Kerana kita adalah orang profesional dalam membudayakan politik sihat
Menjelang PRU 13 ini marilah kita semua menolak sebarang amalan politik
negatif seperti budaya politik samseng, fitnah dan lucah serta
pendekatan politik londeh-melondeh
Marilah
kita bersama-sama mengamalkan politik bermaruah sebagai landasan
terbaik menjayakan pemilihan pemimpin untuk menerajui tanahair tercinta
Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU 13) ini bakal diadakan dengan penuh telus,
teratur dan demokratik serta terhindar dari sebarang insiden negatif
yang memalukan pengamalan demokrasi di negara ini.
Sudah
pastinya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan memainkan peranannya bukan
sahaja secara efektif dan berkesan mengikut tatacara pilihanraya, bahkan
yang terlebih penting ialah memastikan kredibiliti dan integriti SPR
itu sendiri tidak diragui sepanjang pengendalian pilihanraya nanti.
Badan-badan pemerhati dan pemantau pilihanraya yang terdiri daripada
pertubuhan masyarakat sivil dapat memainkan peranan penting sebagai
badan pemantau dan pengimbang (check and balance) dalam memastikan
kelancaran PRU 13.
Pengumuman pembubaran yang dibuat oleh
Perdana Menteri hari ini adalah sebagai langkah penting ke arah
perkembangan demokrasi yang sihat di negara ini serta demi memastikan
keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang selaku
asas sistem pemerintahan raja berperlembagaan di negara ini tetap
terpelihara.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
1 day ago
No comments:
Post a Comment