.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Saturday, December 31, 2011

2011 Berakhirnya SSM


Hari ini 31 Disember 2011 , Sabtu merupakan hari terakhir untuk tahun 2011. Dan susulan pengumuman bajet 7 Oktober 2011 lalu , maka SSM akan digantikan dengan satu skim baru penggajian yang dinamakan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bermula 2012 hingga 2020.

Bagi kalangan bertitle DG, tiada lagi nama DG 29, DG 41 dan lainnya tetapi diganti dengan DG1-1 dan seterusnya. Berubah skim berubah nama berubah mata gajinya.

Tetapi yang penting berubah itu juga perlu berlaku kepada penerima yang empunya diri agar lebih berdaya maju dan berdaya saing untuk mendapat pulangan yang setimpal berkhidmat untuk mereka yang memerlukan.

Ya tidak lain dan tak bukan ialah anak generasi kini yang memerlukan tunjuk ajar bimbimg bantu agar menjadi generasi mithali masa depan.

Walaupun SBPA yang hadir tetapi sikap acuh tak acuh masih menebal disanubari.. hasrat memajukan pendidikan anak bangsa tak akan kesampaian.


Always be pro active

Tuesday, December 27, 2011

Pembangunan Profesional Guru



Hawley & Valli (2007) summarizes a rather large body of research and expert opinion on the effectiveness of professional development in the form of 10 “design principles.” These principles can be used to develop a comprehensive approach to professional development for teachers and administrators or to evaluate existing programs and specific practices.

They call these design principles “learner centered” for two reasons: first, because professional development should be driven by the needs of students and by what teachers need to know and be able to do to address specific learning needs of their students. Second, professional development should reflect what we know about how people learn. This means that the content and delivery of professional development should address learners’ beliefs and prior knowledge, motivation, capacity for strategic processing, individual differences, and situation or context.

Principle 1: Professional development should be based on collaborative analyses of the differences between (a) actual student performance and (b) goals and standards for student learning

Principle 2: Professional development should be primarily school based and built into the day-to-day work of teaching.

Principle 3: Professional development should involve teachers in the identification of what they need to learn and in the development of the learning experiences in which they will be involved.

Principle 4: The content should reflect the best research on the given topic (e.g., how to enhance the literacy of adolescents).

Principle 5: The content of professional development should focus on what students are to learn and how to address the different problems students may have in learning that material.

Principle 6: Professional development should provide experiential opportunities to gain an understanding of and reflect on the research and theory underlying the knowledge and skills being learned.

Principle 7: The way teacher learning is facilitated should mirror the instructional approaches they are expected to master and allow teachers to experience the consequences of newly learned capabilities.

Principle 8: Professional development should be continuous and ongoing, involving follow-up and support for further learning, including support from sources external to the school that can provide necessary resources and new perspectives.

Principle 9: Professional development should be connected to a comprehensive change process focused on specific goals for improving student learning.

Principle 10: Evaluation of professional development should incorporate multiple sources of information on (a) outcomes for students and (b) the instruction and other processes that are involved in implementing the lessons learned.

Tentu boleh ya tuan ?
Lebih-lebih lagi di zaman WiFi ini.

Monday, December 26, 2011

Melahirkan Sifat Intergriti Diri


Untuk melahirkan sifat intergriti seseorang itu mestilah mengenali diri sendiri:

> orang pertama yang harus anda kenali adalah diri anda sendiri
> orang pertama sahabat baik anda adalah diri anda sendiri
> orang pertama yang menimbulkan masalah pada anda adalah diri anda sendiri
> orang pertama yang perlu diubah adalah diri anda sendiri

Maka berubahlah untuk menjadi insan terbaik dengan penuh taqwa kepada ALLAH SWT.. Berintergritilah kita semua menjadi role model generasi akan datang, bukan dipertikaikan dengan sebut bahasa yang teruk.

Sunday, December 25, 2011

Guru Hari Ini Untuk Generasi Akan Datang

Maka berkatalah Iman Al-Ghazali

" Seseorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan anak muridnya lebih baik jangan jadi guru "



Bersama kita ikhtibarkan.

Thursday, December 22, 2011

PMR 2011 Kelantan ada peningkatan



Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,86 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya dalam sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011 di Putrajaya hari ini.

Calon yang mendapat minimum D (tidak termasuk semua A) meningkat kepada 272,966 calon (61.88 peratus) berbanding 265,388 calon (60.39 peratus) pada 2010.

Abd Ghafar berkata pencapaian calon luar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran juga meningkat kepada 6,474 calon (4.28 peratus) berbanding 5,825 calon (3.81 peratus) pada tahun lalu, iaitu peningkatan 0.46 peratus.

Begitu juga dengan pencapaian pelajar bandar yang mendapat gred A dalam semua mata pelajaran terus meningkat 0.86 peratus, daripada 24,084 pelajar (8.86 peratus) pada 2010 kepada 26,189 pelajar(9.72 peratus) tahun ini.

Calon yang mendapat semua E menunjukkan trend penurunan -0.01 peratus bagi kedua-dua kategori iaitu daripada 249 calon (2010) kepada 216 calon (2011) bagi calon bandar dan daripada 132 calon (2010) kepada 121 calon 2011) bagi calon luar bandar.

"Nilai GPN calon bandar menurun sebanyak 0.04 mata berbanding calon luar bandar sebanyak 0.03 mata. Namun pada keseluruhannya, pencapaian calon bandar adalah lebih baik daripada calon luar bandar," katanya.
_________________________________________________________
Keputusan PMR 2011 bagi Negeri Kelantan menunjukkan peningkatan yang membanggakan dan TERBAIK setakat ini. Pencapaian ini diukur berdasarkan kepada Gred Purata Negeri, pertus kecemerlangan A, Pencapaian peratus lulus minimum D semua mata pelajaran dan prestasi beberapa mata pelajaran.

ANALISIS KEPUTUSAN PMR:
Gred Purata Negeri (GPN) Tahun 2011 ialah 2.61 iaitu bersamaan dengan tahun 2010. Gred Purata Negeri telah mengatasi Gred Purata Nasional (GPN=2.71) iaitu mengatasi 0.1. Terdapat 83 sekolah menunjukkan peningkatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan GPS.
Bilangan calon yang memperoleh kecemerlangan semua A seramai 2,140 ATAU 7.37% tahun 2011 berbanding 2010 seramai 2,023 calon atau 6.76% (meningkat 0.61%)
Peningkatan pencapaian ini merupakan peratus kecemerlangan tertinggi dalam tempoh 6 tahun.
Dari segi peratus kelulusan mata pelajaran, terdapat 10 drp mata pelajaran yang ditawarkan menunjukkan peningkatan dan mengatasi peratus kelulusan mata pelajaran peringkat nasional tahun 2011.
PMR Kelantan
Peratus semua A - 7.37 (meningkat 0.61)
Peratus Lulus - 67.73 (meningkat 0.98)
Gred Purata Negeri - 2.61 (sama sengan 2010)
Gred Purata Sekolah Terbaik - 1.01 (SMSTMFP)

Gred Purata Nasional - 2.71

SENARAI 10 SEKOLAH PENCAPAIAN TERBAIK DARI SEGI GRED PURATA SEKOLAH (GPS)
SM (Sains) TG. Muhd. Faris Petra ( 1.01)
SMK Dato Perdana Bachok (1.04)
SM (Sains)Machang (1.04)
SM (Sains) Pasir Puteh (1.05)
SMK Kubang Bemban, Pasir Mas (1.11)
SMK Naim Lil-Banat, Kota Bharu (1.12)
SMK Ahmad Maher, Kota Bharu (1.12)
SMK(A) Tok Bachok (1.15)
SMK Bachok (1.17)
Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu (1.18)
_______________________________________________________
PMR Wilayah Persekutuan
Gred Purata Negeri - 2.54

PMR Terengganu
Semua A - 7.8 peratus
Gred Purata Negeri - 2.57


Tahniah buat semua.

Wednesday, December 21, 2011

"Outcome" yang amat berbaloi...itulah yang sepatutnya


Bertolak dari rumah jam 6.30 pagi untuk mendapat penerbangan yang bermotokan Every One Can Fly ke LCCT . Sepatutnya bercadang untuk ke sana jam 9 atau 10 tetapi dah penuh tempatnya. Tiba jam 9.00 pagi di LCCT dan memandailah mengadakan aktiviti menunggu masa jam 2.30 petang untuk bermesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) Bil.3/2011 di Bilik Mesyuarat Utama KPM, Aras 6, Blok E8, Putrajaya.




Antara intipati ucapan YBhg Dato Seri KPPM:
* Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) ini amat perlu diwujudkan disemua peringkat KPM, JPN, PPD dan Sekolah
* Peranan JIPS pada setiap peringkat ini tertumpu kepada Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan untuk semua warga pendidik dan lainnya yang berada dibawah bumbung KPM. Latihan dan kursus amat penting bagi meningkatkan kompetensi kendiri dalam melaksanakan tugas. Bermula dari pengurusan tertinggi hingga kumpulan pelaksanan di Bahagian, Jabatan, PPD dan Sekolah .
* Terpenting bukan peringkat tertinggi yang menghasilkan program untuk diikuti oleh bahagian lain di JPN, PPD, Daerah dan sekolah tetapi yang penting melalui analisis keperluan dengan OUTCOME tertentu barulah program itu dibuat kemudiannya.Kecualilah bagi PROGRAM atau DASAR BARU KPM.
* Kebimbingan timbul apabila peruntukan yang diberikan tak sepadan dengan apa yang diperolehi oleh peserta semasa mengikuti LDP ini.Atau dengan katalainnya matlamat / objektif LDP yang dijalankan tidak capai. Sepatutnya belanja sikit dapat ilmu banyak bukan belanja banyak tetapi dapat ilmu sikit.
* LDP merupakan medium untuk "MEMBINA KAPASITI" manusianya.Analogi TOV dan ETR dalam pemerolehan ilmu untuk menjanakan manusia pakar dalam bidang tertentu lebih difokuskan.
Ini menghasilakn pegawai pakar dalam penyeliaan dan pengurusan serta guru yang hebat dalam P & P nya.
* "Tag line" semua pegawai di Bahagian, Negeri dan Daerah adalah menjadi seorang mentor untuk "coach" guru di sekolah dalam memperkasakan P & P.
* Kursus yang dianjurkan jangan melibatkan pertindihan antara Bahagian, Negeri dan daerah iaitu jangan melaksanakan kursus yang sama.. merugikan sumber (Manpower + Material)
* Kursus Schoolbase @ PPD base amat digalakkan kerana ia tidak akan menganggu P & P guru di sekolah. Guru wajib bersama pelajar menjayakan P&P.

Beberapa tips yang perlu kepada akuran pelaksana ialah:
1. Merancang secara komprehensif untuk menterjemahkan OUTCOME nya
2. Melibatkan segala sumber (Manpower+material) -elakkan membuat kursus yang SAMA
3. Melaksanakan dengan cara terbaik
4. Menilai keberkesanan kursus


Setiap latihan atau kursus hendaklah dimulai dengan OUTCOME bukan dengan PROGRAM. Saban tahun banyak program yang diulang siar dalam kursus LDP walaupun muka yang sama mengikutinya.Bermakna yang dibuat itu tak dihayati.

Sepatutnya cerita tahun lalu dan cerita tahun ini serta cerita tahun depan jelas berbeza. Takkanlah tahun ini buat kursus pengurusan panita, tahun depan buat pulak, walhal pesertanya dari muka yang sama.

Sekiranya ada kursus yang dibuat secara pakej, jangan hanya bilik penginapan Q, makan minum Q tetapi ilmu yang diperolehi juga Q.

Zaman kini ialah zaman peperangan idea.

Jumpa urusetia yang merupakan anak murid SMK Kamil kini di BPG. Balik anak murid SMK Mulong yang jemput dan hantar ke Stesyen Putrajaya untuk ke LCCT . Anak murid yang berjurus.

Sunday, December 18, 2011

Dunia Ku


Tiada siapa antara kita yang tak sukakan indah cantik
Dalam rumah indah
Luar rumah cantik
Kerana sememangnya dunia ini indah
Bertafakur sejenak akan hebatnya kejadian ini akan membawa kita kepada akhirnya siapa penciptanya?

Dan akan bertambah cantik indah ialah kita sendiri yang cantik diluar dan indah di dalam.

Sujud syukur kepada NYA.

Wednesday, December 14, 2011

Sukar ke untuk dapatkan data yang tepat dan cepat?


Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa data yang tepat itu amat perlu kerana kepentingannya menguntungkan pihak yang berkenaan. Tanpa data yang tepat segala perancangan tidak akan menepati target yang ditetapkan. Malah merugikan disegi tenaga dan material. Maka tidak wajar seseorang mengumpul data seterusnya menganalisisnya tanpa memberi sebarang faedah jangka pendek maupun jangka panjang.

Data yang tidak tepat berpunca dari data yang diagak-agak tanpa merujuk sumber atau data dimunipulasikan sendiri demi menyelesaikan masalah semasa tanpa memikirkan kesannya untuk masa depan.Jangkaan untuk masa depan amat bersandar kepada data semasa yang tepat.

Untuk mendapatkan data yang tepat maka seseorang yang boleh dipercayai amat diperlukan. Intergriti amanahnya membuatkan orang ini sentiasa menyoal akan keabsahan data yang dikumpulkan olehnya.Tindakikut yang sepatutnya amat diperlukan.

Maka sewajarnya kita semua yang terlibat dalam mendapat mengumpul menganalisis data ini adalah sesorang yang berintergriti tinggi, bukan hanya sekadar melepas bantuk ditangga sahaja.

Bolek ke?.. dapatkan data yang tepat malah cepat!!!!
BOLEH SEKIRANYA KITA NAK BUAT

Monday, December 12, 2011

Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum SPA


Kini semua warga SPA Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan berada di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu mengikuti Kursus Pemantapan Pengurusan Kurikulum selama 4 hari 3 malam bermula pada hari Ahad, 11 Disember 2011.

Objektif utama ialah menilai kembali kerja buat dan status pencapaian kuat-lemah berasaskan apa yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011 beserta apa yang sepatutnya dilakukan pada tahun 2012 nanti. Segala isu yang ditimbulkan akan menjadi titik tolak pelaksanaan tahun berikutnya.

Sebagaimana biasa perkara yang difokuskan adalah
1. Aspek Pengurusan Kurikulum
2. Aspek Pengajaran dan Pembelajaran
3. Aspek Dasar KPM
4. Aspek Bidang Keberhasilan Utama Negera ( NKRA)
5. Aspek Kecemerlangan Akademik

Dalam perkara Dasar KPM perkara melibatkan Trnsformasi Kurikulum meliputi MBMMBI dan KSSR diberikan keutamaan manakala dalam aspek NKRA lebih bertumpu kepada Prasekolah, LINUS, Sekolah Berprestasi Tinggu dan Bai'ah (terkandung jelas dalam SIP), Pendidikan Teknik Vokasional disamping inisiatif program khas termasuk PROTIM,KRK,I-Think dan sebagainya yang dicetuskan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berkaitan di KPM.

Pada hari ketiga, penilaian balik ke atas Buku Perancangan Strategik, Sektor Pengurusan Akademik dibuat dengan memasukkan perkara baru serta refleksi balik kepada capaian sebelumnya. Perbincangan dalam 4 kumpulan begitu menyeronokkan kerana ada idea terkini lagi bernas dicetuskan sebelum diambil untuk penambahbaikan.Aktiviti dipermudahkan dengan bahan perancangan strategik SPA yang dibuat pada tahun 2011 dibekalkan dalam bentuk softcopy dan hardcopy.

Pembentangan dibuat pada sebelah petangnya dan esoknya, sesi Pembentukan JK Induk dan JK Pelaksana serta JK Data Pengurusaan Akademik (Data Dasar, Data pemantauan, Data Hasil, Data Berkala) rumusan dan penutup.

Antara JK yang dibincangkan:
* MBMMBI
* KSSR
* KSSM
* Perancangan Strategik
* Pengurusan Data
* Dokumentasi dan Bilik Sumber
* Perancangan Latihan dan kewangan

Disegi takwim perkara berikut di beri penekanan:
* Mesyuarat Kurikulum Negeri
* Mesyuarat Akademik JPN
* Mesyuarat Akademik JPN-PPD
* Mesyuarat Unit - (mengikut ketetapan unit masing-masing)

Begitu banyak analogi yang digunakan sebagai motivasi dikalangan kita semua, anataranya:

" Biar yang dikejar dapat, tetapi yang dikendung jangan tercicir"

" Fenomena Smart Phone dengan Gigi Palsu.. walaupun semahal mana gigi palsu , jika berada di luar pemakainya, orang tak akan mengambilnya tetapi bagi smart phone , pantang leka, nanti dikebas orang"

Begitulah sepatutnya apa yang kita hasilkan sentiasa orang berminat dan mengikutinya.
Terima kasih kepada semua pegawai dan juga Kumpulan Pelaksana Kurikulum yang hadir menjayakan kursus ini.

Banyak manfaatnya.

( Sepanjang berada di sini , hujan memanjang di musimnya, cuma hari selasa petang dan rabu, cuaca agak ok )

Saturday, December 10, 2011

Gerhana Bulan Penuh.. Kehebatan ALLAH SWT

Hari ini akan berlaku lagi untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10.12.2011 pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.


Simulasi Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Yang pastinya saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan ALLAH Yang Maha Esa dengan izinNYA memberi cuaca yang baik kerana sejak pagi tadi mendung memanjang dan kekadang hujan. Disamping itu kita sebagai umat islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh seperti yang dijangka.

Umat islam juga digalakan mengerjakan ibadat tersebut berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.


Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :

Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Harian-Metro-Online

(The Earth casts its shadow across the moon's surface during the lunar eclipse in Tokyo Saturday, Dec. 10, 2011. (AP Photo/Koji Sasahara)

Dan ini adalah fenomena berkenaan yang berlau pada 16 Jun 2011.



Bersama kita renungkan kerana kita semua adalah yang dijadikan.

Friday, December 9, 2011

Learn English Easily



I would like to share a new method to learn English, listen to English and read English…. do not translate.

1. Never Study A Single English Word
That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

2. Never Study Grammar
Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

4. Slow, Deep Learning Is Best
Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

5. Use Point Of View Mini-Stories
You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

6. Only Use Real English Lessons & Materials
How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

Source:
MBMMBI Says:
April 26th, 2010 at 1:38 am

Wednesday, December 7, 2011

English Skills-Effective Public Speaking 2011


Mula bertolak dari LCCT jam 8.50 malam, kini tiba dirumah jam 10.30 malam setelah berada di Putrajaya Shangri-La Hotel, Taman Putra Perdana , Presint 1, Putrajaya menghadiri Kursus Profesional English Skills-Effective Public Speaking Bagi Latihan Pegawai Kanan, Eksekutif Pelapis Dan Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia. ( Bertolak dari rumah jam 4.30 pagi ke airport Kota Bharu dan setelah tiba di KLIA terus mengambil teksi ke sana). Kursus ini bermula jam 8.00 telah dihadiri oleh semua tokoh-tokoh pendidikan di Kementerian dan Jabatan. Jika tanpa pengarah, setiap jabatan yang terlibat diwakili oleh pegawai kanannya masing-masing.

Pendaftar iaitu pegawai Urusetia BPG telah menepatkan saya dalam kumpulan 1 yang terdiri dari seramai 14 orang pegawai dengan dikendalikan oleh Juruluatih British Council, iaitu Miss Lina Marji.
Peserta Kumpulan 1 sedang mengikuti kursus

Pengisian kursus DAY Effective Public Speaking selain dari Course Aims dan Core Competencies,terdiri dari:

1.Introduction and Overview
Getting to know You,
Getting Started,
Strengths and weaknesses,
The diffrences between a speech and presentation,
Types of Public Speaking

2.Taking Conrol of your Materials
Step 1: Know your objectives
Step 2: Know your Audience
Step 3: Brainstorm your ideas
Step 4: Plan the content - Opening and Closing
Humor and stories
Structure and Organisation
Style

3.Taking Control of Yourself
Symptons of fear
Body Language
Vocal techniques
Using Key Word Notes

4.Final Practice Activity-Putting it all together
Action planning

Kursus ini tamat jam 5.00 petang dengan sesi pembahagian cebderamata kepada 3 Ju yang terlibat. ( Terdapat 3 kumpulan )

Antara peserta dalam kumpulan 1 ialah:
Pengarah BBT, Pengarah BPSH, Pengarah BPK,Pengarah BTP, Pengarah Selangor, Pengarah Wilayah Putrajaya, Timbalan Pegarah atau wakilnya yang merupakan pegawai kanan jabatan negeri masing-masing. Juga Dr. Sharifah Bee, kini Timbalan P.Pinang.

Juga sempat bertegur sapa dengan Pengarah EPRD, Pn. Dr. Faridah, Dr. Wan Alias (sepupu- dulu di LP kini di BPG), En. Hasidin, kini Timbalan Pengarah Johor, Dr. Muhd Taib, Timbalan Melaka.

Semasa rehat jam 1.00 thg, di restoran hotel, tak jangka dapat jumpa rakan lama yang kini berkhidmat di BTN jabatan Perdana Meneri di Putrajaya iaitu YM Raja Arif (Pengarah BTN Terengganu) dan Dato Shahlan Ismail.

Majlis Penutup

Majlis Penutup dengan cenderahati kepada 3 Jurulatih British Council oleh YABrs. Dr Khair selaku Timbalan KPPM yang juga turut menjadi peserta dalam program ini.


Berkesempatan bergambar dengan Miss Lina Marji Jurulatih Kumpulan 1

Balik ke hentian Putrajaya dengan menaiki kenderaan JPN Terengganu di mana YM Tengku Muhamad (kini KS Jaminan Kualiti) telah mewakili Pengarah Pelajaran Terengganu mengikuti kursus tersebut.

Begitu banyak manfaatnya.. selain mendapat ilmu dapat berjumpa mesra kepimpinan KPM dan sahabat lama.

Kerana semua ini adalah dengan izin ALLAH SWT.

Sunday, December 4, 2011

Kursus KSSR dan PBS Buat Tuan Guru Besar


Hari ini sempat bersama dengan 2 kumpulan Guru Besar yang kini mengikuti kursus KSSR dan PBS di Demong Beach Resort dan Bukit Keluang Beach Resort, kedua-duanya di Besut Terengganu. Bertolak jam 12.00 tengah hari dari JPN , tiba jam 2.30 petang di DBR bersama dengan Tuan PPD Kota Bharu bagi sesi perasmian di mana transformasi kurikulum merupakan 'touch point'nya. Peserta adalah dari kalangan GB dari PPD Kota Bharu 1 dan PPD Jeli.

Setelah selesai, bertolak ke BKBR dimana sesi KSSR DST dan Matematik dibentangkan buat GB dari PPD Pasir Puteh dan PPD Pasir Mas. Dipenghujung sesi hampir jam 5.15 petang telah diberi peluang untuk bercakap kepada semua sidang hadirin. Mengambil kesempatan menyampaikan ucapan tahniah kepada semua kepimpinan sekolah,orang nombor satu sekolah yang telah bersama melonjak kecemerlangan UPSR 2011 buat Negeri Kelantan yang kini mendapat kepujian dari pihak KPM.

Bertolak balik ke rumah jam 6.00 petang kerana amat perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang berkaitan dengan penyediaan laporan untuk dipanjangkan ke KPM. Ucaputama untuk kumpulan BKBR akan disampaikan oleh YBrs. Ketua Sektor Pengurusan Akademik malam ini.

" Sekiranya komitmen dan keprihatinan semua GB dapat menterjemahkan kecemerlangan UPSR buat Negeri Kelantan maka tidak ada sebab kehendak dan hasrat KSSR tidak dapat diterjemahkan "

{Setiap kumpulan mengikuti kursus ini selama 2 hari satu malam}


The KSSR will replace the existing primary school integrated curriculum (KBSR), which was first introduced in 1983, and reviewed in 2003.
What does this all mean?

pupil centered
fun and interactive
less-exam orientation
project and activity based
creativity and innovation
communication
ICT literacy
holistic
critical thinking and reasoning skills
independant learning

"The new curriculum is based on six key areas — communication, spiritual attitude and values, humanitarianism, literacy in science and technology, physical and personal development — to produce holistic individuals."

KSSR aims to strengthen the command of Bahasa Malaysia and English among primary school pupils


Tahniah buat semua yang terlibat menjayakan kursus ini.. semakin bersuluh kefahaman mengenainya.

Saturday, December 3, 2011

Nilai Minimum +0.50 % , +3.00 % , -0.02% Mencabar

Kini dah berada di rumah setelah bersama di Putrajaya selama dua hari bermula hari Khamis 1/12/2011 dan berakhir, Jumaat 2/2/2011. Bertolak dari airport Kota Bharu, jam 6.50 pagi dan tiba di KLIA jam 8.00 pagi dan seterusnya di Putrajaya tepat jam 9.00 pagi dimana mesyuarat kurikulum dan akademik SPA bersama BPSH bermula. Mesyuarat dipengerusikan sendiri oleh YBhg. Dato Haji Mazlan, pengarahnya.

Perkara yang dibincangkan ialah analisis UPSR 2011 yang baru diumumkan menjelang cuti sesi akhir tahun 2011. Antara ucapan beliau ialah memberi tahniah kepada semua negeri kerana menunjukkan peningkatan baik dalam ujian tersebut. Setinggi tahniah kepada negeri keseluruhan terbaik iaitu negeri Kelantan.

Program intervensi yang dilaksanakan oleh JPN Kelantan bersama PPD dengan respons yang amat baik dari kepimpinan sekolah di negeri ini memberi impak berganda dalam mencapai target yang telah ditetapkan sebelum ini.

Negeri Kelantan, tambah beliau, telah menunjukkan prestasi terbaik untuk kecemerlangan A, keseluruhan ABC, Gred Purata Negeri disamping semua capaian mata pelajaran bagi Sekolah Kebangsaan meningkat, SJKC dan SJKT ada sedikit YOYO nya.

Majlis seterusnya dipengerusikan oleh YBrs. Dr, Rodiah memberi fokus kepada set target kebangsaan dan negeri untuk UPSR 2012 yang akan menjelang nanti.Keputusan majoriti kalangan ahli mesyuarat yang terdiri dari KSPA @ wakilnya mengambil ketetapan agar nilai minimum yang perlu dicapai untuk UPSR 2012 adalah:

Kecemerlangan A : + 0.50 %
Kelulusan ABC : +3.00 %
Gred Purata Kebangsaan / Negeri : - 0.02 %

demikian jugalah nilai minimum setiap mata pelajaran berdasarkan angka keramat twersebut.

Hari kedua mesyuarat , iaitu Jumaat bermula jam 9.00 pagi setelah malamnya berehat di Lotus Hotel Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ( Mengikut cadangan En. Zulkepli, KPP Sains Kedah yang juga menginap di sana).

Fokus mesyuarat lebih kepada Memperkasakan SK di mana Kelantan telah diminta untuk berkongsi kejayaan dengan program intervensi yabng agak berimpak tinggi sehingga meletakkan Kelantan dtempat tersebut. Pihak BPSH memohon agar memaklumkan kepada ahli majlis tentang e-Cakna dan aplikasi HC di negeri ini.

Majlis tamat jam 12.45 tengah hari dan selepas itu 'mengisi masa' sendiri sebelum ke LCCT untuk mendapat penerbangan balik ke Kota Bharu. Berkebetulan bertemu dengan YBrs. Tuan Hj. Zainal Dirin, Timbalan Pengarah BPK yang balik bercuti ke Alor Star. Isu LINUS bagi Gua Musang hangat diperbincangkan.

Berlepas jam 9.00 malam bersama sahabat JPN dan PPD yang baru balik dari Langkawi setelah selesai bermwsyuarat dengan Unit NKRA Akademik mengenai SISc.

Maka itulah yang menjadi cabaran kini untuk merealisasikan peningkatan kecemerlangan di negeri ini. Sesungguhnya tanpa komitmen yang tinggi dari semua pihak, sukar untuk kita jayakan... terjemahkan X-Plus nescaya akan dapat hasilnya.

Catatan :
Cuaca di KL dan sekitarnya mendung, petang hujan lebat, hari Jumaat, Kajang ditenggelami banjir kilat di mana hampir 200 kereta tak dapat diselamtkan.

Friday, December 2, 2011

Tidur Beramal

Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA:

“ya Aishah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
1. Sebelum khatam Al-qur’an
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir
3. sebelum para muslim meridhai kamu
4. sebelum kau melaksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah:
“Ya rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika?”

Rasul tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau tidur bacalah Al-ikhlas 3x seakan-akan kau menghatamkan Al- qur’an.”

2. “membaca selawat untuk ku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafa’at di hari kiamat”.

3. “Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meridhai kamu.” Astagfirullahalazim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyum wa atuubu ilaih (3x)

4. Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah”. Subhanallahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallahu allahu akbar (3x)

Wallahualam

Tuesday, November 29, 2011

Tahniah Buat Sahabat Guru Sains

Khusus buat guru sains yang sentiasa cakna dengan kecemerlangan dan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar, sekalung tahniah untuk tuan di atas pencapaian UPSR Sains Negeri Kelantan tahun 2011.

Bagi keseluruhan negeri

Bilangan Calon - 34499
Bilangan hadir - 34168
Bilangan A- 11364 ( 33.30%)
Bilangan B-13590 (39.80%)
Bilangan C-6754 (19.80%)
LULUS (ABC)-31708 (92.80%)

Bilangan D-1394 (4.10%)
Bilangan E-1066 (3.10%)
GAGAL (DE)- 2460 (7.20%)

GPMP - 2.04 %

Jika mengikut aliran:
Sekolah Kebangsaan (SK)

Bilangan Calon - 33512
Bilangan hadir - 33183
Bilangan A- 11108 ( 33.50%)
Bilangan B- 13197 (39.80%)
Bilangan C- 6558 (19.80%)
LULUS (ABC)-30863 (93.01%)

Bilangan D-1324 (4.00%)
Bilangan E-996 (3.00%)
GAGAL (DE)- 2320 (6.99%)

GPMP - 2.03 %

Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SKJC)
Bilangan Calon - 981
Bilangan hadir - 979
Bilangan A- 256 ( 26.10%)
Bilangan B- 391 (39.90%)
Bilangan C- 192 (19.60%)
LULUS (ABC)- 839 (85.70%)

Bilangan D- 70 (7.20%)
Bilangan E- 70 (7.20%)
GAGAL (DE)- 140 (14.30%)

GPMP - 2.29 %

Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT)
Bilangan Calon - 6
Bilangan hadir - 6
Bilangan A- 0 ( 0.00%)
Bilangan B- 2 (33.33%)
Bilangan C- 4 (66.66%)
LULUS (ABC)- 6 (100.00%)

Bilangan D- 0 (0.00%)
Bilangan E- 0 (0.00%)
GAGAL (DE)- 0 (0.00%)

GPMP - 2.67 %


Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya...semestinya sagu yang berkualiti.
TANHIAH TUAN

Sunday, November 27, 2011

Tahun Baru Hijrah 1433


Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (AlBaqarah; Ayat:218)

Maal Hijrah bermakna bersama berhijrah, tetapi ke mana ?

Walaupun tak sama darjat
Walaupun tak sama rupa
Walaupun tak sama keturunan
Walaupun tak sama warna kulit
Walaupun tak sama besar
Walaupun tak sama tinggi
Walaupun tak sama kaya
Walaupun tak sama cantik
Walaupun tak sama handsome
Walaupun tak sama jenama


Tetapi bagi ALLAH yang mencipta segala apa yang ada di alam ini dengan manusia maupun jin adalah sama kecuali status taqwa kepada NYA.

Maka marilah kita menuju distinasi yang penuh redha NYA.

Saturday, November 26, 2011

Jam 6.53 petang Sabtu .. Azan Maghrib bermulalah Tahun Baru Hijrah 1433

Semoga semua amalan kita di terima dan semua dosa di ampunkan oleh-Nya. Dan semoga kita menjadi insan lebih mulia, lebih bertakwa dan berhijah menjadi lebih baik dari sebelum ini. Amin…

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Semoga ALLAH menghindari hamba mu ini melakukan ulang dosa lepas dan semoga ALLAH meredhai laku buat kerja mendatang.. Amin

Friday, November 25, 2011

Apabila Allah SWT memanggil saya



Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam barubaru ini, dan Islamlah yg mendamaikan hidup dan batin kata nya.

"Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya," tambahnya lagi. Sebagaimana yg dilapurkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayah nya antara orang yg paling sabar dan gembira dengan keputusan yg dibuat nya. Beliau juga berkata “dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, "Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat," kata nya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. "Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam," tegasnya. Alhamdulillah.

< Dia baru dapat tetapi kita dah lama dapat.. kita bimbing dia lebih menjadi taqwa dari kita >

Thursday, November 24, 2011

Terima Kasih PM - Kini Negeriku Selamat dan Tenteram


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.

Proklamasi darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu itu adalah:

1. Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak.

2. Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan.

3. Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan.

Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu.

Sementara itu, Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 Sept 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.

Perdana Menteri semasa membentangkan usul itu berkata langkah memansuhkan proklamasi-proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.

Undang-undang yang masih berkuatkuasa selepas diperkenalkan lebih 40 tahun itu membolehkan polis menggunakan kuasa-kuasa khas yang diperuntukkan dalam Ordina Darurat bagi menangkap dan menahan orang ramai tanpa perlu dibicarakan.

Najib pada malam 15 September lalu sempena perutusan Hari Malaysia, mengumumkan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 yang dianggap tidak lagi relevan hari ini.

Katanya, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Usul itu diluluskan pada 4 petang apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyaksikan lebih suara menyokong.

< Kita hidup perlu aman di dunia dan di akhirat >

Wednesday, November 23, 2011

Bertemu Senior


Hari ini, jam 8.00 pagi setelah selesai tugasan dipejabat, berpayung bejalan kaki ke Kelantan Trade Center, Kota Bharu bagi menghadiri majlis bersama YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan rasmi sehari ke bumi Kelantan.

Setelah tiba, dengan izin ALLAH SWT berjumpa dengan senior sewaktu menuntut di SM Sains Kelantan ( kini SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra). Ketika itu semasa tingkatan empat, beliau di tingkatan lima. Beliau kini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Rancak berinteraksi dengan kisah dan kenalan semasa bersama menuntut di sana. Itulah YBhg. Dato Dr. Rosli Mohamed, masih dengan mudah mesra ramah bicara.

Berkebetulan juga muncul YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan bersama berbicara. Sempat beliau memaklumkan TAHNIAH, TAHNIAH WAN.
(Terima kasih Tuan Pengarah)

Program di KTC ini yang dipenuhi dengan limpahan hadirin untuk mendengar pidato dari orang nombor dua kepimpinan Kerajaan Malaysia berakhir jam 11.00 pagi.

Syukur Alhamdullilah dapat bertemu beliau, antara mereka yang hebat.

Tuesday, November 22, 2011

Meredah air dijalanan

Pagi ini mulai jam 7.30 bertolak ke PPD Pasir Puteh, 40 km dari rumah. Hujan masih turun sekejap-sekejap. Renyai dan kekadang lebat. Memandu rilek dan tiba di PPD jam 8.20 pagi. Bermula mesyuarat jam 9.00 pagi kerana menunggu korum dari pegawai LINUS dan FasiLinus Daerah negeri Kelantan.

Mempengerusikan mesyuarat dengan ucapan pembukaan 'terima kasih' kerana penglibatan mempamerkan kelantan dalam UPSR 2011 dengan GPN -2.09. Peratus A-15.45 dan Peratus ABC (LULUS) - 73.58. Katanya terbaik di Malaysia kecuali Peratus A. Seterusnya membicarakan pelaporan Saringan 6 Kohort 1 (Tahun 2)dan Saringan 3 Kohort 2 (tahun 1) di mana hasil negerinya ialah:

Keputusan Saringan 6 : Target = 97%
1. LITERASI : 95.86% ( - 1.14% )
2. NUMERASI : 97.42% ( + 0.42% )

Keputusan Saringan 3 : Target = 90%
1. LITERASI : 87.02% ( - 2.98% )
2. NUMERASI : 92.84% ( + 2.84% )

Disamping itu juga disertkan pelaporan dari 4 PPD yang sempat mengenai isu dan program intervensi bagi mengurangkan kategori TEGAR.

Mesyuarat berakhir jam 2.15 petang di kala hujan tetap mencurah. Bertolak balik jam 3.00 petang tetapi amat perlahan perjalanan kerana lebat hujan dan air dah melintas jalan utama ke Kota Bharu. Depan Taman Sri Aman, kereta dah bersusun atur ditepi jalan dan yang memandu meredah air yang masih boleh dilalui oleh kenderaan kecil. Cuba memberanikan memandu meredah air kerana tercabar oleh sang kancil dan sang viva yang bergerak lancar dalam air. Tetapi ada yang dah padam injinnya terpaksa ditolak.

Ada beberapa tempat lagi air agak dalam hampir 1 kaki iaitu di padang Pak Amat, Depan Sekolah Padang Pak Amat, Padang sebelumSMK Pak Badol, Depan SJK Padang Kala. Depan SK Peringat, Depan SK Long Ghafar dan Pauh Butut sebelum tiba di rumah. Alhamdulliah perjalanan meredah air ini selamat.

Ada kebaikan meredah air ini iaitu kereta bahagian bawahnya cuci bersih kerana sebelum ini jarang-jarang kena cuci.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN MESYUARAT INI- mencapai hasrat KPI(NKRA-LINUS)

Petikan Bernama

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam. Ini berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, .

Dua daerah di negeri itu yang kini dilanda banjir adalah Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata, di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.

"Di Kota Bharu, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran.

Sunday, November 20, 2011

Hujan dah mula menyirami


Bermula petang ini sekitar jam 3.00, hujan dah mulai turun mencurah air dari awam yang mengandungnya. Tanpa henti dengan renyai dan lebat bersilih ganti.Mengikut apa yang diramalkan oleh Jabatan Jabatan Meteorologi, angin dan laut mula bergolora di laut Cina Selatan mulai hari isnin ini.

Agak berbahaya kepada perahu kecil. Berdasarkan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi. hujan turun amat lebat ketika ini berbanding tahun lepas dan kemungkinan besar 40 peratus melebihi tahun lepas.

Ramalan Jabatan Meteorologi, antara 25 hingga 28 November ini air di sungai-sungai di mana-mana tempat dijangka tinggi.Tapi itu hanyalah ramalan berdasarkan data emperikal yang dicatatkan oleh aparatus moden sains. Korelasinya banyaklah kandungan hujan maka banyaklah air yang akan dicurahkan. Tetapi kita manusia wajib akur bahawa hujan ini diturunkan oleh Malaikat Mikail yang sentiasa menurut apa yang diperintahkan oleh ALLAH SWT.

Malam tadi hujan turun tanpa henti. Kadang-kadang berkumandang guruh dilangit lepas. Yang enak didengar ialah alunan sahutan sang kodok. Meriahnya suasana persekitaran rumah semacam sebuah orkestra philharmonic.Owng…. owng…. bersahutan.Kenapa katak berbunyi? Betul ke nak panggil hujan atau diri dah kesejukan atau dah lemas ditenggelami air ?

Betul ke penyataan ini
"Katak bernafas melalui paru-paru walaupun katak juga boleh bernafas melalui kulit. Pada musim hujan, kelembapan udara sangat tinggi , jadi katak sukar bernafas. Oleh sebab itu katak akan menggelembungkan lehernya untuk menyedut lebih banyak udara. Proses menggelembung dan mengerutkan leher akan mengeluarkan bunyi".

Sekiranya hujan berlarutan, banjir @ bah akan berlaku. Tanah digenangi air. Sekira tohor ok lah tetapi jika dalam terpaksalah mengambil langkah sewajarnya untuk keselamatan nyawa dan harta benda. Sematelahan buat anak pelajar yang kini menghadapi peperiksaan SPM dan STPM. Kelicinan dan keselesaan amat diperlukan. Sekiranya banjir akurkanlah arahan demi keselamatan.

Terkini Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.

SEBELUM BANJIR - SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.

SEMASA BANJIR - SEMASA PEMINDAHAN
• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.


SEMASA BANJIR - DI DALAM KENDERAAN
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH
• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR - DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN
• Pakai kasut.
• Periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
• Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang merbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah anda.
• Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR - PERIKSA ANCAMAN BAHAYA
• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
• Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
• Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
• Periksa bahan-bahan yang mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
• Buang bahan-bahan makanan yang terendam yang terkena banjir termasuklah makanan dalam tin.
• Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
• Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.

Cuma janganlah bermain air banjir, banyak bahayanya. Selain kotaran ada juga hidupan lain seperti lintah. Jika diluar tubuh tak mengapa, tetapi jika dah masuk ke dalam tubuh boleh mengancamkan nyawa. Oleh itu awas bagi gologan wanita. Mengikut statistik yang di keluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan,pada musim banjir tahun 2010 seramai 13 orang pelajar telah dimasuki lintah dalam kemaluannya dan seorang telah meninggal dunia.

Hujan menyejukkan suasana, menyegarkan kehidupan makluk, tetapi banjir banyak yang tak elok.Maka marilah kita bersama bermunajat kepada ALLAH SWT agar musibah ini dijauhi dari kita semua. Doa orang yang ikhlas itu amat mustajab. Semoga malaikat Mikail terus menurun rezeki dan menurunkan hujan demi sejahteranya hidup ini.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
SEDIKIT INFO TENTANG LINTAH
INI BUKAN LINTAH DARAT..
Apabila disebut lintah, perasaan geli, takut dan gerun antara persepsi yang membayangi fikiran, khususnya wanita yang sememangnya alergi terhadap haiwan itu.

Bentuk tubuh sedikit berbulu, licin dan liat, malah dikenali sebagai penghisap darah cukup untuk menimbulkan mimik muka berkerut, apatah lagi jika diminta memegang atau bermesra dengannya.

Bagi yang biasa atau bermain dengan haiwan daripada kelompok Filum Annelida atau cacing itu, lintah boleh dikatakan sejenis haiwan unik.

Jika satu ketika dulu lintah hanya menghuni sawah padi, kini lebih 300 jenis atau spesies lintah dari seluruh dunia dicari, malah ramai menternaknya untuk tujuan komersiol.

Kelebihan yang ada pada lintah menjadikan haiwan itu sasaran dan perhatian ramai. Bukan hanya berupaya merawat sakit kepala (migrain), resdung atau kudis, tetapi juga pesakit kanser payu dara, sakit pinggang, senggugut, gout, strok, kencing manis dan darah tinggi.

Menyedari khasiatnya, lintah hari ini digunakan dalam bidang perubatan, termasuk untuk proses pembekaman. Melalui cara itu darah kotor atau yang tidak diperlukan dalam badan boleh dibuang tanpa rasa sakit dan menyusahkan.

Sama ada kepala, leher, badan atau kaki, lintah boleh diletakkan di mana saja untuk mengeluarkan darah kotor sambil seseorang itu melakukan pelbagai kerja sementara lintah menjalankan tugasnya.

Percaya atau tidak, melalui proses itu, daripada bersaiz sebatang rokok, lintah boleh membesar dan bertukar saiz sehingga tiga kali ganda atau mencecah 20 sentimeter dengan kandungan darah kotor.


Lintah ini ada juga baiknya ya

Tak Menirulah Kalau Duduk Macam Ni


Untuk mencegah pelajar dari meniru dalam peperiksaan, sebuah sekolah di Wuhan, Wilayah Hubei, China ini telah mengadakan peperiksaan di luar kelas

Saturday, November 19, 2011

Kelebihan Berzikir Dari Sudut Sains


Otak sebenarnya ialah satu himpunan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi secara sempurna.

Ketika otak berfungsi, berlaku perubahan kimia di dalamnya yang melibatkan pergerakan ion-ion atau atom-atom yang membawa cas. Setiap hari empat belas juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan enam belas juta saraf tubuh yang lain.

Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. Ukuran isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti elektrik yang dapat dikenal pasti melalui kaedah electroencephalography (EEG).

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah S.W.T seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat daripada perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedangkan sebelum berzikir otak tidak sebegini. Otak yang segar dan cerdas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang kali, aktiviti saraf otak merebak ke kawasan-kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Jika ia mengaitkan tentang kecerdasan otak, maka betullah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Orang yang berzikir kepada Allah S.W.T ditengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah pepohonan yang hijau ditengah-tengah pepohonan yang kering.”

Oleh itu saudara-saudaraku seislam, ketika saintis barat baru menemui mukjizat ini, kita sudahpun lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang rendah kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Friday, November 18, 2011

Manfaatkanlah Wang Batuan RM100



Mulai minggu ini sehinggalah 28 November 2011, semua pelajar sekolah dari tahun 1 2011 sehinggalah pelajar tingkatan empat akan menerima Wang Bantuan Persekolahan sebagaimana ucapan bajet YAB Perdana Menteri Malaysia pada 7 Oktober 2011 lepas.

Peruntukan ini akan disampaikan terus kepada pelajar melalui ibu bapa masing-masing yang akan hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah berkenaan.Penyerahan akan dibuat oleh tokoh utama masyarakat setempat berdasarkan surat arahan yang di keluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Rosli Mohamed.

Surat makluman tambahan mengenai penyerahan bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada murid’

Mesyuarat susulan Jemaah Menteri Bil. 11/2011 pada 28 Oktober 2011 memutuskan supaya pimpinan wakil-wakil rakyat, termasuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau ‘wakil rakyat yang terpilih’ dari Kerajaan Persekutuan hadir menyampaikan bantuan tersebut kepada ibu bapa murid,”

Cuma satu harapan agar RM100 ini adalah hak pelajar untuk digunakan bagi menyediakan keperluan persekolahan untuk sesi 2012 nanti. RM 100 untuk uniform baru, kasut stokin serta alat tulis bukan untuk kegunaan khas ibu dan bapa. Berilah peluang kepada mereka untuk meghadapi sesi baru dengan wajah baru dan tekad baru. Semoga tiada lagi yang hadir berbaju lama berkasut robek berstokin carit tanpa alat tulis.Sayangilah mereka kerana mereka adalah pengganti kita semua nanti. Menjadi orang berinsaniah hebat berfikiran jauh.

Buat yang dah di sekolah menengah tu, jangelah tukar handphone baru ye !

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011 TERBAIK



UPSR terbaik tempoh 4 tahun

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Nov. - Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada 485,160 pelajar yang menduduki peperiksaan, seramai 46,012 calon mencatat keputusan cemerlang mendapat semua A.

Menurutnya, jumlah tersebut mencatat penurunan berbanding tahun lepas iaitu 48,327 calon.

Kata beliau, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C (tidak termasuk semua A) bagi semua mata pelajaran yang telah diduduki meningkat daripada 54.38 peratus pada tahun 2010 kepada 55.4 peratus tahun ini iaitu peningkatan sebanyak 1.07 peratus.

"Namun, pencapaian calon cemerlang semua A telah menurun sedikit (0.54 peratus) iaitu daripada 10.02 peratus pada tahun lalu kepada 9.48 peratus tahun ini.

"Peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum semua D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan sebanyak 0.51 peratus iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abd. Ghafar, sejumlah 497,691 murid mendaftar sebagai calon UPSR yang merangkumi 489,101 (98.3 peratus) calon sekolah Kementerian Pelajaran dan 8,590 (1.7 peratus) calon sekolah swasta.

Kata beliau, pencapaian calon cemerlang bandar dan luar bandar pada tahun ini masing-masing mengalami penurunan sebanyak 0.37 peratus dan 0.72 peratus.

Bagaimanapun, peratusan calon yang mendapat pencapaian baik di bandar dan luar bandar, masing-masing meningkat sebanyak 0.49 peratus dan 1.70 peratus.

Ini bermakna, katanya, peningkatan pencapaian baik bagi calon luar bandar adalah lebih tinggi berbanding calon bandar iaitu 1.21 peratus.

Abd. Ghafar berkata, pada tahun ini, peratusan calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap penguasaan minimum telah berjaya dikurangkan terutamanya di luar bandar dengan pengurangan sebanyak 0.68 peratus berbanding di bandar sebanyak 0.38 peratus.

Penurunan peratusan ini menunjukkan bahawa peningkatan tahap penguasaan minimum calon di luar bandar adalah lebih baik berbanding calon di bandar.

"Peningkatan pencapaian calon secara keseluruhan dapat juga dilihat melalui nilai GPN yang mengurang iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.02 bagi luar bandar. Jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar dirapatkan sebanyak 0.01," katanya.

Bagi pencapaian calon berkeperluan khas pada tahun ini, seramai 59 orang dengan calon yang mendapat pencapaian cemerlang meningkat sebanyak 0.34 peratus iaitu pertambahan seramai lima orang.

Sejumlah 17 calon yang mendapat pencapaian cemerlang terdiri daripada enam calon rabun, seorang pekak, seorang spastik dan sembilan lagi lain-lain kecacatan.

Analisis pretasi Gred Purata Mata Pelajaran Sains Kebangsaan adalah:

Tahun 2011 ( 2010)
Calon: 484844 (481964)
% A : 24.3 (26.3)
% B : 39.2 (37.0)
% C : 24.3 (25.3)
% ABC: 87.8 (88.6)
% D : 6.5 (5.7)
% E : 5.5 (5.7)
GPMP SAINS: 2.30 (2.27)
GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31)

Bagaimana UPSR Sains negeri kita?

Tahun 2011 ( 2010)
Calon: 34168 (35339)
% A : 33.26 (31.53)
% B : 39.77 (35.60)
% C : 19.77 (23.26)
% ABC: 92.80 (90.49)
% D : 4.08 (4.92)
% E : 3.12 (4.59)
GPMP SAINS: ?.?? (?.??)

GRED PURATA NASIONAL : 2.30 (2.31)
Pada tahun 2011 Gred Purata Negeri bagi Negeri Kelantan ialah 2.09 meningkat 0.13 dan merupakan negeri terbaik dalam GPN UPSR 2011 ( Rujuk: -Berita Harian 18 November 2011 Jumaat ms 11)

GPN - 2.09
Peratus A -15.45 %
Peratus LULUS- 73.58 %


TAHNIAH SEMUA
" JOM KITA TEKADKAN AZAM MELALUI USAHA GIGIH UNTUK MENYAINGI GPN TERSEBUT BUAT TAHUN 2012..Kita pecah rekod kita sendiri .TINGKATKAN NAFSU TENTU BOLEH DENGAN IZIN ALLAH SWT "

Wednesday, November 16, 2011

5 Tips Hindari Sakit Pinggang

Terlalu sering berinteraksi dengan komputer bisa membuat pinggang terasa pegal, bahkan nyeri. Tak hanya itu, rutinitas ini juga punya dampak buruk terhadap leher dan bahu. Menurut ahli, dampak negatif ini muncul akibat postur tubuh Anda yang kurang baik ketika bekerja. Coba simak beberapa tips berikut agar Anda bisa menyelesaikan pekerjaan tanpa harus diganggu nyeri pinggang. Sebab, bila nyeri sudah mendera, mau tak mau pekerjaan juga akan terbengkalai, bukan?

1. Miliki kursi kerja yang berkualitas, nyaman, dan mudah disesuaikan. Posisikan kursi di dekat meja, lalu atur ketinggian kursi sehingga bagian siku, pinggul, dan lutut Anda menekuk 90 derajat selama bekerja. Lengan bawah sebaiknya paralel atau sedikit diturunkan ke arah alas meja. Kedua kaki menjejak mantap di lantai. Jika tidak sampai, gunakan kardus atau bangku kecil sebagai tumpuan.

2. Gunakan penahan dokumen yang diletakkan di samping layar komputer dengan jarak pandang yang sama dari mata sehingga Anda bisa bekerja lebih nyaman. Bekerja dengan dokumen yang diletakkan di alas meja akan membuat Anda sering membungkuk sehingga bisa membuat leher gampang pegal.

3. Batasi penggunaan komputer dan ambil jeda setiap 30 menit untuk melakukan peregangan di bagian leher, pergelangan tangan, serta bahu. Alihkan fokus pada titik yang jauh dari Anda, supaya mata bisa rileks sejenak. Bangkitlah dari tempat duduk dan berjalanlah sedikit.

4. Belajarlah mengetik sepuluh jari, sehingga Anda bisa mengetik dengan lancar tanpa harus berkali-kali membungkukkan badan ke depan keyboard untuk mencari-cari huruf yang ingin diketik. Ketahui juga beberapa shortcut komputer, sehingga Anda tidak harus setiap kali menggunakan mouse. Ini juga akan membuat kerja Anda lebih efisien dan cepat.

5. Jaga selalu kesehatan dengan sering berolahraga. Pertahankan kekuatan dan kelenturan tubuh dengan aktivitas seperti yoga dan Pilates. Kelola stres dengan baik di dunia kerja, serta seimbangkan dunia karier dan personal.

Sumber : Kompas.com

< Harap anda juga faham bahasa Melayu Indon ini ... saya bisa sekali kerana sering nonton movie indon di Astro >

Selamat Menempuh Ujian Akademik



UPSR sudah, PMR pun sudah, kini pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan Enam Atas mula menghadapi peperiksaan untuk Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2011. SPM vermula pada 14 November 2011 manakala STPM bermula pada 21 November 2011.

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Seramai 468,808 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 di 3,533 buah pusat peperiksaan seluruh negara mulai hari ini hingga 14 Disember depan.

Di KELANTAN, seramai 36,333 calon SPM menduduki peperiksaan tersebut di 282 pusat bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut seramai 28,087 merupakan calon sekolah kerajaan, MRSM (650 calon), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) (136 calon) dan sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) 4,935 calon.

Kepada semua calon didoakan memperolehi kejayaan cemerlang.

( Anaknada ke empat juga kini menduduki SPM di SMK Kota. Semoga ALLAH SWT mengizinkannya berjaya sebagaimana abang dan kakak-kakaknya yang juga belajar di sekolah kedua ayahndanya ini )

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Khatam Al-Quran

Hari ini diberi peluang dapat berada bersama dengan YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan di BTPN Kelantan untuk majlis penutup Khatam Al-quran Peringkat Negeri Kelantan. Berada selama hampir 3 jam bermula jam 12.00 tengah hari , sungguh sejuk hati ini dan hadirian yang lainnya kerana melihat anak-anak dibangku sekolah rendah dah khatam pengajian Al-qurannya.

Persembahan mereka yang mewakili daerah pelajaran negeri ini begitu mempesonakan. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Arab dalam pertandingan kuiz, coral speaking maupun dikir barat serta lain. Tanpa insiatif guru dalam menjayakan J-QAF, agak sukar perkara seumpama ini berlaku. Anak kecil dah pandai baca kitab.

Harapan tinggi kepada mereka penerus kepimpinan negara nusa ini agar dapat menghayati apa yang diajar dalam kitab ALLAH SWT ini agar dunia ini selamat sejahtera. Manusia yang beramanah dan berintergriti kerana taqwanya.

Tahniah kepada warga Sektor Pengurusan Islam, JPN yang menjayakan program pada hari ini yang dari pagi tadi hujan apabila musim tengkujuh menjenguk tiba.

Monday, November 14, 2011

SPI Bil. 12/2011 -Pelaksanaan MBMMBI

Bertarikh 4 November 2011, Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12 tahun 2011 di bawah tajuk Pelaksanaan dasar Memartabatkan bahasa malaysia Memperkukuh bahasa Inggeris atau ringkasnya MBMMBI. Dengan ini bermakna SPI Bil. 12/2011 ini MEMBATALKAN SPI Bil. 2/2010 bertarikh 25 Januari 2010 yang dikeluarkan sebelum ini.

Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memmansuhkan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan diGANTIKAN dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBI)

Dasar MBMMBI in dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010 di mana dalam proses peralihan ini, sekolah BOLEH menggunakan Bahasa Inggeris DAN?ATAU bahasa pengantar masing-masing dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.Ini bertujuan membanytu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan.

pada prinsipnya, surat pekeliling ini masih mengekalkan keputusan dasar yang dibuat oleh Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009, iaiitu mengekalkan kedaulatan bahasa kebangsan.Keputusan ini membolehkan murid sekolah rendah dan menengah yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sesebuah sekolah.

Perincian pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains da matematik di bawah Dasar MBMMBI adalah seperti berikut:

SEKOLAH KEBANGSAAN(SK)

Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2)
Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)

Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 )
Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)

Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 )
Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)

Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 )
Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI)

Tahun 2016 dan seterusnya
Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BM SEPENUHNYA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)

Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2)
Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BC SEPENUHNYA
( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)

Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 )
Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BC SEPENUHNYA
( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)

Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 )
Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BC SEPENUHNYA
( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)

Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 )
Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BC SEPENUHNYA
( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI)

Tahun 2016 dan seterusnya
Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BC SEPENUHNYA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT)

Tahun 2012 ( Tahun 1 hingga 2)
Tahun satu dan tahun Dua menggunakan BT SEPENUHNYA
( Tahun Tiga hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)

Tahun 2013 ( tahun 1 hingga 3 )
Tahun satu hingga tahun tiga menggunakan BT SEPENUHNYA
( Tahun Empat hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)

Tahun 2014 ( tahun 1 hingga 4 )
Tahun satu hingga tahun empat menggunakan BT SEPENUHNYA
( Tahun Lima hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)

Tahun 2015 ( tahun 1 hingga 5 )
Tahun satu hingga tahun lima menggunakan BT SEPENUHNYA
( Tahun Enam hingga tahun Enam menggunakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI)

Tahun 2016 dan seterusnya
Tahun satu hingga tahun enam menggunakan BT SEPENUHNYA

SEKOLAH MENENGAH

Tahun 2012 HINGGA Tahun 2016
Tingkatan Satu hingga Tingkan Lima menggunakan BM sepenunhnya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI

Tahun 2017
Tingatan Satu menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tingkatan Dua hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)

Tahun 2018
Tingatan Satu dan Tingkatan Dua menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tingkatan Tiga hingga Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)

Tahun 2019
Tingatan Satu hingga Tingkatan Tiga menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)

Tahun 2020
Tingatan Satu hingga Tingkatan Empat menggunakan BM SEPENUHNYA
( Tingkatan Lima menggunakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dwibahawa BM dan BI)

Tahun 2021
Tingatan Satu hingga Tingkatan Lima menggunakan BM SEPENUHNYA

Walau bagaimanapun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik bagi Tingakatan Enam Rendah, Tingkatan Enam Atas dan Matrikulasi diteruskan dalam BI.

PENGGUNAAN BAHASA DALAM PENYEDIAAN SOALAN PEPERIKSAAN AWAM
(bagi mata pelajaran sains dan matematik)

UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
Sehingga tahun 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN (SK)
mengguNakan BM sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BM dan BI sehingga tahun 2015

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA (SJKC)
mengguNakan BC sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BC dan BI sehingga tahun 2015

SEKOLAH JENIS KEBNAGSAAN TAMIL (SJKT)
mengguNakan BT sepenunhya atau BI sepenuhnya atau dalam dwibahasa BT dan BI sehingga tahun 2015

Pada tahun 2016
SK menggunakan BM SEPENUHNYA
SJKC menggunakan BC SEPENUHNYA
SJKT menggunakan BT SEPENUHNYA

PENILAIN MENENGAH RENDAH (PMR)
BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2018
Pada tahun 2019 BM digunakan SEPENUHNYA

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2014

SIJIL PELAJARAB MALAYSIA (SPM)
BM SEPENUNHNYA atau BI sepenuhnya dan dalam dwibahawa BM dan BI sehingga tahun 2020
Pada tahun 2021 BM digunakan SEPENUHNYA

Harap kita semua rakan pendidik semakin jelas mengenai perubahan dasar ini.

Sunday, November 13, 2011

UJI RINTIS 9 JAM TUGAS GURU


Telah dimaklumkan di Parlimen bahawa guru akan diberi tugas secara rasmi untuk 9 jam sehari mulai tahun 2012. Cadangan ini akan dirintiskan di empat buah negeri dengan melibatkan hampir 140 buah dan 5000 guru.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong, semalam yang berkata mulai Januari tahun depan, empat negeri - Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak - akan bekerja sembilan jam sehari.

Projek rintis itu katanya, berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

"Saya harap semua guru di empat negeri tersebut tidak perlu risau kerana kita hanya membuat percubaan.

"Apabila projek rintis itu meyakinkan kita dan kita dapat membuat kesimpulan secara konkrit, barulah kita memperluaskannya ke semua sekolah di seluruh negara," kata Wee.

Bagaimana pandangan tuan?

Saturday, November 12, 2011

TITAH UCAPAN HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD KE-V


TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MUHAMMAD KE-V DI MAJLIS SINGGAHSANA
PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H
DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang menjadi pemimpin agung ditampilkan bagi meratakan rahmat agama Islam ke seluruh alam.

Dipohonkan semoga rahmat dan kesejahteraan terus mengalir kepada setiap keluarga Baginda dan para sahabatnya dan para pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya beta sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal’afiat dan sejahtera.

Beta dengan sukacitanya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerabat-kerabat diraja, menteri besar yang telah mewakili pihak kerajaan negeri dan rakyat jelata sekalian di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia sebentar tadi.

Sesungguhnya sembah ucapan dan ikrar taat setia yang dipersembahkan kepada beta sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan beta adalah suatu pernyataan jujur sebagai menjunjung institusi raja berperlembagaan dan sebagai simbolik kepada hubungan yang erat dan mendalam di antara institusi beraja dan rakyat jelata yang sentiasa kasih-mengasihi yang diwarisi turun temurun oleh rakyat beta.

Beta mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang telah menumpahkan taat setia, menunjukkan kasih sayang ke hadapan beta.

Beta dengan hati yang gembira dan sukacita mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran para tetamu beta dari dalam dan luar negara. Beta mendapat maklum bahawa tetamu-tetamu beta telah memberi komitmen yang tinggi semata-mata untuk sama-sama memeriah dan menyerigemilangkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan beta yang julung kali diadakan pada tahun ini. Beta berharap semua tetamu beta berada di dalam keselesaan sepanjang berada di sini dan semoga selamat nanti dalam perjalanan kembali ke destinasi masing-masing.

Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat hidup dalam iklim negeri Kelantan yang mendapat nama jolokan “Serambi Mekah” yang rakyatnya sejak sekian lama mewujudkan jalinan perhubungan yang erat dan mesra antara institusi beraja dengan rakyat jelata.

Meskipun demikian, beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, berhati-hati, peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah “kontrak sosial” yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.

Sebagaimana kita sedia maklum, dunia terus mengalami perubahan iklim tidak menentu yang mengakibatkan pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Kesan yang paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan. Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Krisis hutang negara-negara di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan dan lembab. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara.

Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Beta berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari. Aktiviti pertanian juga perlu meneroka pendekatan yang terkini seperti pertanian agronomik. Pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini.

Menyentuh mengenai pelaburan masuk ke negeri Kelantan, beta mendapat maklum bahawa beberapa projek besar sedang dalam perancangan dan pelaksanaan yang akan mengubah landskap ekonomi negeri Kelantan seperti projek “supply base” di Tok Bali, pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu, projek pembinaan saluran paip petroleum dari Perak ke Kelantan, pelabuhan darat dan pembangunan bersepadu di Kuala Krai.

Sektor pembinaan dan pelaburan di negeri Kelantan dijangka akan mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti projek pembangunan dan pengindahan sungai di jajahan Kota Bharu dan jajahan Tumpat, projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan (central spine road) dan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.

Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.

Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara.

Sehubungan dengan itu, beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.

Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta, kerabat-kerabat diraja, menteri besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, orang-orang besar negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para alim ulama, pasukan polis dan tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan sukarelawan serta seluruh rakyat jelata negeri ini yang beta kasihi yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beta.

Sebagai mengakhiri titah ucapan beta ini, marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat pertolongan dan berada di dalam pemeliharaan serta barakah Allah yang berterusan. Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Amin ya rabbal ‘alamin

Wabillahi taufik wal hidayah

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


ANTARA PENERIMA

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain mendahului senarai 613 penerima darjah kebesaran, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V Ke-42 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.

Sambutan Hari Keputeraan tersebut pertama kali diadakan selepas Sultan Muhammad dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra pada 13 September tahun lalu.

Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi 1) (SPMK) membawa gelaran Datuk kepada Zulkifeli.

Bendahari Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan, Datuk Dr. Abdullah Sepien pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili 1 (SJMK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Turut dianugerahkan SJMK ialah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Sementara itu, Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali; Pengerusi Syarikat Sen Media, Sekh Mohd. Ruzi @ Adnan Sekh Ahamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Kuwait Finance House, Jamelah Jamaluddin dianugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi II) (DPMK).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz; Exco kerajaan negeri, Abdul Fattah Mahmood; Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Sekolah Perniagaan Pascasiswazah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM), Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal; dua peguam, Profesor Azmi Mohd. Ali dan Sulaiman Abdullah; pesara, Nik Mustapha Nik Mahmood serta Datuk Saharudin Samsudin pula dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili II) (DJMK).

Pengarah Infantri Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah dan Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah merupakan dua tokoh yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Kesatria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi II) (DPKK).

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi II)(DPSK) pula dianugerahkan kepada sembilan penerima iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Che Mohd. Hashim Abdullah; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Makhtar Mustapha.

Penerima lain, Ketua Program Sains Politik Pusat Pengajian Sejarah, Sains dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Nik Rahmat Nik Taib.

Turut dianugerahkan DPSK ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa; Pengarah Tanah dan Galian negeri, Wan Mustapha Wan Ab. Hamid dan Pakar Perunding Kanan Kardiologi Jabatan Perubatan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Prof. Dr. Zurkurnai Yusof.

Penerima DPSK lain ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim. Kesemua penerima di atas menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk.

Sementara itu, isteri Menteri Besar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda yang juga Pengerusi Purnama, merupakan antara enam penerima yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili III) (JMK).

Pegawai Pemerintah 91 Depot Pusat Ordinan Diraja Kem Batu Kentonmen, Kolonel Azlan Othman dan Pegawai Staf 2 Pendidikan Markas 8 Briged, Leftenan Kolonel Ku Mohd. Ali Ku Sulong pula menerima Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (Al-Yahyawi III) (PKK).

Selain itu, 42 orang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi III), Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi IV) (57), m

Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Al-Ibrahimi V) (70).

Seramai 42 penerima pula dianugerahkan Bintang Seri Mahkota Kelantan, Bintang Seri Kelantan (63), Bintang Ahli Kelantan (55), Pingat Bakti (57), Pingat Setia Mahkota Kelantan (69), Pingat Taat (59), Pingat Perangai Baik (52), Surat Kepujian (tiga) dan Jaksa Pendamai (11). Bernama

< Alhamdullilah dapat bersama hadir dalam majlis ini untuk Al-Ibrahimi V >


The Star Online 

Published: Saturday November 12, 2011 MYT 11:23:00 AM

Armed Forces chief leads Kelantan honours list


KOTA BARU: Armed Forces chief Gen Tan Sri Zulkifli Mohd Zin heads the list of 613 recipients of state honours in conjunction with the 42nd birthday of Sultan of Kelantan Sultan Muhammad V.
Zulkifli receives the Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi I) (SPMK) award that carries the title "Datuk".
Twenty-four others will be bestowed the Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) award which also carries the title "Datuk" at an investiture at Istana Balai Besar here on Saturday.
Among them are Majlis Orang-Orang Besar Di Raja Kelantan treasurer Datuk Dr Abdullah Sepien and Deputy Inspector-General of Police Datuk Sri Khalid Abu Bakar, who are conferred with the Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Ismaili I) (SJMK) award.
KELANTAN STATE AWARDS HONOURS LIST 2011.
AHLI YANG PERTAMA (SERI PADUKA BAGI DARJAH KEBESARAN MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA) AL-MUHAMMADI I (S.P.M.K) General Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain
AHLI YANG PERTAMA (SERI PADUKA BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELNTAN YANG AMAT MULIA) AL-ISMAILI I (S.J.M.K) Datuk Dr. Abdullah Sepien
AHLI YANG KEHORMAT YANG PERTAMA (SERI PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI I) (S.J.M.K) Datuk Seri Khalid Abu Bakar
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGII DARJAH KEBESARAN MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-MUHAMMADI II) (D.P.M.K) Datuk Seri Mohamed Apandi Ali Sekh Mohd Ruzi@Adnan Sekh Ahamad
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-MUHAMMADI II) (D.P.M.K) Jamelah Jamaluddin
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI II) (D.J.M.K) Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feisal,Abdul Fatah Mahmood, Assoc Prof Azmi Mohd Ali and Nik Mustapha Nik Mahmood
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI II) (D.J.M.K) Datuk Saharudin Samsuddin, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz and Sulaiman Abdullah
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI II) (D.P.K.K) Brig Gen Datuk Mohamad Khir Abdullah
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI II) (D.P.K.K) Brig Gen Datuk Mohamad Zaki Hamzah
AHLI YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI II) (D.P.S.K) Datuk Che Mohd Hashim Abdullah, Makhtar Mustapha,Assoc. Prof Dr Mohammad Agus Yusoff, Nik Rahmat Nik ,Datuk Othman Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, Wan Mustapha Wan Abdul Hamid and Prof Dr Zurkurnai Yusof
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEDUA (DATUK PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI II) (D.P.S.K.) SAC Datuk Mazlan Lazim, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin
AHLI YANG KETIGA (TAULAN) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI III) (J.M.K) Bukhari Che Muda, Ramli Abu Bakar, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak @ Tuan Muda, Siti Zailah Mohd Mohd Yusoff and Datin Dr Suriani .
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (TAULAN) BAGI DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (AL-ISMAILI III) (J.M.K.) Dr P. Balakrishna
AHLI YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI III) (P.K.K) Col Azlan Othman
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN KESATERIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT PERKASA (AL-YAHYAWI III) (P.K.K.) Left Col Ku Mohd Ali Ku Sulong
AHLI YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI III) (P.S.K) Abdul Ghani Che Kasim, Abdul Manan Mohamed, Abdul Rahim Mohamad, Abu Bakar Mohd Yusof, Aziz Mat Hassan, Che Hamad Che Muda, ACP Kamarul Zaman Mamat, Maliha Ghazali, Mat Jusoh Husin, Md Yunos Yaacob, Mohamad Noordin Awang, Mohamed Ziyadi Zakaria, Mohd Ashri Muda, Mohd Idris Mamat, Mohd Noor Yusoff, Mohd Sabri Abdullah, Assoc Prof.Mohd Shukri Omar, Superintendant Muhamad Zaki Harun, Nazran Muhammad, Prof Dr. Nik Mohamed Zaki Nik Mahmood, Norazman Abd Ghani, Norazmi Berahim, Ong Guan Sai, Roslan Mohd Yasin, Rosnazali Amin, Assoc Prof Dr. Saedah Ali, Sukeri Hassan, Assoc Prof Dr. Shamsul Kamlrujan Hassan, Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Wan Hamzah Wan Daud, Left Col Yusoff Omar and Zamri Ismail.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KETIGA (PADUKA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI III) (P.S.K) Prof Dr Ahmad Sukari Halim, ACP Azhar Hamzah, Assoc.Prof.Dr Habsah Hassan, ACP Haliludin Rahim, Khairudin Abdul Ghani, Md Noor Chik, ACP Mohd Kamal Mohd Yasin, Dr. Mohd Nikman Ahmad, Ir. Syed Abdul Rahman Syed Abdullah and ACP Zainul Abidin Hassan.
AHLI YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI IV) (B.S.K) Left Col Abd Razak Ibrahim, Ab Aziz Abdullah, Che Ahmed Che Mahmood, Ir. Che Hassin Che Mud, Dr. Hasbullah Ab Rahman, Hashim Mohd Zain, Hasnan Ramli, Idris Omar, Kahadi Hassan, Mahazan Mat Taib, Mat Noor Mohamad, Md Sanusi Ismail, Assoc. Prof. Mohamad Safri Ya, Mohd Gazali Abas, Mohd Hasali Daud, Commander Mohd Izzudin Ahmad, Mohd Nasir Ja'affar, Mohd Rais Mohd Ariffin, Mohd Salleh Mat Jusoh, Left Col Mohd Yusoff Nor, Mohd Zamri Ibrahim, Nik Ab Rashid Nik Mohamad, DSP Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir, Noorlalilawati Mamat, Major Nor Azimi Idris, Nor Salwati Muhammad, Ramly Yusoff, Datin Rosaini Muhamad, Commander Saharudin Kuthar, Shahrin Abdullah, Syed Mohd Hasrin Tengku Hussin @ Syed Hussin, Tengku Kamarudin Tengku Alias, Wan Azzlan Wan Ismail, Assoc Prof. Wan Fauzi Wan Mamat, Wan Mohd Sulaiman Wan Ismail, Wan Muhammad Husni Abdullah, Zainuddin Abdullah, Dr. Zakaria @ Mahmod Daud, Zakaria Ismail and Major Zamzuri Harun.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KEEMPAT (BENTARA) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI IV) (B.S.K) Abdul Wahabi Abdullah, Alias Adam, Superintendant Hamzah Alias, Left Col Izham Darus, Left Col Kasiran Rejo, Mariani Yaacob, Mohamad Mahmud, Superintendant Mohd Raus Ab. Wahab, Left Col Norazman Ismail, Norita Abdul Hamid @ Jusoh, Superintendant Ooi Kee Lin, Left Col Ramli Idris, Superintendant Rooslan Radzi, Superintendant Rushdi Mohd Isa, Shamsul Abu Bakar, Superintendant Zainol Samah and Zazuli Johan.

AHLI YANG KELIMA (AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI V) (A.S.K) Ab. Halim Che Hassan, Ahmad Termizi Musa, Ahmar Salleh, Azizan Mohamed, Azman Mohd Daham, Azmi Awang, Che Abdullah Mohd, Che Gayah Jaafar, ASP Che Rahim Che Pa, Hishamuddin Hussein, Ismail Che Hassan, Major Ismar Ismail, Ismail Ibrahim, Mahiran Mohd Noor (Deceased), Mahzan Che Mohamed, DSP Makhetar Yaacob, Dr. Mat Asuar Awang, Mohamad Abd Wahab, Mohamad Mahamood, Mohamad Kamal Mohamed Amin, Mohamed Zain Abdul Rahman, Md Yani Mat Zin, Mohd Hafiz Daud, Mohd Yajid Yusoff, Mohd Yusoff Daud, Muhamad Nasir Che Hassan, Major Muhammad Tajuki Jusoh, Muhammad Zahari Othman, Muhammad Zuki Muhamad Zain, Mustaffar Bakri Said, Nik Mahmud Nik Jaffar, Nik Mohamed Yusoff Affendi Jaafar, Norhasney Ridhwan Hassan, Rohani Kadir, Rosnah Wan Ibrahim, Siti Meriam Mohmed, Tarmizi Said, Deputy Superintendant Sheik Azhar Sheik Omar, ASP Shukeria Makhtar, Tengku Sharifuddin Tengku Shah Buddin, Tengku Zamri Raja Zainal Abidin, Wan Marina Wan Sulaiman, Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah, Yahaya Mamat, Zainal Abidin Othman and Zawawi Mohamed.
AHLI YANG KEHORMAT YANG KELIMA (AHLI) BAGI DARJAH KEBESARAN SETIA MHKOTA KELANTAN YANG AMAT TERBILANG (AL-IBRAHIMI V) (A.S.K) ASP Ahmad Arifin, Major Ahmad Shukri Idris, Chief Insp. Ahmad Tuah Sabran, ASP Andrew Gani Jimmy, DSP Dimin Awang, DSP Hamzah hashim, Major Hanasrul Imran Ghazali,Major Harizal Hashim, Major Jamaluddin Ahamad Tajudin, ASP Mazuki Mat, Major Mohamad Azrin Hashim, Major Mohamad Tarmizi Waropis, Mohd Aizuddin Datuk Mohd Ghazali, Major Mohd Anuar Ahmad, Mohd Tarmizi Abd Talib, ASP Noom Achoom, Raudzah Mohamed Ariffin, Rohimi Harun, Major Rosley Mohamad Ibrahim, Shahrin Abdullah, Capt. Tajul Hisyam Mamat, DSP Tan Cheng Seng, Wan Abdul Razak Wan Hussin and Wan Nurshima Wan Jusoh.


BINTANG SERI MAHKOTA KELANTAN (S.M.K) Ab. Lah Husain, Major Abd Razak Abd Wahid, Chief Insp. Abdul Ruslan Azizan, Azemi Mohammad, Major Azlan Abdul Aziz, Azman Ibrahim, Chief Insp. Azman Omar, Sub Insp. Che Mohamad Hassan Che Ahmad, Chua Chin Hui, Chief Insp. Ediansha Endal, Capt. Goeffery Anak Ambau, Capt. Hassim Md Zain, Capt. Hishamudin Md Tahir, Izani Wan Ishak, Khalid Yaakob, Insp. Kolanthaivelu Raman, Mansur Hussain, Capt. Marlinawati Mahmood, Capt. Mohamad Khairulnizan Mohamad Kasim, Mohd Din Ab Manaf, Warrant Officer II Mohd Mahadi Mat, Chief Insp. Mohd Yazid Yahya, Mohd Zahari Yaacob, Capt. Naz Wardi Birkamsin, Capt. Nor Hasyim Abd. Ghani, Norizan Ismail, Chief Insp. Ramli Kurus, Roslan Mohamed, Rosli Osman, Major Rozman Wahab, Capt. Salehan Mohamed, Chief Insp. Salman Awang, Satiananthan R.Bhaskran, Shaikh Fadillah Shaikh Harun, Shamun Daud, Insp. Suriawati Shukri, Tuan Mohd Zeinal Annual Tuan Noor, Wan Md. Aizan Wan Omar, Yahya Junoh, Warrant Officer I Yusoff Mat Ali, Zakaria Abd Rahman and Capt. Zulkiple Hashim.
BINTANG SERI KELANTAN (S.K) Sub Insp. Ab Latif Deraman, Abd. Malik Abdul Rahman, Sargeant Major Ahmad Rashid Mohamad, Amir Hamzah Idris, Warrant Officer I Annuar Zakaria, Aslina Ali, Azihan Ab. Rashid, Sargeant Major Aziz Yaakub, Azizah Mat, Warrant Officer I Azli Harun, Bibi Hazainab Haron, Che Ahzaniah Darus, Che Rosli Che Salleh, Esah Harun, Staff Sargeant Faizul Azlan Mohd Noor, Hafdziah Adnan, Warrant Officer I Hasri Sibun, Flight Sargeant Hazrina Nur Ahmad Hamdan, Sargeant Ismail Bakar, Sargeant Jafri Alias @ Sulong, Kalthum Yusof, Staff Sargeant Kamarulzaman Razali, Kamarul Zaman Yusoff, Flight Sargeant Khahar Abd Rahman, Mad Sani Bakar, Staff Sargeant Mahisan Hamat, Datin Maimunah Mat @ Ahmad, Marizan Zakaria, Flight Sargeant Masrom Ahmad, Sargeant Md Nor Suradi, Sargeant Major Md. Rashid Ahmad, Sub Insp. Megat Rosli Megat Abdullah, Mohamad Ismail, Air Sargeant Mohamad Mohd Wazir, Flight Sargeant Mohamad Hazman Harnam Abdullah, Sargeant Major Mohamad Sabirin Saban, Sub Insp. Mohamed Ripin, Sargeant Major Mohd Adnan Mat, Warrant Officerr I Mohd Azhar Mohd Zain, Warrant Officer I Mohd Fadzilah Yeop, Air Corporal Mohd Faizul Ali, Sargeant Major Mohd Razali Ibrahim, Warrant Officer I Mohd Shahrin Abdul Rahman, Sargeant Muhammad Zamzuri Hassan, Warrant Officer I Muhamad Zanri Abdullah, Warrant Officer I Musa Haron, Ng Kam Mey, Norani Mohamed Nor, Rahimah Mustafa, Raja Ibrahim Raja Mamat, Warrant Officer II Razali Morat, Datin Ros Aini Ghazali, Rosli Ibrahim, Rosli Mamat, Rusnaliza Mohd Noor, Salleh Daud, Warrant Officer I Shuhardi Md Salleh, Wan Muhd Shukeri Ismail, Sub Insp. Wan Romli Wan Ismail, Sargeant Major Yusoff Hassan, Zakaria Ismail and Zuarini Mohamed.
BINTANG AHLI KELANTAN (A.K) Sargeant A. Aziz Husin, Sargeant Ab Aziz Che Wil, Abdul Razak Arshad, Ab. Shatar Muhamad, Adi Shahar Mohd Radzi,Ahmad Shukari Ramli, Sargeant Asli Mat Dris, Azlina Ahmad, Beh Kim Hua, Bidah Abdullah, Che Rozan Ismail, Che Soh Che Ahmad, Diana Muhamad Syafie, Datin Fauziah Majid, Sargeant Ibrahim Seman, Sargeant Johar Ishak, Kamaruddin Che Kob, Datin Kertini Musa, Datin Mahaizan Mohd Noor, Mat Junuh Seman, Merayam Mohamad, Sargeant Mohamad Ozir Ramli, Sargeant Mohd Azmi Daud, Sargeant Mohd Awang, Mohd Nazeli Osman, Mohd Termizi Mat Yusoff, Mohmed @ Mohamed Zahari Omar, Muhamad Hassan, Muhamad Zainuldin Ab Murad, Sub Insp. Muhammad Nor Bongsu, Nik Hasmah Nik Hassan, Nora'shikin Md Tap, Datin Pauziah Hani Yasok, Rosemi Jusoh, Rosidah Mohamed, Sargeant Roslis Ayub, Rosmawati Haron, Rosnani Zain, Rusli Abdul Rahman, Sahul Hameed Muhamed Sultan, Sanusi Awang, Shafie Ali, Siyah Sapiin, Tuan Mohamad Zaki Tuan Yahya, Tuan Yam Tuan Mat, Wan Azhari Hassan, Datin Wan Norziah Wan Othman, Wong How Meow, Yang Kiam Kui, Zakaria Daud, Zalida Mamat, Coperal Zawawi Musa, Zulkifeli Abdullah and Sargeant Zulkifli Senu @ Abdullah.
PINGAT BAKTI (P.B) A'bidah Hanim Mustaffa, Ab Halim Ag. Ngah, Sargeant Major Ahmad Fauzi Idris, Ahmad Jennah Mohd Yusoff, Azizon Yussof, Coperal Alias Muhamad Zain, Ayub Musa, Bibi Ahshiati Abd. Rahman, Dunya Saad, Eshah Abdullah, Faridah Lasim, Coperal Fazmi Abdullah, Coperal Ibrahim Jusoh Coperal Jamaludin Md Isa, Jahariah Mustapa, Jumadi Ghani, Kamariah Isa, Kamarulzaman Ismail Coperal Maliki Ali, Det. Corperal Md Sharif Md Sulong, Meriam Mohd Zin, Mohamad Abd. Rahman, Mohamad Ismail, Mohamed Shariff Ibrahim, Lance Coperal Mohd Fauzan Abd Ghani, Coperal Mohd Jauah Talib, Sargeant Mohd Nazri Md Ali, Mohd Taufiek Mahmud, Mohd Zakri Ahmad, Mokhtar Yaacob, Muhamad Shazale Zainal Abidin, Coperal Muhammad Mat Seman, Muhammad Nazri Mohamed Noor, Na'im Ab. Rahman, Nik Aidil Marina Datuk Nik Sapeia, Nor A'Sikin Hamzah,Omar Mamat, Rakiah Ali, Rippin Musa, Sargeant Major Rumzi Abd Rahman, Sargeant Salleh Kasehan, Salma Zakaria, Supian Che Muda, Tengku Marzli Tengku Ibrahim, Wan Ismail Wan Isa, Wan Meriam Hussin, Wan Noriah Wan Ahmad, Wan Zaliha Wan Isa, Coperal Wee Guan Hoe, Zahari Yaacob, Zainuddin Awang, Zainuddin Yusoff, Zakaria Deraman, Coperal Zanala' Abidin Sohor, Zubaidah Mohamad, Coperal Zubairi Abu Mutalib and Coperal Zulkifli Ahmad Ismail.
PINGAT SETIA (P.S) Ab Hamid Deraman, Ab. Kadir Che Ya, Ab Razab Seman, Konst Ab. Razak Ali, Adanan Ibrahim, Coperal Asri Daud, Lance Coperal Azman Ismail, Che Alias Teh, Che Anin Hayati Che Seman, Coperal Che Musa Nik Mat, Che Nazmah Yunus, Che Romah @ Rahmah Yaacob, Hamidah Yusof, Hassan Hussin, Hong Teng Hai, Lance Coperal Kaharul Nizam Md Khalil, Mainain Abdullah, Mat Deris, Lance Coperal Mat Najib Mohamed, Maznah Yaacob, Md. Azmili Amir Omar @ Aziz, Mohmad Che Ahmad, Mohamad Mustafa, Lance Coperal Mohamad Maznan Ismail, Mohamed Asri Ismail, Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Ibrahim, Mohd Daudsu Jamaludin, Konst Mohd Hafizi Azlim Anin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Warrant Officer II Mohd Roszaki Ismail, Mohd Sukri Che Ya, Mohmed Sepri Abas, Mustapha Abas, Nik A'Ainy Nik Daud, Lance Coperal Nik Mohd Fairuz Nik Zawawi, Nik Noorma Nik Daud, Warrant Officer II Nila Anak Pau, Noor Aini Makhtar, Norshahrul Idlan Talaha, Const.Nurshafiz Ezanie Ahmad Sabri,Othman Mohd Nor, Rahidah Khaidir, Razmi Ismail, Rohani Hussain Rokiah Yusof, Roslina Mohd Daud, Roslinda Che Yusoff, Rosmanisah Ab. Rahim, Lance Corp. Rosnaliza Rosden! Rusilawati Kartini Deris, Rusli Zakaria, Saidah Said, Samsuperman Che Salleh, Wan Sapian Wan Ab. Rahman, Lans Corp Shaifuddin Mohamad, Shamsuddin Abdullah, Siti Aminah Daud, Siti Zahara Yaacob, Tan Bee Chit, Tengku Aziz Tengku Yacob, Wan Azizah Wan Mahmod, Wan Hasnah Wan Ismail, Wan Khamisah Wan Abdul Majid, Wan Mohd Nasir Wan Ahmad, Wan Tajaluddin Wan Jaafar, Sargeant Yamamoto Mojd Yusof, Zaharuddin Mamat, Zakaria Dollah and. Zulkifli Ibrahim.
PINGAT TAAT. Ab Aziz Yaacob, Lans Corp. Abdul Manaf Mat Ali, Abdullah Junoh, Lans Corp.Abu Samah Shaffi, Lans Corp. Ahmad Rosmin Mustaffa, Aithom Hamzah, Const. Aqmal Abidin, Ariffin Mohamed, Baharuddin Yusof, Che Ghazali Che Soh, Che Mansor Zakaria, Chua Bee Eng, Chua Beng Kee, Lans Corp. Hairunnizam Jamingin, Hamid Abd. kafir, Holid Mamat, Hussain Yaacob, Ibrahim Konok, Jamilah Mat Yaakob, Lans Corp. Johan Ariffin John Abdullah, S.Kanakambikai, Mat Rani Ayub, Maznah Taib, Md Shafie Mustafa, Melah Mohamad, Mohamad Dulaiman, Mohamad Saudi Hamzah, Mohammad Faredi Nawawi, Konst. Mohd Amir Sarahan, Lans Corp. Mohd Fazli Isa Lans Corp. Mohd Nasrullah Yamin @Min, Lans Corp Mod ridzuan Hamzah, Mohd Rosdi Ibrahim, Mohd Saripudin Ismail, Muhammad Che Hamid, Konst.Muhammad Adi Saharuddin, Lans Corp. Muzamer Shah Adzhar, Napesah Ismail, Nik Morni Che Mohamed, Noor Hayati Hanafi, Nordin Mat Nor, Phung Theam Hock, Rapiah Husin, Mohd Rawaimun Omar, Razali Ab. Rahman, Rohani Yaacob, Rosliza Hassan, Shaifuddin Yunus, Lans Corp. Syamsul Selamat, Syerli Mazira Ayok, Lans Corp. Tuan Mohd Khairo Tuan Ismail, Wan Barizan Wan Yusoff, Konst. Ean Mohd Mustapha Wan Ariffin, Wan Yusuf@Wan Ab Ghani Wan Ahmad, Wan Zuraidah W.Yusof, Zahari Seman, Zainurin Junoh and Zuraida Hassan.
PINGAT PERANGAI BAIK Abd Rahim Jusoh, Ab Razak Ibrahim, Abd. Rahman Musa, Abdullah Jusoh, Ahmad Puad Esa, Alias Ibrahim, Arifin Ab Rahman, Awang Su Mat Sa, Azman Mat Ripin, Azmi Imam Ismail, Che Mat Awang Tok, Che Soh Mohamed, Che Wan Ngah Che Wan Mamat, Fakrudin Hashim, Hadzimi Che Ali, Hassan Abu Bakar, Hussin Abdullah, Ibrahim Vhe Dolah, Ibrahim Ismail, Johar Muhamad, Kamaru Zaman Awang, Kamaruddin Mohd Nor Mamat Adam, Mat Lazain Abdul Ghani, Mat Ruzi Jusoh, Md Yusoff Ismail, Md Zainuddin Zainal, Mohamed Noor Zakaria, Mohamed Dhah Che Ibrahim, Mohd Noor Namat, Mohd Rizal Hamzah, Mohd Yuni Mamat, Mohd Xamani Mahamad@ Mohd Alwi, Mohd Zulkifli Ismail, Mukhtar Yusoff, Nik Mohd Taufeq Ab.Ghani @ Nik Abdul Rahim, Rahim Abdul Wahab, Rasdi Mamat, Rohim Mohamed, Roslan Mohd Yusoff, Rusmini Mamat, Shaari Hassan, Dulaiman Mat, Tuan Abdullah Tuan Losim, Wan Ahmad Zaki Wan Muhammad, Wan Hassan Nik Ab Majid, Wan Shafie Wan Daud, Yusof Awang, Yusoff Hassan, Zakaria Mohd Nor, Zulkefli Mat Noor and Zulkifli Mohd Zin.
RECOMMENDATION LETTERS Abdul Manaf Zakaria, Mohd Ghazali Jusoh, Mohd Husin Che Yusof.
JUSTICE OF PEACE Datuk Kamaruzaman Che Mat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz, Datuk Dr Noordin Ab Razak, Siti Esah @ Siti Aishah Mahmood, Tan Ah Chio, Tan Yiew Tiong, Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Nor, Wan Rosdi Wan Yusoff, Yeo Boon Leong and Dr Yuslan Yusoff.
==========================================================================


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh