.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, October 26, 2013


Emosi & realiti di sebalik kalimah 'Allah'

Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak Muslim dengan sesetengah pihak Kristian.

Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.


Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad SAW memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan.

Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad SAW juga guna nama Allah. Bapa Nabi Muhammad SAW bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad SAW tidak sempat pun bertemu dengan Nabi SAW sebagai Rasulullah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah'.

Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah' sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa AS.

Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.


Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): "Segala puji bagi Allah tuhan segala alam."

Tiada Muslim pun yang menyebut "segala puji bagi Allah Tuhan kaum Muslimin sahaja". Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.


Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah.

Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.


Kristianisasi


Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan Muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘insya-Allah'.

Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah' yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo polis dan Tentera tertulis ‘Allah' dan ‘Muhammad'. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang Muslim dan non-Muslim.


Namun apabila orang Muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud.

Orang Muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit.

Apa tidaknya, mengapakah hanya versi Melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah'? Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?


Provokatif


Kelihatan seolah macam macam ada ‘hidden agenda' ataupun ‘mala fide' di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian.

Bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.


Maka, bantahan untuk orang bukan Muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa Melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran.

Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.


Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan Muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.


Salah faham


Malangnya ada Muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan Muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk Muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa murtad sesiapa yang membenarkan.


Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being'.

Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini.

Firman Allah (maksudnya):

Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid). (Surah al-Ankabut ayat 63)


Bahkan Nabi SAW ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus.
Firman Allah (maksudnya):

Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta. (Surah Ali ‘Imran 59-61).


Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah!


Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi SAW dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

"Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi SAW. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi SAW: barangkali aku boleh tulis bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu Bismikalahumma (dengan nama-Mu ya Allah!)".

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi SAW menerima bantahan tersebut.
Ertinya, Nabi SAW membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!


Lojik


Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa-God'.


Jika bukan Muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata:

"Tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya."

Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.
 
Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam.

Apatah lagi kenyataan yang memurtadkan sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi SAW, dan umat Islam di seluruh dunia.
 
Maka, kita Muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentimen agama mengenainya.

Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama.

Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan.

Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitu defensive? Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.


--------------------------------------------------------------------------------
PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.

Monday, October 7, 2013

Indahnya Alam Ciptaan ALLAH SWT

Another stunningly beautiful island devoid of luxury trappings – Carabao Island is a tranquil sanctuary overshadowed by its more famous neighbor – Boracay. If you fancy the outdoors and taking off-the-beaten path, this island will surprise you with unspoiled natural attractions.

 
Escape the bustling city life and experience the raw appeal of Carabao Island. From Caticlan, you can hop on a passenger boat to take you to San Jose. Alternatively you can charter a boat to Lanas village from Boracay.

Although the best beaches are found at the Poblacion, the rugged coastline of the island is lapped by countless paradise-like beaches. Charter a motorcycle to discover them. Bask in the glimmering turquoise waters of Hinulugan Beach or sit back and relax in the powdery white sand of Tinap-an Beach. If you are itching to try outdoor adventures, Carabao Island is flanked by caves waiting to be explored. Hike up Ngiriton Cave in Sitio Lindero or drop by at Bunayag Cave in Sitio Sugod.
Discover diving at Village Reef and Village Mountain oozing with kaleidoscopic corals and rainbow-hued fishes. Other dive sites which beckons underwater photographers includes Cathedral Cave, known for its massive underwater cave, Lobster Wall, West Wall I and II, and Devil’s Shoulder.

Wednesday, October 2, 2013

HATI-HATILAH BILA NAK MAKAN...

SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Hidangan ayam masak merah yang dihidangkan dalam kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini Sabtu lepas dicemari bakteria Salmonella, menyebabkan empat kematian dan ratusan lagi keracunan makanan setakat ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata bakteria itu ditemui di dalam spesimen hasil bedah siasat ke atas mangsa dan sampel yang diperoleh dari tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati ayam yang diguna untuk majlis perkahwinan itu tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik selama semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri, katanya dalam sidang media di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini petang tadi.
Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.
"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.
Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Katanya setakat ini 200 mangsa telah mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sekitar daerah ini dan daripada jumlah itu 127 pesakit mendapatkan rawatan di HSAH dengan 38 dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Beliau berkata 127 lagi pesakit mendapatkan rawatan di Hospital Yan dengan 62 orang ditahan untuk rawatan lanjut dan selebihnya dibenar pulang selepas mendapat rawatan.
Dr Ismail berkata seorang pesakit lelaki berusia 58 tahun kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.
"18 kes pesakit dirujuk ke Hospital Sik dan Baling ekoran keadaan Hospital Yan tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai. Saya nasihatkan mangsa yang mempunyai simptom keracunan makanan selepas makan kenduri di rumah tersebut agar tampil mendapatkan rawatan segera.
"Saya berharap pengendali makanan untuk kenduri menyimpan makanan atau bahan mentah secara betul dan menitik berat aspek keselamatan makanan agar perkara sama tidak berulang," katanya.
Semalam, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala hari ini seorang lagi meninggal dunia.
Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.
Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang semalam.
Hari ini, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi semalam.
-- BERNAMA
MKF KAY NM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh