PUASA 6 - DI BULAN SYAWAL
Jom baca isi kandungan puasa 6, kemudian kita praktikkan.
Puasa 6 hari di bulan Syawal ( bulan setelah bulan Ramadhan ) sangat dianjurkan, hal ini terlihat dariberbagai hadits dan sumber rujukan berikut :
Abbu
Ayyub Radiallahu `anhu meriwayatkan, Nabi Salallahu `alaihi wasallam
bersabda: "Barangsiap berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu
menyambungnya dengan ( puasa ) enam hari dibulan Syawal, maka( pahalanya
) sama seperti berpuasa selama satu tahun. ( HR. Mulsim )."
Imam
Ahmad dan Nasa`i, Meriwayatkan dari Tsauban, Nabi Salallahu `alaihi
wasallam bersabda : "Puasa Ramadhan ( ganjarannya ) sebanding dengan (
Puasa ) Sepuluh bulan, Sedangkan puasa enam hari ( di bulan Syawal
Pahalanya ) sebanding dengan ( Puasa ) dua bulan, maka itulah bagaikan
puasa selama setahun penuh." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam
Shahih Mereka.) "
Membiasakan diri puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat diantaranya :
1. Puasa enam hari di bulan syawal, Merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.
2.
Puasa Syawal dan Sya`ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi
sebagai penyempurna darikekurangan, karena pada hari kiamat nanti
perbuatan perbuatan fardhu akan disempurnakan ( dilengkapi ) dengan
perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan datang dari Nabi
Salallahu `alaihi Wasallam diberbagai riwayat. Mayoritas puasa yang
dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka
hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.
3.
Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa
Ramadhan, karena apabila Allah Ta`ala menerima amal seorang hamba, pasti
ia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian
orang bijak mengetakan: "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada
sesudahnya." Oleh karena itu barang siapa mengerjakan kebaikan kemudian
melanjutkannya dengan kebaikan lain, Maka itu merupakan tanda atas
terkabulnya amal pertama.
4.
Puasa Ramadhan sebagaimana disebutkan dimuka dapat mendatangkan
maghfirah atas dosa-dosamasa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan
mendapatkan pahalanya pada hari raya `Idul fitri yang merupakan hari
pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah `Idul Fitri merupakan
bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang
lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.
5.
Dan diantara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal amal
yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya
pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini
selama ia masih hidup.
Seorang
ulama Salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh sungguh dalam
ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika bulan Ramadhan berlalu mereka
tidak bersungguh sungguh lagi, beliau berkomentar : "Seburuk buruk kaum
adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan
Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh
sungguh di sepanjang tahun."
Oleh
karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai
membayarnya di bulan syawal, karen hal itu mempercepat proses
pembebasan diriya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan
dengan enam hari puasa syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa
Ramadhan dan mengikutinya dengan 6 hari di bulan syawal.
Pelaksanaan Puasa Enam Di Bulan Syawal
Puasa
enam Syawal perlu dilaksanakan secara berturut-turut atau sebaliknya.
Sebenarnya cara yang afdhal (terbaik) adalah berpuasa secara
berturut-turut sebaik sahaja selepas Aidilfitri yang pertama menurut
pandangan mazhab Shafie dan Hanafi.
Akan
tetapi, cara demikian iaitu berpuasa berturut-turut selepas Aidilfitri
pertama tidaklah menjadi suatu rukun atau syarat terhadap ibadat puasa
enam Syawal ini. Malah ganjaran sunatnya tetap diperolehi sekalipun
dilakukan secara berselang-seli asalkan ia dikerjakan sebanyak enam hari
dalam bulan Syawal.
Selain
itu, persoalan lain yang sering timbul juga adalah mengenai manakah
dahulu perlu diutamakan antara puasa qada' Ramadan dan puasa enam
Syawal. Perlu diingatkan bahawa mengqada' puasa Ramadan merupakan suatu
kewajipan yang perlu dilunaskan sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia
merupakan 'hutang' manusia kepada Allah SWT. Namun begitu, bagi sesiapa
yang benar-benar keuzuran sehingga tidak berdaya mengerjakan puasa,
mereka tidak diwajibkan mengqada' puasa yang ditinggalkan itu, tetapi
wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.
Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya (berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Baqarah: Ayat 184)
Dalam
mengerjakan qada' puasa Ramadan, para ulama menyatakan bahawa orang
yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran, mereka dikehendaki menyegerakan
mengqada' puasa tersebut. Bahkan sebahagian ulama berpendapat tidak
diharuskan melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam Syawal selagi
tidak selesai mengqada' puasa Ramadan.
Walaubagaimanapun,
bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan
oleh syarak seperti perempuan haid atau nifas, diharuskan bagi mereka
mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih
mempunyai puasa qada' Ramadan.
Perkara
ini mungkin berlaku disebabkan mereka berada di akhir Syawal dan
dikuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal. Pun begitu,
mengutamakan puasa qada' Ramadan adalah lebih baik jika mereka mempunyai
waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qada' Ramadan dan puasa enam
Syawal dalam bulan Syawal itu juga.
Adapun
mengenai persoalan niat puasa qada' dan puasa sunat secara serentak,
berlaku khilaf di kalangan ulama. Sebilangan ulama menyatakan harus
diniatkan dan ditunaikan puasa qada' Ramadan dan puasa sunat enam Syawal
secara serentak.
Namun
kebanyakan ulama berpendapat jika dapat memisahkan puasa tersebut
iaitu melakukan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal pada hari
yang berlainan adalah lebih baik berbanding dengan berpuasa secara serentak.
Berikut merupakan keterangan dan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan mengenai puasa serentak ini:
1.
Selesaikan puasa qada' Ramadan terlebih dahulu sebelum berpuasa enam
Syawal. Ia adalah lebih baik dengan mengutamakan puasa qada' Ramadan
yang wajib terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat. Hal ini dilihat
bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud:
"Dan
bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan kebaikan bagi) keampunan
dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang
disediakan untuk orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah
ali-Imran: Ayat 133)
2.
Namun jika kita tidak mampu melaksanakan puasa qada' Ramadan dan puasa
enam Syawal secara berasingan di dalam bulan Syawal, maka harus kita
mendahulukan puasa enam Syawal terlebih dahulu. Ini kerana puasa enam
Syawal hanya boleh dikerjakan pada bulan Syawal sahaja sedangkan puasa
qada' Ramadan boleh dikerjakan selepas bulan Syawal.
3.
Jika kita tidak mampu juga melaksanakan puasa enam Syawal dan qada'
Ramadan secara berasingan disebabkan keuzuran, maka puasa secara
serentak antara puasa enam Syawal dan qada' Ramadan adalah langkah
terbaik.
Demikianlah
beberapa penjelasan mengenai permasalahan berkaitan puasa enam Syawal
yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam di Malaysia pada
masa kini. Semoga dengan penerangan ini akan menjadikan puasa enam
Syawal kita lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.
Niat Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Wllahu a`lam.
Ehsan Open Minda.
No comments:
Post a Comment