.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, April 21, 2013

Cerita yang tak enak di sana-sini...

Kuala Lumpur 
menjelangnya pilihanraya umum ke 13 pada 5 may ini, begitu ramainya pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri  ramai yang bertindak keluar parti  sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.

berbanding Barisan Nasional iaitu 22 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 25 orang calon bebas keluar  Barisan Nasional. 

 
25 orang - Barisan Nasional.

berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,
Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai
Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala Kubu Bharu

 =========================================================

 

KUALA LIPIS – Calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya ke-13 bagi kerusi Parlimen Lipis yang digugurkan pada saat akhir walaupun setelah menerima watikah pencalonan menyatakan kesedihan dan marah dengan apa yang berlaku namun tetap reda.
Bekas pensyarah, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman, berkata, beliau berasa marah dan dukacita kerana watikah yang sudah ada dalam tangannya bertukar tangan dengan menggunakan teknik sabotaj.
"Saya marah sebab watikah sudah ada pada saya tetapi dirompak oleh Ketua Bahagian Umno Lipis dan kumpulannya.“Bukan saya sahaja yang disabotaj tetapi turut sabotaj parti,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Namun begitu, beliau tetap menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Pahang kerana melayakkannya menjadi ‘calon boleh menang’ bagi BN.
Beliau turut menyatakan hasrat akan turun berkempen membantu calon BN bagi Dun Ceka dan Benta selain melahirkan harapan agar BN menang pada PRU13. ~sinar harian
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BANTAHAN PARLIMEN SIKIJANG


Lebih kurang 30 orang berhimpun menyatakan bantahan mereka terhadap calon Barisan Nasional untuk Parlimen Sekijang, Anuar Manap dengan menguggurkan Datuk Haji Baharum Mohamad.

Menurut jurucakap perhimpunan tersebut, kewibawaan Datuk Haji Baharum terbukti dengan pengharuman nama Parlimen Sekijang yang dikenali sebagaj 'Juara Rakyat', menurut jurucakap yang enggan dikenali itu mustahil gelaran 'Sekijang Juara Rakyat' boleh dicapai andainya Datuk Haji Baharum tidakberwibawa.

Menurut penyokong perhimpunan itu lagi, mereka tidak memerrlukan kepimpinan dari golongan muda kerana bagi mereka Anuar Manap tidak pernah memperdulikan kebajikan mereka sepanjang penglibatan Anuar Manap sebagai Ketua Pemuda UMNO Sekijang.

Dengan nada lebih tegas, jurucakap perhimpunan itu mengingatkan supaya jangan sampai Sekijang yang dikenali sebagai 'kawasan putih' bertukar menjadi 'kawasan hitam' bagi Barisan Nasional akibat dari kesilapan memilih calun.
-----------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh