.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, July 17, 2011

Pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal kali Pertama

Alhamdullilah pada hari ini berlangsunglah aoa yang dinamakan Pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini berlangsung di SMK Belimbing Tanah Merah disertai oleh sebanyak 17 pasukan. Sepatutnya semua sejumlah 20 pasukan hadir tetapi disaat-saat akhir 3 pasukan telah menarik diri.

Jika tahun lepas, skop teori dan maklumat mengenai peranan dan tugas pembantu makmal di sekolah, maka tahun ini diberi penekanan praktikal kemahiran saintifik dan manipulatif dengan melakukan praktikal itu sendiri. Setiap pasukan terdiri dari 2 orang pembantu makmal. Tuan rumah, PPD Tanah Merah diberi peluang di mana semua sekolah menghantar 2 pembantu makmal bagi sekolah masing-masinh manakala bagi PPD selainnya dikhaskan 1 pasukan dimana uanya terdiri dari 2 pembantu makmal dari sekolah yang sama atau 2 pembantu makmal dari sekolah yang berbeza. Pemilihan dan cadangan dibuat oleh Penolong PPD Sains Matematik, PPD masing-masing.

Pengujian soalan adalah berdasarkan kepada 5 stesyen iaitu
Stesyen 1: Fizik
Stesyen 2: Kimia
Stesyen 3: Biolobi
Stesyen 4: Sains Teras
Stesyen 5: Soal jawab mengenai peranan pembantu makmal dan pengurusannya

Setiap kumlukan diberi masa 10 minit menyelesaikan tugasan secara bersama sebelum wisel tamat dibunyikan. 5 minit masa untuk bertukar ke stesyen yang baru. Memaandangkan terdapat hampir 20 pasukan, maka dibuat dalam dua sidang, iaitu 10 pasukan untuk sidang pertama dan 7 masukan untuk sidang jke dua. Setiap sidang memerlukan masa selama 75 minit. Kesemua mereka diselia oleh panel yang terdiri dari kalangan Guru Kanan sains di ana setiap stesyen terdiri dari 2 orang panel. Tugas panel ialh menilian dan memberi markah berdasarkan rubrik yang telah disediakan oleh panel penngubal Soalan sebelum ini.

Kehadiran peserta dan panel penilain didahuli dengan pendaftaran dan sesi takoimat mengenai prosedur pertandingan dan penilaian dalam dua sesi selari. Tempat jam 8.50 pagi, perasmian dilakukan oleh YBhg. Dr. Aweng A/L Ah Rek, Timbalan Dekan Fakuliti Agro Industtri % Sumber Asli, UMK.

Pertandingan tamat tepat jam 12.40 tengah hari dan sesi penyampian hadiah dan cendermata kepada pemenang disempurnakan oleh wakil PPD tanah Merah.

Tahniah kepada pemenang
1. SMK Dato Mhamud Paduaka Raja 2, Tanah Merah
2. SMK Jeli
3. SMK Tanah Merah 1, Tanah Merah

Terima kasih kepada:
Tuan Rumah PPD Tanah Merah, Pensyarah UMK, Pengetua dan Guru-Guru SMK Belimbing,Panel Penggubal, Panel Hakim, Peserta , Pegawai Sains Matematik PPD,
Juga tidak lupa kepada penaja hadiah iaitu HELCOM MALAYSIA BHD. Terima Kasih semua

Saturday, July 16, 2011

Kotor ada juga baiknya...


The odor of dirty socks can be used to lure mosquitoes into a deadly trap before they can spread malaria, a US and Canadian-funded researcher based in Africa said Wednesday.

Dr. Fredros Okumu, of the Ifakara Health Institute in Tanzania, discovered through an experiment that mosquitoes were more attracted to the odor of filthy feet than to live humans sleeping in the same area.

"We had an experimental house with a human being sleeping inside and a second experimental house with a synthetic mixture," he told AFP by telephone.

"We realized that we were getting four times more mosquitoes going into the house with (the) synthetic mixture," which, when doused with insecticide, killed the bugs.

"When mosquitoes are crossing the compound, they sense something that they think it is a human being. They attempt to bite that person or that device and... instead of getting blood they get killed."

His findings have earned him a $775,000 grant from the Bill and Melinda Gates Foundation and the Canadian NGO Grand Challenges to install the devices in a number of Tanzanian villages to measure their effect on public health.

The devices are to be placed outside homes in order to complement life-saving nets and repellents.

"We were attracted to that idea because it is a bold idea, it's creative, it's innovative," Peter Singer, Chief Executive Officer of Grand Challenges Canada, told AFP.

"Who would have thought that a life-saving technology could be lurking in your laundry basket?"

Malaria claimed 781,000 lives in 2009, according to the UN's World Health Organisation (WHO), which is heading efforts to distribute insecticide-treated mosquito nets and to spray reproduction sites.

About 90 percent of malaria deaths each year occur in Africa and 92 percent of those are children aged under five.

Other mosquito-borne diseases include dengue, which sickens around 50 million people each year, yellow fever, filariasis and West Nile virus.

Tapi ingat bahawa yang kotor itu ada diluar tubuh kita, bukan pada tubuh kita bahkan bukan pada hati budi kita. Dalam diri sentiasa bersih dan sentiasa mensyukuri akan nikmat NYA.

Friday, July 15, 2011

Panggilan Pulau Kapas 2011



Bertolak dari rumah jam 11.00 pagi ke Machang jemput Pak Su A’Seri untuk ke Kapas Island Resort, Pulau Kapas, Marang, Terengganu untuk menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisma Pegawai Akademik Bidang Pengurusan Kurikulum. Kursus yang berlangsung dari 14 Julai dan berakhir 16 julai ini dihadiri oleh Pegawai Akademik dari Sektor Pengurusan Akademik, JPN serta Pegawai Akademik dari PPD. Buat kali pertama, kursus kali ini turut disertai oleh kalangan staf sokongan SPA. Pegawai seramai 25 orang manakala staf seramai 13 orang.

Majoriti peserta tiba lebih awal dan menaiki Bot Resort Kapas ke Pulau Kapas pada jam 12.30 tengah hari . Memandangkan agak lewat bertolak, kami tiba di Jeti Ke Pulau Kapas jam 4.00 petang. Jeti ini berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia Marang. Sepatutnya bot bertolak jam 4.30 petang tetapi dengan hujan lebat terpaksa delay boating. Ke Pulau Kapas dengan bot kecil dengan muatan 10 orang , kecut juga perut apabila bot meredah laut dengan ‘pumping’ yang agak teruk. Tetapi bagi mereka sebagai seorang pelaut, ini dah jadi perkara biasa.Kebetulan dengan hampir cuti hujung minggu ramailah juga pelancong domestic tiba di pulau ini. Pelancong antarabangsa tu dah biasalah berekreasi cara mereka.

Chalet No. 4 merupakan tempat penginapan bersama Pak Su. Berehat sekejap kerana penat dalam perjalanan memandu kereta antic yang baru dibaiki drive shaft dan brake pump nya. Selepas makan malam, program kursus adalah sebagaimana kronologi berikut:

14 Julai 2011 (Khamis)

8.30 Malam
1. House Keeping oleh En. Mat Nawi Wahid
2. Taklimat Pengurusan Akademik Semasa
Saya telah diberi peluang untuk berkongsi maklumat mengenai beberapa perkara yang melibatkan semua pegawai akademik di JPN dan PPD serta staf sokongan iaitu
• Pemaufakatan kerja (sinergi) membuah banyak kecemerlangan dalam akademik
• Program e-Cakna telah melonjakkan JPN Kelantan untuk diberi status 5 bintang dalam penarafan MS ISO 900:2008 PK03-1 (Pemantaun)
• Pefokusan tugas pegawai dalam menjayakan NKRA terutamanya SIP yang meilbatkan pemantapan pentabdir dan peranan guru mata pelajaran:
- SIPartner
- SiSc
- SAPS pelengkap SIT

15 Julai 2011 (Jumaat)

8.30 pagi
En. Ehsham (Penolong Pengarah (BM) – Taklimat Pelaksanaan dan Pencapaian LINUS Terkini
Pencapaian terkini LINUS setelah pelbagai pendekatan dan program dibuat adalah:
Literasi – 86.48%
Numerasi – 91.98 %

9.30 pagi
En. Mohd. Hassany (KPP (BM))- MBMMBI
9 Julai 2009 keputusan Kabinet memutuskan PPSMI di soft landing kan dimana mulai tahun 2011 Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) dah bermula di Tahun 1 dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Kini Sains dan Matematik dikembalikan BM sebagai bahasa penghantarnya. Begitu juga dalam pemantapan pedagogi (kreativiti dalam P & P) untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah menggunakan BM. Kini JPN berkaliboratif dengan Bahagian KPM untuk menjayakan pelbagai program dasar MBMMBI di bawah Unit BM dan Unit BI masing-masing. Kata YAB Menteri Pelajaran “ MBMMBI jangan gagalkan”

10.15 pagi
Hj. Daud Yusoff ( Penyelia Pelajaran Matematik)- PROTIM
Kejayaan Program Tiga M ( Menulis , Membaca, Mengira) bagi pelajaran tahap 2 sekolah rendah bermakna peningkatan pencapaian akademik pelajar dapat diterjemahkan. Pencapaian keseluruhan UPSR tentu dapat dipertingkatkan. Kini dengan adanya program e-PROTIM V 2.0 yang dibina oleh JK PROTIM Negeri , pelaksanaan program ini semakin mudah untuk memperolehi data dan penganalisaan data dalam merancang dan melaksanakan pelbagai program yang relevan dengannya. Pemantauan amat perlu dikerapkan. Dalam program LINUS di Tahap 1 , hanya sekitar 1 k pelajar yang tegar tetapi dalam program PROTIM di Tahap 2 masih ada seramai hampir 9k pelajar yang tidak dapat menguasai kemaniran mengira.

10.30 pagi – Rehat

11.00 pagi
En. Nasir Mohd Noor – Dapatan e-Cakna Fasa 1
Status Pencerapan terkini e-Cakna peringkat negeri sehingga 30 Jun 2011 ialah 33.08 % (SK) 28.83 % (SM). Data ini diperolehi dari pencerapan pogram pemantauan oleh pegawai JPN, PPD dan sebahagian besarnya oleh pentadbir sekolah. Ada sebilangan guru yang capai 91-100 %. Mereka ini layak untuk dicalonkan sebagai GC. Masih ada juga guru yang mendapat skor kategori LEMAH yang amat perlu dibantu. Kategori kehebatan guru mata pelajaran menjalankan P & P ialah Cemerlang, Baik, Harapan, Memuas dan Lemah. Penilaian Guru semasa P & P banyak merujuk kepada Item dalam SKPM.
Fasa 2 e-Cakna kini dah bermula dari 1 Julai – 30 Okt 2011, selepas selesainya e-Cakna Fasa 1. Sebagaimana biasa, pematau harus smart dengan pengurus sekolah.Melaksanakan tugas dengan profesional bersama guru dengan ilmu yang mantap dalam coaching and mentoring.

