12 Mac 2013
Musa: 'Politik perkauman politik bankrap'
12 Mac 2013
SHAH ALAM – Ahli-ahli politik yang
menggunakan isu perkauman sebagai bahan atau modal survival
masing-masing merupakan ahli politik yang sudah bankrap, kata bekas
Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini.
Sehubungan itu kata Musa, melihat kepada perkembangan hari ini banyak perkara yang boleh dibahaskan secara membina.
"Kita dalam suasana pilihan raya umum (PRU) pada pendapat saya dulu,
baru ini dan sekarang, barang siapa yang menggunakan perkauman sebagai
isu politik adalah ahli politik yang bankrap," kata beliau pada program
Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu di Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf di sini.
Musa yang berkecimpung dalam dunia politik lebih lima dekad yang lalu
berkata, jika dahulu parti politik boleh menggunakan isu perkauman
apabila berada atau berkempen di kawasan-kawasan yang majoritinya
satu-satu kaum, kini keadaan tidak begitu lagi.
"Sekarang tidak boleh lagi kerana macam-macam kejayaan yang kerajaan
dah buat, kerajaan jangan berasa malu. Kerajaan harus berasa bangga
dengan kejayaan yang telah dibuat, tentulah ada kritikan dan yang
menentang, dalam politik itu perkara biasa.
"Tetapi berdebatlah, tunjuk dengan bukti di atas kebolehan-kebolehan
itu, bukan mempertangguhkan apa yang dibuat, dan kita merasa takut, kita
dimomokkan dengan keadaan ini, dan penghabisan kita terdesak dan itu
yang akan memusnahkan kita," kata beliau yang menjadi gandingan kepada
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dari tahun 1981 hingga
1986.
Ketika ditanya bagaimana untuk mengubah minda Melayu dan gerak kerja
yang berasaskan perkauman, Musa, 78, berkata, perkara itu memerlukan
tempoh yang lama dan bergantung kepada kepimpinan politik.
"Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.
"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan.
"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.
Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.
Musa yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata, dalam perkembangan politik pada hari ini, pemimpin parti politik perlu keluar daripada kepompong menggunakan isu perkauman dalam kegiatan politik mereka.
Masih banyak katanya, modal atau pun perkara-perkara membina yang boleh digunakan dalam kelangsungan politik masing-masing.
Mengulas lanjut, pemimpin kelahiran Segamat, Johor ini berkata, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.
“Saya sedikit berduka cita kerana ramai orang Melayu banyak bergantung kepada kepimpinan politik.
“Sebenarnya mahu ubah minda orang Melayu perlu melalui proses yang lama dan masalahnya kita banyak bergantung kepada kepimpinan politik,” katanya yang kini memimpin beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Sime Darby.
SHAH ALAM - Menafikan pendapat mengatakan ekonomi Melayu dalam keadaan
serius di kala ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam
menekankan orang Melayu mesti ada semangat juang tinggi dan tidak
terlalu bergantung kepada kerajaan.
"Masanya sudah tiba orang Melayu janganlah meneruskan sikap terlampau merendah diri hinggakan kita boleh anggap sebagai 'inferiority complex'," kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.
"Itu yang saya duka cita, jika kita bergantung pada akedemik senang sikit kita boleh belajar dan proses semula jadi. Tetapi dari segi mentaliti nak ubah, sukar jika kita ada sistem politik begitu terbuka, misalnya di Malaysia.
"Di Malaysia perkiraan politik masih berasaskan perkauman, jika kita pergi ke kawasan banyak Melayu kita cakaplah hak Melayu, kita perjuang orang Melayu, bila kita pergi ke kawasan Cina, kita cerita pasal Cina apa-apa yang perlu dipertahankan.
"Pada saya, sikap merendah diri boleh berubah jika ahli politik itu mahu memperkukuhkan dan tidak salah gunakan isu perkauman dari segi perkembangan politik," katanya.
Menurut beliau, soal ekonomi Melayu merupakan soal fundamental yang akan menentukan ke arah mana negara akan tuju.
Musa yang juga bekas Timbalan Presiden Umno berkata, dalam perkembangan politik pada hari ini, pemimpin parti politik perlu keluar daripada kepompong menggunakan isu perkauman dalam kegiatan politik mereka.
Masih banyak katanya, modal atau pun perkara-perkara membina yang boleh digunakan dalam kelangsungan politik masing-masing.
Mengulas lanjut, pemimpin kelahiran Segamat, Johor ini berkata, mentaliti ini boleh diubah dengan kerjasama semua pihak dan bukan hanya bergantung kepada pihak kerajaan semata-mata.
“Saya sedikit berduka cita kerana ramai orang Melayu banyak bergantung kepada kepimpinan politik.
“Sebenarnya mahu ubah minda orang Melayu perlu melalui proses yang lama dan masalahnya kita banyak bergantung kepada kepimpinan politik,” katanya yang kini memimpin beberapa syarikat berkaitan kerajaan termasuk Kumpulan Sime Darby.
Jangan terlalu gantung pada kerajaan, nasihat Musa Hitam
"Masanya sudah tiba orang Melayu janganlah meneruskan sikap terlampau merendah diri hinggakan kita boleh anggap sebagai 'inferiority complex'," kata beliau pada program Bicara Minda Survival Ekonomi Melayu anjuran Sinar Harian di sini, hari ini.
Menurut Musa, sikap terlalu merendah diri dan kebergantungan terus
kepada kerajaan bagi mendapatkan sesuatu lesen atau tender perniagaan
harus dilupuskan dari minda masyarakat Melayu.
"Pada hemat saya, kalau tiap-tiap kali kita katakan, kita ini Melayu,
kerajaan mesti tolong, kalau kerajaan tak tolong, kita tak boleh buat,
ini harus kita kikis dalam mentaliti kita," tegas Musa.
Tegasnya, hanya dengan mengubah mentaliti ini sahajalah orang Melayu
akan terus maju ke hadapan walaupun tidak menafikan ramai di kalangan
anak-anak Melayu pada hari ini sudah berjaya dan keluar daripada
kepompong itu.
"Psikologi sangat penting, mentaliti sangat penting untuk sesiapa
mencapai kejayaan. Kalau pemikiran kita, sikap yang pasif, menerima
segala-galanya dan membuat sesuatu atas kehendak orang lain, ataupun
membuat sesuatu bergantung kepada orang lain, kita tidak akan mendapat
kejayaan," ujar Musa lagi.
Beliau yang menerajui konglomerat Sime Darby Berhad berkata, orang
Melayu mesti yakin dengan kemampuan mereka dan mendapatkan sesuatu
projek misalnya atas kelayakan mereka, bukan atas bantuan kerana
Melayu.
"Tidak ada jalan senang dalam bidang ekonomi atau perusahaan dan
bisnes," katanya yang menekankan orang Melayu mesti menolak sikap
perkauman dalam memajukan ekonomi bangsa.
"Sudah tiba masanya di mana orang Melayu perlu sedar untuk berjaya ia
tidak harus mengira sama ada ia hendak menjual atau berusaha sesuatu itu
dengan orang Melayu sahaj, tidak boleh," jelas beliau.
Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam juga menepis dakwaan bahawa ekonomi negara akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Pusat selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
Musa berkata, perkara itu tidak akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat mampu menjaga kestabilan sektor pelaburan yang menjadi asas dalam struktur ekonomi negara.
Katanya, spekulasi itu hanya kenyataan politik berkepentingan sebelah pihak sahaja yang sengaja dijaja untuk menakutkan rakyat.
No comments:
Post a Comment