Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)
Datuk Ibrahim Ali yang kecewa tidak dipilih sebagai calon rakan BN sudah
mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas disandangnya
atas tiket Bebas.
“Saya tetap akan bertanding atas tiket Bebas walaupun menggunakan simbol katak puru pada pilihan raya kali ini,” katanya. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Selain itu, dua penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Guchil dan
Selising dari PAS juga dikhabarkan mahu bertanding atas tiket Bebas
kerana tidak berpuas hati dengan calon lain mewakili pakatan pembangkang
manakala Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Gua Musang, Aziz Mohamad
juga bercadang calon Bebas di DUN Nenggiri.
Di Pulau Pinang,
bekas Ahli Parlimen Tasik Gelugor Datuk Seri Mohd
Shariff Omar mengesahkan akan bertanding di kerusi itu meskipun BN sudah
mengumumkan Shabuddin Yahya sebagai calon parti itu.
Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Batu Kawan A Mohan juga
mengumumkan keluar GERAKAN dan akan bertanding sebagai calon Bebas di
kerusi itu selepas kecewa tidak dicalonkan. Turut bercadang bertanding
calon Bebas adalah AJK UMNO Bahagian Tasik Gelugor Datuk Mustafa Idros
yang akan menentang calon BN Datuk Jahara Hamid di DUN Telok Ayer Tawar.
Pengerusi PERKASA Tasek Gelugor Azmi Alang
pula akan mencabar calon BN, Mohamad Yusoff Mohd Noor dan muka baru PAS
Zahadi Mohamad di kerusi DUN Sungai Dua. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Blogger kontroversi Papagomo mengumumkan
bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen
Permatang Pauh dan bersedia mengikut ke mana saja kawasan bakal
ditandingi Ketua Umum PKR itu. Bagaimanapun sehingga semalam, Papagomo
atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris masih belum mendedahkan
identiti dan wajah beliau. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Di Negeri Sembilan,
penyandang Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez
keluar DAP dan mengumumkan bertanding calon Bebas di Parlimen Seremban
atas alasan parti itu meminggirkan calon kaum India.
Selain Fernandez, lima individu lain, termasuk Setiausaha Politiknya R
Rajashegher turut mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas DUN Nilai,
diikuti, S Karthigesan (Senawang), R Sasikumar (Temiang) dan S Danial
(Port Dickson) dan S Vijayan (Bukit Kepayang).
Di Selangor,
lapan calon Bebas dan Parti
Kesejahteraan Tanah Air (KITA) dijangka bertanding di tiga kerusi
Parlimen dan empat Dewan Undangan Negeri. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Datuk Seri Ong Tee Keat masih memikirkan kemungkinan bertanding sebagai
calon Bebas di Parlimen Pandan selepas digugurkan sebagai calon BN
kerusi itu.
Parlimen Sepang bakal menyaksikan perlawanan empat penjuru berikutan
seorang ahli UMNO Hanapiah Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO
Bahagian Sepang mengumumkan bertanding Bebas.
Selain Hanapiah, calon KITA, Syed Mustafa
Syed Abdul Rahman turut mengumumkan bertanding merebut kerusi Parlimen
berkenaan menentang calon BN, Datuk Seri Mohd Zin Mohamad dan seorang
lagi calon PAS. http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
Selangor juga bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Parlimen
Kapar selepas ahli MIC, S Ganesan akan bertanding calon Bebas manakala
Ketua Bahagian MIC Assam Jawa, Redwan Abdullah juga bertanding atas
tiket Beb
No comments:
Post a Comment