Umat Islam hari ini kembali kepada fikrah selepas sempurna menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadan yang baru berlalu.Fitrah bermaksud kembali kepada asal kejadian yakni manusia menjadi
bersih seumpama selepas dilahirkan. Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan Allah mengingatkan
fitrah manusia ialah taat, patuh dan tidak mensyirikkan Allah.Kita kembali kepada Allah.Oleh itu bagi memastikan fikrah itu tidak tercemar manusia
hendaklah melakukan segala perintah sebagaimana yang dikehendaki Allah
Taala dalam semua urusan kehidupan
Apakah setelah diri jasad rohani jasmani jiwa raga ini dibersihkan, sanggupkah kita kembali mengotorkannya kembali. Jangan buka kan lagi pintu neraka itu.Sentiasa kekal bertaqwa.
No comments:
Post a Comment