Hari ini telah berlangsung di SK Dabong, Kuala Krai, program Cakna Sains Ibu Bapa Sekolah Rendah Luar Bandar anjuran UMK dan JPN dengan tuan rumahnya PPD Kuala Krai.Penglibatan ibubapa dan anak mereka yang merupakan pelajar cemerlang harapan 5' A dalam UPSR 2011 nanti seramai 200 orang. Untuk makluman, PPD Kuala Krai juga telah menjadi tuan rumah dalam menjayakan program Cakna Sains Pelajar Sekolah Rendah Luar Bandar untuk tahun 2010.
Objektif diadakan program UMK-JPN Komuniti ini ialah antaranya:
1. Untuk mendedahkan kepentingan sains dan teknologi kepada Ibu Bapa (PIBG) sekolah rendah agar dapat menghayati sains dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
2. Kepentingan dan cara menjaga kesihatan keluarga
3. Untuk menjalinkan hubungan pendidikan antara UMK, JPN, Agensi Anti dadah Kebangsaan Kuala Krai, Hospital Kuala Krai,Klinik Kesihatan Dabong, PPD Kuala Krai dan sekolah-sekolah dalam Zon 4 PPD Kuala Krai.
4. Menjana Kecemerlangan Akademik
5. Mengadakan Solat Hajat untuk memohon limpah kurnia ALLAH SWT akan kejayaan UPSR 2011.
Program ini bermula jam 8.00 pagi dengan pendaftaran ibu bapa dan pelajar dari
1. SK Dabong selaku sekolah tuan rumah dimana semua pelajar tahun 6 dengan ibubapa mereka dilibatkan. (GB: En. Mohd. Hasdi Yaacob)
Sekolah berikut melibatkan 10 pelajar cemerlnag dengan ibubapa
2. SK Mempelan Jelawang (GB: Pn. Gayah bt Saat)
3. SK Seri Mahligai (PKP: En. Mohd Zafian b ismail)
4. SK Kemubu (GB: En. Mohd Shamsudin Yusoff merangkap Pengerusi Zon 4)
5. SK Biak (GB: En. Mohd Akhbar basha Hj. Ahmad)
6. SK Kuala Geris (GB: En. Ab. Wahab b Mohd Ariff)
Selepas itu majlis bermula dengan bacaan doa oleh Tuan Iman Dabong merangkap YDP PIBG SK Dabong, dikuti oleh ucapan aluan oleh YBrs. Tn. Hj. Zulkifli Mohd Noor selaku PPD Kuala Krai.
Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Hj. Ibrahim b Che Omar, Dekan Fakulti Agro Industri & Sumber Asli, UMK.Menyentuh perasan ibu bapa dengan pengkisahan hidup dan kejayaan akademiknya sebelum beliau menjadi sebagaimana hari ini. Semuanya kerana ibubapa yang pentingkan ilmu untuk anak-anaknya.
Kemerian ditambah dengan adanya Ceramah Pendidikan Kesihatan Keluarga dari HKK dan Klinik Kesihatan Dabong, Ceramah Hidup Sihat oleh AADK Kuala Krai,Klinik Kerjaya oleh Kaubselor HKK disamping pemeran oleh UMK dan agensi berkenaan. Pemeriksaan Kesihatan yang melibatkan Tekanan Darah,Kandungan Gula dalam Darah dan jantung yang Sihat menarik perhatian sebahagian besar yang hadir.
Cabutan bertuah yang selalu ditunggu oleh para hadirin menyebabkan dewan sentiasa penuh hingga ke punutupnya jam 4.30 petang.
Bagi saya program ini amat berjaya dan kepada semua yang terlibat dari GB dengan guru-guru dan staf, dari pelajar dengan ibu bapanya, dari Dekan UMK dengan tenaganya, dari Pengurusan PPD dengan pegawainya,dari HKK dan AADK dengan stafnya dan untuk semua yang terlibat...TAHNIAH [
Saya datang sehari lebih awal dengan Setiausaha meranagkap KOORDINATOR program, Tn. Hj. Mohd Yunus Yusoff dengan menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong.bertolak balik dan tiba di rumah jam 8.00 malam.. Agak kepenatan tetapi gembira dengan status kejayaan ]
No comments:
Post a Comment