Tiba dilokasi sejam kemudian setelah bertolak dari rumah jam 7.00 pagi. Pandu berhemah dengan standard speed tetapi ramai yang memotong kerana menuju ke tempat kerja walhal diri ini juga menuju ke tempat kerja, outing hari ini.
Rakan-rakan sektor yang terlibat memulakan kerja dengan membuat perjumpaan khas dengan guru PMR dan SPM. Di buat secara berasingan untuk lebih fokus tetapi diakhir pertemuan sekitar jam 12.30 tengah hari, sesi semua guru PMR SPM diadakan. Perkara yang diperkata dan dibincangkan merangkumi:
1. Percapaian AR1, AR2 dan ETR 2012
2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan berdasarkan HC samada dengan SAPS atau HC3 (yang dipeluporkan oleh JPN semenjak 3 tahun lepas)
3. Mengenalpasti calon target dan Near Miss kecemerlangan dan harapan Lulus supaya berlaku peningkatan kecemerlangan A, GPS dan Peratus Lulus.
4. Melaksanakan gerakkerja intervensi berfokus kepada individu ataupun dalam kelopok kecil pelajar. berdasarkan Analisis Item merujuk JPU dan JSU yang sedang digunapakai.
5. Menyuburkan semangat berkolaboratif guru melalui panitia dalam membimbingbantu setiap pelajar mengikut tahap kecerdasan pelajar yang terlibat.
6. Mempastikan pematauan e-cakna P D P semua guru dibuat oleh pentadbir sekolah supaya semua guru dicerap sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
7. Melengkapkan segala keperluan berdata yang dikehendaki oleh KPM, termasuk SAPS dibuat dengan betul, benar dan tepat.
Majlis berakhir jam 1.30 tengah hari selepas perumusan dilakukan oleh Tuan KSPA
Pegawai SPA yang hadir selain penulis ialah Tn. Hj. Hilmi Abdullah, KPP Matematik, Pn. Zalian Zakaria, PP Sains, Cik Halizah Mohd Zain, PP Matematik, Tn. Hj. Nawawi Ab Rashid, PP Sains, Tn. Hj. Husaini Hussain, Penyelia Pelajaran di samping Tuan Rumah, En. Hussain Ab Ghani, Penolong PPD dan En. Wan Zamri Wan Ibrahim, Penolong PPD Tumpat.
Sebelum sesi SPM bermula, satu mesyuarat TALIS (Teaching And Learning Survey) diadakan bagi pelaksanaan yang akan meliputi 19 buah sekolah dariPPD Kota Bharu, PPD Tumpat, PPD Pasir Mas, PPD Kuala Krai, PPD Bachok, PPD Tanah Merah. TALIS akan dibuat secara on line oleh semua guru yang mengajar Tingkatan 1, 2 dan 3. TALIS merupakan satu program pengantarabangsaan status P D P guru Malaysia yang akan dibandingkan dengan rakan huru yang sekufu dari 33 buah negara lain.
Kepada semua yang terlibat... TQ
No comments:
Post a Comment