.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, August 31, 2012

Janji Ditepati

Kemerdekaan negara kita yang kita cintai ini dah masuk yang ke 55 tahun. Perjuangan datuk nenek kita dahulu tak kira dari bersayap kanan @ bersayap kiri @ tanpa sayap menentang penjajah diakhiri dengan deklarasi kemerdekaan oleh Almarhum YTM Tengku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Bermulalah detik merdeka kita dengan tiada lagi penjajah dari Portugal, Jepun dan Inggeris. Persekutuan Tanah Melayu telah bebas menentukan nasib anak bangsanya. Semasa era penjajahan segala hasil mahsul negeri dibungkus dan dibawa balik ke negara masing-masing, segala yang haram disisi agama disebar luas kepada generasi rumpun ketika itu. Halal haram entah ke mana...hentam sajalah.

Adakah kita betul-betul  merdeka.. ya, kita merdeka kerana penjajah telah angkat kaki meninggalkan kita tetapi sekiranya perangai mereka terus kekal kita ikut amalkan, maka kita masih belum merdeka sepenuhnya. Kita takut kita ini sendiri terus menerus menjajah bangsa kita sendiri dengan mengambil segala hasil mahsul menjadi hak pribadi kita dan masih tak dapat membezakan amalan hak dan batil. Relakah kita yang berwajah sama berumpun sama menjajah anak bangsa kita sendiri?

Amat tertarik dengan on-air jam 7.00 pagi ini. TANYALAH USTAZ di TV, katanya  kemerdekaan yang betul ialah kita tidak melakukan SYIRIK kepada ALLAH SWT.Dengan kata lain kita tak lagi melakukan yang mungkar, menjauhi larangan dan akur patuh akan suruhan NYA.

Juga dalam Forum Perdana Merdeka kendalian Radio Kelantan FM yang ke udara jam 10.00 hingga 11.00 pagi ini telah memberi fokus utama kepada Tema Kemerdekaan 2012 iaitu JANJI DI TEPATI. Tertarik dengan butiran ceramah salah seorang Ustaz yang terlibat di mana pemimpin adalah bertanggungjawab sepenuhnya kepada sebarang janji yang disebut kepada ahlinya. Kita semua adalah pemimpin, pemimpin keluarga, pemimpin masyarakat, pemimpin organisasi, pemimin negeri malah pemimpin negara. Apa yang dijanjikan perlulah ditunaikan. Sekiranya tidak dapat ditunaikan maka munafiklah pemimpin itu. Pemimpin kecil ada janji kecilnya, pemimpin sederhana tentulah ada janjinya sederhananya,  samatelahan pemimpin besar tentulah ada janji besarnya.  Takkanlah pemimpin kecil berjanji besar yang sukar dibuat begitulah juga seprang pemimpin besar berjanji kecil yang juga sengaja tak dibuat.

Pemimpin kecil yang tidak menunai janjinya..munafiknya agak kecillah tetapi jika pemimpin besar yang tidak menunai janji munafiknya tentulah besar. Tetapi adakah juga dikirakan munafiknya sekiranya janji ditunaikan tetapi amanah dan intergritinya jauh sekali ?

Sukarnya mendapat kemerdekaan tetapi amat sukar bagaimana mengisi kemerdekaan ini agar anak merdeka beroleh maju dengan kapasiti dan beracuan kita sendiri.

Buat sahabat bertitle DG, kita sebenarnya telah berjanji sewaktu mula menjawat jawatan ini, bahawa kita akan terus mendidik anak generasi akan datang menjadi orang yang berguna kepada agama dan watan.... jom  tunai dan tepati  janji ini.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PM-Tiada sebab pertikai tema 'Janji Ditepati'

ALOR SETAR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tiada sebab untuk sesiapa mempertikaikan tema sambutan Hari Kebangsaan 'Janji Ditepati' kerana ia merupakan sesuatu yang sejagat dan juga merupakan prinsip dalam agama Islam.
"Sebagai seorang Islam kita perlu ikat janji kita, janji kita dengan Allah merupakan janji terbesar dan paling penting, jika kita ingin mendapat rahmat Allah, maka kita perlu tunaikan janji kita kepada Allah.
"Di peringkat sesama manusia pun, kita tentu perlu mengikat janji, kalau kita sudah berjanji orang akan percaya kepada kita jika kita menunaikan janji," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aidilfitri 1Malaysia Bersama Perdana Menteri di pekarangan Stadium Darul Aman di sini hari ini.
Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung dan para pemimpin UMNO serta Barisan Nasional (BN) negeri.
Pada masa sama, Perdana Menteri mengajak semua pihak mempertahankan prinsip mulia itu sebagai asas selaku pemimpin, kerajaan, rakyat atau manusia biasa.
"Oleh itu, tiada sebab untuk mempertikaikan tema ini melainkan orang itu tidak biasa menunaikan janji," jelasnya.
Tambah Najib, soal janji juga bukanlah terhad kepada kerajaan atau wakil rakyat semata-mata malah rakyat biasa turut perlu berjanji.
Katanya, sekiranya rakyat mahu negara aman, stabil dan bertambah makmur mereka mesti berjanji menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran negara.
"Semua pihak ada janji masing-masing, pada Allah, manusia dan kerajaan, maka manusia akan bertambah maju dan berjaya. Sebagai kerajaan, kalau berjanji perlu ditunaikan," katanya.
 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat akan sebuah lagu dulu-dulu 

dan untuk meraikan kemerdekaan 2012 ini, kibaran jalur gemilang di kenderaan dan di halaman rumah tak bermaya nampaknya. serta sebelum ini sambutan ambang merdeka menjelang detik 12 malam dah tak ada lagi di Dataran Merdeka... yang ada cuma 
Malam 30 Ogos 2012 - 10,000 lautan kuning banjiri 'Janji demokrasi' selain kira-kira 5,000 pengunjung ambang Merdeka  Malaysiakini 

Thursday, August 30, 2012

Ambang Merdeka 55

Kita sebagai warganegara Malaysia, telah dikurniakan kemerdekaan   yang kita kecapi ini adalah juga berupa nikmat Allah kepada kita yang wajib kita syukuri bersama. Dengan nikmat kemerdekaan yang kita nikmati ini membolehkan kita hidup aman bahgia.

Hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-55 yang kita kecapi hari ini, adalah nikmat Allah Taala kepada kita hasil perjuangan generasi terdahulu yang berkorban harta benda, jiwa raga dan seluruh kehidupan mereka menentang penjajahan. Ianya menjadi hadiah yang tidak ternilai kepada kita yang berupa keselesaan dan keamanan menjalani kehidupan tanpa rasa takut dan risau dalam melakukan ibadah dan tugas seharian. Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa memastikan segala perbuatan dan tindak tanduk kita bertepatan dengan kehendak Allah.
 

Timbul satu persoalan kepada kita, apakah kekuatan yang ada pada generasi terdahulu sehingga sanggup bersusah payah berjuang membebaskan negara daripada penjajah ??? Siapakah yang mengerakkan mereka untuk berkorban harta dan jiwa, demi kelangsungan kehidupan anak cucu mereka???

Sedarilah bahawa yang menimbulkan kesedaran kepada generasi terdahulu untuk membebaskan negara ini, dan sanggup berkorban harta dan jiwa adalah Allah SWT. Allah Taala sahajalah yang mampu untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kekuatan kepada mereka untuk berjihad membebaskan negara. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk memberi kemudahan dan kemaslahatan kepada kita, untuk melakukan ibadah kepada Allah dan memudahkan urusan seharian kita. Maka, janganlah kita cemari pengorbanan mereka dengan membangkitkan kemurkaan Allah dan mengabaikan segala titah perintah Allah terhadap kita.
Tahap kesedaran dan penghayatan kemerdekaan bukanlah dinilai dengan penglibatan kita dalam program sambutan kemerdekaan yang dianjurkan oleh berbagai pihak. Bukan juga dinilai dengan banyaknya kibaran jalur gemilang yang ada di kediaman dan dijalanraya. Tidak hanya dikira dengan imbasan dan penceritaan semula kisah-kisah perjuangan saki baki pejuang yang masih ada. Namun kesedaran dan penghayatan yang lebih bermakna adalah dinilai setakat mana kita mengisi kemerdekaan ini sepanjang kehidupan kita. Pengisian kemerdekaan hendaklah bertepatan dengan kehendak Allah yang telah mengurniakan kemerdekaan kepada kita. Tidak ada kemerdekaan yang lebih besar daripada kemerdekaan hati dan jiwa orang-orang yang beriman yang sentiasa mengingati Allah. Di antara tanda-tanda kita mengingati Allah ialah:

1. Mendirikan solat.
2. Hati merasa gementar apabila disebut nama-nama Allah.
3. Semakin bertambah keimanan kepada Allah, apabila dibacakan ayat-ayat Allah.
4. Lidah sentiasa basah menyebut nama-nama Allah yang indah.
5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah.
6. Merasakan nikmat Allah yang kecil sebagai nikmat yang besar.
7. Sentiasa beristighfar dan memohon taubat di atas maksiat yang dilakukan walaupun dosa-dosa kecil.
8. Merasakan bahawa segala yang kita miliki di atas dunia ini, adalah milik mutlak Allah Taala.
9. Berlumba-lumba melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada kedua ibu bapa, ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan masyarakat Islam keseluruhannya.
10. Mengambil berat kebajikan saudara seagama yang menerima nasib malang, musibah dan malapetaka.

Maka marilah kita memerdekakan hati dan jiwa kita agar pengorbanan nenek moyang kita memerdekakan Negara tidak menjadi sia-sia. Jangan hanya kita hanya meraikan kemerdekaan yang telah memberi peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, namun kita isikan kemerdekaan ini dengan aktiviti dan program yang mengundang kemurkaan Allah.
 
Esok  adalah hari ulang tahun kemerdekaan tanah air kita yang ke-55. Kemerdekaan tanah air kita adalah merupakan ketetapan daripada Allah Yang Maha Bijaksana, pencipta dan pentadbir alam ini. Segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradah-Nya. Segala-segalanya telah direncanakan sebelum terciptanya alam raya ini. Apabila Allah berkehendak untuk menjadikan sesuatu, Dia hanya mengucapkan “Jadilah”, maka jadilah perkara tersebut. Sesungguhnya, Allah tidak sekali-kali menyalahi janji-janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Segala janji Allah adalah benar dan pasti berlaku.

Kita sebagai makhluk Allah Taala, perlu berusaha untuk mengingati Allah dalam setiap keadaan, menghubungkait segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita adalah datangnya daripada Allah Taala, bersyukur di atas segala nikmat-Nya, sentiasa melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain, dan janganlah kita kufur dan menolak ketentuan dan ketetapan yang datang daripada Allah Taala. Ingatlah, semua perkara yang berlaku ke atas diri sama ada baik atau pun buruk adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah. Ingatlah kita semua kepada Allah, kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati kita akan menjadi tenang tenteram


Rujukan: Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak


Marilah bersama mengisi kemerdekaan dengan redha ALLAH SWT

"Skeling" Menamatkan Sengketa Bisnes Samsung -Apple

Samsung Perli Apple!! Bayar Denda USD 1 Billion Guna Syilling 5 Sen Sebanyak 30 Trak

Pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Apple di California. Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.

Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini.
 
(Peperangan Bisness hanya duit menjadi taruhan )

Wednesday, August 29, 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri dan Ambang Merdeka JPN Kelantan

Alhamdulillah, hari ini berlangsung majlis sambutan Hari Raya Aidilfiri 1433 H bersekali dengan Ambang Merdeka ke 55 negera. Majlis yang dikendalikan oleh Sektor Pendidikan Islam ini adalah sebagai pengisian Perhimpunan Bulanan Jabatan. Ucapan utama YABrs. Tuan Pengarah memberi fokus kepada pengajaran sebulan Ramadhan untuk terus diamalkan dalam kerjaya. Ramadhan mentarbiyahkan kita tentang amal yang menuju keredahaan ALLAH SWT. Disamping itu juga tentang kemerdekaan negara dan keperluan kepada pengisiannya untuk membina negara bangsa.
 
Majlis selama hampir 3 jam ini diakhiri dengan persembahan anak-anak pelajar SK Padang Garong dengan nyayian Lagu Merdeka dan sumbangan duit raya buat mereka yang disampaikan oleh  Tuan Pengarah dan Tuan Timbalan Pengarah.
 
(Mulai jam 11.00 pagi di bilik Gerakan JPN, mewakili SPA untuk menyuarat Majlis Tertinggi Jabatan sehingga selesai jam 4.30 petang)

Sunday, August 26, 2012

Angkasawan Neil Armstrong meninggal dunia

Neil Armstrong (AP Photo/NASA)

 Manusia Pertama Mendarat Di Bulan  

Angkasawan Amerika Syarikat, Neil Armstrong dilaporkan telah meninggal dunia akibat satu komplikasi pembedahan.

Agensi berita AFP melaporkan, doktor menemui sekatan di saluran darah Armstrong, 82, yang menjalani pembedahan jantung pada awal bulan ini.

Keluarga Armstrong dilaporkan berkata, mereka sedih dengan pemergian perintis angkasa lepas itu yang sering memencilkan diri daripada perhatian media.

Siaran televisyen pada 20 Julai 1969 menunjukkan Armstrong dan seorang lagi angkasawan dalam pesawat Apollo 11, Edwin "Buzz" Aldrin mendarat di permukaan bulan.

Armstrong menerima sanjungan ramai tokoh Amerika Syarikat termasuk presiden negara itu, Barack Obama menyifatkan angkasawan tersebut sebagai "wira Amerika".

 %%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Yuri Gagarin
Юрий Гагарин
Gagarin Signature.svg
Soviet cosmonaut
The first human in space
Yuri Alekseyevich Gagarin (Russian: Ю́рий Алексе́евич Гага́рин[1]; IPA: [ˈjʉrʲɪj ɐlʲɪˈksʲejɪvʲɪtɕ ɡɐˈɡarʲɪn]; 9 March 1934 – 27 March 1968) was a Soviet pilot and cosmonaut. He was the first human to journey into outer space, when his Vostok spacecraft completed an orbit of the Earth on 12 April 1961.
Gagarin became an international celebrity, and was awarded many medals and titles, including Hero of the Soviet Union, the nation's highest honour. Vostok 1 marked his only spaceflight, but he served as backup crew to the Soyuz 1 mission (which ended in a fatal crash). Gagarin later became deputy training director of the Cosmonaut Training Centre outside Moscow, which was later named after him. Gagarin died in 1968 when the MiG 15 training jet he was piloting crashed.

Mengapa mereka dan negara mereka menjadi  manusia dan negara yang hebat sejak tahun 60'an lagi... Jauhnya kita dengan kejuruteraan dan teknologi mereka...hampir 50 tahun. Mungkin mereka telah membudayakan kreativiti dan inovasi lebih awal demi menjanakan ketamadunan sains dan teknologi.. walhal kita suci Al-Quran Karem telah menjelaskan segala-galanya.... sikap perlu berubah untuk maju.

Saturday, August 25, 2012

Antara Syaitan dan Malaikat

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir menjelaskan bahawa "syaitan" yang dimaksudkannya dalam tulisan di blognya itu merujuk kepada kerajaan BN.

"Orang bertanya mengenai syaitan, tapi kita adalah syaitan yang orang kenal. Mereka adalah malaikat yang orang tidak kenal," katanya.
NONEBeliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media di majlis rumah terbukanya sempena Hari Raya hari ini.

Ditanya siapakah golongan yang dimaksudkan sebagai "malaikat" itu, Mahathir berkata beliau merujuk kepada pembangkang.

Jelasnya, "malaikat" itu bukanlah golongan yang suci kerana "Kadang-kadang, malaikat juga boleh buat bannyak perkara salah," katanya.

Katanya, walaupun pembangkang mahu membuat perubahan, langkah itu tidak semestinya memberi kebaikan.

"Jika anda berubah kepada sesuatu yang lebih teruk, anda akan menyesalinya," kata Mahathir yang menambah, pembangkang akan terus berusaha untuk terus menang sekiranya berjaya membentuk kerajaan.

Beliau menjelaskan pepatah bahasa Inggeris "lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal" yang disebut dalam tulisan di blog chedet.cc pada hari Rabu lalu.

Tulisan itu menggesa pembacanya supaya tidak menyokong Anwar yang disifatkannya sama dengan presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Obama, kata Mahathir banyak menjanjikan perubahan tanpa jaminan untuk menunaikannya.

p.s.  yang penting generasi akan datang  dapat membezakan mana yang hak dan mana yang batil

Friday, August 24, 2012

Ku Li dan Royalti

Ku Li0061Balai Islam
Ku Li: Sokong tuntutan royalti tak jejas BN
 

  • Bernama
  • 5:13PM Ogos 24 2012
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan tanggapan bahawa tindakan beliau membantu berhubung tuntutan royalti minyak Kerajaan PAS Kelantan sebelum ini telah menjejaskan perjuangan Umno dan BN.

Sebaliknya, kata beliau, semua kenyataan yang dikeluarkan itu bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya pengundi Kelantan terhadap Umno dan BN terutama bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

"Lagi pun apa yang saya perkatakan dalam beberapa kenyataan sebelum ini membabitkan desakan ke atas Petronas sahaja dan tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian Gua Musang di Bukit Chekati di Gua Musang, hari ini.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata beliau bukan hendak membela kerajaan negeri pimpinan Pas itu, tetapi apa yang diperkatakan adalah bagi menjelaskan perkara sebenar yang terkandung dalam perjanjian antara Petronas dengan kerajaan negeri terbabit.

Katanya, beliau berhak menjelaskan perkara itu supaya rakyat lebih yakin dengan perjuangan Umno dan BN walaupun masalah itu menjadi tanggungjawab Petronas untuk menyelesaikannya.

"Sumber sebenar hasil itu (petroleum) diperoleh Petronas dan Petronaslah yang harus bertanggungjawab membayar semua tuntutan kerajaan negeri terbabit seperti yang terkandung dalam perjanjian yang saya lakukan kerana ketika itu saya menjadi Pengerusi Petronas.

"Memanglah ramai yang membuat tafsiran salah berhubung kenyataan saya itu hingga ada yang menuduh lebih memihak kepada pembangkang dan saya ingin jelaskan kenyataan itu adalah hakikat yang patut kita sama-sama selesaikan," katanya.

Beliau berkata segala perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Petronas ketika itu juga mendapat persetujuan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan semuanya terkandung dengan jelas dalam akta petroleum berkenaan.

"Saya bukan nak berada di sebelah mana-mana pihak berhubung tuntutan berkenaan dan apa yang saya lakukan itu untuk memberi faedah bersama termasuk rakyat. Jika rakyat mendapat manfaat sudah tentu akan menyokong kita pada PRU-13 tidak lama lagi," katanya.

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum, Tengku Razaleigh berkata, persiapannya sudah diatur dengan baik khususnya di bahagian Gua Musang bagi mengekalkan kubu kuat Umno di Kelantan itu yang tidak pernah tewas kepada pembangkang.

"Saya mempunyai strategi sendiri bagi mengekalkan kemenangan itu, tetapi pada PRU-13 nanti terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian terbaik, tetapi saya harap sokongan mereka tidak berubah dan memberi kemenangan kepada BN," katanya.

- Bernama

p.s.: Sebagai seorang profesional akta itu adalah fakta

Thursday, August 23, 2012

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismal Petra



 

Petang hari ini, jam 6.00 bertolak dari rumah ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, ringkasnya KBR.Tujuan  menghantar anaknda mendapat penerbangan ke KLIA di mana beliau akan memulakan penerbangan berikutnya jam 2.00 pagi ke Dubai, United Arab Emirates dengan Fly Emirates. Beliau bertransit di sini sebelum menuju Dublin jam 7.00 pagi esoknya dengan dijangka tiba jam 6.00 petang hari yang sama.

Bimbang juga kerana musim orang cuti raya ini, jalan segenap ceruk memang menjadi laluan kenderaan. Musim raya ini majoriti anak kelantan di perantauan akan balik ke bumi tanah tumpah darah ini untuk beraya bersama orang tersayang ayah-bonda, adik beradik, sanak saudara dan jiran tetangga. Keluar kampong masuk jalan utama Pasir Hor, walaupun hampir senja tetapi deretan kereta memanjang di setiap lampu isyarat. Melalui Jalan Pasir Hor seterunya Panji dan Panchor dan akhirnya ke airport mengambil masa 1 jam 10 minit. Bergegas  anaknda 'Q"  untuk check in. Alhamdulillah, kata orang, ngam-ngam dengan masa bording 7.20 malam walaupun minyak mydat dah menyala lampu warningnya. Tepat jam 7.50 MAS bertolak ke KLIA. Kebiasaanya dalam normal perjalanan berkereta dari rumah ke airport ini mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
Sempat bersembang dengan rakan air port yang dah dikenali. Mengajukan soalan kepadanya, selepas berlepasnya pesawat 7.50 malam, akan ada 8 penerbangan lagi bermula dari 8.15 malam hingga 11.25 malam dari KBR ke KLIA/SUBANG/LCCT.iaitu 2 MAS, 4 Firefly, 2 Air Asia. Sebab tu terdapat ramai orang di sini.Rakan  MAS memberitahu bahawa ada hari tertentu bilangan pergi balik penerbangan di airport ini mencecah 62 penerbangan sehari. Wowwww... 
Sebab itulah pada 7 hb Ogos, semasa mendapat penerbangan saya ke KLIA untuk ke Mines Wellness Hotel, Seri Kembangan , disudut ruang menunggu telah diubahsuai dengan petak cermin lengkap dengan kerusi meja.dan pada 14 hb Ogos pula, apabila sekali lagi ke KLIA untuk ke Putrajaya , mesyuarat MMI, tempat berkenaan telah siap dan ditulis dengan Pelepasan Antarabangsa.

Oh rupanya , KBR ini dah jadi Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismal Petra.. di mana destinasi pertamanya ialah KBR-SINGAPURA.

Balik ke rumah jam 9.00 malam, isi penuh minyak dan jalanraya dah jadi kembali biasa. jam 10.00 mlam tiba di rumah.

( Hadir sama di airport ialah semua anak beranak, Mek,  Su Tie dan Tok Su)


Wednesday, August 22, 2012

Jom Puasa 6 Di Bulan Syawal

PUASA 6 - DI BULAN SYAWAL




Jom baca isi kandungan puasa 6, kemudian kita praktikkan.
Berpuasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Puasa 6 hari di bulan Syawal ( bulan setelah bulan Ramadhan ) sangat dianjurkan, hal ini terlihat dariberbagai hadits dan sumber rujukan berikut :

Abbu Ayyub Radiallahu `anhu meriwayatkan, Nabi Salallahu `alaihi wasallam bersabda: "Barangsiap berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan ( puasa ) enam hari dibulan Syawal, maka( pahalanya ) sama seperti berpuasa selama satu tahun. ( HR. Mulsim )."
Imam Ahmad dan Nasa`i, Meriwayatkan dari Tsauban, Nabi Salallahu `alaihi wasallam bersabda : "Puasa Ramadhan ( ganjarannya ) sebanding dengan ( Puasa ) Sepuluh bulan, Sedangkan puasa enam hari ( di bulan Syawal Pahalanya ) sebanding dengan ( Puasa ) dua bulan, maka itulah bagaikan puasa selama setahun penuh." (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahih Mereka.) "
Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Membiasakan diri puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat diantaranya :

1. Puasa enam hari di bulan syawal, Merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya`ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna darikekurangan, karena pada hari kiamat nanti perbuatan perbuatan fardhu akan disempurnakan ( dilengkapi ) dengan perbuatan-perbuatan sunnah. Sebagaimana keterangan datang dari Nabi Salallahu `alaihi Wasallam diberbagai riwayat. Mayoritas puasa yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu membutuhkan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, karena apabila Allah Ta`ala menerima amal seorang hamba, pasti ia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebagian orang bijak mengetakan: "Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya." Oleh karena itu barang siapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, Maka itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.

4. Puasa Ramadhan sebagaimana disebutkan dimuka dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosamasa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan mendapatkan pahalanya pada hari raya `Idul fitri yang merupakan hari pembagian hadiah, maka membiasakan puasa setelah `Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

5. Dan diantara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini selama ia masih hidup.

Seorang ulama Salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika bulan Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh sungguh lagi, beliau berkomentar : "Seburuk buruk kaum adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh sungguh di sepanjang tahun."

Oleh karena itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan syawal, karen hal itu mempercepat proses pembebasan diriya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawal, dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan 6 hari di bulan syawal.

Pelaksanaan Puasa Enam Di Bulan Syawal

Puasa enam Syawal perlu dilaksanakan secara berturut-turut atau sebaliknya. Sebenarnya cara yang afdhal (terbaik) adalah berpuasa secara berturut-turut sebaik sahaja selepas Aidilfitri yang pertama menurut pandangan mazhab Shafie dan Hanafi.

Akan tetapi, cara demikian iaitu berpuasa berturut-turut selepas Aidilfitri pertama tidaklah menjadi suatu rukun atau syarat terhadap ibadat puasa enam Syawal ini. Malah ganjaran sunatnya tetap diperolehi sekalipun dilakukan secara berselang-seli asalkan ia dikerjakan sebanyak enam hari dalam bulan Syawal. 

Selain itu, persoalan lain yang sering timbul juga adalah mengenai manakah dahulu perlu diutamakan antara puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal. Perlu diingatkan bahawa mengqada' puasa Ramadan merupakan suatu kewajipan yang perlu dilunaskan sebanyak hari yang ditinggalkan. Ia merupakan 'hutang' manusia kepada Allah SWT. Namun begitu, bagi sesiapa yang benar-benar keuzuran sehingga tidak berdaya mengerjakan puasa, mereka tidak diwajibkan mengqada' puasa yang ditinggalkan itu, tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan.

Firman Allah SWT bermaksud:
"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya (berpuasa kerana keuzuran dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan kepada orang miskin." (Surah al-Baqarah: Ayat 184)

Dalam mengerjakan qada' puasa Ramadan, para ulama menyatakan bahawa orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran, mereka dikehendaki menyegerakan mengqada' puasa tersebut. Bahkan sebahagian ulama berpendapat tidak diharuskan melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam Syawal selagi tidak selesai mengqada' puasa Ramadan.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti perempuan haid atau nifas, diharuskan bagi mereka mengerjakan puasa enam Syawal terlebih dahulu sekalipun mereka masih mempunyai puasa qada' Ramadan.

Perkara ini mungkin berlaku disebabkan mereka berada di akhir Syawal dan dikuatiri tidak sempat menghabiskan puasa enam Syawal. Pun begitu, mengutamakan puasa qada' Ramadan adalah lebih baik jika mereka mempunyai waktu yang cukup untuk menghabiskan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal dalam bulan Syawal itu juga.

Adapun mengenai persoalan niat puasa qada' dan puasa sunat secara serentak, berlaku khilaf di kalangan ulama. Sebilangan ulama menyatakan harus diniatkan dan ditunaikan puasa qada' Ramadan dan puasa sunat enam Syawal secara serentak.

Namun kebanyakan ulama berpendapat jika dapat memisahkan puasa tersebut iaitu melakukan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal pada hari yang berlainan adalah lebih baik berbanding dengan berpuasa secara serentak.

Berikut merupakan keterangan dan langkah-langkah yang boleh dijadikan panduan mengenai puasa serentak ini:

1. Selesaikan puasa qada' Ramadan terlebih dahulu sebelum berpuasa enam Syawal. Ia adalah lebih baik dengan mengutamakan puasa qada' Ramadan yang wajib terlebih dahulu sebelum berpuasa sunat. Hal ini dilihat bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud:

"Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan kebaikan bagi) keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah ali-Imran: Ayat 133)

2. Namun jika kita tidak mampu melaksanakan puasa qada' Ramadan dan puasa enam Syawal secara berasingan di dalam bulan Syawal, maka harus kita mendahulukan puasa enam Syawal terlebih dahulu. Ini kerana puasa enam Syawal hanya boleh dikerjakan pada bulan Syawal sahaja sedangkan puasa qada' Ramadan boleh dikerjakan selepas bulan Syawal.

3. Jika kita tidak mampu juga melaksanakan puasa enam Syawal dan qada' Ramadan secara berasingan disebabkan keuzuran, maka puasa secara serentak antara puasa enam Syawal dan qada' Ramadan adalah langkah terbaik.

Demikianlah beberapa penjelasan mengenai permasalahan berkaitan puasa enam Syawal yang sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam di Malaysia pada masa kini. Semoga dengan penerangan ini akan menjadikan puasa enam Syawal kita lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Niat Puasa  6 Hari Di Bulan Syawal

Berpuasa 6 Hari Di Bulan Syawal



Wllahu a`lam.
Ehsan Open Minda.

Tuesday, August 21, 2012

Jumlah Tulang Kita = Bilangan Hari Tahun Hijri



Berwudhu

Seorang doktor pakar bedah yang berprofesi juga sebagai kakitangan pengajar anatomi di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta mencari fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang.

Bertahun-tahun menggeluti ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahawa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.

Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologi, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.

Dalam kaitannya dengan ritual wudhu, pembasuhan anggota wudhu kebanyakan sebanyak 3 kali, dan ada yang 1 kali (membasuh kepala dan telinga). Cuba kita perhatikan jumlah tulang penyusun bahagian-bahagian tubuh yang dibasuh pada saat wudhu;

A. Lengan dan tangan (30 buah)
1 buah tulang lengan atas
2 buah tulang lengan bawah
8 buah tulang pergelangan tangan
19 buah tulang telapak dan jari-jari

B. Tungkai dan kaki (31 buah)
2 kaki bawah
8 buah tulang pergelangan kaki
21 buah tulang telapak dan jari-jari

C. Wajah (12 buah)
1 buah tulang dahi
1 buah tulang baji
1 buah rahang atas
1 buah rahang bawah
1 buah tulang air mata
1 buah tulang pelipis
2 buah tulang hidung
2 buah tulang pipi

D. Rongga mulut dan hidung (41 buah)
32 gigi geligi
1 buah tulang langit-langit
1 buah rahang
7 buah sekat dan karang hidung

E. Kepala dan telinga (12 buah)
2 buah tulang pelipis
2 buah tulang ubun-ubun
1 buah tulang
1 buah tulang baji
1 buah tulang dahi
1 buah tulang belakang kepala
6 buah tulang pendengaran

Bahagian tubuh mata A - D dijumlahkan: 30 +31 +12 +41 = 114.

Angka tersebut didarabkan 3 oleh kerana saat wudhu, dilakukan pembasuhan sebanyak 3 kali, menjadi: 114 x 3 = 342.

Mata E tidak dikalikan 3 kerana saat wudhu, kepala dan telinga dibasuh hanya 1 kali. Angka 342 dijumlahkan dengan 12 didapati angka 354.

Angka ini sama dengan jumlah seluruh jumlah hari dalam 1 tahun hijriah, sekaligus sama dengan jumlah seluruh tulang manusia. Dengan demikian membasuh anggota tubuh saat wudhu seakan-akan sudah membasuh seluruh tubuh. Apakah ini suatu kebetulan??
Sumber: Detik Islam

Monday, August 20, 2012

Antara Pancing dan Ikan

Apabila mereka diberi pancing mereka akan berikhtiar untuk hidup

Apabila mereka diberi ikan, mereka mengharapkan ikan sentiasa diberi 

Apabila ikan tidak mampu diberi lagi, mereka sukar untuk hidup...

Maka mereka akan menjadi manusia yang sentiasa ketinggalan.

Wahai sahabat pendidik.. ubahlah generasi akan datang ini dengan ilmu dunia dan akhirat agar mereka menjadi generasi terbaik untuk agama, bangsa dan tanah air.

Amalkan Tarbiyah Ramadhan

Umat Islam hari ini kembali kepada fikrah selepas sempurna menunaikan ibadat puasa sepanjang Ramadan yang baru berlalu.Fitrah bermaksud kembali kepada asal kejadian yakni manusia menjadi bersih seumpama selepas dilahirkan. Aidilfitri bermaksud kembali kepada fitrah dan Allah mengingatkan fitrah manusia ialah taat, patuh dan tidak mensyirikkan Allah.Kita kembali kepada Allah.Oleh itu bagi memastikan fikrah itu tidak tercemar manusia hendaklah melakukan segala perintah sebagaimana yang dikehendaki Allah Taala dalam semua urusan kehidupan 

Apakah setelah diri jasad rohani jasmani jiwa raga ini dibersihkan, sanggupkah kita kembali mengotorkannya kembali. Jangan buka kan lagi pintu neraka itu.Sentiasa kekal bertaqwa.

Sunday, August 19, 2012

Perutusan Eidulfitri Dari Ku Untuk Mu

Perutusan Eidulfitri  1433H
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd

Assalamulaikum.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitr 1433 Hijrah kepada semua sahabat handai, rakan taulan serta muslimin muslimat sekalian dengan lafaz minal eidil walfaizin wal maqbulin. Kemaafan dipohon daripada saudara-saudari seluruhnya atas sebarang keterlanjuran kata dan perilaku.

Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam; ujian melawan nafsu yakni musuh utama kita dan seandainya berjaya, maka kita akan dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta keampunan.

Syawal tahun ini kita disambutkan dengan menyuburkan amal makruf dan menghindari mungkar tanpa mengulangi dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Tiada ertinya memasuki tarbiyah Ramadhan selama sebulan lepas tetapi apabila tibanya syawal ulang balik membuka luas pintu neraka.

Justeru, marilah kita sama-sama menyambut bulan yang mulia ini dengan penuh keinsafan, kesederhanaan dan penuh kesabaran berterusan bencikan kebatilan.

Moga Syawal tahun ini menguatkan keazaman kita untuk kekal istiqamah dalam menuntut perubahan 'semakin sehari semakin baik' dengan mendapat redhaNYA.

Salam Eidulfitr. Kullu am wa antum bi-khair.

Ketua Penolong Pengarah  Sains

Saturday, August 18, 2012

Esok 1 Syawal 1433 - Hari Raya AdilFitri

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 19 Ogos 2012,"demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad.

Friday, August 17, 2012

Catatan Pengakhir Ramadhan Si Ayu Manis Oki Setiana Dewi


( Selebrati Indonesia dalam filem  Ketika Cinta Bertasbih Pernah berada di bumi Kelantan dalam Bicara Selebriti awal tahun 2012)

Rasanya.. Masih banyak ibadah yang harus dibenahi.. masih banyak dosa diri, ingin mengisinya dengan sesuatu berarti.. ramadhan jangan pergi!

1. jangan dulu pergi.. wahai bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan, dan akhirny
a pembebasan dari api neraka. #ramadhan

2. jangan dulu pergi.. Wahai bulan orang-orang berpuasa dan menghidupkan malam-malamnya dengan ibadah.. #ramadhan

3. jangan dulu pergi.. Wahai bulan ketika Allah setiap malamnya membebaskan ratusan ribu orang yang harus masuk neraka #ramadhan

4. jangan dulu pergi.. Wahai bulan mustajabnya doa.. #ramadhan

5. Ibadahku belum lagi sempurna, doaku belum lagi membahana, malam-malamku masih kurang dengan airmata.. #ramadhan

6. jangan dulu pergi... Wahai bulan segala pahala kebajikan digandakan.. Wahai bulan keberkahan.. #ramadhan

7. jangan dulu pergi..amalan shalihku belum seberapa.. Itupun, belum tentu diterimaNya.. #ramadhan

8. jangan dulu pergi.. Masih kurang ku bertilawah, masih kurang kuberibadah berjamaah, masih kurang kubersedekah.. #ramadhan

9. jangan pergi..Lisanku masih kurang bertasbih, malamku tak sempurna bertarawih, dosaku masih membuih..

10. Tinggal hitungan hari, kau pergi.. Meninggalkan diri yg berharap kembali fitri. Kembali suci.. #ramadhan 

Thursday, August 16, 2012

MP Bankrap




27 Ramadhan 1433H. [MOD] -

TERKINI!!! Seorang Ahli Parlimen  hilang kelayakan  kerana bankrap

Kota Kinabalu: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal, diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi Labuan pada 7 Ogos lalu, sekali gus boleh menyebabkannya hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Notis kebankrapannya diiklankan dalam sebuah akhbar tempatan, kelmarin dan rujukan boleh dibuat di laman web carian e-insolvensi www.insolvensi.gov.my. Notis dikemukakan Pengarah Insolvensi negeri, Leo Anak Saga, itu menyebut permohonan bagi mengistiharkan Yussof sebagai muflis dibuat di Mahkamah Tinggi Labuan pada 24 Mei lalu dan perintah penghukuman dibuat terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Labuan, Selasa lalu.

Ia turut mengarahkan hutang harus dibayar Yusoff perlu dijelaskan kepada Pengarah Insolvensi negeri di alamat Cawangan Kinabalu, Aras Lima, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan Sulaman Ukas, 88450, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Yussof, 55, ketika dihubungi berkata, beliau belum boleh memberi ulasan berhubung perkara itu.

“Saya akan berbincang dengan peguam mengenainya,” katanya, semalam.
Pada pilihan raya umum 2008, Yussof yang bertanding atas tiket BN menang kerusi Parlimen Labuan selepas menewaskan calon PAS, Matusin Abd Rahman dan calon Bebas, Lau Seng Kiat. 

Orang seperti inilah yang sepatutnya menjadi contoh baik kepada semua

Tuesday, August 14, 2012

Peluang Datang Lagi


 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
24 Ramadhan 1433H. 
Kita selalu diberitahu oleh tok-tok guru tentang tawaran khusus pada bulan Ramadan berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah r.a:
 
عَنْ أبي هريرة، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ، وَوَسَطُهُ مَغْفِرَةٌ، وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ " ابن عساكر

Maksudnya: Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Awal bulan Ramadan rahmah, pertengahannya maghfirah (pengampunan) dan akhirnya pembebasan daripada api neraka.” Riwayat Ibnu Asakir)

Persoalannya, siapa yang sudah mendapat rahmat Allah pada fasa pertama Ramadan? Rahmat Allah ialah kasih sayang Allah, tentu semua orang memperolehnya. Buktinya, kita boleh mengecap nikmat Allah dengan mudah. Kita masih bertenaga untuk beribadah. Kalau kita masih berdosa dengan Allah, masih dilihat oleh Allah. Tetapi siapa yang mensyukurinya?

Apabila masuk fasa kedua, Allah sediakan peluang keampunan. Tetapi adakah kita mengambil peluang untuk meminta ampun atas dosa-dosa kita? Kebanyakan manusia membiarkan masa itu tanpa meminta ampun, malah terus melakukan dosa. Mereka seharusnya bertaubat dalam tempoh itu kerana Allah bersedia menerima taubat hambanya. Alangkah ruginya manusia ini.

Dalam hal ini bukan sahaja orang politik tidak berhenti buat dosa; mengumpat, menyebar fitnah, orang ramai juga turut diheret ke kancah itu tanpa sedar. Apakah mereka mengharapkan Allah ampun dosa mereka sedangkan mereka tidak pernah memohon ampun dan bertaubat?

Sebenarnya kalau mereka sedar bahawa mereka berdosa, pasti mereka berhenti daripada tabiat itu, sebaliknya mereka sentiasa ingat Allah, ingat hukuman Allah, ingat kebaikan Allah sudah cukup untuk Allah memaafkan mereka. Demikian itu disokong oleh hadis berikut.

Umar r.a. meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW bahawa dalam bulan Ramadan sesiapa yang mengingati Allah SWT akan diampunkan dosanya dan sesiapa yang meminta sesuatu daripada Allah SWT tidak akan dihampakan.

Kini sudah masuk fasa ketiga, pembebasan daripada api neraka. Maknanya Allah tawarkan peluang dibebaskan daripada api neraka. Siapa yang mengambil peluang ini? Ramai yang sudah mengosongkan surau dan masjid, ramai yang masih lalai daripada melakukan ibadah. Bolehkah dalam keadaan itu mereka beroleh pembebasan api neraka.
Sebenarnya dalam fasa ini, kita perlu banyak berdoa agar kita dibebaskan daripada api neraka. Tapi tahukah anda ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka berdasarkan hadis berikut.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW telah bersabda. "Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka. Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka, seorang imam (pemerintah) yang adil dan doa seorang yang dizalimi. Allah SWT akan mengangkatnya ke atas awan dan dibuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman, "Demi kemuliaan-Ku, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika (demi sesuatu muslihat)."

Menyentuh bulan puasa, sepatutnya kita berdoa pada siang hari sewaktu berpuasa. Sepatutnya kita kurang bercakap sia-sia sebaliknya peluang itu dipenuhi dengan berdoa. Kalau mereka tidak mahu berdoa bermakna mereka tidak minat pengampunan Allah dan tidak minat diselamatkan daripada neraka. Nauzubillah.

Oleh yang demikian beberapa hari yang berbaki ini marilah kita banyak berdoa agar kita selamat daripada api neraka. Dan kesempatan ini juga saya mengucapkan selamat menyambut hari raya Idulfitri, maaf zahir dan batin, Kullu amin wa antum bikhair.

Ahmad Baei Jaafar

MMI

Bangun dari tidur, jam 4,00 pagi, ambil sahur dan cuci diri lantas berkereta ke air port mengambil MAS ke KLIA. Di KLIA terserempak dengan YBhg, Dato Mohd Razali, mantan bos dulu , kini Pengarah BPG. Beliau ke Sarawak.

BerKLIA Transit berhenti di PUTRA SENTRAL dan mengambil teksi bersama wakil Pengarah JPN Johor ke E2, Aras 4, Bilik Kemboja, Putrajaya tempat mesyuarat MMI.

Mesyuarat antara BPSH  dan pegawai dari JPN berserta bahagian-bahagian KPM bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.05 tengah hari ini berkisar mengenai MMI: Konsep dan strategi pelaksanaan dengan matlamat utama ialah KEBERKESANAN PEMBELAJARAN di bilik darjah.

Setelah selesai, panggil teksi untuk ke PUTRA SENTRAL dengan pegawai JPN Johor untuk ke LCCT. Setelah check in, tunggu sehingga jam 5.30 petang untuk balik ke KBR dengan Air Asia. Kebetulan tiba dekat Kubang Kerian hampir jam 7.00 malam lantas menunggu anaknda yang balik cuti raya berBAS dari Kulim, Kedah.

Sedikit penat terasa, dengan balik hari  di mana dahlah tak cukup tidur sematelahan dalam bulan puasa ini tetapi rasa gembira kerana KPM melalui cadangan TKPPM OP ini akan memberi fokus utama kepada kepimpinan Pegetua dan Guru Besar dalam aspek kepimpinan Instruksional bagi memastikan semua guru P D P menjalankan tugas terbaik mengarah kepada PEMBELAJARAN yang berkesan dengan masa yang diperuntukkan.

Untuk itu, apa yang diungkapkan sebagai  MMI ini akan dihuraikan nanti apabila tiba masa pelaksanaanya.

Monday, August 13, 2012

Tuanku Al Sultan Kelantan

Photo: Tolong Cari Mana Sultan Kelantan..

Majlis berbuka bersama rakyat Malaysia di Consulate General Malaysia di Dubai pada 21 Julai 2012 yang lalu. Begitu sederhana cara baginda berpakaian, begitu sederhana jiwa baginda yang tidak meminta dilayan, malah baginda selesa duduk dilantai bersama rakyat menikmati juadah berbuka. Baginda begitu sederhana sehingga kita rakyat jelata sekali imbas tidak dapat mengecam yang mana baginda Sultan. Semoga kita mencontohi Al Sultan kita yang dikasihi dan disayangi. 
" ALLAH HU AKBAR "

Task Force Jana Gemilang Akademik di SMKDMPR2

Tiba dilokasi sejam kemudian setelah bertolak dari rumah jam 7.00 pagi. Pandu berhemah dengan standard speed tetapi ramai yang memotong kerana menuju ke tempat kerja walhal diri ini juga menuju ke tempat kerja, outing hari ini.

Rakan-rakan sektor yang terlibat memulakan kerja dengan membuat perjumpaan khas dengan guru PMR dan SPM. Di buat secara berasingan untuk lebih fokus tetapi diakhir pertemuan sekitar jam 12.30 tengah hari, sesi semua guru PMR SPM diadakan. Perkara yang diperkata dan dibincangkan merangkumi:

1. Percapaian AR1, AR2 dan ETR 2012
2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan  berdasarkan HC samada dengan SAPS atau HC3 (yang dipeluporkan oleh JPN semenjak 3 tahun lepas)
3. Mengenalpasti calon target dan Near Miss kecemerlangan dan harapan Lulus supaya berlaku peningkatan kecemerlangan A, GPS dan Peratus Lulus.
4. Melaksanakan gerakkerja intervensi berfokus kepada individu ataupun dalam kelopok kecil pelajar. berdasarkan Analisis Item merujuk JPU dan JSU yang sedang digunapakai.
5. Menyuburkan semangat berkolaboratif guru melalui panitia dalam membimbingbantu setiap pelajar mengikut tahap kecerdasan pelajar yang terlibat.
6. Mempastikan pematauan  e-cakna P D P semua guru dibuat oleh pentadbir sekolah supaya semua guru dicerap sekurang-kurangnya 1 kali setahun.
7. Melengkapkan segala keperluan berdata yang dikehendaki oleh KPM, termasuk SAPS dibuat dengan betul, benar dan tepat.

Majlis berakhir jam 1.30 tengah hari selepas perumusan dilakukan oleh Tuan KSPA

Pegawai SPA yang hadir selain penulis ialah Tn. Hj. Hilmi Abdullah, KPP Matematik, Pn. Zalian Zakaria, PP Sains, Cik Halizah Mohd Zain, PP Matematik, Tn. Hj. Nawawi Ab Rashid, PP Sains, Tn. Hj. Husaini Hussain, Penyelia  Pelajaran di samping Tuan Rumah, En. Hussain Ab Ghani, Penolong PPD dan En. Wan Zamri Wan Ibrahim, Penolong PPD Tumpat.

Sebelum sesi SPM bermula, satu mesyuarat TALIS (Teaching And Learning Survey) diadakan bagi pelaksanaan yang akan meliputi 19 buah sekolah dariPPD Kota Bharu, PPD Tumpat, PPD Pasir Mas, PPD Kuala Krai, PPD Bachok, PPD Tanah Merah. TALIS akan dibuat secara on line oleh semua guru yang mengajar Tingkatan 1, 2 dan 3. TALIS merupakan satu program pengantarabangsaan status P D P guru Malaysia yang akan dibandingkan dengan rakan huru yang sekufu dari 33 buah negara lain.

Kepada semua yang terlibat... TQ


Sunday, August 12, 2012

Oh Dunia Politik... semua nya diluar jangka


23 Ramadhan 1433H

KUALA LUMPUR: Selepas kerap tampil di pentas PAS dan Pakatan Rakyat, bekas ahli Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) akhirnya meninggalkan parti itu dan secara rasmi menyertai PAS malam ini.

Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba itu menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUISZM), Taman Melawar malam ini.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) suatu ketika dahulu.

Tamrin dalam ucapannya berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," katanya.

Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya berjanji akan berkempen berhabis-habisan bersama tuan-tuan kerana saya lihat perjuangan PAS sangat ikhlas. Saya yakin kemenangan berpihak kepada PAS," katanya.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan Umno," katanya.

Dan hari ini juga dari SABAH, Senator dari BN umum keluar parti
 

KOTA MARUDU 12 Ogos - Senator Maijol Mahap hari ini mengumumkan keluar dari parti komponen Barisan Nasional (BN) dan memberi sokongan terhadap Gabungan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organization (UPKO) itu telah membuat pengumuman dalam satu majlis yang diadakan di rumahnya di Kampung Kokobuan, Kota Marudu, kira-kira 100km dari Kota Kinabalu tengah hari ini.
Majlis itu telah dihadiri Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa Pimpinan Pakatan seperti Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.
Turut kelihatan bekas Pemimpin UMNO yang juga merupakan  Timbalan Pengerusi Amanah Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Maijoi Mahap merupakan Pemimpin ketiga BN Sabah yang bertindak keluar parti selepas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

Itukah DUNIA POLITIK

Wahai sahabat pendidik , dunia kita ialah DUNIA PENDIDIK.. didiklah anak generasi akan datang menjadi insan yang berguna dan sentiasa beristiqamah dengan kebenaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh