.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Friday, March 15, 2013

My PM Satu Hari Di Kelantan

Najib: Tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat dan umat Islam

15 Mac 2013
Najib Razak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.

Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

Katanya jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.

"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama

Sebelum itu

KUALA KRAI - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perwira negara tidak keseorangan dalam perjuangan mereka mempertahan tanah air daripada penceroboh militan di Lahad Datu, Sabah.

Perdana menteri berkata, rakyat Malaysia menyokong penuh apa jua tindakan untuk menghapuskan musuh durjana negara itu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia mesti mengatakan bahawa perwira-perwira kita itu tidak keseorangan dalam perjuangan mereka.

"Kita, rakyat pada perhimpunan di Kuala Krai ini dan rakyat Malaysia teramai, menyokong penuh apa jua tindakan menghapuskan musuh durjana negara," katanya ketika berucap di hadapan lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini.

Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata beliau marah dengan sikap pembangkang yang mempermain isu pencerobohan militan di Lahad Datu itu kerana soal keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipermain-mainkan.

"Ambo (saya) yang jadi marah sebab dalam isu Lahad Datu ini, kita kena bersatu, soal keselamatan negara sepatutnya tidak kira bulan (Pas), roket (DAP), (atau) mata sebelah (PKR), soal keselamatan dan kedaulatan negara ini, tidak boleh dimain-mainkan," katanya.

Perdana menteri berkata, beliau begitu sedih apabila melihat perwira negara gugur semasa mempertahan negara daripada pencerobohan musuh durjana itu.

"Ambo (saya) sedih sebab sebagai perdana menteri satu daripada kerja yang ambo rasa amat berat sekali bila menerima jenazah perwira-perwira negara, dibawa dengan kapal terbang turun di lapangan terbang.

Ambo boleh tengok muka balu, suara tangisan balu, ambo boleh tengok muka anak hilang tempat bermanja, kegembiraan keluarga berganti dengan duka dan tangisan, (mereka) cuma disambut dengan doa, itu sahaja yang mampu," katanya sambil menyatakan situasi itu amat memedihkan hati beliau.
Lapan anggota polis dan dua tentera gugur dalam Operasi Daulat untuk mengusir penceroboh di Lahad Datu.

Perdana Menteri berkata pembangkang yang mempermain-mainkan soal keselamatan dan kedaulatan negara ini perlu ditolak oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Terdahulu, ketibaan Najib disambut dengan lagu patriotik 'Barisan Kita' yang dinyanyikan hadirin dengan penuh semangat dan kemudian mereka bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan mengangkat doa untuk perwira yang terkorban.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat Kelantan perlu memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 nanti kerana kerajaan BN akan melakukan yang terbaik untuk mereka.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang  bertanggungjawab, semua janji untuk memajukan negeri ini, termasuk tujuh projek yang diumumkan semasa lawatan beliau Januari lalu, akan ditunaikan BN.

"Janji Barisan Nasional adalah janji ditepati," katanya ketika berucap di hadapan lebih 45,000 orang pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai di sini hari ini.

Najib yang dalam lawatan sehari ke negeri ini, berkata tindakan sedang diambil bagi melaksanakan tujuh projek itu termasuk pembinaan lebuh raya dari Kuala Krai-Kota Baharu, yang bukan sahaja memberi faedah kepada penduduk jajahan Kuala Krai, tetapi rakyat seluruh negeri ini.

Beliau berkata kerajaan BN juga akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang membelenggu rakyat Kelantan berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS menyelesaikannya walaupun sudah lebih 22 tahun memerintah.

Sambil membidas tindakan kerajaan negeri memberi tanah kepada pemimpin DAP Perak, Najib berkata kerajaan BN bersedia untuk memberi tanah kepada rakyat Kelantan yang rata-rata 'dahagakan' hak untuk memiliki tanah.

"Jangan beri tanah kepada pemimpin DAP...buat apa beri tanah kepada pemimpin DAP...rakyat Kelantan dahagakan tanah...pemimpin DAP dapat 10,000 ekar tanah, rakyat Kelantan dapat apa? Kita akan beri tanah kepada rakyat Kelantan," katanya.

Perdana menteri turut membidas pemimpin pembangkang yang katanya hanya pandai menabur janji tetapi gagal untuk menunaikannya dan ini dapat dilihat berlaku bukan sahaja di Kelantan tetapi di Selangor.

Beliau berkata PAS yang sanggup 'melutut' kepada pemimpin DAP, gagal melaksanakan perjuangan menegakkan negara Islam dan hukum hudud, yang dicanang selama ini.

Pengerusi BN itu juga berkata kerajaan BN bersedia untuk memajukan negeri ini dengan membawa masuk pelaburan besar supaya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak untuk generasi muda.

Najib mahu rakyat negeri ini menolak pemimpin PAS yang memperkecil pelbagai bantuan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dihulurkan
kerajaan pusat kepada rakyat, dengan menyamakan pemberian itu umpama hampas kelapa, jerami dan padi untuk haiwan.

Perdana menteri yakin gelombang sokongan yang kini semakin besar kepada BN, menunjukkan rakyat sudah tidak sabar lagi untuk memberi mandat kepada BN pada PRU-13 nanti untuk memerintah Kelantan.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Kuala Krai Datuk Ramzi Abdul Rahman. - Bernama

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh