.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, December 22, 2012

PAGE : TIMSS Negara Kita Di Persada Dunia

TIMSS & PIRLS in 2011. 

Oleh Zurairi AR

KUALA LUMPUR, 22 Dis — Pelajar Malaysia akan terus tergelincir dalam Matematik dan Sains jika dasar pendidikan semasa tidak berubah, sebuah kumpulan lobi pendidikan memberi amaran. 
Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) memberi respon selepas keputusan terkini pada Rabu mendedahkan Malaysia terus membimbangkan akibat penurunan dalam ranking penilaian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) selama bertahun-tahun. 
“Kami sudah jangka keputusan akan jadi begitu.. Jika kita teruskan apa yang kita lakukan sekarang, kita akan terus merosot,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) kepada The Malaysian Insider
Menurut Azimah, sistem pendidikan Malaysia hanya mengajar kandungan pengetahuan, mengingat pengetahuan dan pembelajaran hafalan, yang malangnya hanya membentuk sebahagian kecil TIMSS, tidak seperti mempersoalkan dan penyelesaian masalah. 
“Kita tidak melakukan apa-apa untuk mempersiapkan anak-anak kita untuk TIMSS ... Lebih baik kita tidak ambil ujian, ini sangat memalukan,” katanya. 
TIMSS menilai pelajar gred empat dan lapan (bersamaan Darjah Empat dan pelajar Tingkatan Dua di Malaysia) lebih daripada 63 negara dalam empat penanda aras antarabangsa sejak tahun 1995. 
Malaysia hanya menghantar pelajar Tingkatan Dua untuk mengambil bahagian dalam kajian ini, dan 5773 orang pelajar dari 180 buah sekolah mengambil bahagian tahun lepas. 
Untuk kajian terbaru pada tahun 2011, Malaysia mendapat 440 mata dalam  Matematik dan 426 mata dalam Sains, di bawah Skala pertengahan TIMSS sebanyak 500 mata. 
Pada tahun 2007, Malaysia mendapat 474 mata dalam  Matematik dan 471 mata bagi Sains. 
Markah yang didapati adalah 519 mata dan 492 mata masing-masing pada tahun 1999, apabila kali pertama Malaysia menyertainya. 
Azimah sinis terhadap rancangan kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Baru untuk peperiksaan penanda aras Malaysia bagi TIMSS, dan mencapai kedudukan ketiga teratas menjelang 2025. 
“Jika kita serius melakukan dengan baik, berubahlah,” tegas Azimah yang memperjuangkan Malaysia untuk meneruskan pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. 
Putrajaya memutuskan untuk membatalkan dasar yang dimulakan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun terdapat keputusan yang menggalakkan. 
“Jangan hanya beri retorik, kita perlu duduk mengubah kurikulum ... supaya ia lebih cenderung ke arah penyelesaian masalah dan pemikiran mempersoalkan. Kita perlukan rombakan besar. 
“Persoalannya sekarang … bagaimana kita akan kesana?” tanya Azimah. 
Pengerusi PAGE mengakui kekurangan pemikiran mempersoalkan dan penyelesaian masalah adalah akibat malang pendidikan konservatif berpaksikan guru. 
“Kanak-kanak harus digalakkan untuk bercakap dan bertanya soalan,” beliau mencadangkan. 
“Mereka tidak melakukannya kerana guru akan menegur  jika mereka bertanya soalan yang salah. 
“Mereka takut untuk membuat kesilapan, mereka malu dan mereka tidak mahu diejek oleh rakan-rakan, jadi jalan terbaik adalah untuk berdiam diri.” 
Penyelesaiannya, Azimah menjelaskan, adalah untuk kembali ke akar masalah dan baik pulih latihan guru untuk bergerak ke arah menjadikan pendidikan berpaksikan pelajar. 
“Tumpuan harus diberikan kepada kanak-kanak itu, bukan kepada guru. 
“Guru perlu menjadi lebih menarik, mereka harus menggalakkan pelajar, agar mereka mempunyai pandangan,” tambah Azimah. 
TIMMS dijalankan setiap empat tahun oleh Pusat Kajian Antarabangsa Sekolah Pendidikan Lynch, Kolej Boston. 
Selain peperiksaan, TIMSS juga mengumpul maklumat kontekstual di persekitaran sekolah dan lokasi, bahasa ibunda, guru dan latar belakang keluarga pelajar, guru dan pengetua. 
Pada tahun 2011, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Jepun mendahului kedua-dua mata pelajaran Matematik dan ranking Sains dengan margin yang besar. 
Negara-negara yang merosot dalam Sains selain Malaysia termasuk Hungary, Macedonia, Norway, Sweden dan Thailand. 
Negara-negara yang sama juga merosot dalam mata pelajaran Matematik, dengan tambahan Jepun, Jordan, Romania dan Tunisia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh