Firman Allah dalam surah Al-Ahzab Ayat 57:
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
(Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah danRasulNya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di akhirat. Allah menyediakan untuk mereka azab yang sangat mengaibkan)
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُّهِينًا
(Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah danRasulNya, Allah mengutuk mereka di dunia dan di akhirat. Allah menyediakan untuk mereka azab yang sangat mengaibkan)
Umat Islam di M'sia berhimpun kecam filem hina Rasulullah
Umat
Islam hari ini berhimpun selepas solat Jumaat di seluruh negara untuk
mengecam penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina
Rasulullah SAW. Sedutan filem tersebut di Youtube 2 Julai 2012 , telah mencetuskan bantahan dan kemarahan umat Islam di seluruh
dunia..Filem Innocence of Muslims arahan Sam Bacile, yang berketurunan Israel Amerika secara terang-terangan telah menghina Nabi Muhammad SAW dengan menggambarkan Rasulullah SAW sebagai seorang yang ‘gila perempuan, penipu dan orang gila’.Malah dalam trailer filem tersebut juga, turut menghina al–Quran dan para sahabat Nabi.
Kemarahan umat Islam yang tercetus di Libya di Mesir dan di negara-negara umat Islam yang lain adalah wajar kerana perbuatan berkenaan bertentangan dengan nilai hidup bersama, piawai etika yang bertamadun; bahkan bercanggah dengan ajaran agama Samawiamnya.
Kesabaran umat Islam tidak boleh dipermainkan terutama dalam soal menjaga kemuliaan dan penghormatan ke atas Rasulullahs.a.w. Kuasa besar barat yang tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam akan menerima akibatnya jika dasardan sikap membenarkan agama Islam dihina dengan berleluasa. Bila kemarahan umat Islam tidak dapat dikawal yang harus dipersalahkan ialah pihak berkuasa Barat seperti Amerika Syarikat sendiri
KUALA LUMPUR:
Di Ipoh, demontrasi turut disertai oleh Abby Abby ..."Kita mesti mengelak daripada memperkecil-kecilkan dan menghina mana-mana aspek agama yang boleh memudaratkan nyawa orang tidak bersalah," katanya.
Dilaporkan berlaku demonstrasi besar di kedutaan Amerika Syarikat di Mesir oleh penunjuk perasaan yang tidak puas hati dan mereka menurunkan bendera negara itu serta menggantikannya dengan bendera hitam tertulis dua kalimah syahadah.
Lebih buruk lagi, agensi media antarabangsa melaporkan, kemarahan itu juga menyebabkan duta Amerika Syarikat di Libya Chris Stevens terbunuh pada Selasa malam akibat serangan di Benghazi.
Umat Islam, yang marah dengan filem yang menghina Islam dan Nabi
Muhammad SAW, hari ini menyerang Kedutaan Jerman dan Britain di ibu
negara Sudan, Khartoum.
Serangan ke atas kedutaan Barat juga disaksikan di Tunisia. Di Tunis, asap kelihatan di kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS).
Di Khartoum, penunjuk perasaan memasuki kawasan premis AS.
Laporan BBC menyebut penunjuk perasaan membakar dan menurunkan bendera Jerman, dan menaikkan kain rentang dibawa mereka.
Perkembangan ini menunjukkan ini kali pertama kedutaan bukan AS diserang. Kedutaan AS menjadi tumpuan penunjuk perasaan sejak awal minggu ini.
Tunjuk perasaan yang bermula Selasa lalu berlarutan di beberapa negara di rantau Timur Tengah dan Utara Afrika.
Dasar tidak berperikemanusiaan bila Amerika Syarikat merasa tidak
bersalah dan wajar membunuh orang Islam tanpa melalui proses pengadilan
yang saksama tetapi bertindak keras bila wakilnya terbunuh adalah bukti
kuasa itu mengamalkan dasar double standard, hipoktrit dan bercanggah
dengan tuntutan keadilan sejagat.Oleh yang demikian dasar berkenaan
harusditentang oleh seluruh dunia yang bertamadun.
No comments:
Post a Comment