Sheikh Yusuf Qardawi mengkritik kejadian demo sehingga menyebabkan
kematian. Menyerang, membaling batu dan membakar kedutaan Amerika
bukanlah kerja umat Islam. Apatah lagi membunuh seorang duta atau
sesiapa saja dari kedutaan Amerika.
Sheikh Yusuf Qardawi mengingatkan bahawa filem hina lagi menjijikkan itu
bukanlah dilakukan oleh negara Amerika. Sebaliknya dilakukan oleh
segelintir orang Amerika yang biadab. Jangan hukum negara Amerika
disebabkan kerja segelintir rakyatnya yang gila. Kita mahu Amerika
belajar tentang nilai-nilai murni, itulah kerja kita sebagai umat Islam.
No comments:
Post a Comment