Baginda Rasulullah SAW diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia (di kalangan manusia)dan akhlak yang dimaksudkan ini adalah lebih besar makna dan konsepnya dari
pengertian adab dan adat yang kita fahami dari masyarakt Melayu.
Pengertian akhlak ini juga adalah amat luas dan menyeluruh, yang
mencakupi keseluruhan kehidupan manusia ini atas sifat individu dan
masyarakat, masyarakat setempat dan masyarakat sejagat yang merentasi
komuniti, bangsa, budaya dan adat tertentu, kerana akhlak dalam
pengertian ini adalah termasuk dalam amalan agama yang baik sesuai
dengan ajaran agama Islam sendiri sebagai satu modul akhlak Islamiah
yang universal.
Akhlak ini juga merangkumi adab dan tingkah laku, perbuatan, perkataan, eskpresi diri dalam percakapan dan tulisan, perilaku peribadi atau jemaah dalam diri sendiri, dalam keluarga, masyarakat terhad atau masyarakat seluruhnya meliputi masyarakat alam manusia dan haiwan, alam tabi'e dan angkasa lepas.

Inilah pengertian akhlak dalam agama kita iaitu tingkah laku dan
perbuatan manusia ketika menghayati nilai-nilai hidup dalam akidah dan
syariah juga ihsan. Maka dalam konteks mencontohi akhlak Rasulullah SAW
inilah keseluruhan, dukacita sekali bahawa masyarakat Islam di dunia
ini telah mengalami kerisis yang amat serius.
Masyarakat Islam mengalami kerisis moral dan akhlak yang amat serius masa kini, seperti yang berlaku ketika umat Islam mengambil jalan kekerasan untuk menyelesaikan masalah mereka, menumpah darah dan berbunuhan ketika mengalami kerisis pemikiran kerana perbezaan kefahaman dan mazhab, menggadai nyawa dan harta benda ketika mencari penyelesaian kepimpinan dan politik negara, atau sekurang-kurangnya menabur fitnah dan permusuhan serta rasa benci dan hasad dengki sesama sendiri ketika mencari kepentingan sendiri atau kelompok yang tertentu.

Dalam perkembangan mutakhir yang berlaku di dalam negara kita juga
terdapat bibit-bibit keruntuhan akhlak dan moral Islam ini ketika
berlaku fitnah-memfitnah, tuduh-menuduh, jatuh-menjatuhkan di antara
satu dengan yang lain, taksub partisan yang melampau, malah terdapat
ssuara dan perbuatan yang menuju kepada matlamat keganasan dan
kekerasan.
Perbuatan biadab yang mencemarkan adab dan adat tradisi budaya kita sekarang ini nampaknya telah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita.
Orang-orang muda telah melupai nilai budaya dan adab sopan mereka kerana golongan yang lebih tua dan matang telah mengajar atau menginspirasi kepada mereka supaya melakukan perkara-perkara yang melanggar adab sopan dan nilai-nilai akhlak Islamiah ini atas alasan menuntut keadilan, kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan sebagainya, sedangkan Islam mengajar berbagai cara untuk menyelesaikan masalah, mengurus konflik dan mengamalkan kelakuan yang bersopan dan bertamadun dalam tindakan, tulisan, percakapan dan sebagainya, tetapi hal ini tidak dihiraukan lagi, kerana "mentor" mereka telah menunjukkan "contoh" yang seharusnya mereka tiru dan ikuti ini.
Kita mungkin boleh bertolak ansur sekiranya anak-anak kita makan dan minum berdiri, atau ikut berbual dengan orang-anak tua dan sebagainya kerana hal itu adalah merupakan adat dan adab bagi bangsa kita, tetapi memaki hamun, memijak gambar orang, melakukan kekerasan kepada penjaga keamanan, membuat fitnah dan tuduhan melulu kepada institusi yang menjalankan tugas untuk menegakkan demokrasi dan kesejahteraan masyarakat, menulis komen-komen yang lucah dan biadab terhadap orang lain, maka semuanya ini adalah terang-terangan bercanggah dengan akhlak yang diajar oleh Islam, dan melanggar ajaran agama adalah satu dosa kepada ALLAh SWT, bukan hanya melanggar adab dan budaya bangsa seperti makan dan minum dalam keadaan berdiri atau melintas depan orang tanpa menundukkan kepala dan sebagainya.
Kita seharusnya segera menerapkan ajaran kepada generasi muda kita, terutamanya dengan menunjukkan contoh tauladan yang baik, bahawa akhlak Islam adalah sesuatu yang wajib dipatuhi, bukan seperti adat tradisi kita yang boleh diikut atau tidak mengikut cita rasa masing-masing. Melanggar akhlak Islam adalah bererti melakukan mungkar dan perbuatan dosa, bukan kepada budaya dan adat bangsa, malah kepada agama dan ALLAH SWT.

Adaptasi dari penulisan
No comments:
Post a Comment