Mulai 4 Disember 2012 , setelah bertolak 'long ranger' dari rumah jam 11.30 pagi dengan jentera lama 'cap ikan' gelaran popular anaknda, tiba jam 5.00 petang di Hotel Heritage Cameron Highland, Pahang Darul Makmur untuk memenuhi permintaan kepada pengisian Kursus Pemantapan Pengurusan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Kelantan. Kursus ini sebagaimana biasa dihadiri oleh Pegawai SPA dan Anggota Kakitangan Sokongan (AKS).
Pengisian kursus yang dipengerusi oleh Tuan KSPA ini ialah:
4/12/12 (Selasa)
4.00 petang - Taklimat
8.30 malam - Ucap Utama KSPA
5/12/12 (Rabu)
8.30 pagi - Pembentangan Taqwim, SKT, Fail Meja dan Portfolio Pegawai bagi tahun 2012 oleh KPP Sains
11.00 pagi - Pembentangan Pencapaian Kecemerlangan Akademik 2012 dan Harapan 2013 oleh KPP Matematik
(Sesi selari KSPA dan KPP Sains bersama dengan AKS bagi pemantapan pengurusan jabatan untuk tahun 2013)
2.30 petang - SKT
8.30 malam- e-Cakna dan Kaedah Post Mortem Peperiksaan oleh En. Mohd Razali -PP Sains
6/12/12 (Khamis)
8.30 pagi - Pengurusan Pemantauan kendalian bersama oleh KPP Sains dan KPP Matematik
11.00 pagi- Isu dan Pemantapan Pengurusan 2013 dan rumusan oleh KPP Sains
Terima kasih kepada semua pegawai dan AKS yang dapat bersama kali ini.
Bertolak balik jam 1.00 tengah hari bersama Pak Su dan tiba dirumah jam 6.40 petang setelah memandu dengan purata 80 km/j untuk jarak 310 km sehala.
Syukur Alhamdullilah.
( Malam ini juga dapat disiapkan Prestasi On line ..yang sukar dibuat di CH )
No comments:
Post a Comment