8 Makanan Utama Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Hafiz Ramli
psipum.org
1. Susu Skim
- Putih
susu ibarat kalsium yang membentuk tulang, susu berskim sememangnya
mengandungi gabungan kalsium dan vitamin D (juga terdapat dalam sinaran
cahaya matahari di awal pagi) – dua nutrien penting yang bekerja erat
membantu menurunkan tekanan darah sebanyak 3-10%! Tidak cukup dengan
itu, ia juga merendahkan risiko penyakit jantung sebanyak 15%. Susu skim
– bukan sekadar susu atau skim biasa!
2. Bayam
-
Berdaun hijau menyerlah, bayam bukan sahaja mempunyai kandungan kalori
yang rendah, malahan kaya dengan fiber dan nutrien-nutrien seperti
potasium, magnesium dan folat – kunci untuk merendah dan menstabilkan
tekanan darah.
Cubalah untuk menambah bayam ke dalam salad atau sandwich dalam hari-hari anda! Pasti anda tidak akan mengalami kekecewaan!
3. Kuaci
- Kuaci
ataupun biji bunga matahari selalunya dikunyah sebagai makanan ringan.
Tapi tahukah anda? Kuaci adalah antara sumber magnesium yang utama. 1/4
cawan kuaci menjadikannya makanan ringan yang berkhasiat!
Pastikan
anda tidak membeli kuaci yang bergaram kerana garam mengandungi sodium
yang tinggi, yang perlu dielakkan. Rajin-rajinkan diri mengunyah kuaci
mulai sekarang!
4. Kekacang
- Penuh
nutrisi dan versatil! Kekacang sama ada hitam, putih, merah atau hijau,
masing-masing mengandungi fiber, magnesium dan potasium – bahan-bahan
yang diperlukan untuk kesihatan jantung yang menyeluruh! Tambahkan
kekacang ke dalam salad atau sup anda.
P/s: Ianya menjimatkan!
5. Ubi Kentang
- Ubi
kentang juga kaya dengan magnesium dan potasium – nutrien vital untuk
jantung. Jika badan kekurangan potasium, sodium yang tersimpan akan
bertambah (terlalu banyak sodium akan menyebabkan meningkatnya tekanan
darah). Sebaliknya, diet yang kaya dengan potasium akan membantu
mengeluarkan sodium yang tidak diperlukan dari badan! Manakala bagi
melancarkan aliran darah, rahsianya adalah dengan magnesium!
6. Pisang
- Ramai
yang tidak tahu pisang sebenarnya mengandungi kandungan potasium yang
hebat. Pilihan terbaik untuk sebagai pelengkap hidangan anda!
Mulakan
hari anda dengan gulungan pisang keju atau pisang salai di waktu minum
petang, anda pasti kekal bertenaga. Pisang sejuk beku – Nyum!
7. Kacang Soya
- Satu
lagi sumber potasium dan magnesium yang utama adalah kacang soya. Bukan
sahaja baik untuk kesihatan jantung, malahan juga untuk kulit yang kekal
berseri!
Amalkan pengambilan susu soya, tauhu, tempe dan sebagainya. Kacang soya – hasil yang terbaik dari ladang!
8. Coklat Gelap
- Hooray
untuk coklat gelap! Hanya 30 kalori sehari (satu petak kecil) selama 18
minggu mampu menghasilkan penurunan tekanan darah, menurut Journal of
the American Medical Association (JAMA). Pilihlah coklat yang
mengandungi sekurang-kurangnya 70% serbuk koko.
No comments:
Post a Comment