.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, March 3, 2013

Tragedi Sulu Menusuk Kalbu..mudahnya mereka masuk rumah kita?

Polis hari ini mengesahkan lima anggota polis terkorban dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna, Sabah dalam kejadian petang semalam.

Serang hendap oleh kumpulan tersebut berlaku susulan pertempuran di antara pihak keselamatan negara dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Seramai 12 orang kumpulan penceroboh berkenaan dan dua anggota komando polis terkorban dalam pertempuran pada hari Jumaat lalu.

IGP: Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah


Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.
Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.


Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut.
Sultan Sulu dakwa tawan 4 rakyat kita


Kesultanan Sulu mendakwa berjaya menawan sekurang-kurangnya empat orang rakyat Malaysia susulan satu pertempuran di Sri Jaya Simunil, Semporna petang semalam.
Laporan stesen radion dzBB Filipina menyebut, jurucakap kesultanan itu mendakwa demikian dalam satu sidang media di Taguig City, Manila.

Maklumat lanjut mengenai sidang media tersebut masih belum diperolehi namun ia menunjukkan bahawa Kesultanan Sulu terlibat dalam kejadian pertempuran di Semporna.
Anwar nafi kaitan dengan penceroboh Sabah

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya.
Utusan: Anwar jumpa Nur Misuari ada kaitan janji


Satu laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini mendakwa pertemuan di antara ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pemberontak bersenjata Filipina, Nur Misuari ada kaitan dengan janji yang ditawarkan pemimpin Pakatan Rakyat.Turut terlibatkan adalah pemimpin pembangkang negeri itu, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Panglima ATM kata penceroboh ada kemahiran
Panglima angkatan tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berpendapat, penceroboh bersenjata di Sabah menunjukkan kemahiran dalam pertempuran dan taktik pemberontakan gerila.

Katanya, perkara itu adalah berdasarkan risikan dan pemerhatian pasukannya.

Bagaimanapun, pasukannya menempatkan penembak tempat di satu kawasan dengan ruang terbuka yang luas.

Beliau tidak menamakan kawasan tersebut.

“Mereka tahu kita tidak akan dapat masuk tanpa korban disebabkan kawasan terbuka,” katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu.

Pasukan polis dan tentera mengadakan sidang media bersama hari ini, lebih tiga minggu selepas pertentangan mula berlaku di Kampung Tanduo, kira-kira 15 kilometer dari sini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh