada pada diri kita sendiri iaitu dengan mengubanh sikap menjadi yang terbaik untuk mengumpul pahala semaksimum mungkin.

Jika kita mampu untuk berhenti merokok pada bulan puasa.. maka perkara di atas kita lebih mampu untuk melakukannya. TANYALAH DIRI UNTUK KECAPI DIVIDEN DAN BONUS INI.

JOM KITA PERANGI DIRI SENDIRI DALAM MADRASAH RAMADHAN YANG DIPENUHI DENGAN IMAN TAQWA INI.

Friday, July 29, 2011

Antara Slogan Yang Amat Bermakna Untuk Kita

JOM KE SEKOLAH
JOM MASUK KELAS
LAKSANAKAN P & P BERKESAN
MEMBUGAR NAFSU MENYUNTIK KEBERANIAN
TINUK SAPA JELUAK

Ini adalah slogan keramat dalam menperkasakan kecemerlngan akademik JPN Kelantan yang dilhamkan oleh mantan KSPA, Tn. Hj. Mohd Adnan bin Mohd. Noor.

Bersama kita terus jayakan hasratnya.

Thursday, July 28, 2011

PEMANTAUAN AKADEMIK SPA

Pada hari ini berlangsunglah apa yang dinamakan Pemantauan Akademik Sektor Pengurusan Akademik oleh En. Salamon Kosrin dari BPSH, KPM.Objektif utama ialah untuk memastikan keakuran kepada pengurusan dan dokumentasi kepada semua program dan aktiviti yang dilaksanakan di sepajang tahun 2011 ini. Perkara yang diberi fokus mengikut aspek berikut:

1. Majlis Kurikulum Negeri
2. Sektor Pengurusan Akademik
3. Pra Sekolah
4. Transisi
5. MBMMBI
6. KSSR
7. PROTIM
8. PERKASA SK
9. SEP
10. Perancangan Strategik SPA
11. Perancagan Srtategik Unit
12. Status Progres Pelaksanaan Program dan aktiviti
13. Laporan setiap program dan aktiviti (dokumentasi)

Semasa sesi bersama pegawai pemantau, semua fail yang berkaitan telah dipertontonkan sebagai eviden. Kesemua sistem ini adalah mengikut kehendak Star Rating ISO. Pegawai setiap unit juga turut bersama untu sesi soal jawab perkara yang berkaitan.

Satu laporan ringkas telah diberi oleh pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk membuat penambahbaikan Sesi pemantuan ditamatkan pada jam 1.20 tengah hari.

Demikian antara item yang diberi keutamaan dalam pemantauan kali ini, manakala item lain yang diuruskan sendiri di peringkat dalaman juga perlu mematuhi kehendak tersebut.

Jam 9.00 sempat bertemu beliau untuk balik ke KL dengan menaiki bas NICE. Turut bersama ialah En. Mohd Ghazali, PK Hem SMK Wakaf Barum juga merupakan kenalan lama beliau.

Wednesday, July 27, 2011

Pelajar Ikonik Sejarah

Pada hari ini saya dijemput untuk merasmikan Malis Penutup Pertandingan Ikon Sejarah Tahun 2011 Peringkat Negeri Kelantan. Hadir tepat jam 12.00 tengah hari sebagaimana dimaklumkan setelah selesai urusan di SM Teknik Bachok.

Pertandingan ikon sejarah SPM merupakan cetusan gabungan idea Sektor Pengurusan Akademik melalui Unit Kajian Kemasyarakatan, JPN Kelantan bersama Guru Cemerlang Sejarah Negeri Kelantan. Pertandingan yang julung kali diadakan melibatkan wakil sekolah dari PPD Negeri Kelantan.

Sebanyak 20 buah Sekolah melibatkan diri dalam pertandingan ini di mana setiap sekolah diwakili seramai 4 pelajar Tingkatan 5.Sebelum ini telah diadakan pertandingan peringkat daerah bagi menentukan wakil daerah masing-masing. Tujuan khas pertandingan ini diadakan ialah memartabatkan mata pelajaran sejarah melalui aktiviti menarik ini. Aktiviti pertandingan termasuklah Ujian Bertulis (Objektif 40 soalan),Masih Kau Ingat( Power Point), Akronim, Peta Minda, Kreativiti Persembahan dan KBKK.

Untuk makluman, pertandingan ini adalah merupakan antara inisiatif Unit Kajian Kemasyarakatn bagi memperkasakan mata pelajaran berkenaan selain dari memperkasa P & P melalu Lesson Study, Best Practices, Pembinanan Modul P & P, Pembinaan Soalan Pevutan dan lainnya.

Objektif Pertandingan Ikon Sejarah ini ialah, antara lainya;
* memupuk semangat cinta sejarah di kalangan pelajar
* Menguji tahap kebolehan minda pelajar melalui aktiviti pertandingan
* Mempupuk KBKK
* Membudayakan kerja berpasukan
* Membina ketrampilan diri dan bakat

Program yang bermula pada jam 8 pagi, disudahi acara kemuncaknya dengan majlis penutup pada jam 3.30 petang. Setelah bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Ab. Aziz Ab Rahman selaku Timbalan PPD Machang,ucapan perasmian yang disampaikan antara lainnya ialah,

Melihat ke depan dan menoleh ke belakang adalah dua tingkah laku yang berbeza tetapi ia sungguh bermakna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia. Melihat kehadapan sebagai memenifestasikan cita-cita untuk mencapai kejayaan didepan hari manakala menoleh ke belakang ialah melihat laluan masa lalu yang penuh dengan seribu satu macam pengalaman sama ada suka duka, pahit maun dan segalanya yang kini mematangkan kehidupan seorang yang bergelar manusia.

Sejarah adalah unsur penting terhadap manusia dan tiada manusia hidupnya tanpa sejarah. Sejarah adalah masa lalu seorang manusia. Ada sejarah baik dan ada sejarah buruk . Ada sejarah putih dan ada sejarah hitam Sejarah mematangkan kita semua setelah menempuhi banyak pengalaman di sepanjang kehidupan.Hidup yang penuh dengan harga diri ataupun hidup tanpa harga diri.

Pengajaran masa lalu membolehkan kita mengenal siapa diri kita.Dengan meneliti sejarah hidup akan menimbulkan kepuasan emosi yang dapat memacu masa dean untuk lebih cemerlang. Sejarah adalah satu proses yang berkontiniuti dan saling mempengaruhi antara satu sam lain sama ada masa lalu, masa kini dan masa depan.

Sejarah dengan kebaikan berterusan akan menjadikan seorang bahagia hidupnya tetapi sekiranya kejahatan berterusan akan menjadi hidupnya sangsara. Tiada manusia yang tiada mempunyai masa lalunya dan adalah mustahil bagi manusia untuk melupakan sejarah yang telah dilaluinya kecuali manusia itu hilang ingatan.

Setiap manusia yang waras akan memandang masa depan yang cemerlang dengan merujuk sejarah masa lalunya.Untuk lebih cemerlang, manusia perlu membina kembali kehidupan yang lalu ke tempat yang lebih baik dengan berdasarkan kesedaran, pengalaman dan kewarasan serta kekuatan azam cita-cita.

Ketiadaan masa lalu akan menebabkan tiadanya juga masa kini dan hasilnya tiada masa depan.

Sejarah merupakan ilmu masa silam yang amat penting dan sejarah tidak boleh ditipu kerana lambat launnya orang akan mengetahui kepalsuan dan mendapat kebenaran yang sejati.Jika hari ini orang boleh menipu tentang suatu peristiwa, mungkin esok orang lain akan tahu bahawa orang itu adalah seorang penipu.

Ingat bahawa sejarah adalah sebagai sumber yang amat berguna untuk membina ketamandunan manusia akan datang.

Turut disentuh ialah kewajiban sejarah dalam SPM 2013 nanti. Untuk makluman peratus kelulusan sejarah SPM tahun sebelum ini adalah dibawah 80 %, Sehubungan itu, inisitif Unit Kajian Kemasyarakatan dengan mengadakan pertandingan ini disamping yang lain dharap akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pencapaian SPM tahun 2011dan setetusnya.

Antara yang menarik sepanjang sesi pertandingan ini ialah penglibatan secara berkumpulan antara ahli kumpulan dengan dimudahcarakan oleh guru pembimbing masing-masing. Inilah hasrat pelaksanaan KSSR yang kini dah berlangsung di sekolah rendah dan KSSM untuk Sekolah Menengah yang akan bermula pada tahun 2013 nanti.

Tahniah kepada semua yang berjaya, dan SMKA Tangok, telah menjadi juara untuk pertandingan kali ini. Tahniah kepada semua pelajar yang menjadi ikonik pada kali ini dan besarlah harapan agar 80 pelajar ini akan mendapat A+ dalam sejarah SPM 2011.
Antara VIP yang ada bersama ialah Tuan Pengetua SMK Bandar Machang, Tn. Hj. Mohd Zain Suliman.

Tuesday, July 26, 2011

APC 2010

Hari ini 26 Julai 2011, bertempat di BTPN Kelantan berlangsunglah Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 yang disempurnakan oleh YABrs. Tuan Haji Hussain Bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Seramai 190 warga pendidik telah menerima Sijil Perkhidmatan cemerlang masing-masing. Kalangan ini terdiri dari Pegawai bersama Anggota Khidmatan Sokongan dari JPN dan PPD serta juga Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah negeri ini yang mana telah menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan tahun 2010. Turut bersama ialah guru-guru KPM yang berkhidmat di sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Sepatah kata dari YABrs. Tuan Pengarah

….“Penganugerahan ini merupakan penghargaan, pengiktirafan dan ucapan terima kasih kerajaan serta pihak pengurusan Jabatan Pelajaran Kelantan terhadap prestasi kerja yang cemerlang dan sumbangan yang boleh dicontohi dan diikuti oleh orang lain”

Pengamalan budaya Pengurusan Berkualiti Total (TQM) diikuti dengan kompitensi ilmu dan kemahiran yang semakin meningkat dari sehari ke sehari akan menjurus kepada kecemerlangan yang diidamkan. Kita perlu merancang untuk berjaya. Ketrampilan dalam pengurusan dan repo yang baik bersama rakan sejawat dan AKS di jabatan akan menjanakan suasana tugas yang harmoni . Sinergi atau kerja dalam satu pasukan adalah resipi terbaik untuk menjaringkan sebanyak mana gol idaman dengan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Seorang penjawat yang ingin mengekalkan kecemerlangannya tidak lagi dianggap seorang yang hebat sehinggalah ia berusaha untuk meningkatkan kecemerlangannya. Kreativiti dan inovasi berserta dengan perekayasaan dalam berkerjaya amatlah dituntut. Anjakan paradigma dalam menjalankan tugas adalah antara kehendak transformasi yang diwar-warkan kini.

Kepada semua penerima yang bertuah ini, tahniah dari saya. Marilah kita bersama bekerja untuk nusa bangsa dengan berlandaskan ajaran agama.

Buat sahabat dari SPA, En. Mat Nawi Wahid, Pn. Hjh. Rani Abd Mutalib dan En. Mohd Najib Omar, tahniah khas buat tuan. Marilah bersama terus memperkasakan fungsi dan tugas SPA bersama dengan semua pegawai dan AKS SPA yang lain. Untuk tahun mendatang, kurnia ALLAH tetap ada kepada mereka yang cemerlang.

(Alhamdullilah syukur kehadrat NYA kerana dengan izinNYA, ada juga nombor (No.8) untuk saya di majlis yang penuh makna ini)

Monday, July 25, 2011

Membazir ini budaya kita?

Ramai yang suka membazir:

Membazir makan minum
Membazir tenaga
Membazir wang ringgit
Membazir masa
Membazir cakap
Membazir tidur
Membazir kasih sayang
Membazir cinta
Membazir usia
Membazir itu ini

Tetapi ajaran Islam menyatakan
" .. jangan membazir air wudhuk walaupun di air sungai yang deras"

Bererti bahawa membazir itu bukan budaya kita yang beragama.

Bersamalah kita renungkan.

Saturday, July 23, 2011

Malam Jasa Mu Di Kenang

Malam ini bertempat di Hotel Renaissance Kota Bharu berlangsung majlis meraikan dua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Kelantan yang bersara wajib pada bulan Julai dan bulan Ogos ini. YBrs. Tuan Hj. Mohd. Adnan Mohd. Noor selaku Ketua Sektor Pengurusan Akademik dah bersara pada 19 Julai 2011 manakala YBrs. Tn. Hj. Ab. Razak Mat Saat selaku Ketua Sektor Pengurusan Islam akan bersara mulai 17 Ogos 2011. Majlis ini diadakan serentak memandangkan bulan Ogos adalah juga merupakan bulan Ramadhan, dimana ketibaan 1 hbnya adalah secara serentak untuk tahun ini.

Majlis dimulai dengan bacaan doa diikuti dengan makam malam disusuli pula dengan ucapan dari YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Tayangan Multimedia tentang pengkesahan kedua-dua personaliti sungguh mengkagumkan. Sumbangan besar jasa mereka banyak membantu meningkatkan kecemerlangan akademik dan memupukan moda insan.

Selepas saja selesai, ucapan yang berupa amanat penting buat yang masih bekerja banyak memotivasikan.Berkerja untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.

Penutup majlis ialah penyampaian cenderahati tanda kenangan buat mereka berdua. Yang terakhir ialah cenderahati khas dari warga SPA untuk Tuan Mantan KSPA dan Tuan KSPI. Sewaktu menyampaikannya, saya mewakili warga SPA memohon ampun maaf dari mereka. Berada bersama sepentas ialah YABr. Tuan Pengarah dan YBrs. Tuan Timbaklan Pengarah.

Jasa dan tunjuk ajar mu tuan tetap dalam ingatan.
{ Kombo JPN yang diketuai oleh Pak Su mengiringi persemahan sewaktu majlis ini berlangsung)

Friday, July 22, 2011

Bicara Profesional Buat Orang Profesional


YBM Tengku Razaleigh Hamzah

21 Julai 2011
Memorial Tengku Abdul Rahman Putra Alhaj, Kuala Lumpur

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi.

Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.

Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita.

Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan
minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak
pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau model negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: “Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan”. Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: “Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri”. Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata “Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar”. Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, Berhentilah! Cukuplah! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: “Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin
dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia...”

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan
apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris OICÊ. Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, “Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. “Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot.” Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, “dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu di-remodel sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai komunalis yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke
zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai isi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ʻmenjangkitʼ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): “Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)”. Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.

Marilah kita renung-renungkan sebagai seorang yang profesional.

Wednesday, July 20, 2011

Esok jangan rindu rinduan


Jam 8.30 malam di Hotel Crown Garden, Kota Bharu, berlangsung Malam Lambaian Kasih Jalinan Mesra untuk yang diraikan mantan Ketua Sektor Pengurusan Akademik yang dah berpencen wajib semalam.Majlis anjuran Badan Kebajikan Sektor Pengurusan Akademik (BKSPA) ini disikan denga pekara berikut:

8.00 malam
Ketibaan semua pegawai dan staf SPA

8.15 malam
Ketibaan yang diraikan Tuan KSPA dan Isteri
Ketibaan Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan

8.30 malam
Bacaan doa oleh Tn. Hj. daud Yussof

8.45 malam
Persembahan Multimedia yang mengisahkan kehidupan dan kerjaya Tuan Hj. Mohd Adnan bin Mohd Noor semenjak kecil sehinggalah menyambut ulang tahun kelahiran yanh ke 58.

9.00 malam
Ucapan Wakil Sektor Pengurusan akademik
Saya telah diberi mandat mewakili warga SPA untuk berucap dalam majlis ini. Fokus ucapan ialah kepada pendekatan dan idea beliau kepada memperkasakan kecemerlangan P & P.

9.15 malam
Ucapan YBrs. Tuan Timbalan Pengarah

9.30 malam
Persembahan Warga BKSPA
Dipenuhi denga lagu syahdu , sajak dan uji minda
Sesuatu yang dapat di pelajari dari persembahan ini ialah ramai warga spa berbakat dan berani mencuba.

10.00 malam
Ucapan YBrs. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Intipati ucapan beliau ialah:
- Bekerjaya dengan penuh jujur amanah
- Bersepakat membawa berkat
- Mencari reda ALLAH SWT

11.00 malam
Potong Kek Ulang Tahun ke 58

11.15 malam
Majlis Bersuarai

Terima kasih kepada Badan Kebajikan SPA yang telah berjaya mengelolakan perjalaan majlis ini. Terima ksih kepada semua warga spa yang hadir termasuk juga dari pegawai akademik dari PPD.

Yang begitu tertarik hati ialah kedatangan sahabat lama beliau semasa belajar di UKM dulu, datang khas dari Johor semata-mata ingin merai bersama majlis ini. Kerana katanya YBrs. Tuan Hj. Adnan Mohd Noor juga telah hadir semasa beliau bersara wajib pada bulan Mac 2011 di Johor. Bagi saya inilah satu persahabatn yang terbaik ikatanya, rakan ketawa senang dicari , rakan menagis sukar dicari. Banyak pengajaran yang diperolehi darinya. lantas terfikir dalam benak ku, boleh kah aku buat seperti itu. Menghormati sebuah persahabatan.

Lagu yang begitu syadu bagi saya ialah Gerimis Jiwa, versi Nordin Ahmad...esok jangan rindu-rinduan.

( Untuk makluman BKSPA adalah cetusan idea dari Tuan KSPA pada tahun 2010 )

Tuesday, July 19, 2011

Hari Akhir Bos Kami



Hari ini merupakan sejarah bagi kami di Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Kelantan kerana tanggal 20 Julai esok merupakan hari ulang tahun yang ke 58bagi Tuan Ketus Sektor Pengurusan Akademik, YBrs. Tn. Hj. Mohd. Adnan bin Mohd. Noor. Bererti 19 Julai merupakan hari bertugas terakhir beliau bersama kami. Walaupun begitu, beliau masih lagi menjalankan tugasnya dengan penuh komited dan tanggungjawab.

Pada jam 12.00, sesi pegawai dan staf sokongan SPA bersama beliau amat bermakna bagi kami semua. Inilah pertemuan terakhir dalam pengurusan profesional bersama beliau. Raut riang diwajahnya menggambar beliau adalah seorang yang tenang walaupun selepas ini tiada lagi senda gurau bersama kami semua.Bergambar kenangan dengan seorang Ketua Sektor yang begitu low profile tetapi mempunyai keilmuan yang tinggi dalam aspek pengurusan dan kemanusiaan. Begitu banyak tunjuk ajar dan nasihat berguna sebagai bekalan kami dalam meneruskan visi dan misi kecemerlangan akademik yang menjadi tunggak tugas utama kami.

Banyak pendekatan baru yang dilhamkan oleh beliau dan kini diterjemahkan melalui kerja bersama sepasukan. Memperkasakan pengajaran guru dan memperhebatkan pembelajaran pelajar. Slogan JOM ke sekolah , jom masuk kelas dengan dilengkapkan aplikasi e-Cakna , aplikasi HC, e-PROTIM , aplikasi LINUS yang diiktirafkan di peringkat KPM serta penghasilan Modul Cakna dan kini terbaharu dilancarkan Modul Pecutan Kecemerlangan Akademik melibatkan mata pelajaran penting untuk semua peperiksaan awam utama dari PMR, PMR, SPM dan STPM.

Jam 2.40 petang, dengan diiringan oleh YABrs. Tuan Pengarah dan YBrs. Tuan Timbalan Pengarah dengan paluan kompang, Majlis "Send Off " disempurnakan di Dewan Bestari SK Padang Garong 1. Mengikut petikan ucapan Tuan pengarah dalam majlis ini, Tuan KSPA merupakan seorang yang berprinsip serta tegas dan senang didekati.

Manakala ucapan terakhir Tuan KSPA lebih menyeru kepada kerja bersepasukan sebagaiman yang berlaku di SPA kini dan bekerjalah dengan penuh bijaksana dan seronok. Intergriti amat penting lebih-lebih lagi kita sebagai seorang muslim yang akan dihisab nanti dihari kemudian.

Selepas itu diadakan penyerahan Modul Pecutan kepada YABrs Tuan Pengarah diikuti dengan Penyerahan Nota Serah Tugas dan Sijil Persaraan.

Punch card terakhir dibuat dan setelah itu rombongan send off bergerak ke rumah beliau di Kubang Kerian.

Tiba disana kami disajikan dengan juadah petang yang begitu enak.

SELAMAT BERSARA TUAN KSPA, SEMOGA SILATURRAHIM KITA TETAP UTUH.. INSYAALLAH

Sunday, July 17, 2011

Semalam Malam Nisfu Syaaban



Bersama menghayati dan mengamalkan.

Pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal kali Pertama

Alhamdullilah pada hari ini berlangsunglah aoa yang dinamakan Pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung di SMK Belimbing Tanah Merah disertai oleh sebanyak 17 pasukan. Sepatutnya semua sejumlah 20 pasukan hadir tetapi disaat-saat akhir 3 pasukan telah menarik diri.

Jika tahun lepas, skop teori dan maklumat mengenai peranan dan tugas pembantu makmal di sekolah, maka tahun ini diberi penekanan praktikal kemahiran saintifik dan manipulatif dengan melakukan praktikal itu sendiri. Setiap pasukan terdiri dari 2 orang pembantu makmal. Tuan rumah, PPD Tanah Merah diberi peluang di mana semua sekolah menghantar 2 pembantu makmal bagi sekolah masing-masinh manakala bagi PPD selainnya dikhaskan 1 pasukan dimana uanya terdiri dari 2 pembantu makmal dari sekolah yang sama atau 2 pembantu makmal dari sekolah yang berbeza. Pemilihan dan cadangan dibuat oleh Penolong PPD Sains Matematik, PPD masing-masing.

Pengujian soalan adalah berdasarkan kepada 5 stesyen iaitu
Stesyen 1: Fizik
Stesyen 2: Kimia
Stesyen 3: Biolobi
Stesyen 4: Sains Teras
Stesyen 5: Soal jawab mengenai peranan pembantu makmal dan pengurusannya

Setiap kumlukan diberi masa 10 minit menyelesaikan tugasan secara bersama sebelum wisel tamat dibunyikan. 5 minit masa untuk bertukar ke stesyen yang baru. Memaandangkan terdapat hampir 20 pasukan, maka dibuat dalam dua sidang, iaitu 10 pasukan untuk sidang pertama dan 7 masukan untuk sidang jke dua. Setiap sidang memerlukan masa selama 75 minit. Kesemua mereka diselia oleh panel yang terdiri dari kalangan Guru Kanan sains di ana setiap stesyen terdiri dari 2 orang panel. Tugas panel ialh menilian dan memberi markah berdasarkan rubrik yang telah disediakan oleh panel penngubal Soalan sebelum ini.

Kehadiran peserta dan panel penilain didahuli dengan pendaftaran dan sesi takoimat mengenai prosedur pertandingan dan penilaian dalam dua sesi selari. Tempat jam 8.50 pagi, perasmian dilakukan oleh YBhg. Dr. Aweng A/L Ah Rek, Timbalan Dekan Fakuliti Agro Industtri % Sumber Asli, UMK.

Pertandingan tamat tepat jam 12.40 tengah hari dan sesi penyampian hadiah dan cendermata kepada pemenang disempurnakan oleh wakil PPD tanah Merah.

Tahniah kepada pemenang
1. SMK Dato Mhamud Paduaka Raja 2, Tanah Merah
2. SMK Jeli
3. SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah

Terima kasih kepada:
Tuan Rumah PPD Tanah Merah, Pensyarah UMK, Pengetua dan Guru-Guru SMK Belimbing,Panel Penggubal, Panel Hakim, Peserta , Pegawai Sains Matematik PPD,
Juga tidak lupa kepada penaja hadiah iaitu HELCOM MALAYSIA BHD. Terima Kasih semua

Saturday, July 16, 2011

Kotor ada juga baiknya...


