Pada pagi ini, jam 8.30 pagi bermulalah mesyuarat Jana Gemilang Kumpulan 2 yang melibatkan 50 orang Pengetua dan PKP masing-masing , membicarakan topik yang sama sebagaimana Kumpulan 1 ( sebanyak 30 buah sekolah) yang telah berlangsung pada 2 Ogos 2012 yang lepas. Bertempat di Bilik Bestasi 2, BTPN dimulai dengan Ucapan YBrs. KSPA dan diikuti oleh YABr. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan.
Antara intipati ucapan Tuan Pengarah ialah memastikan halatuju kecemerlangan akademik berlandaskan komitmen untuk maju kehadapan.. membantu pelajar yang menjadi calon PMR , SPM dan STPM bagi tahun 2012 ini. Kejayaan , Insyaalah lebih baik dari capaian tahun 2011 yang lalu.
Majlis seterusnya diisi dengan taklimat program-program 'on-line' pelbagai kehendak KPM kepada pihak pengurusan sekolah seperti SAPS yang disampaikan oleh En. Mohd Razali Abdul Talib, PP Sains.. Kemudian disusuli dengan pembentangan capaian SPM tahun semasa berdasarkan AR1 dan AR2 terkini oleh KPP Matematik. Sebagimanan ucapan Tuan KSPA, mengenalpasti kelemahan dan mengatasinya dengan tindakan yang bertepatan.. intevensi yang bermakna lagi berimpak tinggi.
Sekitar jam 12.00 tengah hari, saya diberi ruang untuk membentangkan capaian AR1 danm AR2 bagi STPM Terminal 2012 dengan perbandingan ETR 2012. Gerak kerja dengan penuh aksi dari orang no. 1 dan no. 2 ini amat penting supaya aksi hebat kecemerlangan akademik dirasai seterusnya oleh guru P D P yang akan secara totalnya membantu pelajar mereka dengan program intervensi sedemikian. Satu latihan minda turut diberikan pada semua hadirin untuk memahami apa itu yang dimaksudkan dengan program intervensi yang betul lagi berkesan.
Akhir bicara bersama jemputan , dinukilkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Pengacara Majlis, Pn. Zalina Zakaria menutup majlis jam 1.00 tengah hari.
Terima kasih semua.
( Ria hati apabila dapat bertemu dan berinteraksi dengan sahabat Pengetua dan PK P yang hadir... Kerja dalam Pasukan )
No comments:
Post a Comment