Polis: Papagomo dibuang kerja, bukan pengundi pos
Polis
Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan
Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo,
dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi
tersenarai sebagai pengundi polis.
Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.
Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.
“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.
“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.
Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.
SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.
Tetapi Papagomo ini hebat kerana dapat bergambar dengan orang hebat lagi bergelar, antaranya

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
No comments:
Post a Comment