'Proton perlu pastikan pelanggan rambang mata'
Proton
Holdings Bhd perlu menggunakan sepenuhnya platform pengeluaran
keretanya bagi mengeluarkan lebih banyak variasi kereta untuk pengguna
tempatan bagi mengekalkan persaingan sengit di dalam industri automotif
tempatan.
Tengku Tan Sri Mahaleel Tengku Ariff, yang pernah menerajui pengeluar kereta nasional itu, berkata Proton memiliki tujuh platform automobil, yang setiap satunya berkeupayaan mengeluarkan lima model kereta.
"Menjelang sekarang, Proton sepatutnya telah mempunyai 35 model kereta di dalam pasaran tempatan, tetapi kita tidak melihat bilangan itu sekarang ini."
"Proton perlu memastikan para pelanggannya rembang mata dengan kitaran kepelbagaian variasi kereta, di mana jika seseorang pengguna kereta Proton sedia mahu menukar keretanya, Proton berupaya menampung permintaan itu," kata Tengku Mahaleel, yang menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Proton selama lapan tahun, kepada Bernama.
Sambil menekankan bahawa usaha mendapatkan pelanggan adalah tiga atau empat kali lebih sukar daripada mengekalkan yang sedia ada, Tengku Mahaleel berkata Proton tidak boleh membuang masa menzahirkan agenda kereta nasionalnya.
Katanya Proton perlu mulai menyuntik lebih banyak model ke dalam pasaran tempatan, bagi memberikan cabaran kepada pengeluar kereta asing yang memperkenalkan semua jenis teknologi canggih pada kereta masing-masing, pada harga yang termampu.
"Industri automotif perlu merasai kehadiran Proton di dalam pasaran. Jika anda (Proton) merasa sesuatu model mencatatkan kejayaan, selepas itu, perkenalkanlah penambahbaikan wajah.
"Boleh jadi pengguna berkenaan yang tidak menyukai rupa bentuk model asal akan memilih model berupa bentuk kedua. Sama seperti bagaimana Proton Persona diwujudkan dari Proton Gen-2," katanya.
DRB-Hicom juga tidak boleh dipersalahkan kerana kegagalan melakukan pelan pemulihan kerana pengeluar kereta nasional itu, seperti kata Tengku Mahaleel:
"Urus niaga automotif adalah perniagaan paling sukar untuk diceburi oleh seseorang kerana satu-satu kereta memerlukan kira-kira 20,000 alat ganti.
"Kita hanya mengenali dan merasai produk siap tetapi DRB-Hicom perlu menganalisis kos dan keberkesanan setiap alat ganti."
Jika dicampurkan juga model kereta komersil Proton yang pertama, Proton Saga, yang dilancarkan pada 1985, pengeluar kereta nasional itu sehingga ini telah melancarkan kira-kira 18 model kereta baharu.
Model terbaharu ialah Proton Preve, yang dilancarkan pada 2012, yang turut diketengahkan sebagai kereta global pengeluar kereta nasional itu.
Tengku Mahaleel juga berkata pengoptimuman kos, kerja membaiki imej dan meningkatkan kesedaran jenama Proton perlu menjadi idea teras pelan pemulihan bagi pengeluar kereta nasional itu.
Katanya pelan pemulihan itu tidak boleh menjadi satu pelan perniagaan jangka panjang tetapi sebaliknya menangani kekurangan semasa dalam tempoh jangka sederhana.
Pada Januari lepas, pengurus aset negara, Khazanah Nasional Bhd, menjual pegangan 42.74 peratusnya di dalam Proton kepada DRB-Hicom pada harga RM1.291 bilion.
Selepas perjanjian itu ditandatangani pada Mac 2012, DRB-Hicom melantik Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, sebagai Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton, bagi menggantikan Datuk Seri Nadzmi Salleh, yang meletak jawatan tidak lama selepas urus niaga itu selesai.
Ketua Pegawai Operasi DRB-Hicom Datuk Lukman Ibrahim turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton.
- Bernama

No comments:
Post a Comment