
12 jemaah lalui detik cemas bumbung masjid runtuh
Dua
belas jemaah masjid nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid
berkeluasan 30 x 30 kaki persegi di Kampung Binjai Kertas, di Hulu
Terengganu runtuh malam tadi.
Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.
Menceritakan
kejadian, ahli jawatankuasa masjid Abd Wahab Sulong, 67, berkata
selepas selesai solat dan sebaik melangkah 30 meter dari tangga masjid
untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi dentuman yang kuat dan
terpaku seketika.
"Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.
"Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya
ketika keluar masjid, beliau mendapati ada 11 lagi jemaah di dalam
masjid sebelum kesemua mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi
dentuman itu.
Abd Wahab berkata masjid ini mula beroperasi pada tahun 2008.
"Syukur runtuhan itu hanya melibatkan bahagian hadapan dan kesemua jemaah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima maklumat, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Kuala Berang dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memeriksa keseluruhan kawasan masjid. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan itu.
Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.

"Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.
"Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Abd Wahab berkata masjid ini mula beroperasi pada tahun 2008.
"Syukur runtuhan itu hanya melibatkan bahagian hadapan dan kesemua jemaah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima maklumat, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Kuala Berang dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memeriksa keseluruhan kawasan masjid. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan itu.
-Bernama
No comments:
Post a Comment