Satu dua minggu ini, kita rakyatnya disensasikan oleh berita yang merimaskan hidup dan kehidupan yang dah dianggap harmoni dan sejahtera. Satu pihak menyokong dan satu pihak menentang. Warna itu tak baik warna ini baik. Puak itu jahat puak ini baik.Walhasilnya jika berlaku pertembungan maka yang susah bukan sahaja kita tetapi semua yang tinggal di bumi yang dah permai ini.
Jika masing-masing tak nak bertolak ansur, maka tugas kita sebagai pendidik untuk menjanakan modal insan yang hebat tentu tidak akan kesampaian dan matlamat wawasan negara maju menjelang 2020 dengan acuan kita sendiri hanya sekadar manis sebutan dibibir mulut. Kerana adanya setitik nila makan sebelanga susu menjadi rosak. Tergendalanya perjalanan maka untuk tiba ke destinasi akan pula mengambil masa. Kemajuan terhambat ke belakang. Negara kekal mundurnya.
Maka sama-sama kita renungkan titah DYMM Tuanku.
Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.
Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.
Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.
Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.
Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".
Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.
Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.
Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara. -
Petikan Bernama 3 Julai 2011
[
New Zealand mengikut Indeks Keamanan Dunia merupakan negara yang paling aman di dunia. Tetapi jika kita dengan kemajmukan rakyatnya boleh hidup dengan aman damai maka Malaysia akan menjadi nombor wahid negara paling aman di dunia. Siapa tak nak ?.. tentu tiada siapa. Tanyalah diri masing-masing]
Patik merafak sembah Tuanku.
2.
Mesyuarat Penyediaan Soalan Kemahiran Pembantu MakmalPagi ini bertempat di SMK Belimbing, Tanah Merah menpengerusikan mesyuarat penyediaan soalan untuk pertandingan Kemahiran Pembantu Makmal Peringkat Negeri Kelantan. Panel terdiri dari Guru Kanan Sains Matematik Sekolah Menengah dengan dibantu oleh Pensyarah UMK yang terlibat secara langsung dalam menjayakan program 1O1D, satu program komuniti UMK dengan JPN di mana pada tahun ini, PPD Tanah Merah bertindak sebagai tuan rumah.
No comments:
Post a Comment