Bermula hari ini untuk selama tiga hari YBhg. Datuk Isa bin Abu, selaku Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan lawatan kerja ke Negeri Kelantan. Antara fokusnya ialah melawat sekolah yang menyediakan pendidikan prasekolah.
Ketibaan rombongan di JPN jam 12.00 tengahari disambut oleh YBrs. Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan terus menyusuli selepas ucapan aluan dengan taklimat pelaksanaan Pendidikan Prasekolah di negeri ini yang disampaikan oleh Tuan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Kini sebanyak 410 daripada 417 Sekolah Rendah telah menyediakan dan melaksanakan program ini.
Antara ucapan yang telah disampaikan oleh Datuk ialah:
- Pra sekolah yang diasaskan awal tahun 90'an kini menjadikan semakin penting dengan impak kepada penyediaan pendidikan awal.
- Negara maju seperti Jepun telah memulakan pendidikan prasekolah sejak lama dulu dan mulai awal tahun 80'an penggunaan TMK dalam program ini semakin menceriakan lagi program ini.Setiap muridnya mempunyai Komputer sendiri.
- Malaysia telah memulakan TMK untuk Prasekolah mulai awal tahun 2002 dengan beberapa 2 Unit Komputer dan 1 Printer.
- TMK banyak membangkitkan minat murid prasekolah dengan pelbagaian untuk memenuhi " belajar sambil bermain"
- Mulai tahun 2012, Permata Pintar yang dipelopori oleh YBhg. Datin Rosmah Mansur,Isteri Perdana Menteri akan diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lantas terfikir, rupanya kita telah ketinggalan hampir 20 tahun dibelakang Jepun dalam dunia pendidikan ini. Sekiranya bergitu, kita juga ditanggalkan jauh dalam bidang lain termasuk teknologi dan kejuruteraanya.
Adakah kita rela ditinggalkan semakin jauh dari setahun ke setahun atau kita berusaha untuk mendekatinya dalam perlumbaan ini. Jangan kita menjumudkan situasi ini, bugarkan minda generasi dengan lebih terbuka dipandukan oleh pendidikan agama. Insyaallah kita juga akan menjadi hebat.
Perbezaan Rumpai dan Rumput Laut
2 days ago
No comments:
Post a Comment