Perutusan Eidulfitri 1433H
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd
Assalamulaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha
Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya
menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada
semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian
dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon
daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan
perilaku.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan
merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh
utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah
SWT dengan petunjuk serta keampunan.
Syawal tahun ini kita
disambutkan dengan menyuburkan amal makruf dan menghindari mungkar
tanpa mengulangi dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Tiada ertinya
memasuki tarbiyah Ramadhan selama sebulan lepas tetapi apabila tibanya
syawal ulang balik membuka luas pintu neraka.
Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran berterusan bencikan kebatilan.
Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah
dalam menuntut perubahan 'semakin sehari semakin baik' dengan mendapat
redhaNYA.
Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.
Ketua Penolong Pengarah Sains
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.
Syawal tahun ini kita disambutkan dengan menyuburkan amal makruf dan menghindari mungkar tanpa mengulangi dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Tiada ertinya memasuki tarbiyah Ramadhan selama sebulan lepas tetapi apabila tibanya syawal ulang balik membuka luas pintu neraka.
Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran berterusan bencikan kebatilan.
Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan 'semakin sehari semakin baik' dengan mendapat redhaNYA.
Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.
Ketua Penolong Pengarah Sains
No comments:
Post a Comment