Berlangsung jam 8.30 pagi di BTPN Kelantan, mesyuarat menumpukan kepada pencapaian KPI(Akademik) kecemerlangan melibatkan 30 buah sekolah di negeri Kelantan. Semua sekolah adalah sekolah pencapaian tinggi dalam PMR,SPM dan STPM tahun 2011. Pengisian dibuat oleh KSPA, KPP (Matematik) dan penulis sendiri yang memberi fokus utuk STPM 2012.
YABrs. Tuan Pengarah sudi hadir dan memberi ucapan membina semangat agar sekolah yang terlibat dapat menyumbang lebih kecemerlangan untuk PMR, SPM maupun STPM untuk kohort kali ini. Bagi perkogsian ilmu, penulis memberi paparan data 2012 bagi ETR , AR1, AR2 bagi pencapaian STPM yang dilaksanakan 2 kali sebelum ini. Juga dibentangkan mengenai "Near Miss" kecemerlangan dan "LULUS". Diakhiri pembentangan dengan satu latihan , mengenal apa itu program intervensi yang betul berpandukan bahan edaran yang dibuat.
Semoga semua Pengetua dan PKP yang hadir dapat merealisasi dan menterjemahkan kecemerlangan ini.
No comments:
Post a Comment