Hari ini memenuhi undangan ke Majlis Graduasi kali ke - VII SMKA Naim Lil Banat yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Hussamuddin Bin Yaacub selaku Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Bersama VIP Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, majlis ini diserikan dengan ucapan dari Dato' dihadapan seramai hampir 150 pelajar cemerlang penerima sijil dan medal bagi kejayaan akademik SPM dan STPM 2011. Turut bersama meraikan kejayaan ini ialah kalangan guru dan ibubapa pelajar berkenaan.
Antara yang tersentuh hati dalam ucapan beliau ialah mengenai sejarah penubuhan SMK Naim Lil Banat yang diasaskan pada tahun 1941 oleh ayahnda beliau bersama dengan dua orang sahabat yang begitu peka dengan pendidikan masa depan anak-anak Kelantan. Bermula diloteng bangunan dengan sumbangan kewangan dari dermawan ketika itu, sekolah ini berkembang maju mengasuh mendidik anak untuk menjadi orang ang berjasa kepada agama nusa bangsa. Pergorbanan Tuan Hj. Yaacob dengan inisitif tertentu untuk mendapat sumber kewangan melalui penjualan surat khabar dan buku-buku menyumbangkan perkemabnagan sekolah ini. Mengikut Dato' , ayahndanya sepanjang hayat tidak memeliki sebuah kenderaan pun.
Begitu tertarik juga pengajaran dari seorang ayah yang megharapkan anaknya menjadi orang berilmu, berharta, berpangkat dengan beriman berpaksikan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Bagi saya beliau merupakan seorang usahawan yang penuh syukur kepada ALLAH SWT kerana terus menyumbangkan apa yang patut kepada pihak SMKA Naim Lil Banat sebagaimana apa yang telah dibuat oleh ayahnda beliau.
.................
................................................
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
....Hebatnya Pencipta..... -----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?
Radio Islamik (Indonesia)
" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "
Suara Bacaan Yang Tetap Diingati
Berita Kepada Kawan
Pengorbanan
Logo KPM Kini
Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini
Saturday, March 31, 2012
Friday, March 30, 2012
Apabila ber Fb...berpada-padalah
Sumber:
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
3 Mei 2010
Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Maka berhati-hatilah ya... jangan melodeh dalan Fb segala-gala tentang diri dan keluarga nanti mengundang malu dan yang paling ditakuti ialah BERDOSA.
Berkunjung ke Pesta Buku Kelantan 2012
Petang ini dapat hadir bersama dengan 3 anaknda ke Dewan Jubli Perak, MPKB di Padang Perdana mengunjungi tempat orang berpesta membeli buku kegemaran yang dijual dengan diskaun tertentu. Banyak penerbit yang terlibat dalam menjayakan program anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan kali ini.
Parking DAT agak jauh sedikit di seberang jalan bertentangan dengan Bazar Tok Guru kerana tempat parking dah penuh walaupun hari dah ingin menamatkan senjanya. Dalam meninjau buku yang dipamerjual ini kebetulan pihak penganjur menjemput sendiri penulis buku novel remaja kini untuk berinteraksi dengan peminatnya. Apa yang begitu tertarik, 3 dari 4 penulis berkenaan terdiri dari kalangan remaja sekitar 20'an umurnya. Muda-muda dah jadi penulis, dah pandai merungkai rangkai cerita membuah novel yang menarik. Dah tentu apabila semakin laris permintaanya maka royalty incomenya turut berganda... dah pandai buat duit sendiri.
Setiap pengunjung yang hadir tentu ada buku yang dibeli. Jika sebelum ini nak cari sesebuah buku maka beberapa buah kedai akan dilawati tetapi dengan adanya secara berpusat ini, peminat buku tidak perlu bergerak jauh untuk mendapatkannnya.Anaknda juga turut memberi 2 buah buku dalam ketegori novelis remaja, 1 buku terbaru RM35.00 dan buku lama RM1.00..offer.
Jam 7.00 malam bertolak balik ke rumah, bimbang tentang kesesakan jalan kerana pada tempat yang sama di Padang Perdana di sebelah malamnya akan berlangsung Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana berteraskan politik semasa.

Thursday, March 29, 2012
Mesyuarat & Post Mortem STPM /SPM 2011
Hari ini bermula jam 9 berlangsung mesyuarat yang membedahsiasat pencapaian STPM dan SPM tahun 2011 yang baru diumumkan keputusannya dalam bulan ini. Mesyuarat telah dipegerusikan oleh YABr. Tuan Pengarah dengan dihadiri oleh semua Ketua Sektor @ wakilnya diserta Pegawai PPD bersama Pegawai Meja STM dan SPM semua daerah.
Pembentangan bagi post mortem STPM mengisi agenda selepas selesai saja ucapan aluan pengarah di mana selaku Pegawai Meja STPM Negeri telah memberi fokus kepada perkara berikut:
1. Pencapaian Negeri dengan Nasional berdasarkan PNGK, Peratus Lulus dan Peratus A
2. Pencapaian Daerah dengan Negeri berdasarkan PNGK, Peratus Lulus dan Peratus A
3. Pencapaian Mata Pelajaran Negeri dan Nasional
4. Pencapaian Mata Pelajaran Daerah dan Negeri
5. Pencapaian dari Tahun 2006 hingga 2011 berdasarkan kelayakan dari A ke C.
6. Pencapaian 59 buah Sekolah Tingkatan Enam ( 53 Sekolah Harian,3 SMKA, 1 SMJKC(Aliran Sains dan Kemanusiaan))- di mana 9 menyediakan aliran sains dan 51 aliran kemanusiaan termasuk aliran ugama )
7. Transformasi Tingkatan Enam tahun 2012 melibatkan 2 sistem iaitu Sistem Terminal yang akan berakhir tahun 2012 dan Sistem Pentaksiran Baharu STPM yang bermula 7 Mei 2012.
Sebelum meninggalkan majlis, YABrs Pengarah mohon agar strategi yang utuh berlandaskan program intervensi yang berkesan perlu dilaksanakan agar STPM dan SPM 2012 lebih cermerlang dalam mempersadakan JPN Kelantan antara negeri TOP di negara ini.
Selepas rehat, sesi diteruskan dengan dipengerusikkan oleh Tuan KSPA dalam pembentangan Post Mortem SPM 2011 oleh KPP Matematik. Fokus yang diberi adalah hampir sama.
Majlis berakhir jam 12.30 tengah hari.
Begitu bahagianya selepas selesai bentang kerana urusan menyediakan bahan dah mengambil masa hampir 2 hari.. petang Selasa dan sehari suntuk hari Rabu... Alhamdullilah.

Wednesday, March 28, 2012
Hanya 8 buah buku setahun..
Budaya membaca menerusi minat membaca rakyat Malaysia kini semakin meningkat dan kajian menunjukkan peningkatan bilangan buku yang dibaca oleh setiap rakyat di negara ini berada pada 8 buah buku setiap tahun. Jika dibandingkan dengan kadar negara maju kini ada yang mencecah kepada 23 buah buku setahun, maka kadar kita masih rendah.
Itulah antara intisari ucapan perasmian Pesta Buku Kelantan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Hj. Mazlan , Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pesta yang berlangsung bermula hari ini dan berakhir pada 3 April 2012 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.
Jom bersama hadir membawa anak keluarga memeriahkan pesta ini dengan membeli seberapa banyak buku untuk dibaca bagi memperolehi manafaatnya.
Negara Maju mestilah orangnya orang yang serba cerdik penuh maklumat dari segala sumber ilmu serta dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Bacalah buku bacalah media baru, perolehi sebanyak ilmu...barulah HEBAT.

Monday, March 26, 2012
Hebatnya Kereta Bugati Veyron Ini....
Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang anda perlu tahu:
1. Satu liter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brake yang digunakan untuk kereta Bugatti mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.
3. Enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000. lebih kurang RM266, 000.
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit
9. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.
10. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.
11. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
12. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
Bugatti Veyron mampu mencecah kelajuan sehingga 407 km/j dijual pada harga AS$1.6 juta (RM4.81 juta) seunit belum termasuk cukai, jadi bila ditambah cukai tinggi yang dikenakan bagi kenderaan import di negara ini, bolehkah anda anggarkan berapa nilai kenderaan ini?. Di Malaysia kini ada pemilik kereta berkenaan yang mampu beli dan membayar cukai cukai jalan RM24,598.50 setahun.
Tercetus rasa dihati... nak tetapi tak mungkin kerana tangan ini tak mampu nak peluk gunung.
Rakyat Maju Adalah Rakyat Bermaklumat
Keadaan dunia hari ini banyak mengalami perubahan. Nak tak nak, kita mesti dan perlu berubah. Sekiranya kita pegun statik alamak sukarnya hidup kita, tetap mundur dibelakang orang lain. Transformasi maklumat perlu menjadi budaya kita. Mendengar, melihat dan merasi apa yang dikhabarkan dengan membuat tapisan dan saringan sumber tentang sah benarnya berita atau hanya khabar angin lebih-lebih lagi hanya sekadar berita palsu yang diada-rekakan.
Kini negara kita bersama-sama menikmati perubahan serta kemajuan dalam teknologi dan bidang-bidang pembangunan manusia yang lain, rakyat negara ini juga sudah menjadi rakyat yang bermaklumat. Walaupun masih ada yang belum bermaklumat tetapi angka dari masa kesemasa mereka juga akhirnya akan dihampiri oleh maklumat-maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.
Rakyat bermaklumat ini merupakan rakyat yang susah untuk ditipu helah keatas mereka kerana mereka sudah bijak berfikir dan memahami yang mana satu yang benar dan yang tidak benar. Pembangunan manusia moden ini juga membentuk satu elemen yang penting dalam kehidupan mereka, iaitu elemen etika dan moral yang tinggi sejajar dengan pendidikan dan pergaulan dengan masyarakat yang membangun dalam semua bidang kehidupan seperti ekonomi dan sosial manusia sejagat.
Agama kita pun menuntut umat Islam untuk hidup mengikut waktu dan zamannya. Nilai-nilai Islam itu merupakan nilai sejagat dan nilai itu merupakan nilai yang membentuk manusia hidup secara ‘civil’ dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh agama kita yang suci ini serta mana-mana agama sekali pun. Rakyat yang bermaklumat merupakan rakyat yang hidup jiwanya.
Tetapi sebaliknya rakyat yang tidak bermaklumat itu sangat kecil jiwa mereka dan fakir dari segi pemikiran dan persepsi-persepsi mereka terhadap isu-isu yang mengelilingi kehidupan seharian mereka. Orang yang tidak bermaklumat atau mereka yang tidak tahu menilai sesuatu maklumat itu akan sentiasa terjerumus dengan tipu helah pihak-pihak yang ingin menggunakan mereka untuk kepentingan kumpulan yang mahu terus-menerus untuk mengambil kesempatan seperti semasa rakyat ramai yang belum bermaklumat itu.
Jom.. jadilah kita rakyat bermaklumat real dalam negara yang menuju maju ini.
Selamat Datang Panel Penilai PAGI 2012
Hari ini. kumpulan panel penilai Pertandingan Anugerah Guru Inovatif (yang kami namakan PAGI) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berada di bumi Kelantan bagi menilai guru yang telah dicalonkan berdasarkan kategori ke pertandingan berkenaan sempena Sambutan Perayaan Hari Guru tahun 2012.
2 Kumpulan panel iaitu bagi kategori Individu Menengah dan kategori Pra Sekolah tiba dengan mengambil penerbangan dari KLIA manakala 1 kumpulan untuk Individu Rendah tiba di Terengganu dan dijemput di PPD Besut setelah selesai menilai calon dari JPN Terengganu.
Ketiga-tiga kumpulan Panel ini akan bertolak ke sekolah pada pagi esok, 27 Mac 2012 (Selasa) dengan diiringi oleh pegawai pengiring dari SPA, JPN Kelantan,
- Individu Menengah -SMJKC Chung Hwa, Kota Bharu
- Individu Rendah - SK Bendang Pauh, Pasir Mas
- Pra Sekolah - SK Kampung Keling, Kota Bharu
Bagi kategori Kumpulan dari SK Pasir Puteh (Perempuan) penilaian oleh Panel Penilai dari BPK, KPM telah selesai dilakukan pada 20 Mac 2012 yang lalu. ( Setiap kumpulan terdiri dari 3 orang pegawai dalam bidang kepakaran masing-masing mengikut disiplin mata pelajaran )
Berapa langkah yang sewajarnya telah diambil oleh pihak JPN dan PPD bagi memastikan kepatuhan setiap calon dalam menjayakan pertandingan ini.
Sebagai Penyelaras Pertandingan Anugerah Guru Inovatif Negeri, kesempatan diambil untuk memberi ucapan berbanyak terima kasih kepada semua panel BPK yang terbabit, juga kepada rakan dari SPA dan PPD yang begitu banyak membantu. Juga kepada tuan Pengetua dan Guru Besar sekolah yang terlibat dan tak lupa kepada calon yang diangkat mewakili negeri pada kali ini. Tak ketinggalan kepada Guru yang pernah dinobatkan sebagai Guru Inovatif dengan pengalaman membantu calon PAGI berkenaan.
Itulah apa yang kami bersama usahakan semoga dengan izin NYA membuah kejayaan sebagaimana tahun sebelum ini.
Sunday, March 25, 2012
Menerjah Kecemerlangan Pendidikan
Beberapa pendekatan perlu diperkasakan demi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan termasuklah memastikan penggunaan ICT dalam Proses P & P, penganjuran program perfect score atau projek X A-PLUS juga termasuk bengkel Mata pelajaran bersama guru-guru berpengalaman dan Guru Cemerlang Mata Pelajaran.
Selain dari KPM bersama JPN dengan dibantu PPD , setiap pentadbir sekolah perlu membuat sasaran pencapaian akademik iaitu KPI(Akademik) untuk tahun 2012 berpandukan penyediaan pelan strategik tahunan. Semua sekolah mesti mejadikan kecemerlangan pendidikan sebagai fokus utama disamping pembinaan sahsiah pelajar ke arah melahirkan Modal Insan yang cemerlang gemilang terbilang. Pentadbir yang hebat sentiasa memantau pencapaian tahap KPI (Akademik) dasri semasa ke semasa.
Disamping itu juga dalam menjayakan Pendemokrasian Kecemerlangan, usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran guru perlu bermula daripada kehadiran guru, persediaan guru dan sokongan pihak atasan pengurusan sekolah. Guru disaran meningkatkan inovasi dalam P & P dan penyediaan soalan. Penekanan harus diberi kepada kehadiran mengajar daklam kelas termasuk semasa waktu relief.
Antara cadangan dalam merealisasikan usaha pendemokrasian kecemerlangan pendidikan ini ialah:
a) mengadakan Seminar/Kolokium/ Kursus/ Bengkel Kajian Tindakan/ Best Practices/ Lesson Study dalam usaha untuk meningkatkan kualiti P & P guru di bilik darjah, Perkara demikian bertujuan untuk mengenengahkan kajian tindakan guru dalam P & P untuk dikongsi bersama dengan guru-guru.
b) Pemahaman Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) oleh guru amat penting dalam penyediaan soalan yang bermutu.
c) Program pemantauan secara berjadual dan berfokus
d) Pemeriksaaan Buku Rancangan Mengajar (BRM) guru , pemeriksaan buku latihan akan memberi penekanan kepada kualiti dan kuantiti kerja-kerja tambahan pelajar.
e) Peranan panitia mata pelajaran menerusi panatia sekolah, daerah maupun panitia negeri digiatkan dan dipastikan keberkesanannnya.
f) Penyediaan sasaran peperiksaan awam secara kolektif untuk digunapakai di sekolah.
g) mengadakan kursus LDP tyang telah dirancang pada tahun 2012.
h) Menyediakan Portal Perkongian Pintar - Blog/Fb/Twit sebagai tempat untuk guru-guru berkongsi bahan-bahan P & P yang inovatif termasuk item-item ujian yang akan dibina sendiri oleh guru-guru di sekolah itu sendiri.
Sekiranya perkara berkenaan diaplikasikan.. nescaya kejayaan boleh dicapai. INSYAALLAH.
Saturday, March 24, 2012
Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri Kelantan
Pagi ini mulai jam 10.30, diri ini telah berada di BTPN Kelantan bagi menjayakan majlis yang julung-julung kali diadakan iaitu Majlis Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat Negeri. Hadir apabila di maklumkan menerusi sms dari 'Co-Partner' di SPA dengan pakaian bertema merah memenuhi slogan "Gelombamg Merah" yang telah dilancarkan sebelum ini.
Kehadiran peserta adalah terdiri dari Pengerusi PBG, Naib Pengerusi dan Pengetua/Guru Besar sekolah yang dijemput. Antara tujuan diadakan ialah mengiktirafkan sumbangan PIBG dalam menjayakan misi dan visi KPM melalui JPN terutama melibatkan perihalan kejayaan akademik dan sahsiah pelajar.
Majlis disempurnakan oleh YB Dato Dr. Awang Adek , Timbalan Menteri Kewangan.
Tahniah kepada PPD Pasir Puteh dan PPD Kota Bharu kerana sekolah di bawah kawalan iaitu SMK Gaal dan SK Zainab 2 telah mendapat tempat pertama.
Friday, March 23, 2012
Akademik Dan Kemahiran : Asas Berkerjaya
Hari Rabu, 21 Mac 2012 terungkai sudah debaran setiap pelajar yang telah menjadi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Dah menjadi tanggapan umum bahawa SPM telah diiktiraf sebagai penanda aras pencapaian akademik bagi menentukan hala tuju masa depan pelajar.
Maka akan bermulakah sebuah perjalanan untuk kehidupan masa depannnya. Yang cemerlang tentunya bercita-cita melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi sementara bagi keputusan sederhana pula mencari institusi setara kelayakan.Yang dianggap gagal juga akan merencanakan hala tuju untuk mencapai kerjaya masa depan masing-masing.
Setelah melihat slip keputusan yang berada ditangan dengan catatan makna tersendiri menyebabkan emosi sedikit terganggu.. nagis gembira atau terkedu atau hiba. Tetapi walaupun berada dalam situasi manapun setiap pelajar yang rasional amat perlu bersikap optimis dan segera merancang langkah seterusnya bagi memulakan penghijrahan kehidupan baru.
Berjaya atau tidak bukan persoalan kerana setiap pelajar mempunyai peluang dan pilihan sama tara untuk membina masa depan. Mungkin caranya saja berbeza,paling penting, pemilihan peluang perlu tepat supaya dapat membantu pelajar membina masa depan lebih baik.
Setiap pilihan perlu diberi pertimbangan wajar dengan menekankan segala aspek kemungkinan walaupun pelajar membuat keputusan sama ada ingin melanjutkan pengajian, menceburi bidang kerjaya atau menduduki semula peperiksaan.
Keputusan yang diambil juga mestilah selari dengan hasrat pelajar dan bukan disebabkan paksaan bagi mengelakkan masalah pada masa depan.Pelajar perlu tahu kehendak sebenar diri sendiri. Pilih pilihan yang benar-benar diingini supaya tidak menyesal atau menimbulkan masalah.Pertimbangan perlu dibuat secara rela dan bukan paksaan demi kebaikan bersama. Jangan buat keputusan terburu-buru atau mengikut kehendak orang lain.Buatlah keputusan bijak biar pun keputusan itu ada kalanya tidak menggembirakan orang lain.Biar apapun keputusannya, pastikan ia tepat dan bersesuaian dengan kehendak diri supaya tidak menyesal hingga memusnahkan masa depan yang baru bermula
Kini akses pendidikan mudah dan pelbagai akan memberi peluang sama rata kepada pelajar untuk membuat pilihan diingini. Persaingan sengit dalam bidang pekerjaan kini perlu diberi fokus bagi setiap pelajar dalam memilih kursus yang akan diikuti nanti.
Buat mereka yang berjaya, boleh meneruskan hasrat melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi pilihan dalam pelbagai peringkat seperti matrikulasi, diploma atau ijazah.Sementara yang gagal atau kurang berjaya pula masih boleh memilih institusi berasaskan kemahiran yang juga banyak menawarkan program berprestasi tinggi di pasaran.
Sesungguhnya ada pelbagai pilihan yang boleh dilakukan termasuk berdasarkan minat dan cita-cita yang memenuhi keinginan pelajar. Pilih saja dan tentukan hala tuju masa depan yang diingini.Jangan rasa rendah diri lantas mengatakan tidak ada peluang untuk melanjutkan pelajaran disebabkan faktor seperti tidak layak atau tidak pandai.Tidak berjaya dalam akademik bukan bermakna kegagalan sepenuhnya dalam hidup.
Membuat pilihan yang betul boleh memberi banyak kelebihan. Akademik dan kemahiran adalah media untuk bekalan penerus hidup.
Sentiasa optimis - resipi kejayaan hidup
Input: MyMetro
Gaya Hidup Berfikiran Dan Berbudaya Al-Quran
Hari ini, isi khutbahnya menyentuh mengenai bulan Tadarus Al-Quran. Setiap orang yang mengaku dirinya muslim sepatutnya ada memiliki senaskah Al-Quran, lantas membacanya, diikuti memahaminya dan seterusnya mengaplikasikannya secara berterusan dalam kehidupan seharian. Itulah yang sepatutnya sebagai "Way Of Life". Berfikiran Al-Quran dan seterusnya membudayakannya akan menyamankan kehidupan ini.
Insyaallah dengan mengikut sepenuhnya apa pengajaran yang terdapat di dalamnya maka perkara yang merungsing dan memporakperandakan dunia kini tidak akan berlaku.Kebimbingan sepertimana yang dilaporkan oleh media masa kini begitu terasa.
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.
Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia
KUALA LUMPUR, 22 Mac:
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam jawapan bertulis di Parlimen kepada soalan lisan memberitahu seramai 20,332 pelajar tercicir dalam pelajaran setiap tahun.
Manakala jumlah murid yang terlibat dengan salah laku disiplin secara keseluruhan dalam tempoh 2007 hingga 2010 pula pada kadar purata 112,346 orang setahun.
Jumlah murid yang tercicir dalam pelajaran akibat salah laku dan peraturan disiplin sekolah pada tahun 2007 seramai 1,834 murid dikenakan hukuman buang sekolah.
Tahun 2008 seramai 1,848, tahun 2009 seramai 1,534, tahun 2010 seramai 1,348 manakal tahun 2011 seramai 1,131 murid dikenakan hukuman buang sekolah.
Masalah keciciran perlu dipandang serius kerana punca dari masalah itulah ramai pelajar terjebak dengan gejala sosial yang amat membimbangkan.Kena buang sekolah, mereka tidak ada aktiviti hendak dibuat dan disinilah mereka mula mencuba pelbagai kegiatan yang tidak berfaedah bermula dengan lepak, akhirnya dadah, pecah rumah, samun, ragut dan bermacam-macam lagi.
Hebat bergaya di dunia dan di akhirat dengan mengikut kitab panduan yang hakiki.

Thursday, March 22, 2012
Skor Boleh Dibuat Di mana-mana Dan Boleh Dibuat Oleh Sesiapa
SHAH ALAM 21 Mac - Hidup di sebalik tirai besi dan tembok batu tidak bermakna segalanya telah berakhir dan tiada lagi harapan untuk membina masa depan yang sempurna.
Ia dibuktikan oleh seorang bekas banduan, Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23, yang mencatat sejarah kerana muncul sebagai antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Selangor.
Katanya, dia tidak menyangka takdir yang membawa dirinya ke Penjara Kajang, Selangor akibat kesalahan jenayah akhirnya memberikan sinar baru kepadanya.
"Saya berhenti sekolah semasa di tingkatan dua tetapi peluang keemasan yang terbuka ketika dalam penjara menyebabkan saya mengambil keputusan menyambung pelajaran.
"Akhirnya saya berjaya membuktikan walaupun perlu menjalani hukuman, namun saya mampu memperoleh keputusan 6A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 iaitu semasa tahun ketiga dalam penjara," katanya yang merupakan pelajar Sekolah Integriti Kajang.
Muhammad Zainal ditemui selepas menerima keputusan dan sijil penghargaan daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus pada majlis pengumuman keputusan SPM 2011 di sini hari ini.
Menurutnya, setelah berjaya dalam PMR, dia meneruskan pelajaran dan menduduki SPM tahun lalu hingga akhirnya mendapat keputusan 5A+, 1A,1B, dan 1E sekali gus menjadi pelajar terbaik di kalangan penghuni Penjara Kajang.
Dengan kejayaan itu juga katanya, dia berharap mana-mana institusi pengajian tinggi awam bersedia menawarkannya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan.
"Setelah dibebaskan tahun lalu, saya bekerja di kampung di Pasir Mas, Kelantan. Sudah semestinya dengan keputusan ini saya boleh pergi lebih jauh dalam pelajaran.
"Saya berjanji akan belajar dengan tekun untuk membela nasib keluarga di kampung," katanya.
Sementara itu, pelajar cemerlang dari Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Muhammad Shafaat So'af, 17, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) pula berjaya mencapai keputusan 5A+, 2A dan 4A-.
Muhammad Shafaat yang cacat kaki kiri sejak kecil mengakui pada mulanya sukar berulang-alik dari asrama ke sekolah ekoran kekurangannya itu.
"Namun, atas keprihatinan rakan-rakan dan semangat yang kuat, semua itu saya harungi dengan tabah sehingga berjaya mencapai keputusan yang membanggakan," katanya.
[ Semoga pelajar dari bumi Klate ini insaf nasuha untuk membina imej baru walaupun kesalahan sehingga beliau dipenjarakan bukan atas niat sengaja... mungkin TER sehingga terpalit sama. Cuma bermain difikiran ini, semasa berada dipenjara, siapa guru akademiknya?. Sekiranya pendekatan lebih kepada belajar sendiri, beliau pelajar hebat. Pelajar lain yang berguru bebas pun tak mampu capai?. atau adakah latih tubi merupakan resepi kejayaan akademik beliau?... entah!!! )

Wednesday, March 21, 2012
SPM 2011.. Tahniah Anak Generasi Penerus Perjuangan
Hari ini diumumkan apa yang ditunggu-tunggu oleh Sekolah terutama oarng yang berkenaan mengenai keputusan SPM yang mereka ambil pada tahun 2011. Gundah gulana menyerang jiwa,semasa menjawab dulu beres tetapi adakah hasilnya juga beres. Ada yang tak yakin, ada yang yakin malah ada yang terlampau yakin akan capai apa yang diwar-warkan sebelum ini.
Sewaktu keputusan diumumkan, saya tidak dapat bersama dengan pihak tertinggi JPN kerana masih berada di BTPN Selangor, Mukim Kepuk, Seksyen 18, Shah Alam Bandaraya Dalam Taman meneruskan agenda dalam mesyuarat pengurusan dan akademik Tingkatan Enam Bil.3/2012.Sahabat ada sms ringkas mengatakan GPS meningkat kepada 4.97 manakala layak sijil 92.65 %
PUTRAJAYA 21 Mac - Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, 506 calon adalah dari sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.
Katanya, pencapaian keseluruhan SPM 2011 yang menyaksikan 468,808 calon kesemuanya adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun dengan nilai indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.
Alhamdullilah walaupun berhasrat untuk 9A , kami sekeluarga tetap bersyukur atas rahmat dan nikmat yang dikurniaan ALLAH SWT mengurniakan 7A 1B 1C buat anaknada ke empat yang menuntut di SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan.
Sekalung tahniah buat semua pelajar dan terima kasih cikgu..sahabat setia P & P.

Monday, March 19, 2012
Mesyuarat Pengurusan STPM Bersama BPSH
Hari ini tiba di LCCT jam 12.50 tengah hari bersama Pegawai STPM dari Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan. Ke tempat mesyuarat di BTPN Selangor dalam lokasi Shah Alam menaiki bas yang disediakan oleh JPN Selangor. Tiba di BTPN Selangor jam 3.00 petang dan menginap di bilik 107.
Pada sebelah malamnya, pengerusi Pn. Nurcahaya (KU STPM), BPSH telah memberi taklimat urusetia dan diikuti penerangan SMART6 operasi 'on-line' Pengurusan Tingkatan Enam diadakan. SMART6 akan digunakan bermulanya pengambilan pertama lepasan SPM 2011 dalam mengikuti Sistem Baru Petaksiran STPM. Sistem ini tidak lagi sebagaimana sistem Terminal Tingkatan 6 yang diamalkan tahun-tahun sebelum ini. Maka akan bermulah pengajian 3 sesi di mana setiap sesi memakan masa 6 bulan.
( Selesai saja mesyuarat, rakan dari JPN Labuan dan Sabah ke Up Town Shah Alam, ingat dekat tetapi jauh, penat juga berjalan hampir 2 km sehala. Lepas makan mee goreng balik dan tiba hampir jam 1.00 pagi. Harga air kelapa muda se gelas besar RM4.50... wowww )
Pada hari Selasa , ahli mesyuarat dipecahkan kepada 2 pasukan iaitu pasukan akademik di BTPN Selangor manakala pasukan pengurusan di PPD Petaling Perdana yang berada di sebelahnya. Bagi pasukan akademik, pengisiaan mesyuarat lebih tertumpu kepada TOV dan ETR bagi KPI (Akademik) STPM keseluruhan dan 23 Mata Pelajaran yang ditawarkan. ETR yang ditetapkan dengan kenaikan signifikat bagi kecemerlangan %P dan 4P @ point 4.00 sebanyak 0.02 % manakala peratus layak sijil ditingkatkan sebabanyak 2.00 %. Pada sebelah malamnya, sesi perkongsian untuk mengenalpasti isu dan cabaran terhadap pelaksanaan Sistem Pentaksiran Baharu STPM diadakan. Sebanyak 8 cabaran telah dikenalpasti berikutan pelaksanaanya nanti, antaranya:
1. 'Work-load' guru dan pelajar
2. Prasarana dan kemudahan fizikal - Makmal dan ICT ber WIFI
3. Bahan dan Peralatan
4. Markah Aktiviti Kokurikulum Pelajar
5. Peruntukan PCG yang perlu dibuat penambahan
6. Perjawatan Tenaga Pengajar
7. Penghayatan Pentadbir
8. Intergriti guru
Hari Rabu, sesi pembentangan bersama antara akademik dan pengurusan dengan dipengerusikan oleh Tuan KPP ( Akademik), BPSH, En. Aidie bin Jantan yang hadir mulai jam 10.00 pagi. Banyak input berguna yang berkiatan dengan perihalan di atas.
Selepas tamat jam 12.30 tengah hari, makan tengahhhari dan check out terus bergerak ke LCCT dengan BAS JPN Selangor untuk dapatkan flight Air Asia pada 5.50 petang.
Terima kasih kepada urusetia JPN Selangor, juga rakan lama En. Selamon Kosrin , dulu bersama dalam Skim Tuisyen Felda yang juga diurusetiakan oleh BPSH.

Friday, March 16, 2012
Cara Memilih Sahabat
Kata Imam Ghazali:
Di dalam memilih sahabat hendaklah engkau perhatikan syarat-syarat bersahabat. Maka jangan engkau bersahabat kecuali dengan orang yang layak untuk dijadikan sahabat. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya,oleh kerana itu hendaklah seseorang itu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat. Maka apabila engkau mahu mencari sahabat yang engkau jadikan dia sebagai sahabat di dalam menuntut ilmu dan di dalam urusan agamamu dan duniamu,maka hendaklah engkau engkau pastikan ada 5 sifat ada pada orang tersebut:
1. Orang yang berakal
Tidak ada kebaikan bersahabat dengan orang yang bodoh,kerana akibatnya akan membawa kepada permusuhan dan menyakitkan hati dan paling baik yang engkau dapatkan daripadanya ialah engkau terselamat dari mudaratnya ketika dia berusaha untuk memberi manfaat kepadamu. Kerana musuh yang berakal itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh. Bersahabat dengan orang yang kurang berakal juga tidak dapat membina atau menambah baik kepada kita tetapi kita tetap wajib berbaik-baik dengan mereka.
2. Orang yang baik akhlaknya.
Maka janganlah engkau bersahabat dengan orang yang jahat perangainya iaitu orang yang tidak dapat mengawal dirinya ketika marah dan ketika dia dirangsang oleh nafsu syahwatnya.
Begitulah juga dengan orang yang suka mengumpat potpet-potpet sana sini seperti mami jarum, orang yang percakapannya tidak baik dan orang yang selalu mengajak kepada keburukan dan perkara yang melalaikan.
3. Orang yang soleh
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang fasik yang selalu mengerjakan dosa yang besar, kerana orang yang tidak takut akan Allah itu tidak mengesali dalam membuat dosa yang besar dan orang yang tidak takut kepada Allah tidak dapat dipercayai sepenuhnya. Bahkan pendiriannya tidak tetap selalu berubah-ubah mengikut keadaan dan tekanan. Maka jauhi dari bersahabat dengan orang yang fasik kerana berterusan melihat perkara-perkara yang fasik dan maksiat itu akan menghilangkan kebencianmu terhadap maksiat tersebut lalu akhirnya engkau merasa ringan hal maksiat dan akhirnya terturut melakukan maksiat.
4. Jangan bersahabat dengan orang yang tamak dunia.
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tamak dunia,kerana bersahabat dengannya adalah racun yang dapat membunuh. Tabiat itu cepat sekali mempengaruhi tabiat yang lain dan perangai yang baik cepat sekali berubah menjadi jahat,sekiranya kita tidak menyedarinya. Maka suka bersahabat dengan orang yang tamak pada dunia akan menambahkan tamakmu terhadap dunia. Bersederhanalah. Kesenangan dunia hendaklah dicari tanpa meninggalkan amalan untuk bekalan akhirat.
5. Orang yang benar
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang pendusta,barangkali dia akan menipu engkau. Berbohong adalah tabiat buruk yang dicela agama dan tidak disukai oleh siapa juga.
Dengan memilih sahabat yang baik diharapkan kita akan juga menjadi baik.Jika sahabat orang yang sering melakukan dosa, dikhuatiri kita akan turut berdosa kerana membiarkan mereka membuat dosa atau meredai perbuatan mereka atau membiarkan kemungkaran tanpa menegahnya. Jika kita mendengar orang mengumpat, kita tidak menegahnya, apalagi kalau kita tumpang tokok, bermakna kita memperolehi dosa percuma!
SUMBER:-
http://yang-arif.blogspot.com
Thursday, March 15, 2012
Kita Makhluk Tidak Mampu Melakukannya...
Foto indah di udara
Firman Allah
"Apakah kamu lihat air yang kamu semua minum? Apakah kamu yang turunkannya daripada awan ataupun Kami (Allah) yang menurunkannya? Kalau kami kehendaki, kami akan jadikan air itu masin, kenapakah mahu masih enggan bersyukur? "

Tuesday, March 13, 2012
Ke Manusia ke @ Ke Binatang ke ?
Suspek kes bunuh Dirang akan didakwa di mahkamah secepat mungkin
Harian Metro Selasa 13 Mac 2012
PASIR GUDANG: Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, polis sedang berusaha menyiapkan kertas siasatan kes bunuh dan bakar kanak-kanak malang, Nurul Nadhirah Abdullah, 5, secepat mungkin bagi membolehkan suspek kes itu dihadapkan ke mahkamah dengan segera.
Beliau berkata polis sedang menunggu beberapa lagi laporan daripada Jabatan Kimia untuk menyiapkan kertas siasatan itu sebelum dikemukakan kepada pihak Pendakwa Raya untuk tindakan.
"Saya telahpun mengarahkan timbalan saya, Datuk Ismail Yatim yang mempengerusikan pasukan khas bagi menyiasat kes ini untuk siapkan kertas siasatan secepat mungkin," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.
Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.
Katanya tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan "ice" manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. - Bernama
___________________________________________________________________________________________
Ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Nurul Nadirah Abdullah di atas kematian yang amat tragis dan lebih menyayat hati apabila mayatnya ditemui dalam keadaan rentung di Nusa Damai, Johor Bahru semalam. Hancur luluh jiwa bagi sesiapa yang menghadapi musibah sebesar ini. Hanya manusia yang tidak berperikemanusiaan sahaja yang sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.
Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Apalah dosa bagi seorang kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa ini sehingga beliau dijadikan korban bagi memenuhi nafsu mereka yang bertuhankan syaitan. Tidak ada maaf bagi mereka yang melakukan perbuatan sekejam ini.
Peristiwa penculikan dan pembunuhan kanak-kanak bukan berlaku sekali, tetapi sudah kerap berlaku di negara ini
Apakah budaya sopan santun dan hormat menghormati yang dahulunya amat menebal dalam masyarakat Malaysia sudah semakin hilang sehingga penjenayah sudah semakin berani melakukan perbuatan luar dari kewarasan akal manusia.
Justeru,ibu bapa sukar melepaskan anak-anak mereka ke sekolah atau ke taman permainan kerana bimbang nasib yang sama akan menimpa anak-anak mereka pula.
Maka anak-anak tidak harus dibiarkan berseorangan bermain di taman-taman permainan atau ke kawasan berhampiran melainkan perlu pemantauan ibu bapa dan penjaga.
"Sesungguhnya punca kepada jenayah seperti ini ialah kerana manusia tidak takutkan Allah SWT. Ketakutan kepada Allah SWT itulah yang akan mencegah manusia melakukan jenayah, bukannya undang-undang buatan manusia"
Bersamalah kita mendoakan semoga roh allahyarhamuha ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh.
Monday, March 12, 2012
Berdisplin..sukarnya
Agak lama nak meluahkan pendapat keperihalan memupuk disiplin buat generasi muda penerus zuriat bangsa dan negara. Jika sekiranya orang dah veteran sukar nak diubah untuk berubah, fenomena orang muda nampaknya demikian juga. Jika dah berdisplin maka tak akan ada lagi pemandu kereta lori bas treller jengkaut sambil memandu membuang sampah tisu tin botol ke jalan raya. Jika dah berdisplin maka tak akan ada lagi sampah sarat bertebaran di atas jalan raya yang menyakitkan mata dan merosakkan haruman hidung. Jika dah berdisiplin ..sepatutnya semua perkara yang tidak disukai manusia sama telahan mengundang dosa tidak akan dipraktikkan lagi.
Kini apabila diperhatikan gelagat generasi muda dibangku sekolah, walaupun menceburi pasukan beruniform ' yang sepatutnya penuh berdisplin ' sebagaimana yang diajar tetapi apabila ke sekolah dengan uniform seragamnya, naik motor tanpa topi keselamatan, berselipar dan berlumba kapcai sesama. Itupun belum pasti ada tak lesen memandu dan cukai jalan motornya. Hentam saja jawabnya.
Sekiranya itu adalah sebahagian contoh tak berdisplinnya remaja kini, apakah negara kita akan maju dengan masyarakat yang penuh disiplinnya?. Orang yang berdisiplin adalah orang berintergriti dan orang yang takutkan ALLAH SWT.
Begitulah cabaran buat kita.. menurunkan disiplin buat mereka.
Mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Negeri ke 41
Semalam bertempat di Bilik Gerakan, JPN Kelantan dengan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan berlangsung mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Kelantan bagi sambutan kali ke 41.
Mesyuarat berkisar kepada pengisian sambutan dan gerak kerja ke arah menjayakannya yang akan dilangsungkan di PPD Jeli sebagai lokasi perayaan tahun ini.Pengisian adalah hampir sama dengan tahun sebelum ini dan sebahagian besar mengikut apa yang dibuat di peringkat nasional.
Syukur Alhamdullilah sempat melaporkan status tugasan yang diberikan tanggungjawab kepada Sektor Pengurusan Akademik. Pertandingan Anugerah Inonasi Guru (PAGI) telah dapat dapat diselesaikan dan hanya menunggu penilaian peringkat kebangsaan yang akan berlangsung selepas cuti ini. Harapan, Insyaallah jika ada rezeki, dapat nomborlah di peringkat pusat nanti.

Saturday, March 10, 2012
Banyak Tersirat Di sebalik Paparan Ini
KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.
Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.
Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya. - Harian Metro
Bersama kita renungkan
Friday, March 9, 2012
Apabila Dah Gila Kuasa.. Masjid turut dimusnahkan
Homs, Syria, Jumaat, 9 Mac 2012 : Masjid Hanbali yang dibom oleh rejim Basyar pada selepas solat Jumaat tadi. Jelas, mereka lebih zalim daripada zionis.
Doha,Qatar
Presiden Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi ketika menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di Doha,Qatar menujukan ucapan kepada Basyar sambil berkata:
“Wahai Basyar! Percayalah, bahawa Allah sama sekali tidak akan membiarkan kamu..Tidak! Saya mahukan kamu berambus! Tidak dapat tidak,kamu perlu dibicarakan.”
Beliau kemudian menyeru kepada rakyat Syria:
“Wahai rakyat Syria!Wahai pahlawan dan wira-wira yang menolak kezaliman dan penghinaan! Teguhkan pendirian kalian atas dua kaki!”
Tunggulah saat kehancuran bagi yang zalim
Menjadi Manusia Terbaik
Setiap orang mendambakan menjadi yang terbaik. Sebagai seorang Muslim, orientasi hidup untuk menjadi yang terbaik bukanlah dinilai dari ukuran manusia semata, tetapi karena ridha Allah Ta’ala. Inilah cara mudah menjadi orang terbaik dalam konsep Islam.
Pertama, tidak ingkar melunasi hutang.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عن رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أنه فَقَالَ « خَيْرُكُمْ أَحْسَنُكُمْ قَضَاءً » متفق عليه
Ertinya: Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik dalam membayar hutang.” Muttafaqun ‘alaih
Kedua, belajar Al-Quran dan mengajarkannya.
عَنْ عُثْمَانَ – رضى الله عنه- عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ» رواه البخاري
Ertinya: “Ustman bin Affan r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” Hadith riwayat Bukhari.
Ketiga, yang paling diharapkan kebaikannya dan paling jauh keburukannya.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- وَقَفَ عَلَى أُنَاسٍ جُلُوسٍ فَقَالَ « أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِخَيْرِكُمْ مِنْ شَرِّكُمْ ». قَالَ فَسَكَتُوا فَقَالَ ذَلِكَ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ فَقَالَ رَجُلٌ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِخَيْرِنَا مِنْ شَرِّنَا. قَالَ « خَيْرُكُمْ مَنْ يُرْجَى خَيْرُهُ وَيُؤْمَنُ شَرُّهُ …» رواه الترمذى
Ertinya: “Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah saw berdiri di hadapan beberapa orang, lalu bersabda: “Mahukah kalian aku beritahukan sebaik-baik dan seburuk-buruk orang dari kalian?” Mereka terdiam, dan Nabi bertanya seperti itu tiga kali, lalu ada seorang yang berkata: “Iya, kami mau wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami sebaik-baik dan buruk-buruk kami,” beliau bersabda: “Sebaik-sebaik kalian adalah orang yang diharapkan kebaikannya dan sedangkan keburukannya terjaga…” Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 2603)
Keempat, menjadi suami yang paling baik terhadap keluarganya.
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى. رواه الترمذى
Ertinya: “Aisyah r.a. berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Ash Shahihah (no. 285).
Kelima, yang paling baik akhlaqnya dan menuntut ilmu.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- «خَيْرُكُمْ إِسْلاَماً أَحَاسِنُكُمْ أَخْلاَقاً إِذَا فَقِهُوا» رواه أحمد
Ertinya: “Abu Hurairah r.a. berkata: “Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian islamnya adalah yang paling baik akhlaq jika mereka menuntut ilmu.” Hadith riwayat Ahmad dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 3312)
Keenam, yang memberikan makanan.
عَنْ حَمْزَةَ بْنِ صُهَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ رضي الله عنه قَالَ: فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ «خَيْرُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ» رواه أحمد
Ertinya: “Hamzah bin Shuhaib meriwayatkan dari bapanya r.a. yang berkata: “Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik kalian adalah yang memberikan makanan.” Hadith riwayat Ahmad dan dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 3318)
Ketujuh, yang panjang umur dan baik perbuatannya.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ رضي الله عنه أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ خَيْرُ النَّاسِ قَالَ «مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ» رواه الترمذى
Ertinya: “Abdullah bin Busr r.a. meriwayatkan bahwa ada seorang Arab Badui berkata kepada Rasulullah saw: “Wahai Rasulullah, siapakah sebaik-baik manusia?” beliau menjawab: “Siapa yang paling panjang umurnya dan baik amalannya.” Hadith riwayat Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Albani di dalam Shahihut Targhib wat Tarhib (no. 3363).
Kedelapan, yang paling bermanfaat bagi manusia.
عَنِ جابر، رَضِيَ الله عَنْهُمَا، قَالَ : قال رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَلَيه وسَلَّم: خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Ertinya: “Jabir r.a. bercerita bahwa Rasulullah saw bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.” Hadith dihasankan oleh al-Albani di dalam Shahihul Jami’ (no. 3289).
*) Ditulis oleh Abu Abdillah Ahmad Zain, Islamic Cultural Center 1430 H, Dammam KSA
Thursday, March 8, 2012
Penilaian PAGI 2012
Berlangsung mulai jam 9.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang di PKG Banggol, penilaian Pertandingan Anugerah Guru Inovatif @ PAGI hebat dipertandingkan. Penyertaan dari keempat-empat kategori iaitu:
1. Pra sekolah - 4 Penyertaan ( Bachok, Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli)
2. Individu Rendah - 9 Penyertaan ( Kota Bharu,Pasir Mas,Pasir Puteh, Kuala Krai)
3. Individu Menengah - 7 Penyertaan ( Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai)
4. Kumpulan - 1 Penyertan ( Pasir Puteh )
Dikendalikan oleh 2 kumpulan panel yang terdiri dari 8 pegawai SPA, JPN Kelantan.
Keputusan rasmi untuk juara negeri telah dipanjangkan kepada Urusetia BPK.
Terima kasih kepada semua peserta dan Terima kasih kepada sahabat panel hakim dan Penolong Pegawai Sains Matematik Daerah yang terlibat dalam menjayakan PAGI tahun ini.
TAHNIAH

7 Okt 2011 SSM Bye-Bye SPBA.. Hai-hai Vs 8 Mac 2012 SBPA bye-bye.. SSM hai-hai
Selepas pengumuman bajet 2012 pada hari Jumaat 7 Oktober 2011, di Parlimen, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa dasar gaji juga ditransformasikan dari Skim Saraan Malaysia (SSM) ke Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa mulai 1 januari 2012.
Maka tak duduk diamlah penjawat awam mengira hitung berdasarkan gaji yang 'dicadangkan' oleh sumber yang tak rasmi. Juga siri taklimat oleh pihak yang berkaitan kepada semua penjawat awam, termasuk di BTPN Kelantan. Semua penjawat awam wajib menandatangani borang opsyen sehinggakan ada sahabat terpaksa fakkan borang kepada majikannya. Riuh rendah seluruh negara membicarakannya. Antara faedah dan tak faedahnya. Tetapi dalam diam-diam harga barangan pengguna naik.
Maka juga timbul keluh kesah Cuepacs mengenai beza ketara imbuhan yang diperolehi antara golongan marhaem dengan golongan bangsawan. Perbincangan demi perbincangan diatur mencari titik temu penyelesaian. Tetapi akhirnya SSM yang di bye-bye dulu kini dirujuk balik. Maka SBPA yang belum sempat berjasa di bye-bye akhirmya. Nasiblah SBPA. Bagaimana pula usia persaraan 60 tahun dalam SSM?
PICC PUTRAJAYA
Penjawat awam sedang fokus kepada pengumuman PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun ini dimansuhkan.
Dalam pengumuman di depan ribuan penjawat awam di Putrajaya hari ini, Najib berkata keputusan itu dibuat setelah mendengar rintihan penjawat awam yang tidak berpuas hati.
NONE"Dengan keputusan ini, Skim Saraan Malaysia (SSM) dikembalikan dengan penambahbaikan," katanya pada majlis Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Berhubung pelarasan gaji pula, ia dibuat berdasarkan jadual gaji matriks SSM mengikut peratusan gred yang ditetapkan
seperti berikut:
Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54.
Kenaikan 9 peratus untuk gred utama kumpulan JUSA C, B dan A.
Kenaikan 8 peratus untuk turus 3 dan 2.
Kenaikan 7 peratus untuk turus 1 dan ketua setiausaha.
Najib mengakui sepanjang tempoh tiga bulan SBPA diperkenalkan, kerajaan menerima hampir 1,000 aduan dan memorandum, termasuk cadangan daripada 23 persatuan berkaitan.
"Saya harap semua pihak reda dan tak ada lagi yang tak puas hati di semua peringkat. Saya doakan ini jadi penyelesaian terbaik.
"Kita bukan seperti puak-puak yang belum berjaya membentuk kerajaan sudah mahu membuang kakitangan awam," kata Perdana Menteri sambil menjelaskan bahawa berikutan rasa tidak puas hati itu, kerajaan pada 12 Jan lalu memutuskan supaya SBPA dikaji semula.
Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam TanSri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklumat balas yang dikemukakan.
Ia diberi tanggungjawab mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.
Najib juga berkata kerajaan turut bersetuju elaun bantuan sara hidup (COLA) bagi kawasan B dan C masing-masing dinaikkan daripada RM150 kepada RM250 sebulan.
Sebelum ini, COLA bagi kawasan B dan C masing-masing ditetapkan pada kadar RM200 dan RM100.
NONEBeliau juga mengumumkan pembentukan suruhanjaya yang dianggotai pihak berkepentingan, seperti kementerian kewangan dan Cuepacs bagi mengkaji tuntutan-tuntutan lain penjawat awam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.
"Kita rasa lega sikitlah dengan adanya suruhanjaya. Kalau tak, kita kena buat jawatankuasa itu, jawatankuasa ini," katanya.
Omar juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.
Walau apa pun nama saraan yang pentingnya ia berfaedah kepada semua
Tuesday, March 6, 2012
STPM 2011 - Pelajar SMK Kota antara Top Student di Malaysia
Hari jam 12.oo tengah hari berlangsunglah pengumuman rasmi keputusan STPM tahun 2011 bertempat di majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Selangor. Serentak dengan itu juga pengumuman berkenaan dibuat oleh negeri-negeri dan selepas itu, semua calon STPM boleh mengambil slip keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.
Bagi negeri "Tanah Serendah Sekebun Bunga Cik Siti Wan Kembang" Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2011 telah disempurnakan oleh YABrs, Tuan Haji Hussain bin Awang, Pengarah Pelajaran Kelantan. Pengumuman ini disiarkan secara langsung oleh RTM melalui Radio Kelantan FM.
Jumlah calon Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan dari 59 buah SMK telah menduduki STPM adalah seramai 5358 orang (2010- 5187 orang). Syarat lulus penuh ialah calon mesti sekurang-kurangnya mendapat Prinsipal C dalam mana-mana satu mata pelajaran yang diambil. Kelulusan dalam sesuatu mata pelajaran ditandakan dengan sutau gred dan diberi Nili Gred Mata Pelajaran (NGMP) sepertimana berikut:
Gred Mata Pelajaran : NGPM - Catatan
A : 4.00 - Lulus Penuh (Full Pass)
A- : 3.67 - Lulus Penuh (Full Pass)
B+ : 3.33 - Lulus Penuh (Full Pass)
B- : 2.67 - Lulus Penuh (Full Pass)
C+ : 2.33 - Lulus Penuh (Full Pass)
C : 2.00 - Lulus Penuh (Full Pass)
C- : 1.67 - Lulus Sebahagian (Partial Pass)
D+ : 1.33 - Lulus Sebahagian (Partial Pass)
D : 1.00 - Lulus Sebahagian (Partial Pass)
F : 0.00 - Gagal (Fail)
Bagi Negeri Kelantan
a) Peratus Lulus Keseluruhan - 95.99 % (Nasional -92.18%) Peningkatan 3.81%
b) Peratus Kecemerlangan 4 dan 5 Prinsipal - 54.51 % (Nasional-45.82%)Peningkatan 8.79%
c) Peratus Lulus Sekolah Bantuan Kerajaan - 96.64% (Nasional -93.96%)Peningkatan 2.68%
d) Peratus Kecemerlangan 4 dan 5 Prinsipal Sekolah Bantuan Kerajaan -56.07% ( nasional- 47.78%) Peningkatan 8.29 %
Sebanyak 14 buah sekolah yang mencapai kejayaan 100 % iaitu
1. SMK Zainab 1
2. SMK Kota
3. SMK Tok Janggut
4. SMKA Falahiah
5. SMK Tanah Merah
6. SMK Pahi
7. SMK Mahmud Mahyiddin
8. SMK Dato'Perdana
9. Maktab Sultan Ismail
10. SMK Kamil
11. SMK Ismail Petra
12. SMK Sri Gunung
13. SMK Kubang Kerian 2
14. SMK Kubang Bembam
Pencapaian mata pelajaran juga turut meningkat dari 6 sebelumnya kepada 11 mata pelajaran termasuklah Biology, Physics, Chemistry, Mathematics S dan T. Pengajian Am cuma meningkat 0.01 % sahaja.
Seperti tahun lepas 2010 , STPM tahun 2011 juga menonjolkan seorang pelajar hebat iaitu adik Muhammad Zulhilmi bin Mohd Salleh dari SMK Kota sebagai pelajar terbaik peringkat nasional yang pada hari ini turut berada di Majlis Peperiksaan Malaysia untuk menerima anugerah p\Pelajar Terbaik Peringkat Nasional. Disamping itu juga terdapat 15 orang lagi yang mendapat PNGK 4.0 di negeri ini.
Tahniah kepada semua yang berjaya cemerlang dalam STPM 2011.. adanya USAHA, adanya DOA, adanya TAWAKAL,, insyallah adanya JAYA.
______________________________________________________________________________
Dari Laporan Bernama
STPM: 92.19 peratus lulus, hanya 12 calon dapat 5A
5:01PM Mac 7, 2012
Seramai 46,712 atau 92.19 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 berbanding 46,795 (92.5) pada tahun sebelumnya.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Mohd Noh Dalimin berkata, 12 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding lapan calon pada tahun sebelumnya.
Pada umumnya, prestasi calon tahun 2011 adalah sama dengan tahun 2010, di mana Purata Nilai Gred Keseluruhan (PGNK) adalah sama, iaitu 2.22, katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
Pada tahun 2011, seramai 298 calon (0.59 peratus) mendapat PGNK 4.00 berbanding 343 calon (0.68) pada tahun sebelumnya.
Seramai 50,669 calon menduduki peperiksaan itu tahun lalu.
Mohd Noh berkata, jurang antara prestasi calon bandar dan luar bandar masih ketara apabila prestasi calon bandar jauh lebih baik daripada calon luar bandar.
Katanya, bilangan calon bandar yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah seramai 948 orang atau 12.64 peratus berbanding hanya 93 (6.14) pelajar luar bandar.
Katanya, bilangan calon bandar aliran Sains yang mendapat 5A, 4A dan 3A pula adalah 357 orang (14.2) berbanding hanya 11 (12.64) luar bandar manakala bilangan calon bandar aliran sastera yang mendapat 5A, 4A dan 3A adalah 591 (11.85) berbanding hanya 82 (5.75) luar bandar.
Daripada segi prestasi sekolah, beliau berkata, sekolah kerajaan menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya, iaitu PNGK sekolah kerajaan pada tahun lalu ialah 2.29 berbanding 2.32 pada tahun sebelumnya.
Pada tahun 2011, sebanyak 52 buah sekolah mencapai PNGK 2.8 atau lebih tinggi berbanding 47 sekolah pada tahun sebelumnya dan 55 sekolah pada 2009.
- Bernama

Kota Suci Mekah..Pusat Bumi
Tuesday, March 6, 2012
Mekah sebagai pusat kepada Planet Bumi
Labels: Mekah, Tahukah Anda?
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)
“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi.
“Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.
Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi
Firman Allah yang bermaksud: “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.
Allah berfirman lagi yang bermaksud: “Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)
Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.
Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi).
Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.
Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia.
(Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)
Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.
Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.”
Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah. Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir).
Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub.
Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti.
Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.
Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air.
Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.
Rasulullah SAW bersabda: “Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.” (Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam…
Sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Monday, March 5, 2012
Bahang PRU Dah Mula Terasa
Pagi ini ada sahabat guru semasa bersarapan pagi di kedai makan pagi segera yang popular berdepan Toyota Motor Kota Bharu, Jalan Kuala Krai, memaklumkan bahawa beliau akan menghadiri taklimat pilihanraya selama dua hari.. sebagai PO (Polling Officer). Selesai saja terus ke pejabat dan di depan pintu utama Pusat Pentadbiran Kota Darulnaim terbentang satu kain rentang mengenai Kursus Untuk Petugas Pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.
Ehh.. rupanya SPR dah mengambil langkah persediaan untuk menjalankan pilihanraya yang akan dimaklumkan pada bila-bila masa dari sekarang. Klu mudah kini , Perdana Menteri kita kini sibuk melawat negeri-negeri berjumpa rakyat menerangkan dasar-dasar yang telah dan akan dibuat nanti.
Nampaknya suasana semakin hangat, poster kecil ceramah pilihanraya banyak ditampalkan di sana sini pelusuk negeri malah pelusuk tanah air dari semua organisasi politik.Perlu membuat pesediaan yang rapi lengkap bagi menarik majoriti untuk menyokong mereka. Kemenangan majoriti akan menentukan siapakah yang akan menjadi pilihan orang ramai.
Cuma yang terpenting bagi semua kita yang terdidik ini hendaklah bertindak dengan akal waras supaya kita sentiasa harmoni ditanah tumpah darah ini. Bilakah tarikh pembubaran , itu berada pada Perdana Menteri dan bila tarikh mengundi, yang layak mengundi keluarlah mengundi dengan membuat pilihan yang sebijak-bijaknya.
Kata orang, 1 orang 1 Undi, tidak akan ada 10 orang 1 undi..MUSTAHIL dan jika ada 1 orang untuk 10 undi.. tak mustahil tetapi BERDOSA. Apabila berdosa tak akan ada barakahnya. Lambat laun akan melemahkan organisasi kerana orang yang berakah akan bahagia hidupnya didunia dan diakhirat.
Teringat semasa menjadi PO dalam piliharaya awal 90' an dulu bagi Parlimen Kubang Kerian.
Dasar 60:40 ?
Dasar ini amat popular dari tahun 90'an dan 2000 an kerana 60 % penyertaan pelajar ke aliran yang berteraskan sains dan teknologi tercapai pada tahun 2010. Tetapi apa yang terjadi kini mengikut akhbar aliran arus perdana ini statusnya hanyalah 29%.. bermakna amat tersasar jauh dari apa yang dihasratkan. ( Kenyataan daripada YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia- Dr. Puad Zakarshi )
Maka suatu program intervensi khas perlu dilaksanakan untuk menjayakan balik dasar ini demi kemajuan negara masa depan.. Kerana sains dan teknologi adalah media penting perlumbaan kemajuan negara.
Maka suatu program intervensi khas perlu dilaksanakan untuk menjayakan balik dasar ini demi kemajuan negara masa depan.. Kerana sains dan teknologi adalah media penting perlumbaan kemajuan negara.
Sunday, March 4, 2012
Kemenjadian Yang Diredhai
Wahai tuan yang budiman...tugas kita semua dah sedia maklum iaitu menterjemahkan hasrat dan aspirasi kepimpinan pendidikan bagi kemanjadian manusia di bumi Malaysia terindah ini. Manusia yang bijak pintar sopan berbudi berlandaskan akal budi dan panduan hakiki dari ALLAH SWT.
Sesungguhnya dengan itu, Capacity Building diri dan organisasi perlu dibina mantap penuh intergriti berpahala tanpa dosa berbekal ke syurga menjauhi neraka. Maka Pendemokrasian Kecemerlangan merupakan satu usaha berterusan meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) guru bermula daripada kehadiran guru, persediaan guru dan sokongan pihak atasan pengurusan sekolah. Setiap orang bergelas guru disaran meningkatkan inovasi dalam P & P dan penyediaan soalan dengan kefahaman dan kemahiran merujuk Analisis Item yang betul. Penekanan juga harus diberi kepada kehadiran guru mengajar dalam kelas termasuk semasa waktu relief, atau dengan kata lain setiap masa persekolahan di sekolah murid sentiasa berada bersama dengan guru mereka. Sewaktu ini pengajaran berkesan guru yang bernatijahkan akhirnya pembelajaran berkesan pelajar menjadi matlamatnya. Sekira ia ini benar-benar berlaku dengan teramatlah kesannya, maka istilah Kelas Tambahan tidak akan kedengaran lagi. yang ada mungkin dinamakan nanti ialak Kelas Panduan Kecemerlangan Akademik di mana ditunjukkan dalamnya kaedah menyelesaikan masalah dengan betul dengan kaedah jawapan yang tepat. Bukan kelas Latih dan Tubi.
Sesseorang guru yang hebat ialah guru yang bersifat penyayang. Sayang dirinya, sayang keluarganya , sayang jiranya,sayang masyarakatnya dan semestinya sayang anak murid serta rakan gurunya di sekolah termasuk warga didalamnnya. Bermula 1 Mac 2012 , Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid ke sekolah akan dijadikan agenda penting. Alukan kehadiram mereka dengan wajah ceria bermotivasi tinggi den bukan dengan kata herdik dan rotan ditangan.Juga Program Penghargaan Murid tidak dilupakan. Ingat bahawa semua murid amat memberi sumbangan kepada organisasi sekolah. Cuma kadang kala kita sendiri sukar untuk nampak apakah yang perlu sangat dihargai buat seseorang murid kerana pada mind set kita, si anu ini membeban sekolah. maka sewajarnya Program Mentor Mentee di perkasakan semula dengan melibatkan semua guru dan pelajar lebih-lebih lagi yang bermasalah. Ingat dengan adanya kasih sayang antara sesama insan maka harmonilah kehidupan ini.
Jadikan diri Guru Penyayang yang hebat mendidik anak bangsa. Kita akan dikenang disepanjang hayat bukan dikutuk setiap masa akibat tidak betulnya tugas kita. Apabila seseorang diberi tanggungjawab membina bangunan tetiba bangunan yang dibina itu runtuh maka orang itu akan dikutuk kerana menghabiskan duit dan mengancamkan nyawa. Tetapi ingat disebalik orang itu, siapa yang membina sahsiahnya.. tentulah kita.
Atau adakah itu tanda kita gagal membina kemanjadian manusia. Bagi saya jawapan TIDAk kerana orang yang berkenaan hanya berfikir untuk dirinya sahaja walaupun kita dah berikan tunjukajar khidmat bimbing pahala dosa syurga neraka kepada mereka semasa berada bersama kita di sekolah.
Maka aksikan kerja kita secara berfokus.. manusia yang menjadi akan memajukan bumi Malaysia ini.
Saturday, March 3, 2012
TMK@12
Semalam telah berlangsung acara gilang gemilang pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12) telah selamat disempurnakan perasmiannya oleh Tengku Mahkota Kelantan yang mewakili Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, malam tadi.
Sempena majlis bersejarah itu, tiga artis yang mewakili tiga negara telah membuat persembahan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kumpulan Raihan (Malaysia), papa rock Ramli Sharif (Singapura) dan Opick (Indonesia).
Sempena majlis itu, dua pertunjukkan bunga api telah diadakan di samping persembahan lagu tema TMK@12.
Pihak yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menjayakan hasrat mencapai kehadiran pelancong dalam dan luar negara seramai 6 juta orang melalui pelbagai persembahan dan program telah diatur untuk menarik lebih ramai pelancong.
Papa Rock Ramli Sarip mendendangkan beberapa buah lagu popularnya Doaku Buat Mu Kekasih, Nyanyian Serambi, Kasturi, manakala Opick Cahaya Hati serta lagu popularnya Rapuh dan Raihan lagu-lagu nostalgia kumpulan itu seperti Syukur, Allahu.
Dan baru sekejap tadi, balik dari KB , jalan utama dari Tunjung ke KB selepas Maghrib telah ditutup untuk semua kenderaan kerana perarakan kereta berhias. Terpaksa balik melalui jalan Pendek merentas high way Pasir Mas.
Friday, March 2, 2012
Tetap Kekal Berpaksi Islam Dengan Ilmu Akhlaknya- PM
JELI – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengada lawatan kerja sehari ke negeri ini berslogan ‘Gelombang Merah’ mengajak rakyat Kelantan membuat perubahan dengan memberi mandat kepada BN untuk kembali memerintah negeri itu.
Najib berkata, kerajaan BN akan mengubah landskap negeri itu dengan pelbagai pembangunan yang menjadikan Kelantan membangun dan maju.
“Insya-Allah landskap Kelantan akan berubah tetapi tetap berpaksikan kepada Islam, ilmu akhlaknya tetap kita pertahankan,” katanya. - Kosmo
(Pada sebelah petang dari 4.00 - 6.45 petang,bertempat di Kompleks Sekolah Wakaf Mek Zainab, Perdana Menteri berjumpa dengan warga guru Parlimen Kota Bharu - Saya juga sempat ke sana )
Antara keajaiban dalam tubuh kita.. SUBHANALLAH
1. Manusia kehilangan 45-60 helai rambut setiap hari, tetapi kerana manusia memiliki 125.000 helai rambut baru setiap hari kita sebagai manusia tidak menyedari hal tersebut.
2. Otak manusia mempunyai 10 bilion sel saraf, yang mempunyai kemampuan merakam lebih dari 86 juta bit maklumat (lebih kurang 11juta huruf) / perhari atau jika dikalkulasikan memori manusia selama hidupnya mencapai 100 trilion bit maklumat (sekitar 12,5 trilion huruf) Amazing!
3. Sel darah merah di dalam manusia yg mempunyai masa hidup sekitar 4 bulan menempuh perjalanan sekitar 1.600 km di dalam tubuh kita selama masa hidupnya
4. Rangkaian saraf otak manusia yang kini baru sebahagian dipetakan oleh ahli saraf, mempunyai daya kompleks 1400 kali lebih kompleks jika dibandingkan dengan rangkaian telefon saat ini
5. Setiap inci persegi tubuh manusia dihuni rata-rata 32 juta bakteria sehingga bakteria yang ada di seluruh tubuh manusia mencapai 100 bilion bakteria atau 20 kali ganda berbanding dengan jumlah populasi manusia saat ini.
6. Jantung setiap hari menghabiskan tenaga yang besarnya cukup untuk mengangkat beban seberat hampir 1 tan ke ketinggian 13 meter. Maka sebagai contoh, jantung manusia yang telah berumur 50 tahun telah melakukan kerja yang sama dengan mengangkat beban 18.000 tan ke ketinggian 230 km atau boleh dikatakan berat itu sendiri beberapa kali lebih berat berbanding muatan terberat yang pernah ditempatkan di orbit bumi, Subhanallah
7. Pada saat anda berbaring tubuh anda menuntut agar anda menghirup udara sekitar 8 quart (1 quart = 0,9463 Liter) tiap minit. Jika anda bangun dari tidur (sit-up) = 16 quart, berjalan 24 quart, berlari 50 quart. Bayangkan berapa liter banyaknya oksigen yang telah kita hirup setiap hari, bagaimana jika seluruh penduduk dunia? Bagaimana jika dijual? Subhanallah
8. Pada saat ini juga di otak anda setiap detiknya masa kira-kira 100,000 reaksi kimia yang berlainan.
9. Impuls saraf dari saraf ke saraf di dalam otak berkelajuan sampai 400km/jam
10. Jika manusia melakukan aktiviti hubungan badan, setiap pasangan jika ditukar ke dalam tenaga elektrik dapat membangkitkan tenaga tidak kurang dari 3.000 watt yang cukup untuk menyalakan televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan elektronik yang lain.
- sumber dari Buku Pintar karangan H.m. Iwan GayoSort
Subscribe to:
Posts (Atom)
mYcALeNdEr
TUAN ADALAH SAHABAT SAYA
BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN
"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"
KLIK SIARAN PILIHAN ANDA
mY pLAYLIST
&&&&&&&&&&&&&
POP Yeh Yeh
Ungu