Perancang konspirasi Fitnah II perlu bertaubat – Presiden ABIM
(Oleh: Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 8 MAC: Perancang di sebalik fitnah dan konspirasi
politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera taubat, kata
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan.
Beliau merujuk pendedahan bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim
semalam yang mengaku kes liwat kedua terhadap Anwar adalah fitnah dan
konspirasi politik ke atas Ketua Umum KEADILAN itu.
“Saya nasihatkan, sesiapa yang rancang kes ini, kembali ke pangkal
jalan, takut-takut lebih banyak lagi perkara yang Allah dedahkan dari
jalan yang tak disangka-sangka,”
“Beliau perlu meminta maaf dengan Anwar dan keluarga, dan juga perlu
bertaubat kepada Allah kerana hanya Allah yang layak hilangkan gelaran
‘fasik’ ke atas pembuat dan penyebar fitnah,” Katanya.
Amidi berkata, kesalahan melakukan kesaksian palsu merupakan satu kesalahan jenayah syariah yang disebut jelas dalam Al-Quran.
Beliau menjelaskan ulama seperti Dr.Yusuf Qardawi pernah mengeluarkan
fatwa bahawa kes Liwat II ini termasuk dalam kes qhazaf yang sepatutnya
dibicara di mahkamah syariah.
“Kesaksian palsu adalah jenayah yang besar, bukan hanya pembuat
kesaksian, pihak yang percaya dan menyebarkan juga tidak layak diterima
kesaksian mereka selama-lamanya,” kata Amidi
Beliau bagaimanapun memuji keberanian Azlan tampil menyatakan kebenaran walaupun kesalahan itu dilakukan anaknya sendiri.
Amidi dalam pada itu turut meminta majlis Ulama mengeluar dan
menyebar panduan kepada masyarakat tentang hukum kesaksian palsu kerana
ia termasuk dalam dosa besar.
“Masyarakat perlu diberi panduan jelas tentang beratnya melakukan
sumpah dengan nama Allah, memberi kesaksian palsu dengan tujuan
kepentingan politik adalah dosa besar,” Kata Amidi.
No comments:
Post a Comment