12.00 tengah hari – Rehat dan Solat Jumaat
Ketibaan Tuan KSPA dari Kota Bharu,



3.30 petang
Aktiviti yang dirancang untuk rekreasi peserta telah dibuat dimana dengan bayaran RM15 seorang, snorkling tengok ikan comel didasar laut. Ramai rakan turun untuk perhatikan kawanan ikan comel di dasar laut. Saya takut nak turun tetapi dapat juga tengok ikan tersebut dari atas dek bot dengan taburkan sedikit roti. Seronoknya mereka. Takut bukan apa, tak pandai berenang seperti ikan. Selesai saja dalam keadaan hujan lebat, kami kembali ke jeti pulau kapas. Lepas itu terus mandi laut. Hampir 2 jam terapung di laut dengan life jacket. Berhenti jam 6.30 petang dan balik ke bilik No 5.

9.00 malam
En. Mohd Nasir Mohd Noor – Hala Tuju & Peranan Guru Tingkatan Enam
2008 pengurusan tingkatan 6 distruktur semula oleh KPM di mana BPSH bertanggungjawab untuk akademiknya. Tingkatan 6 kini dikenali Kelas Pra-U manakala kelas selainnya Kelas Perdana. GPK Tingkatan 6 dengan 10 kelas ke atas dengan gred DG 48 jika tidak hanya DG 44. Jika 4 kelas ke atas, Guru Akademik layak DG 52 walaupun GPK 48.
GPK Tingkatan 6 dibantu oleh Ketua-Ketua Unit yang berkaitan
(Pentadbiran,Kurikulum,HEM,Kokurikulum,Penyelidikan.Cuma perlu ada satu mekanisme untuk menentukan bidang tugas antara GPK Tingkatan 6 dengan GPK Arus Perdana. Peruntukan masa antara 16 hingga 24 waktu seminggu. Penyelidikan murid dan penyelidikan guru amat dititikberatkan. Kuliah, toturial,amali, kajian dan kolokium, lebih kepada adragogi, menggunakan folio bagi merekod, perancangan P & P, kokurikulum, penyelidikan,penilaian dan pentaksiran. Mulai 2012, sistem modular diperkenalkan untuk kelas Tingkatan 6.

9.30 malam
En. Mohd Razali Abu Talib (Penolong Pengarah Sains) - Analisis e-Cakna
Masih terdapat sekolah yang tidak menghantar laporan lengkap e-Cakna yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah. Tugas setiap PPD untuk turun padang bagi memastikan semua sekolah mengambil tindakan. Setiap GPK perlu mahir dalam e-Cakna dan pengurusannya. Ada dan pandai dalam literasi komputer. Dalam sesi ini, semua pegawai diberi penerangan mengenai cara membuat analisis data yang berkaitan dengan keupayaan dan tahap pelaksanaan P & P guru mengikut mata pelajaran dalam bilik darjah. Dapatan analisis ini amat membantu pegawai di JPN dan PPD untuk membuat persediaan sebelum tindakan susulan jika perlu terhadap P & P guru serta pengurusan kurikulum di sekolah berkenaan. Dengan adanya e-Cakna ini, adalah menjadi harapan agar pihak pentadbir sekolah khususnya dan guru mata pelajaran sentiasa bersedia dengan peningkatan amalan P & P yang terbaik. Semoga tiada lagi kategori LEMAH dan MEMUASKAN.

16 Julai 2011 (Sabtu)
8.30 pagi
En. Mat Nawi Wahid (Pegawai LDP)
Pelaksanaan Latihan KSSR
Kini dah selesai 2 sesi iaitu 2 minggu pelaksanaan KSSR Tahun 2 dengan kendalian serta peruntukan dari BPG melalui kerjasama dengan JPN dan PPD . Kandungan kursusnya ialah Konten dan PBS. Semuanya dikendalikan oleh JU yang telah dilatih oleh BPK dan LP, KPM. Taklimat serta bengkel kursus ini hanya melibatkan JU sahaja tanpa kehadiran pegawai kurikulum dari JPN maupun PPD.
Pegawai penyelaras pelaksana kursus ialah Penolong PPD mata pelajaran yang berkaitan. Pegawai dari JPN boleh membuat pemantauan bagi setiap sesi kursus yang dibuat secara “5 day On-site” dibawah bidang masing-masing.
Berbeza KSSR Tahun 2 ini ialah kandungan Konten dan PBS dilaksanakan secara berturutan oleh JU yang sama manakala KSSR Tahun 1, untuk kontennya JU dilatih oleh BPK dan untuk PBS, JU dilatih oleh LP. JU konten dan JU PBS tahun 1 ini tidak terdiri dari orang yang sama. Tahun 2010, kursus PBS telah diadakan selama 2 hari secara on site lebih awal dari kursus Konten KSSR yang juga dilaksanakan dalam masa 2hari secara on site.

Sistem On Line PBS telah dibina oleh LP bagi memudahkan PBS dilaksanakan oleh guru. Juga dengan SAPS yang baru dibina sistem on line nya oleh Unit NKRA Pendidikan akan di ketuai oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan melaui pegawainya di JPN dan PPD. Dengan kata lain, satu kursus yang berkaitan dengannya akan dijalankan oleh sector berkenaan.

Untuk KSSR Tahun 1 , Dokumen Standard Kurikulum telah diedarkan ke semua sekolah untuk kegunaan guru dalam bentuk CD. Bagi Standard Penilaian pula perlu dirujuk kepada portal KPM. Bagi KSSR Tahun 2 , Dokumen Standar Kurikulum dan Standard Penilaian akan diberi kepada guru mata pelajaran oleh JU kepada semua guru sewaktu kursus sedang dijalankan.

Mulai tahap 2, PBS akan menjadi rujukan rasmi untuk penarafan band pelajar. Walau bagaimanapun PBS Tahap 1 perlu dilaksanakan oleh kesemua guru disiplin mata pelajaran sebagai pemantapan untuk guru dan pelajar mengenai pelaksanaan PBS.
Pelaksanaan dasar MBMMBI dengan peruntukan untuk Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti dalam P & P) kini dah selesai 7 pakej dan bakinya 9 pakej.

10.30 pagi
Amanat Tuan KSPA
Perjumpaan ini adalah buat kali terakhir selaku seorang Ketua Sektor Pengurusan Akademik dengan pegawai SPA JPN dan PPD kerana beliau mula pencen mandatorinya pada 20 Julai 2011. Antara intipati ucapan beliau ialah:
1. Pertahan tahap prestasi yang tinggi dikalangan pegawai sebagaimana sebelum ini.
2. Elakkan budaya negative, tunjukkan status kepegawaiaan tinggi dengan ilmu yang mantap dan kemaskini.
3. Setiap pegawai adalah pemunya data dengan penguasaan yang terbaik untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang releven
4. Kerja sepasukan dengan keseronakan
5. Elakkan kerja buat tanpa orang lain boleh ‘perli’
6. Sentiasa baik sangka remeh temeh letak ketepi
7. Jangan tangguhkan kerja.
8. Sentiasa bugarkan hati klien- guru dan murid
9. Tepatlah masa dalam menjayakan kerja
10. Senarai semak menjadi panduan kerja
11. Perbetulkan pengurusan akdemik sekolah- Pengurusan Fail Panitia
12. Kekemasan dan kemaskini kerja
13. Sikap diplomasi antara pegawai dengan klien
14. Intergriti , akautabiliti dan kejujuran yang hebat dikalangan pegawai
Berkerjalah bersungguh dengan redha ALLAH SWT



Majlis ditangguhkan jam 11.00 pagi untuk bersedia menaiki bot ke tanah besar. Bertolak dari jeti jam 12.00 tengah hari dan tiba dalam masa 20 minit kemudian. Selesa dengan bot besar, tidak seperti bot kecil. Dengan kelajuan 70 km/j, setelah hantar pak su ke rumahnya, tiba di rumah jam 6.00 petang. Alhamdullilah selamat.

Monday, July 11, 2011

Tak Sepatutnya Ini Berlaku





Masihkah ingat lagi Lagu Negaraku dan Rukun Negara yang mana sejak dulu lagi didendangkan kepada kita semua selaku warganegaranya.

Tetapi abainya penghayatan maka inilah yang tak sepatutnya berlaku...



Dan amat terkejut kerana tak dijangka di kalangan peserta rali ini ialah anak dan cucu Tun Dr. Mahathir


Datin Paduka Marina Mahathir
"Marina, a social activist who was among the thousands who were in the capital city on Saturday facing the riot police, defended the Bersih supporters, saying that they had assembled peacefully and did not cause any harm or violence".

Entahlah, terkadang diri ini terkeliru...betullah begitu SUKARNYA MENDIDIK MUDAHNYA MENGAJAR.

Dan setiap masalah tentu ada penyelesaiannya..kerana kita semua yang didatangkan oleh ALLA SWT ke muka bumi ini bukan untuk membuat masalah tetapi menyelesaikan masalah berdasarkan kehendakNYA.

Friday, July 8, 2011

Teknologi Atas Talian

On Line dah biasa dan kerap kita dengar. Dulu hantar berita dengan kertas tetapi kini hantarnya dengan SMS atau MMS atau e-mail dan banyak lagi. Dulu dua tiga hari baru dapat berita tetapi kini entah berapa saat dah terima berita walaupun dua jaraknya begitu jauh dipisahkan. Nak hantar duit, masuk disini melalui Mesin Deposit maka penerimanya di sana dapat terus tanpa menununggu masa melalui Mesin Autoteller. Dulu nak mohon itu ini gi=una borang hardcopy tetapi kini guna borang softcopy, sah dan terus hantar, Keputusannya juga dalam softcopym cuma print sendirilah.

Itulah kemajuan, teknologi atas talian , on line perlu kita gunapakai demi banyak kelebihannya. Dan kini di sekolah, terbaharu di perkenallan oleh KPM ialah urusan Headcount sistem peperiksaan iaitu SAPS. Di mana ia merupakan pelngkap SIT dalam SIP.

Semua warga pendidik perlu tahun menggunakannya. Amat banyak kelebihannya.

Thursday, July 7, 2011

SAPS Pelengkap SIT dalam NKRA Pendidikan



Semua warga pendidik tentu dah sedia maklum apakah yang dikatakan Bidang Keberhasilan Utama Nasional Pendidikan @ NKRA Pendidikan. Agenda utama NKRA Pendidikan ini ialah:
1. Pra Sekolah
2. Literasi dan Numerasi (LINUS)
3. Sekolah Berprestasi Tinggi
4. Tawaran Baru Kepada Pimpinan Sekolah

Menyentuh mengenai tawaran baru ini, antara program sokongan untuk Pengetua dan Guru Besar ialah SIP (School Improvement Programme ) dimana :
• SIP bertindak sebagai program nilai tambah yang lahir dari inisiatif Tawan Baru ini
• SIP boleh meningkatkan kecemerlangan dan merapatkan jurang pencapaian antara sekolah
• SIP dapat meluaskan akses pendidikan berkualiti kepada semua
• SIP dapat mendorong pihak sekolah mengenalpasti kekuatan dan kelemahan berdasarkan iklim sekolah [ murid, guru,infrastruktur dan pentaksiran]

SIP ini disokong dengan perkhidmatan berikut melalui:
1. Rakan Pembimbing (SIPartner)- lead agency IAB memberi fokus kepada aspek pentadbiran,pengurusan dan Infrastriktur.
2. Jurulatih Pakar Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah (SISc) -lead agency BPG+IPGM bersama JPN dan PPD memberi fokus kepada aspek Pengajaran dan Pembekajaran dan Pembangunan Kapasiti (Capacity Building)

Bagi menyokong SIPartner dan SISc ini, SIT (School Improvement Tookit) diujudkan dimana ia memberi banyak kepentingan dalam pengurusan data,penggumpulan data dan keesahan data dengan lebih menjurus kepada kehendak masa depan dengan "one line" dan "One Stop Data Center".

SIT ini terdiri dari
• GPS (Gred Purata Sekolah) bagi Peperikaan Awam / Dalaman Sekolah
• SKPM ( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia)
• Profil Guru
• Penilaian Guru
• Pelan Strategik

Tawaran baru “New Deal” ini dapat diterjemahkan apabila pimpinan sekolah dapat menghayati SIP itu sendiri. SIP diperlukan kerana:
1. Dapat memastikan setiap kanak-kanak Berjaya
2. Tiada lagi pemimpin sekolah yang ketinggalan
3. ‘Big Fast Result”

Tentu kita semua telah mendengar apakah itu SKOR KOMPOSIT di mana daripadanya sekolah di rangking dan di banding kan. Ada yang nendapat band 1 , band 2, band 3, band 4, band 5, band 6 dan band 7. Yang terbaik ialah band 1. Skor ini dihasilkan dari peratusan GPS dan peratusan SKPM dari setiap sekolah. GPS menyumbangkan 70 % manakala SKPM menyumbangkan 30 % markahnya. SKPM dinilai sendiri oleh Pengetua/Guru Besar manakala GPS adalah berdasarkan sumbangan tugas guru dalam memperkasakan Pengajaran dan Pembelajaran. GPS yang terbaik berada dalam julat 1.00 – 1.99.

Skor Komposit berdasarkan Band adalah seperti berikut:
Band 1: SM (>=90) SK (>=85
Band 2: SM (80-89.99) SK (75-84.99)
Band 3: SM(70-79.99) SK(65-74.99)
Band 4: SM(60-69.99) SK(55-64.99)
Band 5: SM(50-59.99) SK(45-59.99)
Band 6: SM(40-49.99) SK(35-44.99)
Band 7: SM(<=35.99) SK(<=34.99)

Dengan adanya SIP ini, maka sebanyak 10007 buah sekolah dengan 188,000 kelas untuk 5.4 juta murid telah di ranking dan di banding kan. Semoga tiada lagi SEKOLAH TIDUR.

Skor Komposit ini melibatkan SKPM dan GPS dalam SIT. Maka untuk GPS , sebagai pelengkap kepadanya di bina Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Mengikut surat siaran yang bertarikh 7 Jun 2011 dari Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Modul SAPS yang diarahkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dalam Mesyuarat Delivery Taskforce NKRA pada 25 April 2011 ini perlu digunapakai oleh semua peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia, khususnya semua sekolah di Malaysia sebagai One-stop Data Center.

Bagi memastikan pelaksanaan modul SAPS dapat mencapai matlamat yang dihasratkan, semua pihak yang berkaitan adalah diminta memastikan bahawa perkara-perkara berikut dipatuhi:
• pegawai di JPN dan PPD perlu memastikan setiap sekolah AKUR dengan penggunaan modul SAPS ini yang akan digunapakai sebagai SISTEM ANALISIS PRESTASI MURID YANG UTAMA
• semua guru mata pelajaran dan guru kelas WAJIB mengisi markah ujian bulanan dan ujian akhir tahun (termasuk ujian percubaan) ke dalam system secara atas talian mengikut tempoh-tempoh masa yang ditetapkan; dan
• Setiausaha Peperiksaan setiap sekolah perlu MENGESAHKAN semua markah ujian setiap kelas dan menganalisis markah-markah tersebut bagi tujuan perancangan pembangunan prestasi sekolah.

Maka pada 6-7 Julai 2011, mewakili JPN saya bersama KSPP. Wakil KS ICT dan Pegawai Peperiksaan PPD dari Kelantan, Terengganu dan Pahang menghadirkan diri dalam Bengkel Pelaksanaan Modul Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) Dalam Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolha(SIT) Zon Timur bertempat di Hotel Grand Continental, Terengganu.

Bengkel ini dikendalikan oleh UNIT NKRA, KPM, perlu dibuat dan disebarkan kepada semua sekolah dengan kadar segera, keutamaan dulu kepada sekolah rendah. Perlu diselesaikan menjelang Ogos 2011.

Adalah menjadi harapan, menjelang tahun 2012, tiada lagi sekolah dalam band 6 dan band 7.

Juga pada 5-7 Julai 2011, JPN Kelantan juga menganjurkan Kursus Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P & P) bagi Guru Sains dan Matematik di tempat yang sama. Sempat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di sekolah.

Tuesday, July 5, 2011

DYMM Tuanku... Payung Rakyat



Satu dua minggu ini, kita rakyatnya disensasikan oleh berita yang merimaskan hidup dan kehidupan yang dah dianggap harmoni dan sejahtera. Satu pihak menyokong dan satu pihak menentang. Warna itu tak baik warna ini baik. Puak itu jahat puak ini baik.Walhasilnya jika berlaku pertembungan maka yang susah bukan sahaja kita tetapi semua yang tinggal di bumi yang dah permai ini.

Jika masing-masing tak nak bertolak ansur, maka tugas kita sebagai pendidik untuk menjanakan modal insan yang hebat tentu tidak akan kesampaian dan matlamat wawasan negara maju menjelang 2020 dengan acuan kita sendiri hanya sekadar manis sebutan dibibir mulut. Kerana adanya setitik nila makan sebelanga susu menjadi rosak. Tergendalanya perjalanan maka untuk tiba ke destinasi akan pula mengambil masa. Kemajuan terhambat ke belakang. Negara kekal mundurnya.

Maka sama-sama kita renungkan titah DYMM Tuanku.

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.
-

Petikan Bernama 3 Julai 2011

[ New Zealand mengikut Indeks Keamanan Dunia merupakan negara yang paling aman di dunia. Tetapi jika kita dengan kemajmukan rakyatnya boleh hidup dengan aman damai maka Malaysia akan menjadi nombor wahid negara paling aman di dunia. Siapa tak nak ?.. tentu tiada siapa. Tanyalah diri masing-masing]

Patik merafak sembah Tuanku.

2. Mesyuarat Penyediaan Soalan Kemahiran Pembantu Makmal

Pagi ini bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah menpengerusikan mesyuarat penyediaan soalan untuk pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal Peringkat Negeri Kelantan. Panel terdiri dari Guru Kanan Sains Matematik Sekolah Menengah dengan dibantu oleh Pensyarah UMK yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program 1O1D, satu program komuniti UMK dengan JPN di mana pada tahun ini, PPD Tanah Merah bertindak sebagai tuan rumah.

Monday, July 4, 2011

Program Perjumpaan Guru-Guru STF (UPSR 2011)



Hari in di Bilik Mesyuarat Aras 2, SMK Bandar Chiku berlangsung Program Perjumpaan Guru-Guru STF bersama dengan pihak pengurusan Felda Wilayah Gua Musang. Program anjuran Felda ini melibatkan semua guru STF dari 6 buah sekolah di Gugusan Aring, Chiku dan Perasu. Tujuan program antara lainnya ialah:

1. Mengadakan perkongsian pendekatan strategi untuk meningkatkan kecemerlangan menjelang UPSR 2011.

2. Penilaian pencapaian UBB1, UBB2 dan Pertengahan Tahun(UBB3) bagi ke empat-empat mata pelajaran UPSR iaitu BM (P dan K), BI, Matematik dan Sains.

3. Sesi khas guru bersama Tuan Pengurus Besar FELDA Wilayah Gua Musang, YBrs. Tn. Hj. Norzuki.

Sesi yang bermula jam 12.15 tengahhari ini dibuka dengan sedikit ucapan dari Penyelaras Negeri STF dengan menyentuh mengenai target UPSR 2011 untuk negeri (Kecemerlangan 18.18 %) dan STF (48%) serta kedudukan Band sekolah STF yang dikeluarkan oleh KPM berdasarkan SKPM Sekolah dan Skor Komposit dari pencapaian peperiksaan UPSR tahun 2010. Usaha gigih semua guru amatlah diharapkan agar TERBAIK STF UPSR 2010 dapat diteruskan untuk UPSR 2011.

Penceramah HC3 , En. Mohd. Razali Abu Talib, Penolong Pengarah Sains, JPN Kelantan yang juga pegawai DATA STF peringkat KPM telah mengemukakan cadangan membina berdasrkan data yang dikumpulkan dari semua sekolah STF khususnya. Perihalan berikut amat perlu diberi tumpuan oleh semua guru mata pelajaran UPSR iaitu:

1. Strategik peningkatan pencapaan A ( Semua 5 A )
2. Strategi peningkatan pencapaian keseluruhan (Peratus Lulus)
3. Tiada Pelajar STF di GAGAL kan
4. Elak Gagal Silang
5. Pengamalan Analisis Item ( Guru kenalpasti siapa pelajar yang hampir dapat A dan sipa pelajar yang hampir untuk markah lulus - bantu atasi kelemahan pelajar tersebut)
6. Kenalpasti julat markah mata pelajaran yang terendah dan tertinggi dan darinya atasi kelemahan untuk peningkatan.
7. Guna dan hayati data - apakah makna tersirat data tersebut dalam membantu setiap pelajar. Jangan jadikan data hanya yang tersurat sahaja.

Tuan Pengurus besar FELDA mengharapkan agar semua guru dapat menolong FELDA dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak generasi FELDA agar mereka akan jadi penerus kelestarian FELDA untuk masa akan datang.

Majlis berakhir jam 5.00 petang di mana semua guru STF diberi cenderahati kenangan sebagai ingatan FELDA kepada jasa mereka.

Bertolak balik dan sampi hampir jam 8.00 di rumah setelah menempuh hujan lebat bermula dari Kok Lanas.

TERIMA KASIH FELDA

Sunday, July 3, 2011

Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan 2011

Hari ini bertempat di Dewan SMK Bandar Machang, Machang, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat negeri buat kali ke 40. Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, dengan dihadiri oleh Pengetua dan Guru Besar serta pegawai JPN dan PPD, perasmiannnya disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Awang Adek Husin, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia merangkap Timbalan Pengurusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Majlis bermula jam 9.00 pagi ini dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan pameran produk pendidikan serta dari agensi kerajaan dan swasta. Ketibaan YB Dato' tepat jam 10.15 pagi diteruskan dengan acara bacaan doa diikuti dengan ucapan aluan oleh YBrs. Yn. Hj. Zahari bin Daud, Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan (Tuan Pengarah kini sedang menjalani kursus khas dalam peningkatan kerjaya) dan seterusnya ucapan perasmian.

Antara intipati ucapan beliau ialah:

1. Kejayaan lawatan kerja sehari YAB Perdana Menteri dan Isteri ke Kelantan pada hari Sabtu 2/7/2011 di Pasir Puteh, Di Machang dan Di Kota Bharu.Kehadiran rakyat yang tidak diduga di setiap lokasi lawatan. Di .K Seri Aman, hamoir 20k, di SK Macanag 1, hampir 15k dan di Wisma Persekutauan, jamuan rakyat, hampir 10 k hingga make belan cacang/

2. Janji PM jika esok BN Menang maka lusanya satu stadium baru akan diumumkan pembinaannya, tiada lagi scoreboard 'rukas' tetapi semua digital.

3. Setiap pegawai kerajaan seharusnya berterima kasih dengan apa yang telah dilakukan oleh pemerintah. Emolumen yang tinggi setiap tahun di mana hampir RM20 billion hanya untuk pendidikan sahaja.

5. Malaysia berada di tangga ke 22 dalam Indeks Keamanan Dunia, Terhebat ialah New Zealand.

6. Negara Di Asia di mana peluang rakyat mendapat yang terbaik ialah Jepun, Korea, Singapore dan Malaysia.

7. Jumlah kakitangan awam persekutuan di negeri Kelantan seramai 80k dan 35k daripadanya berada di bawah bumbung pendidikan.

8. Era transformasi kini perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin agar modal insan yang baik dapat dihasilkan dengan budaya dan pemikiran kreatis dan inovatif.

Acara kemuncak perayaan ialah pengistiharan Tokoh Guru Negeri Kelantan 2011. Mereka ialah
1. YBg. Dato' Hj. Ismail bin Md Nor - mantan Pengarah Pelajaran Kelantan
2. Tn. Hj. Zulkifli bin Yusoff - mantan KPP PSPN Kelntan
3. Tn. Hj. Ab. Ghani bin Mat - mantan BOS Sains Matematik JPN Kelantan
4. Pn. Hjh. Wan Aishah bt Wan Adam

Untuk makluman, tokoh nombor 3 ini adalah selain dari BOS sains dan matematik di JPN, beliau merupakan GURU Fizik semasa menuntut di SM Sains Kelantan (kini SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra)

Majlis tamat jam 1.30 tengah hari, dan selepas jamuan , kami bersurai. Cuma lambat tiba di JPN kerana jalan jem di Ketereh.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan perayaan ini.

Guru perlu transformasi untuk berubah menjadi yang terbaik dalam membina insan kamil generasi akan datang.

Friday, July 1, 2011

Al Isra Wal Miraj...bersama mengrefleksi diri



Pada hari rabu lepas, jatuhnya malam apa yang dikatakan malam Isyra' Mikraj Nabi Junjungan SAW.

Pada suatu malam, Nabi Muhammad s.a.w. bermalam di rumah Ummu Hani, iaitu anak perempuan dari bapa saudaranya, Abu Talib. Pagi-pagi benar, sebelum matahari terbit dan sehabis sembahyang, Nabi duduk bersama-sama dengan Ummu Hani bercakap-cakap: "Ya, Ummu Hani," demikianlah Nabi Muhammad memulai kata-katanya. " Malam tadi saya sembahyang bersamamu di sini, kemudian setelah itu saya diisyrakkan ke Baitui Maqdis dan sekarang saya sudah berada kembali di tempat ini bersamamu. Saya ingin menceritakan perjalanan saya ini kepada kaum kita sekarang juga, agar mereka mengetahui pula akan nikmat dan kudrat Allah Yang Maha Besar."

Ummu Hani adalah salah seorang yang telah beriman penuh, kuat Islamnya dan tidak ragu-ragu lagi tentang kebenaran apa saja yang dihuraikan Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi dia tahu benar akan sifat dan tabi'at umumnya bangsa Quraisy. Sebab itu dia khuatir, kalau cerita luarbiasa ini akan menggoncangkan suasana bangsa Quraisy, mungkin menjadi alasan bagi mereka, untuk mendustakan dan tidak percaya kepada Nabi Muhammad; lalu dia berkata kepada Nabi: "Ku peringatkan kepadamu, ya anak pamanku, bahawa jika engkau ceritakan kejadian luarbiasa ini, bangsa Quraisy akan mengengkari kerasulan dan kebenaran engkau. Dari itu, ku minta agar kejadian ini janganlah diumumkan kepada mereka."

Tetapi Rasulullah berkewajipan menyampaikan apa saja yang terjadi berhubung dengan kerasulannya itu, tidak takut akan diejek atau diengkari orang. Nabi lalu menuju menemui orang banyak, sedang Ummu Hani makin bertambah besar juga kekhuatirannya. Ummu Hani mengutus anak perempuan yang menjadi budaknya sendiri, anak tempat dia menyimpan rahsia dan dipercayai sepenuh-penuhnya, Nab'ah namanya, untuk mengiringkan Rasulullah.

Tidak lama kemudian Nab'ah kembali memberikan laporan kepada Ummu Hani dengan berkata: "Mula-mula Rasulullah pergi ke lapangan antara Kaabah dengan Telaga Zamzam dimana bertemu dengan Abu Jahal. Dengan berolok sebagaimana kebiasaannya setiapkali bertemu dengan Rasulullah, Abu Jahal berkata kepada Nabi:
"Ada pulakah khabar baru, ya Muhammad?"
Nabi menjawab: "Ya, ada, malam tadi saya diisyrakkan ke Baitul Maqdis."
"Wah, sekarang engkau telah berada di sini kembali?" sanggah Abu Jahal terhadap Nabi.
"Ya," jawab Rasulullah pula.
"Bolehkah khabar ini saya siarkan kepada semua orang Quraisy?" tanya Abu Jahal.
Jawab Nabi: "Boleh saja."

Dengan cepat sebagai kilat, Abu Jahal berseru-seru kepada bangsa Quraisy, agar berkumpul ke situ semuanya.
Mendengar cerita Nab'ah itu, Ummu Hani mempersilakan Nab'ah duduk, agar cerita itu lebih tenteram diceritakannya dan pula sangat menarik perhatiannya. Nab'ah lalu meneruskan laporannya.

"Dalam sebentar waktu saja saya lihat seluruh bangsa Quraisy, penduduk kota Makkah datang berkumpul ke tempat itu, bersama-sama Abu Jahal melingkari Nabi Muhammad s.a.w. Abu Jahal lalu mempersilakan Nabi menceritakan ceritanya. Nabi lalu berkata:
"Saya sudah diisyrakkan ke Baitul Maqdis, saya sudah dipertemukan dengan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang silam, di antaranya Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lain, dan sudah bersembahyang dengan mereka bersama-sama."

Abu Jahal lalu berkata kepada Nabi dengan mengejek: "Cuba terangkan kepada kami bagaimana rupanya Nabi-nabi yang engkau jumpai itu?"
Jawab Nabi: "Nabi Isa agak tinggi, tetapi tidak terlalu panjang, kulitnya kemerah-merahan danjanggutnya tebal. Nabi Musa gemuk dan hitam kulitnya, tampaknya sebagai orang yang gagah berani. Adapun Nabi Ibrahim, demi Allah, belum pernah saya jumpai seorang manusia seperti dia, tidak seorang pun di antaramu dapat menyamainya."
Orang banyak lalu menuntut kepada Nabi, supaya Nabi menunjukkan bukti-bukti yang nyata atas perjalanannya itu.

Nabi lalu berkata: "Saya berjumpa dengan segerombolan unta kepunyaan si polan, di padang pasir yang begitu-begini (diterangkan Nabi sifat-sifat keadaan padang pasir itu), salah seekor unta terkejut lari tersesat, lalu saya tunjuki jalannya sedang saya ketika itu menghadap ke arah negeri Syam. Lalu saya datang pada sebuah bukit di sana (Dhajnan), bertemu pula saya dengan unta kepunyaan seseorang, saya dapati manusia yang berpergian dengan rombongan unta-unta itu, semuanya dalam keadaan tidur nyenyak. Salah seekor unta itu masih berumur dua tahun dan berwarna putih, didahului oleh unta jantan yang berwarna keabu-abuan yang membawa dua kendi besar, masing-masing kendi itu berwarna hitam dan berwarna campuran, antara hitam dan putih."

Mendengar itu, Ummu Hani lalu bertanya kepada Nab'ah:
"Bagaimana penerimaan bangsa Quraisy sesudah mendengar dan mengetahui bahwa tanda-tanda itu betul semuanya?"
"Saya lihat mereka heran tercengang-cengang, menggerak-gerikkan kepala, tetapi akhirnya mereka berteriak sekuat-kuat suara, mereka mengengkari kebenaran cerita Nabi Muhammad s.a.w. itu.

"Lalu saya lihat seorang yang bernama Mut'im bin Adi berdiri dan berkata kepada Nabi: "Kenapa hari ini engkau biasa saja, ya Muhammad, sedang engkau baru mengalami kejadian yang ajaib itu? Kami dengan mempergunakan unta yang secepat-cepatnya pergi ke Baitui Maqdis sebulan lamanya dan kembalinya sebulan pula lamanya, sedang engkau mengatakan hanya semalam saja. Demi Lata dan demi 'Uzza, saya tidak percaya akan kata-katamu, engkau orang yang pembohong."

Mendengar cerita Nab'ah yang terakhir itu, Ummu Hani menjadi sedih, mukanya suram sembab, airmata mengalir setitis demi setitis dari matanya membasahi pipinya.
Dalam pada itu Nab'ah meneruskan ceritanya: "Sehabis Mut'im itu, lalu tampil Abu Bakar berkata kepada Nabi: Saya percaya sepenuhnya atas apa yang engkau ceritakan itu, ya Muhammad. Sekalipun lebih jauh dari itu, saya percaya juga. Saya percaya semua kabar-kabar langit yang dibawa Muhammad itu, apakah saya tidak percaya akan kabar perjalanan yang begitu, perjalanan yang dikuasakan Allah Yang Maha Kuasa atas NabiNya? Tidak ada yang mustahil bagi Allah sekalipun menjalankan hambaNya dengan lebih jauh dan lebih cepat dari itu.

"Umumnya kaum Muslimin mengikut perkataan Abu Bakar, membenarkan akan perjalanan Nabi, selain sebahagian kecil saja yang murtad, kembali mendustakan Nabi dan Agama Islam, iaitu terdiri dari orang-orang yang masuk Agama Islam kerana kebendaan, bukan kerana keinsafan dan kesedaran."

Mendengar itu Ummu Hani lalu berdiri girang dan berkata:
"Orang-orang yang mengaku Islam hanya dengan mulut itu, tidak dengan hati, memang lebih baik keluar dari barisan ummat Islam. Sebab perjuangan Islam bukan menjadi kuat dengan orang yang ragu-ragu dan muzabzabin, orang-orang yang lemah imannya, malah mereka akan melemahkan saja akan barisan ummat Islam yang sedikit, malah membahayakan. Maha Suci Allah yang telah menyisihkan orang-orang itu dari kita."


Bagaimana iman kita.. tanyalah diri agar kita adalah tergolong dalamumt Islam yang berilmu, beriman dan beramal...BERTAQWA

Wednesday, June 29, 2011

Kompleks Baru JPN Kelantan



Kembali dari mempengerusikan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan program pertandingan kemahiran pembantu makmal peringkat negeri di PPD Tanah Merah, sempat merakam gambar kompleks baru Jabatan Pelajaran Kelantan.

Kompleks ini terletak di pinggir laluan jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai, sekiitar 10 km dari pusat bandar Kota Bharu. Nama tempat kini di kenali sebagai Bandar Baru Tunjung, sempena nama asal tempat ini Kampung Tunjung.

Peluang ini diambil semasa kereta kebangaan Malaysia, proton saga keluaran 1985 dibuat penjajaran tayar di pusat servis bertentangan dengan kompleks yang sedang rancak dalam pembinaan.

Bangunan induk dah hampir siap dan mengikut sumber, perpindahan kepusat pengurusan baru ini akan dibuat secepat mungkin apabila siap dan boleh duduk.

Memang cantik bangunan JPN ini.. pusat pengurusan pendidikan negeri Kelantan.

( program 'smart partnership" di atas melibatkan JPN-PPDTM- UMK dalam menjayakan 1P 1D )

Tuesday, June 28, 2011

Ciri Manusia Hebat Di Sisi ALLAH SWT



Antara ciri orang yang takut kepada Allah,

1. Mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi.

2. Jika melakukan dosa, mereka akan segera bertaubat kepada Allah sehingga menyebabkan mereka sentiasa merendah diri dan beradab kepada Allah serta turut beradab sesama manusia.

3. Mereka akan sentiasa melaksanakan kebajikan dan mencegah keburukan.

4. Mereka akan sentiasa istiqamah dengan perkara-perkara kebaikan,

Antara ciri orang yang tidak takut kepada Allah,

1. Golongan yang hanya takut kepada manusia sehingga sanggup melakukan sebarang perbuatan yang diarahkan oleh ketuanya, walaupun tindakan tersebut ternyata bertentangan dengan ajaran Islam.

2. Mereka tidak melaksanakan kerja-kerja jihad dan tidak melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam hidupnya, sebaliknya akan sentiasa berusaha mencari kecacatan orang lain.

3. Mereka tidak bersedia melakukan kerja-kerja kebaikan bersama golongan yang berusaha melakukan kebajikan dalam hidup ini.

4. Mereka sanggup bermujamalah sehingga melakukan rasuah dalam hidup ini.

Maka marilah bersama-sama merenungi diri supaya tidak terus berada dalam golongan manusia yang hanya takut kepada Allah, tetapi berusaha memperbaiki diri agar menjadi manusia yang benar-benar takut kepada Allah dalam erti kata sebenarnya.

" ADANYA RASA TAKUT DAN KELIHATAN TAKUT KEPADA ALLAH SWT ... HEBATNYA MANUSIA ITU "

Monday, June 27, 2011

Cakna Sains Ibu Bapa Sekolah Rendah Luar Bandar



Hari ini telah berlangsung di SK Dabong, Kuala Krai, program Cakna Sains Ibu Bapa Sekolah Rendah Luar Bandar anjuran UMK dan JPN dengan tuan rumahnya PPD Kuala Krai.Penglibatan ibubapa dan anak mereka yang merupakan pelajar cemerlang harapan 5' A dalam UPSR 2011 nanti seramai 200 orang. Untuk makluman, PPD Kuala Krai juga telah menjadi tuan rumah dalam menjayakan program Cakna Sains Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar untuk tahun 2010.

Objektif diadakan program UMK-JPN Komuniti ini ialah antaranya:

1. Untuk mendedahkan kepentingan sains dan teknologi kepada Ibu Bapa (PIBG) sekolah rendah agar dapat menghayati sains dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

2. Kepentingan dan cara menjaga kesihatan keluarga

3. Untuk menjalinkan hubungan pendidikan antara UMK, JPN, Agensi Anti dadah Kebangsaan Kuala Krai, Hospital Kuala Krai,Klinik Kesihatan Dabong, PPD Kuala Krai dan sekolah-sekolah dalam Zon 4 PPD Kuala Krai.

4. Menjana Kecemerlangan Akademik

5. Mengadakan Solat Hajat untuk memohon limpah kurnia ALLAH SWT akan kejayaan UPSR 2011.

Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dan pelajar dari
1. SK Dabong selaku sekolah tuan rumah dimana semua pelajar tahun 6 dengan ibubapa mereka dilibatkan. (GB: En. Mohd. Hasdi Yaacob)

Sekolah berikut melibatkan 10 pelajar cemerlnag dengan ibubapa
2. SK Mempelan Jelawang (GB: Pn. Gayah bt Saat)
3. SK Seri Mahligai (PKP: En. Mohd Zafian b ismail)
4. SK Kemubu (GB: En. Mohd Shamsudin Yusoff merangkap Pengerusi Zon 4)
5. SK Biak (GB: En. Mohd Akhbar basha Hj. Ahmad)
6. SK Kuala Geris (GB: En. Ab. Wahab b Mohd Ariff)

Selepas itu majlis bermula dengan bacaan doa oleh Tuan Iman Dabong merangkap YDP PIBG SK Dabong, dikuti oleh ucapan aluan oleh YBrs. Tn. Hj. Zulkifli Mohd Noor selaku PPD Kuala Krai.

Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Ibrahim b Che Omar, Dekan Fakulti Agro Industri & Sumber Asli, UMK.Menyentuh perasan ibu bapa dengan pengkisahan hidup dan kejayaan akademiknya sebelum beliau menjadi sebagaimana hari ini. Semuanya kerana ibubapa yang pentingkan ilmu untuk anak-anaknya.

Kemerian ditambah dengan adanya Ceramah Pendidikan Kesihatan Keluarga dari HKK dan Klinik Kesihatan Dabong, Ceramah Hidup Sihat oleh AADK Kuala Krai,Klinik Kerjaya oleh Kaubselor HKK disamping pemeran oleh UMK dan agensi berkenaan. Pemeriksaan Kesihatan yang melibatkan Tekanan Darah,Kandungan Gula dalam Darah dan jantung yang Sihat menarik perhatian sebahagian besar yang hadir.

Cabutan bertuah yang selalu ditunggu oleh para hadirin menyebabkan dewan sentiasa penuh hingga ke punutupnya jam 4.30 petang.

Bagi saya program ini amat berjaya dan kepada semua yang terlibat dari GB dengan guru-guru dan staf, dari pelajar dengan ibu bapanya, dari Dekan UMK dengan tenaganya, dari Pengurusan PPD dengan pegawainya,dari HKK dan AADK dengan stafnya dan untuk semua yang terlibat...TAHNIAH

[ Saya datang sehari lebih awal dengan Setiausaha meranagkap KOORDINATOR program, Tn. Hj. Mohd Yunus Yusoff dengan menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong.bertolak balik dan tiba di rumah jam 8.00 malam.. Agak kepenatan tetapi gembira dengan status kejayaan ]

Saturday, June 25, 2011

KUIZ MUTIARA FELDA 2011



Pada hari ini bermula jam 10.00 pagi berlangsunglah kuis mutisrs Felda anjuran bersama FELDA dan KPM serentak seluruh sekolah STF FELDA di negara ini. Kuiz ini terdiri dari 3 Bahagian iaitu:

1. Ujian Bertulis Sekolah Rendah (1 jam 30 minit) - Terdiri dari Bahagan A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri dari 40 soalan objektif dan Bahagian B terdiri dari 8 soalan struktur. Soalan terdiri dari disiplin ilmu Sains, Matematik, Bahasa Ingeris dan Pendidikan islam. Soalan selain dari Pendidikan Islam aalah dalam Bahasa Inggeris. Melibatkan pelajar Tahap 2 seramai 4 orang setiap sekolah.

2. Ujian Bertulis Sekolah Menengah (1 jam 30 minit) - Terdiri dari Bahagan A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri dari 40 soalan objektif dan Bahagian B terdiri dari 8 soalan struktur. Soalan terdiri dari disiplin ilmu Sains, Matematik, Bahasa Ingeris dan Pendidikan islam. Soalan selain dari Pendidikan Islam aalah dalam Bahasa Inggeris. Melibatkan pelajar Tingkatan 2 atau 3 melibatkan 4 orang setiap sekolah.

3. Spelling Quiz - ( 1 jam) - Terdiri dari 3 Bahagian A, B dan C. Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Melibatakan pelajar Tahap 2 seramai 2 orang setiap sekolah.

Sempat memantau ke Pusat Kuiz di SK Kemahang 2, Tanah Merah dimana tahun-tahun sebelum ini hanya dilakukan di satu pusat iaitu SK Chiku 2, Gua Musang. Maka jauh lah perjalanan dari Kemahang ke Chiku, Gua Musang dan terpaksa bermalam sebelum hari pertandingan kuiz berlangsung.

Semasa menunggu selesainya program, sempat juga meninjau kawasan sekolah SK Kemahang 2, di mana pada pendapat saya merupakan sekolah yang sentiasa lestari dengan suasana kebersihan dan keindahan di atas landskap yang begitu menarik. Tiada kawasan yang tak dijaga. Tahniah kepada pihak pengurusan sekolah dan kakitangannya. Jika ini dah merupakan BUDAYA, semakin hebatlah sekolah ini.

Pokok Kurma dah besar dan telah mengeluarkan buahnya seperi di Tanah Arab.

Selesai sekitar jam 12.00 tengah hari dengan jaudah makan tengah hari yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak FELDA.

Terima kasih kepada pihak pengurusan FELDA Wilayah Gua Musang, Guru Besar SK Kemahang, guru-guru dan semuanya dalam menjayakan kuiz pada kali ini.

Thursday, June 23, 2011

"Haiwan Juga Perlu Kasih Sayang"



Bertempat di UMK, Taman Bendahara, Pengkalan Chepa berlangsunglah Majlis Perasmian Hari Terbuka Fakulti Perubatan Veterinal Sempena Sambutan Tahun Veterenar Sedunia 2011. Perasmian disempurnakan oleh Naib Cancelor UMK, YBhg. Prof. Emeritus Dato.Ir. Zainai Bin Mohamed.

Saya ditugaskan mewakili YABrs. Pengarah Pelajaran Kelantan bersama ketua jabatan persekutuan dan negeri yang lain termasuk guru dan pelajar sekolah. Antara hasrat program ini diadakan adalah untuk memaklumkan kepada umum mengenai adanya satu lagi bidang pengajian baru iaitu Fakulti Perubatan Veterinar di UMK yang menjadikan nombor empat keujudannya di dunia ini. Di Malaysia, UPM meneroka penubuhannya sejak 20 tahun lepas.

Fakulti ini akan melahirkan doktor veterinar yang akan member fokus professional, kompeten dalam penjagaan kesihatan awam, bermodal insan yang berdaya maju dan menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat, keusahawanan industry asas tani dan warisan yang berkaitan dengan profesion perubatan veteriner.

Tema ‘Haiwan Juga Perlu Kasih Sayang’ seharusnya menyedarkan masyarakat tentang isu-isu berkaitan kebajikan haiwan.Masyarakat perlu prihatin tentang kebajikan haiwan sekeliling bukan sahaja sebagai sumber protin, tetapi juga sebagai haiwan kesayangan.

Sesungguhnya makhluk ciptaan ALLAH SWT ini perlu hidup secara simbiosis antara satu sama lain. Tanpa adanya tumbuhan dan haiwan , tentu sukarnya hidup dan kehidupan manusia di muka dunia ini. Tumbuhan hijau memberi keseimbangan komposisi oksijen dan karbon dioksida diudara. Manusia tak akan hidup dengan kandungan karbon dioksid. Manusia bergantung kepada oksigen. Haiwan makan tumbuhan hijau untuk tumbesarnya.
Maka sayangilah haiwan peliharailah mereka dengan seadanya.

Selesai dengan mengunjungi gerai pameran mengenai penjangaan kesihatan haiwan peliharaan. Sempat juga bersembang dengan sahabat lama semasa belajar di SM Sains Kelantan , Hj. Hashim selaku pegawai kanan ( R & D) MARDI di Telong, Bachok, Kelantan.

Majlis Santapan Malam Kesyukuran Di Raja



Malam tadi bermula jam 8.30 malam di Dewan Jubli Perak Sultan Ismail Petra,Istana Negeri, Kubang Kerian, Alhamdullilah dapat hadir bersama untuk memeriahkan Malis Santapan DiRaja. Dah dua kali. Majlis dipenuhi dengan jemputan ketua jabatan persekutuan dan negeri di samping barisan kepimpinan negeri.

Duduk bersama semeja nombor 21 ialah Tn. Hj. Jaafar Ismail (KSPP), En. Muhamad Zahari Osman (PPD Gua Musang), En. Rashid (PPD Jeli). Turut kelihatan, Tn. Hj. Ab. Aziz Abdullah (KSPS) serta kalangan Guru Besar.

Ketibaan KDYMM Tuanku dan YTM Tengku Mahkota Kelantan disambut oleh orang besar negeri. Majlis mengadap telah diperkenankan oleh baginda untuk para dif jemputan.

Majlis bermula dengan bacaan doa oleh YB Dato Mufti Kerajaan Negeri Kelantan diikuti dengan ucapan Dato SUK dan Dato Tuan Guru Menteri Besar Negeri Kelantan Darulnaim.

Antara intipati kedua ucapan tokoh ialah Negeri Kelantan bertambah sejahtera dibawah naungi Baginda Tuanku.

Juga tahniah kepada YTM Tengku Mahkota kerana telah mendapat PhD nya, satu dorongan kepada rakyat untuk mencari sebanyak ilmu demi kesejaheraan hidup di dunia dan di akhirat.

Majlis santapan Di Raja di serikan dengan persembahan bertema kepimpinan yang di redai oleh ALLAH SWT. Amat tertarik dan meresap disanubari ialah persembahan pentomin oleh pelajar SMA Maahad Muhamamadi (L)mengenai Khalifah Umar Ab Aziz dan kepimpinan beliau.

Walaupun hanya sempat memerintah tak sampai tiga tahun, di zamannya hidup rakyat penuh bahagia di mana tiada rakyat yang berhak menerima zakat. Semua rakyat kaya harta dan kaya jiwa raga. Rakyat selamat.

Tetapi mengapa kini, kita sendiri sukar untuk melalukan perkara sedemikian lerana kita juga bergelar ISLAM. Kita bimbang,orang lain akan mengikuti dan mengamalkan kaedah yang diajar oleh Khalifah Umar Ab Aziz dengan penuh intergriti dan lagi bertanggungjawab. Jangan nanti kita semua menyesal panjang atas kesilapan yang sengaja kita lakukan.

Majis tamat jam 11.30 malam. Sempat bertemu dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Tn. Hj. Dr. Wan Mansor Wan Hamzah sahabat di SM Alam Shah dan UKM.

ALLAHUAKBAR

Wednesday, June 22, 2011

Kini Kursus Pemantapan Pedagogi Sains dan Matematik Dah Bermula



Hari ini setelah memandu dari JPN selama hampir satu jam setengah, tiba di Demong Beach Resort Besut untuk majlis penutup apa yang dinanakan Kursus Pemantapan Pedagogi ( Kreativiti Dalam P & P ) Sains dan Matematik. Jika satu dekad lepas, pelbagai pedagogi diperkenalkan maka mulai 20 hb Jun 2011 ia 'turut diperkenalkan buat kali kedua' bertujuan untuk memantapkan pedagogi pengajaran guru. Perkenalan ini tidak bermakna guru tidak ada pedagogi dalam mengajar sebelum ini atau dengan kata lain, apa yang didedahkan kepada guru tidak diendahkan.

Tujaun unama di high light kan ialah dengan amalan pedagogi yang hebat akan menjayakan KSSR dan KSSM yang ditransformasikan untuk menghasilan generasi yang hebat dalam intelek tetapi juga dalam aspek pembinaan insan. Pengajaran berkesan oleh seorang guru bisa meningkatkan pembelajaran seorang pelajar. Nilai agama dan murni yang diterapkan semasa P & P boleh mendidik pelajar menjadi orang yang baik. Seorang pelajar yang terpelajar boleh kencing berdiri ditepi lebuh raya tetapi seorang pelajar yang terdidik tak sanggup untuk kencing sepertinya. Kerana adanya rasa segan dan rasa bersalah, tak sanggup menjatuhkan maruah manusia.

Kursus ini melibatkan Sains Rendah dan Sains Menengah serta Matematik tendah dengan kehadiran kumulatifnya 180 urang. 3 pakej semuanya.

Maka kursus yang bermula 20 Jun ini akan disusuli dengan kursus yang sama untuk semua guru sains dan matematik rendah dan menengah seluruh negeri Kelantan.

Terima kasih kepada JU yang kebanyakannya merupakan muka sama sebagai JU KOSM, JU ETeMS sebelum ini.

Saturday, June 18, 2011

Mengapa Perlunya Transformasi Pendidikan ?

Kata orang pi mai pi main dok tang tu juga... maknanya tak kemana. Nak maju tapi tak ada inisiatif untuk mengerakkan minda dan tindak ikut ke arah yang lebih baik. Tak nak berusaha lebih dan yang lebih teruk lagi tak payah fikir. Semua dah orang lain sediakan. Tapi kena waspada, kena ingat sampai bila kita nak mengharapkan orang lain. Dah lah kejuruteraan dan teknologi tercurut dibelakang. Kalau orang tak bagikan teknologi, alamat padah kita. Itupun diberikan pindahan teknologi yang dah agak lapuk di negara mereka.

Maka nak tak nak kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu melakukan transformasi dalam mendidik anak generasi akan datang agar mereka lebih kompiten dan mempunyai jati diri dengan ilmu agama yang tinggi. Dan di antara elemen transformasi dalam pendidikan ini ialah memupuk daya berfikir yang sebelum ini seolah-olah hilang fokus terhadapnya. Berfikir secara mencapah dalam segala aspek hidup dan kehidupan.Garapkan segala kemahiran yang disesuaikan dengan pelbagaian kebolehan individu mereka.

Dah sedia maklum bahawa sistem pendidikan negara kita sejak dulu masih tertumpu kepada pendekatan peperiksaan kerana kita terlalu menitikberatkan kepada nilai yang surface, dan spoon fed. Suap-suap-suap dalam beberapa tahun dan ‘muntahkan’ di atas kertas peperiksaan cuma satu dua jam sahaja.Berkebetulan dengan jawaban maka akan cemerlanglah seorang pelajar itu walaupun sebelum ini dia agak malas untuk belajar. Kata orang ‘belajar last minute’ dapat juga menjadi salah seorang pelajar cemerlang.

Sukar atau tak ada budaya kritis dan ianya tidak digalakkan dalam sekolah kerana dalam peringkat sekolah rendah, hanya cikgu yang bercakap. Cikgu yang mengajar, selepas itu murid-murid dengar kemudian balik dan buat kerja rumah. Seorang cikgu satu kerja rumah dan sekiranya semua cikgu memberi kerja rumah maka bayangkan penat lelahnya nanti murid Itu untuk menyelesaikannya. Jika buat sendiri tentu lewat tidurnya. Jika tak buat kemungkinan esoknya kena denda. Maka nak tak nak, budaya meniru terus disuburkan. Meniru boleh merencatkan inovasi dan kreativiti.

Pembelajaran dengan pendekatan satu hala ini tak akan menggalakkan budaya menyoal dan tidak ada cabaran kepada minda murid untuk berfikir dan tak ada pemikiran kritis. Keghairahan untuk belajar seolah-olahnya tiada hanya sekadar gitu-gitu sahaja.

Bagi negara berstatus negara maju, dasar pendidikan mereka ialah menggalakkan murid-murid untuk menyoal, untuk berhujah supaya meningkatkan keghairahan mereka untuk mengetahui sesuatu. Keghairahan itu begitu tinggi.

Sekiranya dulu guru-guru dilatih untuk menyampaikan maklumat,dilatih untuk mengajar sahaja. Tetapi kini guru amat perlu dilatih sebagai seorang fasilitator. Menyediakan pada dirinya dengan segala ilmu yang berkaitan mendepani ilmu pengetahuan anak muridnya sendiri agar mereka dapat membetulkan kesilapan murid atau berhujah fakta dengan mereka.

Telah terbukti bahawa guru telah berjaya melahirkan masyarakat yang boleh membaca, menulis dan mengira yang dikenali sebagai 3 M. Maka untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang berdiri setanding dengan mereka di negara maju, M yang ke empat iaitu Menaakul @ Memikir perlu diterapkan dalam dasar pendidikan kini. Daya memikirkan ini akan menjanakan inovasi dan kreativiti, melahirkan Malaysia nanti sebagai sebuah negara maju.

Tahukah kita bahawa TIMSS di Singapura telah melibatkan murid tahun 4 bersama murid Tingkatan 2 untuk bertanding dalam pelbagai skop ilmu dan kemahiran sains dan matematik di peringkat antarabangsa, sedangkan kita hanya mempu menyediakan murid tingkatan 2 sahaja ke peringkat tersebut. Skor mereka antara terbaik di dunia. Kerana apa, kerana kita masih lemah dalam menaakul.

Ayuh kita transformasikan melalui pelaksanaan KSSR ini. KSSR melalui PBS akan melahir masyarakat 4 M yang sentiasa komit tanpa memencilkan kehendak ajaran agama dan nilai moral manusia.Insyaalah akan tercapai matlamat ini.

Anda sebenarnya seorang TRANSFOMER

Thursday, June 16, 2011

Mesyuarat JK Pengelola Cakna Sains Ibu Bapa

Hari Selasa 14 Jun 2011, jam 9.00 pagi dengan menaiki kenderaan PPD Kuala Krai, saya bersama dengan Penolong PPD (Sains Matematik) bergerak menuju SK Dabong bagi mempengerusi mesyuarat JK Pengelola Program Cakna Sains Ibu Bapa Sekolah Rendah untuk sekolah dalam Zon 4 Kuala Kria. 6 buah sekolah terlibat dalam program anjuran bersama JPN-PPDKK-UMK untuk tahun kedua dimana kali ini PPD Kuala Krai bertindak sebagai pelaksananya.

Mesyuarat berkisar kepada laporan status kesiapan oleh JK Pengelola yang terlibat bagi menjayakan program yang akan berlangsung pada hari Isnin, 27 Jun 2011 bertempat di sekolah ini. Adalah dijangkakan seramai hampir 200 orang ibubapa bersama 100 pelajar ‘cemerlang UPSR 2011’ akan bersama menjayakan program ini. Mesyuarat ditamatkan jam 1.30 tengah hari. Memandu balik ke rumah dari PPD tepat jam 4.30 petang.

Wednesday, June 15, 2011

Mesyuarat JK Kerja KSSR Bil.2/2011

Pada hari Isnin 13 Jun , saya telah dipertanggungjawabkan untuk mempengerusi mesyuarat JK Kerja KSSR buat kali kedua setelah berlangsungnya mesyuarat kali pertama pada 1 Mac 2011. Keahlian mesyuarat melibatkan semua ketua unit dan pegawai meja KSSR negeri dan Pegawai Penyelaras KSSR Daerah. Mesyuarat yang berlangsung di PPD Machang ini menuruti agenda berikut dengan intipatinya:

1. Ucapan Pengerusi
Menyentuh mengenai kejayaan KSSR Tahun 1 dan kelemahannya yang perlu diperbaiki untuk pelaksanaan kursus KSSR Tahun 2 yang bakal dilaksanakan mulai Tahun 2012.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1/2011

3. Perkara Berbangkit
Berdasarkan lampiran maklum balas dari pegawai meja KSSR

4. Taklmat Peruntukan Kewangan dan Mekanisme Pelaksanaan mengikut PPD oleh En. Mat Nawi Wahid (SU KSSR Negeri dan Pegawai LDP Negeri)
Kewangan yang diperuntukkan hendaklah dirancang dan dibelanjakan secara berhemah bagi seramai 4314 guru dan JU bagi 16 mata pelajaran. Pelaksanaan Latihan JU Negeri bermula hari ini 13 Jun 2011 oleh BPK. Kursus untuk guru bermula Julai hingga September melibatan 5 hari berkerja secara on site. Penyelaras KSSR bersama Pegawai Mata Pelajaran perlu memain peranan agar kesemua guru dari setiap sekolah tidak ketinggalan menghadiri kursus ini kerana tiada akan ada kursus untuk guru tercicir. Pelaksanaan kerja sebelum, semasa dan selepas hendaklah memenuhi kesemua aspek yang diinginkan oleh KPM dan JPN.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Semoga semua pegawai KSSR Negeri dan Daerah sentiasa bersinergi untuk melicinkan pelaksanaan kursus KSSR kali ini dengan meminimumkan semua konstrin.

Terima kasih, Tuan.

Monday, June 13, 2011

Sekiranya Itulah Takdir NYA

Hari ini 13 Jun 2011, Ahad telah diumumkan mulai semalam dengan kuasa eksekutif Menteri Besar,bahawa cuti khas untuk peminat bola sepak Kelantan khasnya dan rakyat Kelantan amnya kerana menghargai Red Warrior yang telah berjaya ke final bertemu Terengganu di Stadium Bukit Jalail, Putrajaya. Ramai rakyat negeri ini yang dianggap peminat ‘hard core’ telah berada di stadium berkenaan untuk memberi sokongan moral kepada team ini yang dilatih oleh Dato M Karathu. Turut bersama ialah KDYMM Baginda Sultan Muhammad V dan Memamda Menteri Besarnya.

Dan sudah menjadi adat bertanding, ada menang kalahnya. Pada saat terakhir sebelum visel terahir permainan wajib dibunyikan, yang mana sebelum itu pasukan Red Warrior telah mendahului jaringan 1 gol, gol penyamaan dengan tak sengaja tersumbat oleh pemain sendiri dalam keadaan yang agak kritikal didepan gol Kelantan. Lantas masa tambahan dibuat dimana akhirnya pasukan penyu telah menambahkan sumbatan gol menyebabkan aggregate gol menjadi 2-1 di kesudahannya. Maka Terengganu dinobatkan sebagai Johan Piala FA dan Red Warrior ditempat kedua.

Ada sugul dan frust dikalangan penyokong Kelantan tetapi kita seharusnya insaf dan ingat bahawa makanan yang dah ada dimulut itu kadang kala tak sempat hendah dikunyah telan kerana “terjatuh” tanpa tak terduga. Bukan kerana apa, kerana itulah TAKDIR. Takdir ALLAH SWT setelah bertungkus lumus berusaha gigih.

Kepada kesebelasan para pemain Red Warrior yang berada dipadang termasuk 3 player india dan pemain tambahan, tahniah atas kehebatan tuan semua. Cuba ikhtiar lagi, nanti ada peluangnya.

Saya turut berbesar hati kerana pemain jersi NO 26 iaitu Mohd Izuan Sollahudin merupa pemain muda yang tinggal bersebelahan rumah saya di kampong.

Saturday, June 11, 2011

Jihad Dalam Pendidikan

Posting kali ini membicarakan tentang kepentingan pendidikan dalam memperkasakan golongan muda khususnya kearah menyediakan pelapis kepimpinan masa depan negara. Teks khutbah Jumaat pada 10 Jun 2011 banyak menyentuh akan kepentingan dan peranan mereka nanti apabila meningkat dewasa. Sebagaimana sedia maklum kini terdapat hampir 6 juta murid dari tahun 1 hingga keperingkat tingkatan 6 atau matrikulasi dan hampir 1 juta kini sedang menuntut ilmu di IPT.
Dalam Islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi lelaki maupun perempuan, dari mula dilahirkan sehinggalah meninggalkan dunia yang fana ini dan dari sini sehinggalah ke seantero dunia.Baginda Nabi Muhamad SAW menyuruh sahabat dan umat ketika itu agar menuntut ilmu sehingga ke negara China. Mendambakan ilmu untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Tuntutlah ilmu untuk dunia, tuntutlah ilmu untuk akhirat atau tuntutlah ilmu untuk kedua-duanya iaitu dunia dan akhirat. Dengan ilmu dan amal akan memartabatkan ketamadunan manusia itu sendiri.
Menuntut ilmu adalah salah satu cabang Fisabilillah, jihad yang sangat dituntut. Kemiskinan ilmu akan memundurkan umat. Miskin ilmu banyak kelorasinya dengan miskin harta, sehinggakan boleh mengkufurkan. Maka perlu ada petugas yang mengamal dan menyebarkan ilmu ini. Mereka ini adalah ibu bapa, pendakwah dan guru. Dalam pendidikan formal, guru dan pensyarah perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin kerana dalam islam mereka adalah insan yang memberi tarbiyah untuk membezakan antara baik buruk serta halal haram. Atau dengan kata lain mereka inilah yang menyuburkan amal makruf nahi mungkar.
Maka sebagai golongan pendidik, marilah bersama menyuburkan yang baik untuk menghindari segala yang mendatang kemudaratan kepada hidup, kehidupan dan penghidupan manusia segajat ini. Semoga anak generasi akan datang hidup dengan penuh jati diri dan seorang insan kamil yang menceriakan semua. Agar tidak pantas lagi manusia untuk berebut membuat dosa, dosa dengan ALLAH SWT dan dosa sesama manusia. Inilah jihad dalam pendidikan yang perlu diterjemahkan.

Friday, June 10, 2011

Majlis Perasmian Penutup SKSPM 2011

Pada malam Khamis 9 Jun 2011 jam 8.30 malam bertempat di Dewan Nurani Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian telah berlangsung Majlis Perasmian Psnutup Seminar Kecemelangan SPM 2011. Majlis disempurnakan oleh YBgh. Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed, Pengarah Kampus USM. Prtogram ini bermula sejak 4 Jun 2011.

SKSPM 2011 merupakan program tahunan yang kini memasuki usia 17 Tahun. Program yang dikendalikan oleh gabungan mahasiswa USM ini bertujuan meningkatkan penguasaan kemahiran dalam teknik manjawab soalan mata pelajaran utama dalam SPM yang akan ditempuhi oleh pelajar pada penghujung tahun ini. Untuk kali ini ia melibatkan seramai 127 orang pelajar yang datang dari sekolah-sekolah berlainan PPD dengan dibantu oleh seramai 80 orang mahasiswa yang bertindak sebagai fasilitator.

Selain dari itu, satu kelebihan buat pelajar ini ialah merasaikan suasanan kampus dengan budaya study yang agak berlainan dengan sekolah. Di sini mereka didedahkan dengan budaya kerja berkumpulan dan "soft skill" yang agak mantap bagi menhgasilkan manusia yang berguna untuk diri, keluarga, negara tanpa mengkesampingkan agama untuk bahagia didunia dan diakhirat.

Sebelum perasmian, saya diberi peluang untuk berucap selaku mewakili Jabatan Pelajaran Negeri. Apa yang diperolehi sepajang 5 haari berkampung di kampus ini, pelajar diharao agar dapat menghayati dan mengamalkannya apabila kembali ke sekolah nanti. 127 orang ini hendaklah berusaha untuk memperolehi kecemerlangan A+ bagi setiap matapelajaran yang diambil.

Antara intipati ucapan YBhg. Prof Datuk ialah setiap manusia khususnya pelajar dan mahasiswa hendaklah mempunyai jati diri dan daya juang yang tinggi bersama modal insan yang hebat untuk membawa negara kita menjadi sebuah negara maju sebagaimana yang dikehendaki. Tiada gunanya tinggi ilmu tetapi merosakn agama dan ketamadunan bangsa

Turut berada bersama dalam majlis ini ialah En. Hafis Assad selaku Ketua Penolong Pendaftar HEP , USM.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan kreativiti pelajar dan berakhir jam 10.30 malam.

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada Tenaga Penceramah dari kalangan Guru Cemerlang Negeri Kelantan yang kerap melibatkan kan diri dalam program ini. Jasa tuan tetap kami hargai.

Tuesday, June 7, 2011

Antara Mengumpat dan Menfitnah

Pagi ini seperti biasa sempat juga menonton TV 9 mengenai program "Muqadimmah" yang disampaikan oleh penceramah popular masa kini dengan semanis kurma iaitu Datuk Siti Nor Bahyah Mahmod mengenai bahaya mengumpat dan menfitnah yang seolah-olah menjadi darah daging dalam kehidupan melayu islam sejak dulu lagi.

Juga pada minggu lepas di dalam program "Tanyalah Ustaz" yang dihoskan oleh AlFadhil Dr. Abd. Basit Ab Rahman juga menbicarakan perkara yang sama. Adakah perkara ini sukar untuk dibenteraskan ?. Adakah ia telah menjadi budaya tegar dikalangan masyarakat melayu kini yang sukar diperbaiki lagi. Sepatutnya sentiasa dalam ingatan bahawa dosa sebar fitnah akan menghilangkan pahala terkumpul.

Berikut adalah petikan Berita Harian pada 24 April 2007 serta petikan khutbah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Dr. Ab. Basit Ab. Rahman pada 10 Julai 2008 untuk kita semua renungkan bersama.

April 24, 2007 by nurjeehan

Oleh Lokman Ismail | BH 24 Apr 07
HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.

Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.

Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Perbuatan fitnah adalah sebahagian perbuatan mengadu-domba yang mudah menyebabkan permusuhan dua pihak yang dikaitkan dengan fitnah berkenaan.

Masyarakat yang dipenuhi budaya fitnah akan hidup dalam keadaan gawat. Sebelah pihak sibuk menyebarkan fitnah dan sebelah pihak lagi terpaksa berusaha menangkis fitnah itu.

Natijah akibat perbuatan itu boleh mencetus persengketaan dan mungkin berakhir dengan tragedi kerugian harta benda dan nyawa. Individu yang suka menyebar fitnah sentiasa mencari kejadian atau berita boleh dijadikan bahan fitnah.
Dengan sedikit maklumat, berita itu terus disebarkan melalui pelbagai saluran yang merebak dengan mudah. Berita sensasi, terutama berkaitan individu ternama dan selebriti mudah mendapat perhatian khalayak.

Justeru, Allah memberi peringatan mengenai bahaya fitnah.
Firman-Nya yang bermaksud:
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Hadis riwayat Muslim)

Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah.

Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan.

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.

Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu.

Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.

Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
"Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ˜dengar khabarâ" mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar.

Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya."
(Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
"Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain." (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu.

Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu.

Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.



Janganlah dikalangan kita ada hasad dengki dan iri hati yang mengarah untuk mengumpat dan menfitnah.Berkerja dalam mencari keredhaan ALLAH SWT agar bahagia disini dan disana.

Monday, June 6, 2011

Hebatkan Pendidikan Kita

Bermula hari ini untuk selama tiga hari YBhg. Datuk Isa bin Abu, selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan lawatan kerja ke Negeri Kelantan. Antara fokusnya ialah melawat sekolah yang menyediakan pendidikan prasekolah.

Ketibaan rombongan di JPN jam 12.00 tengahari disambut oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan terus menyusuli selepas ucapan aluan dengan taklimat pelaksanaan Pendidikan Prasekolah di negeri ini yang disampaikan oleh Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Kini sebanyak 410 daripada 417 Sekolah Rendah telah menyediakan dan melaksanakan program ini.

Antara ucapan yang telah disampaikan oleh Datuk ialah:
- Pra sekolah yang diasaskan awal tahun 90'an kini menjadikan semakin penting dengan impak kepada penyediaan pendidikan awal.
- Negara maju seperti Jepun telah memulakan pendidikan prasekolah sejak lama dulu dan mulai awal tahun 80'an penggunaan TMK dalam program ini semakin menceriakan lagi program ini.Setiap muridnya mempunyai Komputer sendiri.
- Malaysia telah memulakan TMK untuk Prasekolah mulai awal tahun 2002 dengan beberapa 2 Unit Komputer dan 1 Printer.
- TMK banyak membangkitkan minat murid prasekolah dengan pelbagaian untuk memenuhi " belajar sambil bermain"
- Mulai tahun 2012, Permata Pintar yang dipelopori oleh YBhg. Datin Rosmah Mansur,Isteri Perdana Menteri akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lantas terfikir, rupanya kita telah ketinggalan hampir 20 tahun dibelakang Jepun dalam dunia pendidikan ini. Sekiranya bergitu, kita juga ditanggalkan jauh dalam bidang lain termasuk teknologi dan kejuruteraanya.

Adakah kita rela ditinggalkan semakin jauh dari setahun ke setahun atau kita berusaha untuk mendekatinya dalam perlumbaan ini. Jangan kita menjumudkan situasi ini, bugarkan minda generasi dengan lebih terbuka dipandukan oleh pendidikan agama. Insyaallah kita juga akan menjadi hebat.

Friday, June 3, 2011

Marah Vs Senyum

Marah dan senyum adalah dua tingkahlaku yang sentiasa berlawan antara satu sama lain. Marah boleh menyebabkan manusia 'hilang maruah' dan bertindak mungkin melampaui batas kemanusian. Marah yang dirasuk syaitan mengundang keburukan.

Dalam Islam, apabila marah mula menguasai diri maka lekas-lekaslah mengatasinya dengan mengingati ALLAH SWT sebanyak-banyaknya, sekiranya berdiri , duduklah. Tetapi masih juga tak menjadi, tidurlah dan jika tak juga berkesan, ambillah wudhu dan bacalah ayat suci yang menenangkan atau solat sunat yang menambah pahala.

Bagi seorang pendidik sebenarnya istilah marah yang sentiasa diberi oleh pelajar itu adalah "bengkeng". Bengkeng kadangkala inilah yang menyebabkan pelajar sentiasa beringat akan kerjabuat mereka selaku seorang yang menuntut ilmu dari seorang guru. "Marah Profesional" inilah akan memandu pelajar untuk lebih berjaya dalam akademik dan sahsiahnya.

Manakala senyum itu merupakan tingkahlaku yang menyenangkan. Menceriakan antara dua manusia walaupun baru pertama kali berjumpa. Dan senyum itu adalah sedekah yang pahalanya boleh di'top up" setiap masa. Maka senyumlah bertempat.

Setiap manusia sentiasa ada kedua tingkahlaku ini.Manusia yang hebat adalah MANUSIA YANG LAMBAT MARAH TETAPI CEPAT SENYUM. Manusia yang haprak adalah MANUSIA YANG CEPAT MARAH TETAPI LAMBAT SENYUM.

Senyum meramaikan rakan taulan manakala marah mengurangkan rakan taulan. Setiap orang perlu maramaikan sahabat dari sehari ke sehari. Jangan menjadi kera sumbang.

Senyuman itu boleh menyebabkan orang terpaku.

Thursday, June 2, 2011

Taklimat SIP untuk pegawai akademik JPN dan PPD

Mulai awal bulan Jun 2011, hari pertama dan hari kedua, saya diberi tugas untuk menyampaikan taklimat mengenai hala tuju pengurusan KPM dalam aspek kurikulum dan akademik yang perlu dilaksanakan oleh pegawai akademik di JPN dan PPD. 1 Jun bertempat di Bilik Gunasama Bangunan Pesekutuan Kota Bharu dan 2 Jun di PPD Pasir Mas dengan dipengerusi sendiri oleh YBrs. Tuan KSPA JPN, saya memaparkan fokus KPM berkenaan SIP dengan kepentingannya dalam SIParter (urusetia IAB), SISc (urisetia BPG), SEP (urusetia BPSH), Memperkasakan SK (Urusetia BPSH),Pemantauan Akademik dengan menepati kehendak Prosedur Kualiti ISO (Urusetia BPSH), PBS (Urusetia LP).

Setiap pegawai akademik perlu meningkatkan usaha bantu bimbing sekolah agar band dalam SIP dapat dipertingkatkan mutunya menjadi semakin baik sama ada dalam SKPM maupun GPS @ GPM. Dalam SEP, tumpuan diberi kepada semua sekolah dalam band 3,4 dan 5 agar berubah kepada band yang lebih baik lagi manakala dalam memperkasakan SK, tumpuan hendakklah diberi dalam meningkatkan pencapaian GPS dari julat 3.00 - 3.99 atau 2.00 - 2.99 menjadi 1.00 - 1.99.

Saranan oleh Tuan KSPA agar segala data perlu update dan dihayati oleh semua pegawai akademik dan yang telah dipertanggungjawabkan sebagai pegawai meja SIP termasuk subnya agar berperanan dengan baik dan bekerja dengan penuh komitmen lagi dedikasi.

Lawatilah sekolah, pantaulah guru dalam melaksanakan P & P yang cemerlang, tolong bantulah mereka kerana kemungkinan ada dikalangan yang tahap kontennya tinggi tetapi tahap pedagoginya rendah atau sebaliknya. Juga cadangan Tuan KSPA setiap guru sepatutnya ada KPI tugasan untuk pelajar sepanjang masa sepanjang tahun dengan meliputi semua tajuk. Laksanakan setiap kelas di mana sebelum ini fokus hanya kelas peperiksaan semata-mata. Maka semestinya di sekolah akan dapat merealisasikan team work yang sebenarnya. Semua guru membina sekolah dengan penglibatan semua murid bukan sahaja dalam intelek tapi juga kemahiran dan nilai murni. Insyaallah kehendak FPK akan dicapai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh