Saturday, March 23, 2013
Tiga
aktivis mahasiswa hari ini ditahan polis kerana cuba memasuki
Angkasapuri bagi bertemu dengan pengurusan RTM untuk menuntut ruang
berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Siswa
yang ditahan antaranya pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
Mohd Safwan Anang di hadapan pintu masuk ke Kementerian Penerangan -
yang menempatkan pejabat pengarah RTM.
Setiasusaha SMM Ahmad
Syukri Kamaruddin berkata insiden itu berlaku selepas mereka berbincang
dengan wakil kementerian dan pihak polis berhubung tuntutan mereka.
Dalam
pembicangan tersebut, Ahmad Syukri berkata mereka bersetuju untuk
bertemu dengan pengarah RTM pada Isnin depan dan diminta bersurai
kemudiaannya.
"Kemudian Safwan patah balik selepas mendapat maklumat pengarah RTM ada di dalam.
"Dia nak masuk bersama dua lagi, tetapi ditahan polis," katanya.
Gambar sekitar penangkapan tiga mahasiswa di angkasapuri
Kehadiran FRU ni untuk apa? Nak tangkap budak pun pakai FRU.. |
Bukannya ganas pun muka bebudak ni.. |
Mohd Safwan Anang....Senang jer tangkap |
Apa pasal ramai sangat... |
No comments:
Post a Comment