The odor of dirty socks can be used to lure mosquitoes into a deadly trap before they can spread malaria, a US and Canadian-funded researcher based in Africa said Wednesday.

Dr. Fredros Okumu, of the Ifakara Health Institute in Tanzania, discovered through an experiment that mosquitoes were more attracted to the odor of filthy feet than to live humans sleeping in the same area.

"We had an experimental house with a human being sleeping inside and a second experimental house with a synthetic mixture," he told AFP by telephone.

"We realized that we were getting four times more mosquitoes going into the house with (the) synthetic mixture," which, when doused with insecticide, killed the bugs.

"When mosquitoes are crossing the compound, they sense something that they think it is a human being. They attempt to bite that person or that device and... instead of getting blood they get killed."

His findings have earned him a $775,000 grant from the Bill and Melinda Gates Foundation and the Canadian NGO Grand Challenges to install the devices in a number of Tanzanian villages to measure their effect on public health.

The devices are to be placed outside homes in order to complement life-saving nets and repellents.

"We were attracted to that idea because it is a bold idea, it's creative, it's innovative," Peter Singer, Chief Executive Officer of Grand Challenges Canada, told AFP.

"Who would have thought that a life-saving technology could be lurking in your laundry basket?"

Malaria claimed 781,000 lives in 2009, according to the UN's World Health Organisation (WHO), which is heading efforts to distribute insecticide-treated mosquito nets and to spray reproduction sites.

About 90 percent of malaria deaths each year occur in Africa and 92 percent of those are children aged under five.

Other mosquito-borne diseases include dengue, which sickens around 50 million people each year, yellow fever, filariasis and West Nile virus.

Tapi ingat bahawa yang kotor itu ada diluar tubuh kita, bukan pada tubuh kita bahkan bukan pada hati budi kita. Dalam diri sentiasa bersih dan sentiasa mensyukuri akan nikmat NYA.

Friday, July 15, 2011

Panggilan Pulau Kapas 2011



Bertolak dari rumah jam 11.00 pagi ke Machang jemput Pak Su A’Seri untuk ke Kapas Island Resort, Pulau Kapas, Marang, Terengganu untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisma Pegawai Akademik Bidang Pengurusan Kurikulum. Kursus yang berlangsung dari 14 Julai dan berakhir 16 julai ini dihadiri oleh Pegawai Akademik dari Sektor Pengurusan Akademik, JPN serta Pegawai Akademik dari PPD. Buat kali pertama, kursus kali ini turut disertai oleh kalangan staf sokongan SPA. Pegawai seramai 25 orang manakala staf seramai 13 orang.

Majoriti peserta tiba lebih awal dan menaiki Bot Resort Kapas ke Pulau Kapas pada jam 12.30 tengah hari . Memandangkan agak lewat bertolak, kami tiba di Jeti Ke Pulau Kapas jam 4.00 petang. Jeti ini berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia Marang. Sepatutnya bot bertolak jam 4.30 petang tetapi dengan hujan lebat terpaksa delay boating. Ke Pulau Kapas dengan bot kecil dengan muatan 10 orang , kecut juga perut apabila bot meredah laut dengan ‘pumping’ yang agak teruk. Tetapi bagi mereka sebagai seorang pelaut, ini dah jadi perkara biasa.Kebetulan dengan hampir cuti hujung minggu ramailah juga pelancong domestic tiba di pulau ini. Pelancong antarabangsa tu dah biasalah berekreasi cara mereka.

Chalet No. 4 merupakan tempat penginapan bersama Pak Su. Berehat sekejap kerana penat dalam perjalanan memandu kereta antic yang baru dibaiki drive shaft dan brake pump nya. Selepas makan malam, program kursus adalah sebagaimana kronologi berikut:

14 Julai 2011 (Khamis)

8.30 Malam
1. House Keeping oleh En. Mat Nawi Wahid
2. Taklimat Pengurusan Akademik Semasa
Saya telah diberi peluang untuk berkongsi maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan semua pegawai akademik di JPN dan PPD serta staf sokongan iaitu
• Pemaufakatan kerja (sinergi) membuah banyak kecemerlangan dalam akademik
• Program e-Cakna telah melonjakkan JPN Kelantan untuk diberi status 5 bintang dalam penarafan MS ISO 900:2008 PK03-1 (Pemantaun)
• Pefokusan tugas pegawai dalam menjayakan NKRA terutamanya SIP yang meilbatkan pemantapan pentabdir dan peranan guru mata pelajaran:
- SIPartner
- SiSc
- SAPS pelengkap SIT

15 Julai 2011 (Jumaat)

8.30 pagi
En. Ehsham (Penolong Pengarah (BM) – Taklimat Pelaksanaan dan Pencapaian LINUS Terkini
Pencapaian terkini LINUS setelah pelbagai pendekatan dan program dibuat adalah:
Literasi – 86.48%
Numerasi – 91.98 %

9.30 pagi
En. Mohd. Hassany (KPP (BM))- MBMMBI
9 Julai 2009 keputusan Kabinet memutuskan PPSMI di soft landing kan dimana mulai tahun 2011 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dah bermula di Tahun 1 dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Kini Sains dan Matematik dikembalikan BM sebagai bahasa penghantarnya. Begitu juga dalam pemantapan pedagogi (kreativiti dalam P & P) untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah menggunakan BM. Kini JPN berkaliboratif dengan Bahagian KPM untuk menjayakan pelbagai program dasar MBMMBI di bawah Unit BM dan Unit BI masing-masing. Kata YAB Menteri Pelajaran “ MBMMBI jangan gagalkan”

10.15 pagi
Hj. Daud Yusoff ( Penyelia Pelajaran Matematik)- PROTIM
Kejayaan Program Tiga M ( Menulis , Membaca, Mengira) bagi pelajaran tahap 2 sekolah rendah bermakna peningkatan pencapaian akademik pelajar dapat diterjemahkan. Pencapaian keseluruhan UPSR tentu dapat dipertingkatkan. Kini dengan adanya program e-PROTIM V 2.0 yang dibina oleh JK PROTIM Negeri , pelaksanaan program ini semakin mudah untuk memperolehi data dan penganalisaan data dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program yang relevan dengannya. Pemantauan amat perlu dikerapkan. Dalam program LINUS di Tahap 1 , hanya sekitar 1 k pelajar yang tegar tetapi dalam program PROTIM di Tahap 2 masih ada seramai hampir 9k pelajar yang tidak dapat menguasai kemaniran mengira.

10.30 pagi – Rehat

11.00 pagi
En. Nasir Mohd Noor – Dapatan e-Cakna Fasa 1
Status Pencerapan terkini e-Cakna peringkat negeri sehingga 30 Jun 2011 ialah 33.08 % (SK) 28.83 % (SM). Data ini diperolehi dari pencerapan pogram pemantauan oleh pegawai JPN, PPD dan sebahagian besarnya oleh pentadbir sekolah. Ada sebilangan guru yang capai 91-100 %. Mereka ini layak untuk dicalonkan sebagai GC. Masih ada juga guru yang mendapat skor kategori LEMAH yang amat perlu dibantu. Kategori kehebatan guru mata pelajaran menjalankan P & P ialah Cemerlang, Baik, Harapan, Memuas dan Lemah. Penilaian Guru semasa P & P banyak merujuk kepada Item dalam SKPM.
Fasa 2 e-Cakna kini dah bermula dari 1 Julai – 30 Okt 2011, selepas selesainya e-Cakna Fasa 1. Sebagaimana biasa, pematau harus smart dengan pengurus sekolah.Melaksanakan tugas dengan profesional bersama guru dengan ilmu yang mantap dalam coaching and mentoring.

12.00 tengah hari – Rehat dan Solat Jumaat
Ketibaan Tuan KSPA dari Kota Bharu,



3.30 petang
Aktiviti yang dirancang untuk rekreasi peserta telah dibuat dimana dengan bayaran RM15 seorang, snorkling tengok ikan comel didasar laut. Ramai rakan turun untuk perhatikan kawanan ikan comel di dasar laut. Saya takut nak turun tetapi dapat juga tengok ikan tersebut dari atas dek bot dengan taburkan sedikit roti. Seronoknya mereka. Takut bukan apa, tak pandai berenang seperti ikan. Selesai saja dalam keadaan hujan lebat, kami kembali ke jeti pulau kapas. Lepas itu terus mandi laut. Hampir 2 jam terapung di laut dengan life jacket. Berhenti jam 6.30 petang dan balik ke bilik No 5.

9.00 malam
En. Mohd Nasir Mohd Noor – Hala Tuju & Peranan Guru Tingkatan Enam
2008 pengurusan tingkatan 6 distruktur semula oleh KPM di mana BPSH bertanggungjawab untuk akademiknya. Tingkatan 6 kini dikenali Kelas Pra-U manakala kelas selainnya Kelas Perdana. GPK Tingkatan 6 dengan 10 kelas ke atas dengan gred DG 48 jika tidak hanya DG 44. Jika 4 kelas ke atas, Guru Akademik layak DG 52 walaupun GPK 48.
GPK Tingkatan 6 dibantu oleh Ketua-Ketua Unit yang berkaitan
(Pentadbiran,Kurikulum,HEM,Kokurikulum,Penyelidikan.Cuma perlu ada satu mekanisme untuk menentukan bidang tugas antara GPK Tingkatan 6 dengan GPK Arus Perdana. Peruntukan masa antara 16 hingga 24 waktu seminggu. Penyelidikan murid dan penyelidikan guru amat dititikberatkan. Kuliah, toturial,amali, kajian dan kolokium, lebih kepada adragogi, menggunakan folio bagi merekod, perancangan P & P, kokurikulum, penyelidikan,penilaian dan pentaksiran. Mulai 2012, sistem modular diperkenalkan untuk kelas Tingkatan 6.

9.30 malam
En. Mohd Razali Abu Talib (Penolong Pengarah Sains) - Analisis e-Cakna
Masih terdapat sekolah yang tidak menghantar laporan lengkap e-Cakna yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah. Tugas setiap PPD untuk turun padang bagi memastikan semua sekolah mengambil tindakan. Setiap GPK perlu mahir dalam e-Cakna dan pengurusannya. Ada dan pandai dalam literasi komputer. Dalam sesi ini, semua pegawai diberi penerangan mengenai cara membuat analisis data yang berkaitan dengan keupayaan dan tahap pelaksanaan P & P guru mengikut mata pelajaran dalam bilik darjah. Dapatan analisis ini amat membantu pegawai di JPN dan PPD untuk membuat persediaan sebelum tindakan susulan jika perlu terhadap P & P guru serta pengurusan kurikulum di sekolah berkenaan. Dengan adanya e-Cakna ini, adalah menjadi harapan agar pihak pentadbir sekolah khususnya dan guru mata pelajaran sentiasa bersedia dengan peningkatan amalan P & P yang terbaik. Semoga tiada lagi kategori LEMAH dan MEMUASKAN.

16 Julai 2011 (Sabtu)
8.30 pagi
En. Mat Nawi Wahid (Pegawai LDP)
Pelaksanaan Latihan KSSR
Kini dah selesai 2 sesi iaitu 2 minggu pelaksanaan KSSR Tahun 2 dengan kendalian serta peruntukan dari BPG melalui kerjasama dengan JPN dan PPD . Kandungan kursusnya ialah Konten dan PBS. Semuanya dikendalikan oleh JU yang telah dilatih oleh BPK dan LP, KPM. Taklimat serta bengkel kursus ini hanya melibatkan JU sahaja tanpa kehadiran pegawai kurikulum dari JPN maupun PPD.
Pegawai penyelaras pelaksana kursus ialah Penolong PPD mata pelajaran yang berkaitan. Pegawai dari JPN boleh membuat pemantauan bagi setiap sesi kursus yang dibuat secara “5 day On-site” dibawah bidang masing-masing.
Berbeza KSSR Tahun 2 ini ialah kandungan Konten dan PBS dilaksanakan secara berturutan oleh JU yang sama manakala KSSR Tahun 1, untuk kontennya JU dilatih oleh BPK dan untuk PBS, JU dilatih oleh LP. JU konten dan JU PBS tahun 1 ini tidak terdiri dari orang yang sama. Tahun 2010, kursus PBS telah diadakan selama 2 hari secara on site lebih awal dari kursus Konten KSSR yang juga dilaksanakan dalam masa 2hari secara on site.

Sistem On Line PBS telah dibina oleh LP bagi memudahkan PBS dilaksanakan oleh guru. Juga dengan SAPS yang baru dibina sistem on line nya oleh Unit NKRA Pendidikan akan di ketuai oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan melaui pegawainya di JPN dan PPD. Dengan kata lain, satu kursus yang berkaitan dengannya akan dijalankan oleh sector berkenaan.

Untuk KSSR Tahun 1 , Dokumen Standard Kurikulum telah diedarkan ke semua sekolah untuk kegunaan guru dalam bentuk CD. Bagi Standard Penilaian pula perlu dirujuk kepada portal KPM. Bagi KSSR Tahun 2 , Dokumen Standar Kurikulum dan Standard Penilaian akan diberi kepada guru mata pelajaran oleh JU kepada semua guru sewaktu kursus sedang dijalankan.

Mulai tahap 2, PBS akan menjadi rujukan rasmi untuk penarafan band pelajar. Walau bagaimanapun PBS Tahap 1 perlu dilaksanakan oleh kesemua guru disiplin mata pelajaran sebagai pemantapan untuk guru dan pelajar mengenai pelaksanaan PBS.
Pelaksanaan dasar MBMMBI dengan peruntukan untuk Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti dalam P & P) kini dah selesai 7 pakej dan bakinya 9 pakej.

10.30 pagi
Amanat Tuan KSPA
Perjumpaan ini adalah buat kali terakhir selaku seorang Ketua Sektor Pengurusan Akademik dengan pegawai SPA JPN dan PPD kerana beliau mula pencen mandatorinya pada 20 Julai 2011. Antara intipati ucapan beliau ialah:
1. Pertahan tahap prestasi yang tinggi dikalangan pegawai sebagaimana sebelum ini.
2. Elakkan budaya negative, tunjukkan status kepegawaiaan tinggi dengan ilmu yang mantap dan kemaskini.
3. Setiap pegawai adalah pemunya data dengan penguasaan yang terbaik untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang releven
4. Kerja sepasukan dengan keseronakan
5. Elakkan kerja buat tanpa orang lain boleh ‘perli’
6. Sentiasa baik sangka remeh temeh letak ketepi
7. Jangan tangguhkan kerja.
8. Sentiasa bugarkan hati klien- guru dan murid
9. Tepatlah masa dalam menjayakan kerja
10. Senarai semak menjadi panduan kerja
11. Perbetulkan pengurusan akdemik sekolah- Pengurusan Fail Panitia
12. Kekemasan dan kemaskini kerja
13. Sikap diplomasi antara pegawai dengan klien
14. Intergriti , akautabiliti dan kejujuran yang hebat dikalangan pegawai
Berkerjalah bersungguh dengan redha ALLAH SWT



Majlis ditangguhkan jam 11.00 pagi untuk bersedia menaiki bot ke tanah besar. Bertolak dari jeti jam 12.00 tengah hari dan tiba dalam masa 20 minit kemudian. Selesa dengan bot besar, tidak seperti bot kecil. Dengan kelajuan 70 km/j, setelah hantar pak su ke rumahnya, tiba di rumah jam 6.00 petang. Alhamdullilah selamat.

Monday, July 11, 2011

Tak Sepatutnya Ini Berlaku





Masihkah ingat lagi Lagu Negaraku dan Rukun Negara yang mana sejak dulu lagi didendangkan kepada kita semua selaku warganegaranya.

Tetapi abainya penghayatan maka inilah yang tak sepatutnya berlaku...



Dan amat terkejut kerana tak dijangka di kalangan peserta rali ini ialah anak dan cucu Tun Dr. Mahathir


Datin Paduka Marina Mahathir
"Marina, a social activist who was among the thousands who were in the capital city on Saturday facing the riot police, defended the Bersih supporters, saying that they had assembled peacefully and did not cause any harm or violence".

Entahlah, terkadang diri ini terkeliru...betullah begitu SUKARNYA MENDIDIK MUDAHNYA MENGAJAR.

Dan setiap masalah tentu ada penyelesaiannya..kerana kita semua yang didatangkan oleh ALLA SWT ke muka bumi ini bukan untuk membuat masalah tetapi menyelesaikan masalah berdasarkan kehendakNYA.

Friday, July 8, 2011

Teknologi Atas Talian

On Line dah biasa dan kerap kita dengar. Dulu hantar berita dengan kertas tetapi kini hantarnya dengan SMS atau MMS atau e-mail dan banyak lagi. Dulu dua tiga hari baru dapat berita tetapi kini entah berapa saat dah terima berita walaupun dua jaraknya begitu jauh dipisahkan. Nak hantar duit, masuk disini melalui Mesin Deposit maka penerimanya di sana dapat terus tanpa menununggu masa melalui Mesin Autoteller. Dulu nak mohon itu ini gi=una borang hardcopy tetapi kini guna borang softcopy, sah dan terus hantar, Keputusannya juga dalam softcopym cuma print sendirilah.

Itulah kemajuan, teknologi atas talian , on line perlu kita gunapakai demi banyak kelebihannya. Dan kini di sekolah, terbaharu di perkenallan oleh KPM ialah urusan Headcount sistem peperiksaan iaitu SAPS. Di mana ia merupakan pelngkap SIT dalam SIP.

Semua warga pendidik perlu tahun menggunakannya. Amat banyak kelebihannya.

Thursday, July 7, 2011

SAPS Pelengkap SIT dalam NKRA Pendidikan



Semua warga pendidik tentu dah sedia maklum apakah yang dikatakan Bidang Keberhasilan Utama Nasional Pendidikan @ NKRA Pendidikan. Agenda utama NKRA Pendidikan ini ialah:
1. Pra Sekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Tawaran Baru Kepada Pimpinan Sekolah

Menyentuh mengenai tawaran baru ini, antara program sokongan untuk Pengetua dan Guru Besar ialah SIP (School Improvement Programme ) dimana :
• SIP bertindak sebagai program nilai tambah yang lahir dari inisiatif Tawan Baru ini
• SIP boleh meningkatkan kecemerlangan dan merapatkan jurang pencapaian antara sekolah
• SIP dapat meluaskan akses pendidikan berkualiti kepada semua
• SIP dapat mendorong pihak sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan berdasarkan iklim sekolah [ murid, guru,infrastruktur dan pentaksiran]

SIP ini disokong dengan perkhidmatan berikut melalui:
1. Rakan Pembimbing (SIPartner)- lead agency IAB memberi fokus kepada aspek pentadbiran,pengurusan dan Infrastriktur.
2. Jurulatih Pakar Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah (SISc) -lead agency BPG+IPGM bersama JPN dan PPD memberi fokus kepada aspek Pengajaran dan Pembekajaran dan Pembangunan Kapasiti (Capacity Building)

Bagi menyokong SIPartner dan SISc ini, SIT (School Improvement Tookit) diujudkan dimana ia memberi banyak kepentingan dalam pengurusan data,penggumpulan data dan keesahan data dengan lebih menjurus kepada kehendak masa depan dengan "one line" dan "One Stop Data Center".

SIT ini terdiri dari
• GPS (Gred Purata Sekolah) bagi Peperikaan Awam / Dalaman Sekolah
• SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
• Profil Guru
• Penilaian Guru
• Pelan Strategik

Tawaran baru “New Deal” ini dapat diterjemahkan apabila pimpinan sekolah dapat menghayati SIP itu sendiri. SIP diperlukan kerana:
1. Dapat memastikan setiap kanak-kanak Berjaya
2. Tiada lagi pemimpin sekolah yang ketinggalan
3. ‘Big Fast Result”

Tentu kita semua telah mendengar apakah itu SKOR KOMPOSIT di mana daripadanya sekolah di rangking dan di banding kan. Ada yang nendapat band 1 , band 2, band 3, band 4, band 5, band 6 dan band 7. Yang terbaik ialah band 1. Skor ini dihasilkan dari peratusan GPS dan peratusan SKPM dari setiap sekolah. GPS menyumbangkan 70 % manakala SKPM menyumbangkan 30 % markahnya. SKPM dinilai sendiri oleh Pengetua/Guru Besar manakala GPS adalah berdasarkan sumbangan tugas guru dalam memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran. GPS yang terbaik berada dalam julat 1.00 – 1.99.

Skor Komposit berdasarkan Band adalah seperti berikut:
Band 1: SM (>=90) SK (>=85
Band 2: SM (80-89.99) SK (75-84.99)
Band 3: SM(70-79.99) SK(65-74.99)
Band 4: SM(60-69.99) SK(55-64.99)
Band 5: SM(50-59.99) SK(45-59.99)
Band 6: SM(40-49.99) SK(35-44.99)
Band 7: SM(<=35.99) SK(<=34.99)

Dengan adanya SIP ini, maka sebanyak 10007 buah sekolah dengan 188,000 kelas untuk 5.4 juta murid telah di ranking dan di banding kan. Semoga tiada lagi SEKOLAH TIDUR.

Skor Komposit ini melibatkan SKPM dan GPS dalam SIT. Maka untuk GPS , sebagai pelengkap kepadanya di bina Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Mengikut surat siaran yang bertarikh 7 Jun 2011 dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Modul SAPS yang diarahkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Delivery Taskforce NKRA pada 25 April 2011 ini perlu digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya semua sekolah di Malaysia sebagai One-stop Data Center.

Bagi memastikan pelaksanaan modul SAPS dapat mencapai matlamat yang dihasratkan, semua pihak yang berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi:
• pegawai di JPN dan PPD perlu memastikan setiap sekolah AKUR dengan penggunaan modul SAPS ini yang akan digunapakai sebagai SISTEM ANALISIS PRESTASI MURID YANG UTAMA
• semua guru mata pelajaran dan guru kelas WAJIB mengisi markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam system secara atas talian mengikut tempoh-tempoh masa yang ditetapkan; dan
• Setiausaha Peperiksaan setiap sekolah perlu MENGESAHKAN semua markah ujian setiap kelas dan menganalisis markah-markah tersebut bagi tujuan perancangan pembangunan prestasi sekolah.

Maka pada 6-7 Julai 2011, mewakili JPN saya bersama KSPP. Wakil KS ICT dan Pegawai Peperiksaan PPD dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadirkan diri dalam Bengkel Pelaksanaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolha(SIT) Zon Timur bertempat di Hotel Grand Continental, Terengganu.

Bengkel ini dikendalikan oleh UNIT NKRA, KPM, perlu dibuat dan disebarkan kepada semua sekolah dengan kadar segera, keutamaan dulu kepada sekolah rendah. Perlu diselesaikan menjelang Ogos 2011.

Adalah menjadi harapan, menjelang tahun 2012, tiada lagi sekolah dalam band 6 dan band 7.

Juga pada 5-7 Julai 2011, JPN Kelantan juga menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P & P) bagi Guru Sains dan Matematik di tempat yang sama. Sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di sekolah.

Tuesday, July 5, 2011

DYMM Tuanku... Payung Rakyat



Satu dua minggu ini, kita rakyatnya disensasikan oleh berita yang merimaskan hidup dan kehidupan yang dah dianggap harmoni dan sejahtera. Satu pihak menyokong dan satu pihak menentang. Warna itu tak baik warna ini baik. Puak itu jahat puak ini baik.Walhasilnya jika berlaku pertembungan maka yang susah bukan sahaja kita tetapi semua yang tinggal di bumi yang dah permai ini.

Jika masing-masing tak nak bertolak ansur, maka tugas kita sebagai pendidik untuk menjanakan modal insan yang hebat tentu tidak akan kesampaian dan matlamat wawasan negara maju menjelang 2020 dengan acuan kita sendiri hanya sekadar manis sebutan dibibir mulut. Kerana adanya setitik nila makan sebelanga susu menjadi rosak. Tergendalanya perjalanan maka untuk tiba ke destinasi akan pula mengambil masa. Kemajuan terhambat ke belakang. Negara kekal mundurnya.

Maka sama-sama kita renungkan titah DYMM Tuanku.

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
-

Petikan Bernama 3 Julai 2011

[ New Zealand mengikut Indeks Keamanan Dunia merupakan negara yang paling aman di dunia. Tetapi jika kita dengan kemajmukan rakyatnya boleh hidup dengan aman damai maka Malaysia akan menjadi nombor wahid negara paling aman di dunia. Siapa tak nak ?.. tentu tiada siapa. Tanyalah diri masing-masing]

Patik merafak sembah Tuanku.

2. Mesyuarat Penyediaan Soalan Kemahiran Pembantu Makmal

Pagi ini bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah menpengerusikan mesyuarat penyediaan soalan untuk pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal Peringkat Negeri Kelantan. Panel terdiri dari Guru Kanan Sains Matematik Sekolah Menengah dengan dibantu oleh Pensyarah UMK yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program 1O1D, satu program komuniti UMK dengan JPN di mana pada tahun ini, PPD Tanah Merah bertindak sebagai tuan rumah.

Monday, July 4, 2011

Program Perjumpaan Guru-Guru STF (UPSR 2011)



Hari in di Bilik Mesyuarat Aras 2, SMK Bandar Chiku berlangsung Program Perjumpaan Guru-Guru STF bersama dengan pihak pengurusan Felda Wilayah Gua Musang. Program anjuran Felda ini melibatkan semua guru STF dari 6 buah sekolah di Gugusan Aring, Chiku dan Perasu. Tujuan program antara lainnya ialah:

1. Mengadakan perkongsian pendekatan strategi untuk meningkatkan kecemerlangan menjelang UPSR 2011.

2. Penilaian pencapaian UBB1, UBB2 dan Pertengahan Tahun(UBB3) bagi ke empat-empat mata pelajaran UPSR iaitu BM (P dan K), BI, Matematik dan Sains.

3. Sesi khas guru bersama Tuan Pengurus Besar FELDA Wilayah Gua Musang, YBrs. Tn. Hj. Norzuki.

Sesi yang bermula jam 12.15 tengahhari ini dibuka dengan sedikit ucapan dari Penyelaras Negeri STF dengan menyentuh mengenai target UPSR 2011 untuk negeri (Kecemerlangan 18.18 %) dan STF (48%) serta kedudukan Band sekolah STF yang dikeluarkan oleh KPM berdasarkan SKPM Sekolah dan Skor Komposit dari pencapaian peperiksaan UPSR tahun 2010. Usaha gigih semua guru amatlah diharapkan agar TERBAIK STF UPSR 2010 dapat diteruskan untuk UPSR 2011.

Penceramah HC3 , En. Mohd. Razali Abu Talib, Penolong Pengarah Sains, JPN Kelantan yang juga pegawai DATA STF peringkat KPM telah mengemukakan cadangan membina berdasrkan data yang dikumpulkan dari semua sekolah STF khususnya. Perihalan berikut amat perlu diberi tumpuan oleh semua guru mata pelajaran UPSR iaitu:

1. Strategik peningkatan pencapaan A ( Semua 5 A )
2. Strategi peningkatan pencapaian keseluruhan (Peratus Lulus)
3. Tiada Pelajar STF di GAGAL kan
4. Elak Gagal Silang
5. Pengamalan Analisis Item ( Guru kenalpasti siapa pelajar yang hampir dapat A dan sipa pelajar yang hampir untuk markah lulus - bantu atasi kelemahan pelajar tersebut)
6. Kenalpasti julat markah mata pelajaran yang terendah dan tertinggi dan darinya atasi kelemahan untuk peningkatan.
7. Guna dan hayati data - apakah makna tersirat data tersebut dalam membantu setiap pelajar. Jangan jadikan data hanya yang tersurat sahaja.

Tuan Pengurus besar FELDA mengharapkan agar semua guru dapat menolong FELDA dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak generasi FELDA agar mereka akan jadi penerus kelestarian FELDA untuk masa akan datang.

Majlis berakhir jam 5.00 petang di mana semua guru STF diberi cenderahati kenangan sebagai ingatan FELDA kepada jasa mereka.

Bertolak balik dan sampi hampir jam 8.00 di rumah setelah menempuh hujan lebat bermula dari Kok Lanas.

TERIMA KASIH FELDA

Sunday, July 3, 2011

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2011

Hari ini bertempat di Dewan SMK Bandar Machang, Machang, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat negeri buat kali ke 40. Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, dengan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar serta pegawai JPN dan PPD, perasmiannnya disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Awang Adek Husin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Timbalan Pengurusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Majlis bermula jam 9.00 pagi ini dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan pameran produk pendidikan serta dari agensi kerajaan dan swasta. Ketibaan YB Dato' tepat jam 10.15 pagi diteruskan dengan acara bacaan doa diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs. Yn. Hj. Zahari bin Daud, Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan (Tuan Pengarah kini sedang menjalani kursus khas dalam peningkatan kerjaya) dan seterusnya ucapan perasmian.

Antara intipati ucapan beliau ialah:

1. Kejayaan lawatan kerja sehari YAB Perdana Menteri dan Isteri ke Kelantan pada hari Sabtu 2/7/2011 di Pasir Puteh, Di Machang dan Di Kota Bharu.Kehadiran rakyat yang tidak diduga di setiap lokasi lawatan. Di .K Seri Aman, hamoir 20k, di SK Macanag 1, hampir 15k dan di Wisma Persekutauan, jamuan rakyat, hampir 10 k hingga make belan cacang/

2. Janji PM jika esok BN Menang maka lusanya satu stadium baru akan diumumkan pembinaannya, tiada lagi scoreboard 'rukas' tetapi semua digital.

3. Setiap pegawai kerajaan seharusnya berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan oleh pemerintah. Emolumen yang tinggi setiap tahun di mana hampir RM20 billion hanya untuk pendidikan sahaja.

5. Malaysia berada di tangga ke 22 dalam Indeks Keamanan Dunia, Terhebat ialah New Zealand.

6. Negara Di Asia di mana peluang rakyat mendapat yang terbaik ialah Jepun, Korea, Singapore dan Malaysia.

7. Jumlah kakitangan awam persekutuan di negeri Kelantan seramai 80k dan 35k daripadanya berada di bawah bumbung pendidikan.

8. Era transformasi kini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin agar modal insan yang baik dapat dihasilkan dengan budaya dan pemikiran kreatis dan inovatif.

Acara kemuncak perayaan ialah pengistiharan Tokoh Guru Negeri Kelantan 2011. Mereka ialah
1. YBg. Dato' Hj. Ismail bin Md Nor - mantan Pengarah Pelajaran Kelantan
2. Tn. Hj. Zulkifli bin Yusoff - mantan KPP PSPN Kelntan
3. Tn. Hj. Ab. Ghani bin Mat - mantan BOS Sains Matematik JPN Kelantan
4. Pn. Hjh. Wan Aishah bt Wan Adam

Untuk makluman, tokoh nombor 3 ini adalah selain dari BOS sains dan matematik di JPN, beliau merupakan GURU Fizik semasa menuntut di SM Sains Kelantan (kini SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra)

Majlis tamat jam 1.30 tengah hari, dan selepas jamuan , kami bersurai. Cuma lambat tiba di JPN kerana jalan jem di Ketereh.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perayaan ini.

Guru perlu transformasi untuk berubah menjadi yang terbaik dalam membina insan kamil generasi akan datang.

Friday, July 1, 2011

Al Isra Wal Miraj...bersama mengrefleksi diri



Pada hari rabu lepas, jatuhnya malam apa yang dikatakan malam Isyra' Mikraj Nabi Junjungan SAW.

Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w. bermalam di rumah Ummu Hani, iaitu anak perempuan dari bapa saudaranya, Abu Talib. Pagi-pagi benar, sebelum matahari terbit dan sehabis sembahyang, Nabi duduk bersama-sama dengan Ummu Hani bercakap-cakap: "Ya, Ummu Hani," demikianlah Nabi Muhammad memulai kata-katanya. " Malam tadi saya sembahyang bersamamu di sini, kemudian setelah itu saya diisyrakkan ke Baitui Maqdis dan sekarang saya sudah berada kembali di tempat ini bersamamu. Saya ingin menceritakan perjalanan saya ini kepada kaum kita sekarang juga, agar mereka mengetahui pula akan nikmat dan kudrat Allah Yang Maha Besar."

Ummu Hani adalah salah seorang yang telah beriman penuh, kuat Islamnya dan tidak ragu-ragu lagi tentang kebenaran apa saja yang dihuraikan Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi dia tahu benar akan sifat dan tabi'at umumnya bangsa Quraisy. Sebab itu dia khuatir, kalau cerita luarbiasa ini akan menggoncangkan suasana bangsa Quraisy, mungkin menjadi alasan bagi mereka, untuk mendustakan dan tidak percaya kepada Nabi Muhammad; lalu dia berkata kepada Nabi: "Ku peringatkan kepadamu, ya anak pamanku, bahawa jika engkau ceritakan kejadian luarbiasa ini, bangsa Quraisy akan mengengkari kerasulan dan kebenaran engkau. Dari itu, ku minta agar kejadian ini janganlah diumumkan kepada mereka."

Tetapi Rasulullah berkewajipan menyampaikan apa saja yang terjadi berhubung dengan kerasulannya itu, tidak takut akan diejek atau diengkari orang. Nabi lalu menuju menemui orang banyak, sedang Ummu Hani makin bertambah besar juga kekhuatirannya. Ummu Hani mengutus anak perempuan yang menjadi budaknya sendiri, anak tempat dia menyimpan rahsia dan dipercayai sepenuh-penuhnya, Nab'ah namanya, untuk mengiringkan Rasulullah.

Tidak lama kemudian Nab'ah kembali memberikan laporan kepada Ummu Hani dengan berkata: "Mula-mula Rasulullah pergi ke lapangan antara Kaabah dengan Telaga Zamzam dimana bertemu dengan Abu Jahal. Dengan berolok sebagaimana kebiasaannya setiapkali bertemu dengan Rasulullah, Abu Jahal berkata kepada Nabi:
"Ada pulakah khabar baru, ya Muhammad?"
Nabi menjawab: "Ya, ada, malam tadi saya diisyrakkan ke Baitul Maqdis."
"Wah, sekarang engkau telah berada di sini kembali?" sanggah Abu Jahal terhadap Nabi.
"Ya," jawab Rasulullah pula.
"Bolehkah khabar ini saya siarkan kepada semua orang Quraisy?" tanya Abu Jahal.
Jawab Nabi: "Boleh saja."

Dengan cepat sebagai kilat, Abu Jahal berseru-seru kepada bangsa Quraisy, agar berkumpul ke situ semuanya.
Mendengar cerita Nab'ah itu, Ummu Hani mempersilakan Nab'ah duduk, agar cerita itu lebih tenteram diceritakannya dan pula sangat menarik perhatiannya. Nab'ah lalu meneruskan laporannya.

"Dalam sebentar waktu saja saya lihat seluruh bangsa Quraisy, penduduk kota Makkah datang berkumpul ke tempat itu, bersama-sama Abu Jahal melingkari Nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal lalu mempersilakan Nabi menceritakan ceritanya. Nabi lalu berkata:
"Saya sudah diisyrakkan ke Baitul Maqdis, saya sudah dipertemukan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang silam, di antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain, dan sudah bersembahyang dengan mereka bersama-sama."

Abu Jahal lalu berkata kepada Nabi dengan mengejek: "Cuba terangkan kepada kami bagaimana rupanya Nabi-nabi yang engkau jumpai itu?"
Jawab Nabi: "Nabi Isa agak tinggi, tetapi tidak terlalu panjang, kulitnya kemerah-merahan danjanggutnya tebal. Nabi Musa gemuk dan hitam kulitnya, tampaknya sebagai orang yang gagah berani. Adapun Nabi Ibrahim, demi Allah, belum pernah saya jumpai seorang manusia seperti dia, tidak seorang pun di antaramu dapat menyamainya."
Orang banyak lalu menuntut kepada Nabi, supaya Nabi menunjukkan bukti-bukti yang nyata atas perjalanannya itu.

Nabi lalu berkata: "Saya berjumpa dengan segerombolan unta kepunyaan si polan, di padang pasir yang begitu-begini (diterangkan Nabi sifat-sifat keadaan padang pasir itu), salah seekor unta terkejut lari tersesat, lalu saya tunjuki jalannya sedang saya ketika itu menghadap ke arah negeri Syam. Lalu saya datang pada sebuah bukit di sana (Dhajnan), bertemu pula saya dengan unta kepunyaan seseorang, saya dapati manusia yang berpergian dengan rombongan unta-unta itu, semuanya dalam keadaan tidur nyenyak. Salah seekor unta itu masih berumur dua tahun dan berwarna putih, didahului oleh unta jantan yang berwarna keabu-abuan yang membawa dua kendi besar, masing-masing kendi itu berwarna hitam dan berwarna campuran, antara hitam dan putih."

Mendengar itu, Ummu Hani lalu bertanya kepada Nab'ah:
"Bagaimana penerimaan bangsa Quraisy sesudah mendengar dan mengetahui bahwa tanda-tanda itu betul semuanya?"
"Saya lihat mereka heran tercengang-cengang, menggerak-gerikkan kepala, tetapi akhirnya mereka berteriak sekuat-kuat suara, mereka mengengkari kebenaran cerita Nabi Muhammad s.a.w. itu.

"Lalu saya lihat seorang yang bernama Mut'im bin Adi berdiri dan berkata kepada Nabi: "Kenapa hari ini engkau biasa saja, ya Muhammad, sedang engkau baru mengalami kejadian yang ajaib itu? Kami dengan mempergunakan unta yang secepat-cepatnya pergi ke Baitui Maqdis sebulan lamanya dan kembalinya sebulan pula lamanya, sedang engkau mengatakan hanya semalam saja. Demi Lata dan demi 'Uzza, saya tidak percaya akan kata-katamu, engkau orang yang pembohong."

Mendengar cerita Nab'ah yang terakhir itu, Ummu Hani menjadi sedih, mukanya suram sembab, airmata mengalir setitis demi setitis dari matanya membasahi pipinya.
Dalam pada itu Nab'ah meneruskan ceritanya: "Sehabis Mut'im itu, lalu tampil Abu Bakar berkata kepada Nabi: Saya percaya sepenuhnya atas apa yang engkau ceritakan itu, ya Muhammad. Sekalipun lebih jauh dari itu, saya percaya juga. Saya percaya semua kabar-kabar langit yang dibawa Muhammad itu, apakah saya tidak percaya akan kabar perjalanan yang begitu, perjalanan yang dikuasakan Allah Yang Maha Kuasa atas NabiNya? Tidak ada yang mustahil bagi Allah sekalipun menjalankan hambaNya dengan lebih jauh dan lebih cepat dari itu.

"Umumnya kaum Muslimin mengikut perkataan Abu Bakar, membenarkan akan perjalanan Nabi, selain sebahagian kecil saja yang murtad, kembali mendustakan Nabi dan Agama Islam, iaitu terdiri dari orang-orang yang masuk Agama Islam kerana kebendaan, bukan kerana keinsafan dan kesedaran."

Mendengar itu Ummu Hani lalu berdiri girang dan berkata:
"Orang-orang yang mengaku Islam hanya dengan mulut itu, tidak dengan hati, memang lebih baik keluar dari barisan ummat Islam. Sebab perjuangan Islam bukan menjadi kuat dengan orang yang ragu-ragu dan muzabzabin, orang-orang yang lemah imannya, malah mereka akan melemahkan saja akan barisan ummat Islam yang sedikit, malah membahayakan. Maha Suci Allah yang telah menyisihkan orang-orang itu dari kita."


Bagaimana iman kita.. tanyalah diri agar kita adalah tergolong dalamumt Islam yang berilmu, beriman dan beramal...BERTAQWA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh