06 Mac, 2013
Tentera SULU Menyamar Pakai Baju BN Di Tahan
Polis hari ini menahan empat lelaki yang dicurigai terlibat dengan
kumpulan penceroboh dalam satu operasi di Jalan Lapangan Terbang dekat
pekan Semporna.
Empat lelaki berkenaan, berusia antara 20-an hingga 50-an, ditahan dalam
operasi selama kira-kira sejam pada tengahari, lapor Bernama.
Salah seorang dari mereka memakai baju T dengan logo Barisan Nasional
(BN) manakala seorang lagi berpakaian sama dengan gambar Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal yang juga ahli parlimen
Semporna tertera di hadapan, menurut laporan The Star.
"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak
beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan,"
kata pegawai jabatan cawangan jenayah berat ibu pejabat polis kontinjen
Sabah yang dipetik dalam laporan itu.
Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari tadi.
Tinjauan di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis
berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan
ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan
terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.
Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata.
Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh.
Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus pengganas gerila Barisan
Pembebasan Nasional Moro (MNLF) dikatakan sedang dalam perjalanan ke
Sabah menggunakan bot menurut seorang jurucakap kumpulan itu di
Zamboanga City.
Veteran Moro itu kebanyakannya adalah puak penentang yang bersembunyi di
pulau-pulau sekitar Mindanao yang menentang perjanjian perdamaian
antara kerajaan Filipina dengan MNLF pada 1996.
Muhajab Hashim memberitahu Associated Press (AP) bahawa pengganas
tersebut sudah mengetahui selok belok perairan di Laut Sulu dan
dipercayai maklumat ini sudah sampai ke tangan pasukan keselamatan
Malaysia yang sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.
Mereka kononnya kecewa dengan kejadian yang menimpa pengganas yang bertapak di negeri itu yang terbunuh dan cedera.
Muhajab yang merupakan pengerusi pemerintah Islam MNLF berkata lagi
walaupun pihaknya tidak bersetuju dengan serangan pengganas terbabit
namun MNLF menyokong tuntutan kesultanan Sulu menuntut Sabah dari
Malaysia.
Perkembangan terbaru ini sama sekali membuktikan kenyataan Menteri
Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bahawa puak MNLF tidak akan menyerang
Sabah adalah kurang tepat.
Pasukan keselamatan kini meluaskan perimeter 'mopping up' dari empat
kilometer persegi di Kampung Tanduo, Lahad Datu kepada 25 kilometer
persegi dan sudah bersedia dengan kelengkapan ketenteraan termasuk
helikopter Nuri dan pesawat pejuang MIG-29N bagi menghadapi serangan
pada bila-bila masa.
Setakat jam 4 petang tadi, 12 puak pengganas telah berjaya dibunuh
termasuk seorang yang ditembak dalam pertempuran jam 6.45 pagi tadi
menurut satu laporan terbaru dari wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail
No comments:
Post a Comment