Petang hari ini, jam 6.00 bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, ringkasnya KBR.Tujuan menghantar anaknda mendapat penerbangan ke KLIA di mana beliau akan memulakan penerbangan berikutnya jam 2.00 pagi ke Dubai, United Arab Emirates dengan Fly Emirates. Beliau bertransit di sini sebelum menuju Dublin jam 7.00 pagi esoknya dengan dijangka tiba jam 6.00 petang hari yang sama.
Bimbang juga kerana musim orang cuti raya ini, jalan segenap ceruk memang menjadi laluan kenderaan. Musim raya ini majoriti anak kelantan di perantauan akan balik ke bumi tanah tumpah darah ini untuk beraya bersama orang tersayang ayah-bonda, adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga. Keluar kampong masuk jalan utama Pasir Hor, walaupun hampir senja tetapi deretan kereta memanjang di setiap lampu isyarat. Melalui Jalan Pasir Hor seterunya Panji dan Panchor dan akhirnya ke airport mengambil masa 1 jam 10 minit. Bergegas anaknda 'Q" untuk check in. Alhamdulillah, kata orang, ngam-ngam dengan masa bording 7.20 malam walaupun minyak mydat dah menyala lampu warningnya. Tepat jam 7.50 MAS bertolak ke KLIA. Kebiasaanya dalam normal perjalanan berkereta dari rumah ke airport ini mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
Sempat bersembang dengan rakan air port yang dah dikenali. Mengajukan soalan kepadanya, selepas berlepasnya pesawat 7.50 malam, akan ada 8 penerbangan lagi bermula dari 8.15 malam hingga 11.25 malam dari KBR ke KLIA/SUBANG/LCCT.iaitu 2 MAS, 4 Firefly, 2 Air Asia. Sebab tu terdapat ramai orang di sini.Rakan MAS memberitahu bahawa ada hari tertentu bilangan pergi balik penerbangan di airport ini mencecah 62 penerbangan sehari. Wowwww...
Sebab itulah pada 7 hb Ogos, semasa mendapat penerbangan saya ke KLIA untuk ke Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan , disudut ruang menunggu telah diubahsuai dengan petak cermin lengkap dengan kerusi meja.dan pada 14 hb Ogos pula, apabila sekali lagi ke KLIA untuk ke Putrajaya , mesyuarat MMI, tempat berkenaan telah siap dan ditulis dengan Pelepasan Antarabangsa.
Oh rupanya , KBR ini dah jadi Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismal Petra.. di mana destinasi pertamanya ialah KBR-SINGAPURA.
Balik ke rumah jam 9.00 malam, isi penuh minyak dan jalanraya dah jadi kembali biasa. jam 10.00 mlam tiba di rumah.
( Hadir sama di airport ialah semua anak beranak, Mek, Su Tie dan Tok Su)
No comments:
Post a Comment