Dah 3 kali PM minta maaf
30 November 2012
TIDAK wujud individu, pemimpin, organisasi atau parti
yang tidak pernah melakukan kesalahan. Untuk itu sebagai kepimpinan
parti dan kerajaan, Umno menyusun memohon maaf atas kekhilafan, kata
Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan ucapan dasar pada
Perhimpunan Agung Umno 2012.
Sebelum
ini, pada Mac lalu ketika satu majlis di Baling Kedah, Perdana Menteri juga
pernah membuat rayuan momohon maaf kepada rakyat negeri itu atas
kesilapan dalam pilihan raya umum lalu yang menyebabkan mereka ditolak
di negeri itu
Dalam satu majlis di Pelabuhan Kelang dua minggu
sebelum ini, Perdana Menteri juga memohon maaf dan mengakui bahawa BN ada
melakukan beberapa kesilapan di negeri Selangor sehingga mereka ditolak
oleh rakyat dalam pilihanraya 2008 lalu.
MEMINTA maaf adalah tanda sifat mahmudah, sama ada terhadap manusia
apatah lagi dengan ALLAH. Sikap suka memohon maaf dan kesungguhan
memohon maaf lumrahnya lahir dari rasa bersalah.Lagi banyak rasa bersalah seseorang itu, maka lagi keraplah seseorang
itu akan memohon maaf. Memohon maaf dengan manusia teramai
jarang dilakukan oleh mana-mana kerajaan atau pimpinan kerajaan. Kerana
itu, apabila ada yang lakukan tentulah ia menjadi bahan perbincangan
awam.
Memohon maaf tanpa sebarang niat dan tindakan untuk memperbetulkan
kesilapan-kesilapan di atas membuka ruang kepada orang ramai untuk menilai
tahap keikhlasan seorang pemimpin.Memohon maaf kepada mereka bermakna bersalah dengan mereka. Islam mengajar kita agar memaafkan kesalahan orang lain, agar ALLAH
memaafkan kita.
Meminta maaf dan memaafkan suatu kesalahan adalah sifat terpuji, tetapi
bukan bermakna merestui segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.
Jika begitu..buat pula kemudian minta maaf.. ramailah yang akan mengulangi salahlaku ini. Maka semakinlah menambah dosa.
No comments:
Post a Comment