Semalam 9 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H (Malam Jumaat) , DYMM Sultan Kelantan,Sultan Muhammad V
membuka pintu Istana untuk bersama-sama pemimpin dan rakyat menunaikan
solat tarawih, mendengar tazkirah dan qiamulllail. Dewan Jubli Intan di istana itu penuh sesak sehinggakan
ada yang terpaksa sembahyang di luar dewan. Kehadiran sungguh merujakan
sekaligus menunjukkan bahawa menggunungkan kasihnya rakyat kepada
Tuanku Sultan.
Program julung-julung kali diadakan itu menerima sambutan luar biasa rakyat yang mahu bersama sultan kesayangan mereka Sultan Muhammad V.
Program Qiam With Me bermula dengan Solat Isyak kemudian diteruskan dengan solat Terawih bersama Sultan Muhammad V.
Turut hadir pada program itu, saf kepimpinan negeri termasuk Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selepas solat Isyak, program diteruskan dengan kuliah agama yang disampaikan penceramah popular dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus sebelum masing-masing diberikan masa untuk berehat.
Program seterusnya dimulakan pada jam 4 pagi untuk qiamullail sehingga sahur dan kemudiannya solat Subuh secara berjemaah.

Peristiwa
ini begitu mengharukan bukan sahaja kepada kami rakyat Kelantan tetapi umat
Islam di negara ini juga. Semua rakyat Kelantan tentu sekali berbangga
dan bertuah kerana mempunyai Raja yang alim.
Berikut Adalah Antara Petikan Foto Dari Pelbagai Sumber
Ketibaan YAB MB di Istana |
Orang kenamaan kelihatan Dato Nasaruddin Daud dan Dato Mustapa Mohamed. |
Tok Guru Nik Aziz bersalam dengan penyambut tetatamu. |
Ustaz Azhar Idrus sedang memberi kuliyyah |
Dato Mustapa Mohamad berbual-bual sementara menanti majlis bermula. |
Abdullah Yaacob Adun Air Lanas antara wakil rakyat yang hadir. |
Pemandangan dalam dewan Jubli Perak istana Kubang Kerian. |
Hadirin mendengar kuliyyah Ustaz Azhar Idrus. |
Tuanku bersalaman dengan rakyat selepas solat. |
Di dalam penuh terpaksa solat di luar dewan. |
Suasana dalam Istana Sayang ... saya tidak sempat menghadiri majlis penuh keberkatan inj kerana baru saja sampai dari KL jam 7.00 malam walaupun ada jemputan rasmi untuk bersama Tuanku.
No comments:
Post a Comment