Musa Hassan: Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah
PETALING JAYA–
Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat
antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua
Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
“Apabila
penjenayah rapat dengan ‘orang atas’, yang teraniaya adalah
masyarakat,” kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah
baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.
Peningkatan
bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di
rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib
yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal
bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Baru-baru
ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa
mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan
wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan
bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.
Kadar
jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan
dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada
The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.
Beliau
menekankan kesan “domino” aktiviti haram berkenaan sambil menambah
masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi
akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.
“Jenayah
ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran,
loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang
kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika
aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.
“Salah
satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen
disesetengah tempat macam di Holland,” kata beliau merujuk kepada
kawasan pelacuran ‘halal’ di Belanda sambil menambah, “Orang nak pergi
pun segan.”
Menurut
Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat
bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya
memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara
keseluruhan.
“Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.
“Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat,” katanya.
Untuk
mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan
maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.
“Contohnya,
apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan
kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh
risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat,” katanya.
MyWatch
turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan
senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan
kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan
mereka.
Musa dan
MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan
keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama
MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan
Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.
Beberapa
penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk
peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang
dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa
kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif
di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun
lalu.
Ahli
politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip
orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak
berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar,
menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah
Pengarah
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai
mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di
Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini
apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.
PEMANDU
sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak
11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan
menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.
Pentadbiran
Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan
menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam
kadar jenayah di seluruh negara.
-themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment