.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, August 31, 2012

Janji Ditepati

Kemerdekaan negara kita yang kita cintai ini dah masuk yang ke 55 tahun. Perjuangan datuk nenek kita dahulu tak kira dari bersayap kanan @ bersayap kiri @ tanpa sayap menentang penjajah diakhiri dengan deklarasi kemerdekaan oleh Almarhum YTM Tengku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Bermulalah detik merdeka kita dengan tiada lagi penjajah dari Portugal, Jepun dan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu telah bebas menentukan nasib anak bangsanya. Semasa era penjajahan segala hasil mahsul negeri dibungkus dan dibawa balik ke negara masing-masing, segala yang haram disisi agama disebar luas kepada generasi rumpun ketika itu. Halal haram entah ke mana...hentam sajalah.

Adakah kita betul-betul  merdeka.. ya, kita merdeka kerana penjajah telah angkat kaki meninggalkan kita tetapi sekiranya perangai mereka terus kekal kita ikut amalkan, maka kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kita takut kita ini sendiri terus menerus menjajah bangsa kita sendiri dengan mengambil segala hasil mahsul menjadi hak pribadi kita dan masih tak dapat membezakan amalan hak dan batil. Relakah kita yang berwajah sama berumpun sama menjajah anak bangsa kita sendiri?

Amat tertarik dengan on-air jam 7.00 pagi ini. TANYALAH USTAZ di TV, katanya  kemerdekaan yang betul ialah kita tidak melakukan SYIRIK kepada ALLAH SWT.Dengan kata lain kita tak lagi melakukan yang mungkar, menjauhi larangan dan akur patuh akan suruhan NYA.

Juga dalam Forum Perdana Merdeka kendalian Radio Kelantan FM yang ke udara jam 10.00 hingga 11.00 pagi ini telah memberi fokus utama kepada Tema Kemerdekaan 2012 iaitu JANJI DI TEPATI. Tertarik dengan butiran ceramah salah seorang Ustaz yang terlibat di mana pemimpin adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada sebarang janji yang disebut kepada ahlinya. Kita semua adalah pemimpin, pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin organisasi, pemimin negeri malah pemimpin negara. Apa yang dijanjikan perlulah ditunaikan. Sekiranya tidak dapat ditunaikan maka munafiklah pemimpin itu. Pemimpin kecil ada janji kecilnya, pemimpin sederhana tentulah ada janjinya sederhananya,  samatelahan pemimpin besar tentulah ada janji besarnya.  Takkanlah pemimpin kecil berjanji besar yang sukar dibuat begitulah juga seprang pemimpin besar berjanji kecil yang juga sengaja tak dibuat.

Pemimpin kecil yang tidak menunai janjinya..munafiknya agak kecillah tetapi jika pemimpin besar yang tidak menunai janji munafiknya tentulah besar. Tetapi adakah juga dikirakan munafiknya sekiranya janji ditunaikan tetapi amanah dan intergritinya jauh sekali ?

Sukarnya mendapat kemerdekaan tetapi amat sukar bagaimana mengisi kemerdekaan ini agar anak merdeka beroleh maju dengan kapasiti dan beracuan kita sendiri.

Buat sahabat bertitle DG, kita sebenarnya telah berjanji sewaktu mula menjawat jawatan ini, bahawa kita akan terus mendidik anak generasi akan datang menjadi orang yang berguna kepada agama dan watan.... jom  tunai dan tepati  janji ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM-Tiada sebab pertikai tema 'Janji Ditepati'

ALOR SETAR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada sebab untuk sesiapa mempertikaikan tema sambutan Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan sesuatu yang sejagat dan juga merupakan prinsip dalam agama Islam.
"Sebagai seorang Islam kita perlu ikat janji kita, janji kita dengan Allah merupakan janji terbesar dan paling penting, jika kita ingin mendapat rahmat Allah, maka kita perlu tunaikan janji kita kepada Allah.
"Di peringkat sesama manusia pun, kita tentu perlu mengikat janji, kalau kita sudah berjanji orang akan percaya kepada kita jika kita menunaikan janji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan para pemimpin UMNO serta Barisan Nasional (BN) negeri.
Pada masa sama, Perdana Menteri mengajak semua pihak mempertahankan prinsip mulia itu sebagai asas selaku pemimpin, kerajaan, rakyat atau manusia biasa.
"Oleh itu, tiada sebab untuk mempertikaikan tema ini melainkan orang itu tidak biasa menunaikan janji," jelasnya.
Tambah Najib, soal janji juga bukanlah terhad kepada kerajaan atau wakil rakyat semata-mata malah rakyat biasa turut perlu berjanji.
Katanya, sekiranya rakyat mahu negara aman, stabil dan bertambah makmur mereka mesti berjanji menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran negara.
"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan, kalau berjanji perlu ditunaikan," katanya.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat akan sebuah lagu dulu-dulu 

dan untuk meraikan kemerdekaan 2012 ini, kibaran jalur gemilang di kenderaan dan di halaman rumah tak bermaya nampaknya. serta sebelum ini sambutan ambang merdeka menjelang detik 12 malam dah tak ada lagi di Dataran Merdeka... yang ada cuma 
Malam 30 Ogos 2012 - 10,000 lautan kuning banjiri 'Janji demokrasi' selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka  Malaysiakini 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh