.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Monday, January 30, 2012

Meraikan Lawatan Penanda Aras SPA JPN Johor


Pada pagi ini jam 9.30 pagi, kami warga SPA Kelantan menerima tetamu sepekerjaan dari Jabatan Pelajaran Johor. Lawatan mereka bertujuan membuat penandaan aras pengurusan dan kecemerlangan akademik yang dilaksanakan oleh SPA Jabatan Pelajaran Kelantan. Ini adalah merupakan lawatan susulan setelah lawatan pada 25 Julai 2010 yang dihadiri oleh Tuan KSPA Johor, En. Mohd Nor Ghani (Kini Pengarah Pelajaran Johor) bersama Pengurus Besar YPJ , Dato Zalil.

Lawatan kali ini diketuai oleh Tuan KPP Sains, En. Sujak Maskan bersama pegawai-pegawainya. Ramai kalngan pegawainya adalah sahabat-sahabat yang kerap kali bertemu semasa meeting di KPM-mengenai PPSMI dulu-dulu, Kajian Tindakan, Skim Tuisyen Felda, Sains dan lainnya. Lama tak jumpa begitu seronak dikala bertemu, antaranya Tn. Hj. Sahilon, En. Ahmad Haris dan lainnya.

Bagi pihak Tuan Pengarah dan juga Tuan KSPA yang tiada dalam negeri, rombongan dialukan ketibaannya. Kemudian sesi berkongsi maklumat pengalaman dalam pengurusan dan peningkatan kecemerlangan akademik Johor-Kelantan.

Setelah selesai hampir jam 12.00 tengahari, rombongan dengan BAS JPN Johor ke SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra sebelum ke tempat penginapan di BTPN Kelantan selama 2 malam. Esok pagi akan ke SK Zainab 2, juga merupakan SBT negeri Kelantan.

Rombongan berlepas balik hari Rabu setelah selesai dengan pengisian pelbagai di bumi Cik Siti Wan Kembang ini.

Sunday, January 29, 2012

Syaitan Kalah Dengan Orang Ikhlas

6 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Rasulullah saw. bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Syaitan kalah dengan orang yang ikhlas.

Iblis menjawab, demi kekuasaan Engkau, aku akan sesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka." (Shaad: 82-83)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, Kecuali hamba-hambaMu yang ikhlas". (Al Hijr: 39–40)

Di dalam Mikhtashar Minhaj al Qosidhin disebut satu riwayat sebuah kisah, ada satu pokok yang sering disembah oleh penduduk kampung. Maka ada seorang lelaki mengatakan,”Aku akan tebang pokok itu yang telah menyebabkan ramai manusia menjadi syirik”. Lelaki itu pun mengambil kapak dan pergi ke pokok tersebut untuk menebangnya.

Syaitan yang menyerupai manusia menunggu di pokok itu dan berkata,”Apa yang kau ingin lakukan ?" Lelaki itu menjawab,’Aku ingin tebang pokok ini. Ramai telah syirik kerana menyembah pokok ini". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini". Lalu terjadilah pergelutan dan lelaki itu berjaya mencekik syaitan yang menyerupai manusia itu. Syaitan berkata, "Aku mengaku kalah dan kau boleh tebang pokok ini.

Tetapi dengar dulu cadangan aku. Kau tidak akan dapat apa-apa faedah pun jika kau tebang pokok ini. Orang kampung akan cari pokok lain untuk mereka sembah. Jika kau setuju untuk tidak tebang pokok ini, aku akan berikan dua dinar di bawah bantal kau pada setiap pagi." Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pada keesokan harinya dia mendapati ada dua dinar dari bawah bantalnya. Kemudian pada esok harinya lagi dia tengok tidak ada dua dinar seperti yang dijanjikan. Lelaki itu merasa marah lalu mengambil kapak dan pergi untuk tebang pokok itu. Setiba di pokok itu, syaitan telah sedia menunggu. ”Apa yang kau ingin lakukan ?". Lelaki itu menjawab,’Aku nak tebang pokok ini. Hari ini tidak ada 2 dinar seperti yang kau janjikan. Kau telah tipu aku". Syaitan itu berkata, "Aku akan menghalang kamu. Kamu perlu mengalahkan aku untuk tebang pokok ini".

Lalu terjadilah pergelutan dan kali ini lelaki itu kalah, syaitan telah berjaya mencekik lelaki itu" Syaitan berkata,”Tahukah kamu siapa aku?" Syaitan memberitahu dia sebenarnya adalah syaitan". Lelaki itu bertanya, mengapa hari itu aku dapat kalahkan kau tetapi kali ini aku tidak dapat kalahkan kau?" Syaitan menjawab, "Kali pertama kau datang, niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau datang kerana kau marah tidak dapat dua dinar dan apabila kau tidak ikhlas kerana Allah maka aku berjaya mengalahkan kau".

tazkirah/-

Thursday, January 26, 2012

RASULULLAH IKONIK AKHLAK

Malam ini selepas solat Isya' di Masjid Taqqarub Taman Tiong, sapaan seorang jemaah menjemput untuk solat hajat di rumah sahabat merai dan bersyukur atas kejayaan anaknya dalam PMR 2011.

Selesai solat dikuti dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW dimana pujian untuknya kerana baginda diutuskan oleh ALLAH SWT untuk membina akhlak manusia di muka bumi ini. Selawat ini berkebetulam tibanya hari kelahiran Baginda Rasullullah pada bulan Rabaiulawal ini..bulan maulud. Nyayian merdu penuh makna bagi kita semua supaya sentiasa mengikuti akhlak dan budi pekerti tinggi baginda.

Selepas selesaikan para jemaah dijamukan dengan juadah ringan dan berat.
Kata ulamak, sekiranya kita berakhlak sepertinya maka indah aman dunia ini. Bolehken kita mengikutinya?

Wednesday, January 25, 2012

Ribut Solar Berradiasi Bahaya


GAMBAR yang dirakamkan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan pada 22 Januari lalu menunjukkan nyalaan solar di Hemisfera Utara di matahari.

Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam.

Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.

- Agensi
Posted by MOHD. ADHA MOHD. ZAIN on Wednesday, January 25, 2012

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai Buat Rakan Tionghwa



Besok bermulalah sambutan tahun baru buat rakan masyarakat tionghwa, jika sebelum ini kita sambut MaulidulRasul dan Tahun Masihi 2012..semua nya memanifestasikan agar kita lebih makmur bahagia dengan budaya kerja berkomitmen serta berintergriti tinggi tanpa membuat dosa kepada sesama manusia dan kepada PENCIPTA.

Musim Bergulai

Nah, kini dah tiba cuti yang agak panjang juga jika sekiranya ambil cuti. Sambutan Tahun Baru Cina dengan cuti umumnya jatuh pada 23-24 Hb Januari 2012 , jika ambil cuti Ahad, Rabu dan Khamis tentulah jumlah cutinya menjadi 9 hari. lantas diri sendiripun ambil cuti atas sebab musim bergulai@ kenduri.

Dah bermula hari ini dengan 3 tempat tetapi hanya 2 yang mampu, esok lusa dan seterunya ada saja jemputan makan kenduri.. Jika kenduri tentu lauk pautnya daging dan sumber protin dengan kalestrol yang agak tinggi. Jika lebih makan, maka diri ini akan tak ceria kerana dalam badan banyak toksik dan asid. Wajar beringat kerana badan dah vateran dengan enjinya perlu dijaga.

Satu sebab lain,ambil cuti untuk 3 hari ini kerana rekod menunjukkan jika tak almbil 3 hari maka 3 hari ini akan burn, kini ada 73 hari, 70 hari cuti untuk tahun 2012, 3hari perlu dibereskan. Juga dah simpan sebanyak 150 hari untuk GRC...ok la tu.

Kini bersiap nak makan gulai pula..

Thursday, January 19, 2012

Perutusan Yang Perlu Di Aksikan

Pagi ini bertempat di BTPN Kelantan berlangsung Majlis Perutusan Tahun Baru 2012 oleh YABrs. Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan. Perutusan ini disebarkan kepada semua 148 Pengetua dan 418 Guru Besar seluruh sekolah negeri Kelantan. Majlis yang dimulai dengan Lagu Negara Ku dan Bacaan Doa selamat ini dialuankan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Kelantan.

Menyambut kedatangan tahun baru dengan menbuat transformasi, masa,pemikiran,matlamat,tindakan,sikap, pencapaian serta yang lain yang berkaitan kearah meningkatkan pencapaian dan kecemrlangan dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi sebagai orang penting dalam menjayakan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara Pengisian taklimat tahun bari ini ialah:

1. KPI Peperiksaan Awam: UPSR dan PMR 2011 serta rekod pencapaian lima tahun dari tahun 2007. Yang perlu menjadi fokus kepada semua pentadbir ialah bagaimana untuk mencapai ETR 2012, iaitu:
UPSR: Semua A: 18.00 %, Lulus ABC: 76.00% , GPN: 2.00
PMR: Semua A;11.24%, Lulus: 75.75%m GPN:2.50
2. Pencapaian Kokurikulum melibatkan Kelab & Persatuan serta Pasukan badan Beruniform di peringkat Negeri dan Kebangsaan serta antarabangsa.
3. Kejayaan MSSK Kelantan 2011
4. Fokus 2012 antaranya;
Memberi perhataian kepada pelaksanaan dasar KPM: KSSR, MBMMBI,PBS,Linus, 1M1S serta tindaikut keberkesanan pelaksanaan dan dokumentasi pelaporan

Dalam menentukan maju mundurnya kuantiti dan kualiti pendidikan , peranan pentadbir dan guru dalam pelaksanaan P & P jangan dikesampingkan. Back To Basic dengan;
1. Guru sentiasa berada dalam bilik darjah
- Pengetuan/Guru Besar dengan 70% masanya perlu berada di sekolah manakalan Guru perlu berada 80% masanya dalam bilik darjah.
- Aktiviti untuk guru dicadangkan pada Hari Jumaat, Sabtu atau Ahad ( sebagaimana pernah dilakukan sebelum ini)
- Memupuk kreativiti dan inovasi dalam P & P dan lebih mengutamakan Online
2. Menangani Disiplin Pelajar dengan kaedah close nonitering dan caring schools
3. Linus dan pencapaiannya- semua sekolah melalui PPD perlu merancang dan melaksanakan dengan baik agar capaian KPI yang dihasratkan akur.
4.
a)Pencapaian NKRA
SBT- dari 2 menjadi 4 buag sekolah tahun 2012
b)Pencapaian Band Sekolah 2011 Negeri Kelantan
Band 1 - 30
Band 2 - 183
Band 3 - 173
Band 4 - 19
Band 5 - 7
Band 6 - 3
Band 7 - 2

Selain fokus KPPM yang melibatkan KPI Akademik, tumpuan juga diberi kepada fokus ini iaitu:
- Membina Keupayaan Pentadbir/Guru mellaui program latihanm dalaman, pembacaan ooaching dan mentoring dalam memantapkan P & P.
- Pendemokrasian Kecemerlangan dengan metlamatnya meningkatakan kecemerlangan untuk semua murid melalui kreativiti dan inovasi guru dalam P & P, tiada kelas tanpa guru walaupun masa relief.
- Transformasi Pendidikan Vokasional keraha melahirkan warga dengan kemahiran yang mantap dalam bidang diceburi.
- Guru Penyayang dimana menjadi guru yang memenangi hati murid, mempedulikan murid dengan mengalukan kehadiran murid ke sekolah , khidmat nasihat mentor-mantee serta melalkukan P & P Penyayang dengan menghargai setiap murid.

Sekiranya itu yang mampu kita laksanaka, maka impak besar kecemerlangan akan dapat dirasainya nanti.. Insyaallah.

Sayugia dimaklumkan bahawa peranan JPN dan PPD hanyalah sebagai pemudahcara.

Tuesday, January 17, 2012

Erti Sebuah Kasih Sayang


Dalam seminggu ini selang sehari dua , haiwan peliharaan anak , kucing yang penuh manja dengan tuannya pergi meninggalkan tuannya untuk selamanya kerana dijangkiti wabak flu. Jika dulunya manjanya bermain, kini hanya tinggal LUCY yang dah mula ceria setelah sakit pada awal bulan ini. Sebelum ini ibunya, Jollie mati disebabkan kesan melahirkan anaknya, diikuti oleh ketiga babynya. Kemudian dikuti oleh jojie sioren , semalamnya pula oleh bobborn dan hari ini oleh Snowbell.

Wabak ini menyebabkan esofogus dan mulutnya berair kesan pecahan tisu dalam mulutnya. Ikhtiar telah dibuat dengan membawanya menemui Doktor Veterinar di Tunjung, disuntik dan diberi ubatan tetapi jika dah ketentaun ILLAHI, ia tetap pergi meninggalkan tuan penjaganya.

Terkadang tersentuh hati ini, apabila anak-anak terutama anak ke lima, yang akan menitis air mata apabila melihat haiwan kesayangannya kembali mengadap PENCIPTA. Tetapi, Alhamdulillah tetap redha dengan ketentuan ini. Kita dah membantunya sedaya upaya untuk meneruskan kehidupannya.

Maka begitulah erti sebuah kasih sayang walaupun hanya haiwan peliharaan. Maka sudah semestinya kasih sayang ini bertamabah-tambah lagi antara kita sesama manusia. Sekiranya kita hidup dengan berkasih sayang amatlah indahnya dunia ini.

Rasanya kucing tak pernah membenci kita

Rupanya Hang Hang Hang Hang Hang Hang ini tak pernah wujud


Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Jika begitu maka idola Hang Tuah Hang Jebat bagi ku hanya retorik semata-mata.. entah aku sendiri pun ditipu sekiranya pernyataan di atas ada kebenarannya.

Yang wujud hanyalah hang hang ini yang selalu berperang dan berhasad dengki antara satu sama lain.. suatu legasi perosak tamaddun bangsa ku.


Ketepikan hang itu hang ini...bersama memacu kecemerlangan.

Monday, January 16, 2012

Kopi : Minuman Kegemaran



Sejarah

Sejarah kopi dapat ditelusuri jejaknya dari sekitar abad ke-9, di dataran tinggi Eithopia. Dari sana lalu menyebar ke Mesir dan Yaman, dan kemudian pada abad limabelas menjangkau lebih luas ke Persia, Mesir, Turkie dan Afrika utara.Dari dunia Muslim, kopi menyebar ke Eropa.

Kopi sering dianggap sebagai minuman yang tidak baik untuk kesihatan walaupun tidak ada kajian yang dapat membuktikannya setakat ini. Antara puncanya adalah kerana kandungan kafein yang terdapat di dalam kopi. Kajian mendapati kandungan kafein di dalam kopi adalah sekitar 1% sahaja. Kafein pula akan menjadi lemah apabila bergabung dengan protein dari susu.

Kafein adalah senyawa alkaloid xantina berbentuk kristal dan berasa pahit yang bekerja sebagai obat perangsang psikoaktif dan diuretik ringan Kafeina ditemukan oleh seorang ahlikimia Jerman, Friedrich Ferdinand Runge, pada tahun 1819. Ia menciptakan istilah "kaffein" untuk merujuk pada senyawa kimia pada kopi.

Berdasarkan penelitian dari Oklahoma Medical Researh Foundation, secawan kopi tidak hanya menjadi minuman yang nikmat, namun juga punya banyak khasiat. Yang terbaru di antaranya kopi dapat mencegah serangan sklerosa berganda (multiple sclerosis) atau mati rasa pada tubuh seseorang pesakit. Penelitian ini telah disiarkan di media online National Academy of Sciences.


Jenis biji kopi

Ada dua spesies dari tanaman kopi; Arabika adalah kopi tradisional, dan dianggap paling enak rasanya, Robusta memiliki kafein yang lebih tinggi dapat dikembangakan dalam lingkungan di mana Arabika tidak akan tumbuh, dan membuatnya menjadi pengganti Arabika yang murah. Robusta biasanya tidak dinikmati sendiri, disebabkan rasanya yang pahit dan masam. Robusta kualiti tinggi biasanya digunakan dalam beberapa campuran espresso.

Antara khasiat meminum kopi adalah seperti berikut :

1. Mengembangkan salur darah. Kerana itulah minum kopi dapat menghilangkan mengantuk. Apabila salur darah mengembang, lebih banyak darah (beserta oksigen) yang dapat dihantar ke bahagian badan antaranya otak. Ia juga akan dapat menghalang pengumpulan toksid di dalam otak. Menghidu bau kopi sudah cukup menyegarkan.

2. Meningkatkan daya denyutan jantung dan nadi. Darah akan bergerak lebih lancar dan keupayaan bekerja akan meningkat. Minum kopi di waktu bekerja ternyata boleh membantu kita tetap segar dan berkonsentrasi. Penelitian menunjukkan atlit yang mengambil minuman yang mengandung cafein karbohidrat setelah berbasikal memiliki lebih banyak glikogen (energi) dalam ototnya bila dibandingkan dengan atlit yang tidak mengambil. Glikogen akan membantu kita lebih cepat dan aktif dalam sesi berikutnya.Hasil penyelidikan dari University of Scranton USA, University of Athens, Harvard School of Public Health & Keio University, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi, menjadi anti oksida, membantu merawat kanser, sakit jantung, kencing manis dan strok.

3. Menjadikan usus lebih aktif. Ini akan membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik dan dapat mengurangkan kemungkinan sembelit.

4. Meransang kelenjar perut untuk membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini baik bagi membantu penghadaman makanan yang lebih sempurna lebih-lebih lagi makanan yang tidak dikunyah secara sempurna.

5. Melawan kegemukan. Orang yang sering minum kopi diketahui berat badannya lebih stabil selama 12 tahun dibandingkan dengan orang yang berhenti minum kopi.

6. Menghilangkan bau mulut. Kopi juga dapat menghilangkan bau mulut akibat gas makanan.

7. Mengurangi risiko penyakit. Menambah konsumsi kopi boleh menghindari kita dari risiko kanser hati. Dua cawan kopi sehari dan risiko kanser akan berkurang 43%. Wanita yang minum kopi risiko terkena serangan jantung berkurang 24%. Antioksidan yang terdapat dalam kopi diduga melindungi kita dari penyakit-penyakit itu. Kandungan kafein dan polipenhol dalam kopi melindungi tubuh melawan kanser payudara. Juga dapat mengurangi risiko terkena penyakit alzheimer dan dementia (hasil penelitian yang dilakukan di Finlandia dan Swedia. Jan 16, 2009)

8. Kualiti sperma yang jauh lebih sihat.Dari penelitian melalui ujikaji yang dilakukan, menghasilkan bahwa mereka yang mengambil kopi secara rutin setiap hari memiliki kualiti sperma yang jauh lebih sihat berbanding mereka yang tak mengambil kopi.Minum kopi dapat membuat sperma "berenang" lebih cepat dan mampu meningkatkan tahap kesuburan lelaki. Perkara ini diumumkan oleh ilmuan Brazil pada pertemuan American Society for Reproductive Medicine di San Antonio. Minuman ini juga diyakini dapat memberikan tenaga kepada sperma apabila ia diambil beberapa cawan dalam sehari. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Sao Puala, kopi akan meningkatkan daya pergerakan sperma yang akhirnya dapat meningkatkan potensi kehamilan pada pasangan. Bagaimanapun, fungsi kopi ini akan terganggu jika lelaki tersebut merokok.

9. Dapat mempengaruhi pendapat seseorang.Harus berurusan dengan orang yang sulit diajak kerjasama? ajaklah ia menikmati secawan kopi. Kafein akan membuat orang lebih terbuka.

10. Membantu daya ingat.Minum secawan kopi sebelum pertemuan penting dengan klien barangkali layak dicuba agar daya ingat dan otak lebih tajam. Tapi ternyata ada penelitian lain yang menyebutkan bahwa minum kopi dapat menyebabkan halusinasi, apabila terlalu banyak mengambilnya.

KOPI adalah sejenis minuman, biasanya dihidangkan panas, dan dipersiapkan dari biji dari tanaman kopi yang dipanggang. Saat ini kopi merupakan komoditi nomor dua yang paling banyak diperdagangkan setelah minyak petrol. Total 6.7 juta ton kopi dihasilkan dalam era waktu 1998-2000 saja. Diperkirakan pada tahun 2010, produksi kopi dunia akan mencapai 7 juta ton per tahun ( dari FAO). Kopi merupakan sumber utama kafein.

Minum kopi selepas makan telah menjadi budaya masyarakat Barat. Namun bagi orang Asia, ia sering dilihat dalam perspektif yang negatif walhal khasiatnya amat banyak. Jika anda masih bimbang, terdapat banyak kopi tanpa kafein di pasaran hari ini.

Terdapat riwayat menyatakan bahawa kopi adalah antara minuman kegemaran Baginda Nabi Muhammad s.a.w selain madu dan susu.

Bila berkesempatan masa biasanya secangkir kopi bersama sebungkus nasi berlauk ikan kembung dan kadang-kadang beserta dua biji telur separuh masak sempat dihabiskan bersama rakan di Kedai Pak Kob, Depan Toyota, Jalan Kuala Krai. Biasanya kos sarapan pagi ini RM3.70.

Wallahualam


( Kenangan lalu semasa masih bersekolah rendah, pokok kopi dihalaman rumah menjadi tempat ngukas.. kini pokok ini dah tiada lagi sehingga anak-anak muda dah tak kenal pokok kopi yang dulunya ditanam tumbuh di kampung yang permai ini. Kopi ori hasil tangan emak amatlah enak )

Friday, January 13, 2012

Muhasabah Diri

Petikan Dari Malaysiakini
Tuhanku! Apakah daku telah kembali kepadamu?
Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

8:55AM Jan 13, 2012

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kita sering mendengar cerita orang itu dan orang ini kembali kepada Islam. Cerita orang tertentu ‘kembali kepada Islam’ kadangkala boleh dikomersialkan, terutama apabila dia ternama atau selebriti. Mungkin majlisnya bertambah meriah. Bayaran bertambah tinggi. Sorak sorai makin menghilai. Tepukan makin gemuruh.

Kita wajar bertanya: “Apakah maksud seseorang kembali kepada Allah? Ini satu persoalan yang kelihatan mudah tetapi kadangkala bukan senang untuk benar-benar mengerti hakikatnya. Apabila lambang-lambang agama itu boleh menghasilkan kepentingan dunia, maka soalan ini makin sukar dijawab. Ramai orang yang ingin menggunakan agama bukan kerana dia mencari Tuhan, tetapi kerana agama boleh menjadi jambatan meraih banyak kepentingan duniawi dalam kehidupan ini.

Seorang pesalah yang penuh jenayah ke mahkamah dengan memakai kopiah, apakah itu bererti dia kembali kepada Allah? Seorang penyanyi yang memakai kopiah atau ‘baju melayu’, apakah itu bererti dia telah kembali kepada Allah? Seorang peniaga yang meletakkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya, apakah dia telah kembali kepada Allah? Seorang yang telah menukar beberapa perkataan hariannya kepada perkataan arab seperti ana, enta, akhi, ukhti, jamaah dan lain-lain, apakah dia telah kembali kepada Allah. Seorang yang menyertai organisasi atau parti yang berlambangkan agama, apakah dia telah kembali kepada Allah? Bahkan seseorang yang mengikut kawan-kawan hadir ke kuliah agama disebabkan tawa-senda riang gembira yang didendangkan oleh penceramah, apakah dia telah kembali kepada Allah?

Kesemua persoalan ini sukar dijawab melainkan oleh diri insan yang berubah itu. Apakah perubahannya itu satu manifestasi ketulusan jiwa yang dahagakan redha dan cinta Tuhan, ataupun itu satu trend yang mempunyai keseronokan yang tersendiri, ataupun satu tindakan yang mempunyai kepentingan duniawi yang tertentu.

Al-Inabah

Perkataan kembali kepada Tuhan disebut sebagai al-inabah ataupun kembali kepada Allah. Al-Quran sering menyeru manusia agar berinabah kepada Allah dan menzahirkan manifestasi tersebut dalam bentuk penghayatan. Firman Allah: (maksudnya) “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan berinabahlah (kembalilah) kamu kepada Tuhan kamu, serta serahlah diri kepadaNya, sebelum datang kepada kamu azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan”.

Insan kembali kepada Allah apabila merasakan diri tersesat ataupun berdosa. Dia hanya mengharapkan keampunan dan keselamatannya apabila bertemu Allah nanti. Mencari sakinah atau ketenangan roh di dunia dan kelazatan hidup di akhirat. Dia tidak kembali kepada Allah sebagai satu ‘pameran’ untuk menyukakan perasaan orang lain atau mengaut satu keuntungan atas tiket al-Inabah. Sama sekali tidak! Jika itu berlaku, hakikatnya dia tidak kembali kepada Allah. Inilah yang Nabi s.a.w tegaskan semasa hijrah. Soal keikhlasan jiwa insan yang berhijrah atas nama Tuhan. Mungkin petunjuk zahir kelihatan sama di mata awam, namun hakikat di sisi Allah berbeza. Justeru Nabi s.a.w menyebut: “Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulNya. Sesiapa yang hijrahnya mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya.” (Riwayat al-Bukhari).

Ikhlas

Maka, perkara maha utama dalam agama ini ialah soal keikhlasan insan terhadap tuhannya. Ia adalah perkara rohani yang paling ramai manusia gagal menunaikannya. Bukan sahaja orang jahil yang gagal dalam menanganinya, telah gagal juga orang alim. Bukan sahaja gagal para penceramah agama, telah gagal juga para mujahid yang berperang di jalan Allah. Bukan sahaja telah gagal mereka yang membaca buku biasa, tetapi telah gagal mereka yang membaca al-Quran. Bukan sahaja telah gagal penderma kecil, tetapi telah gagal juga penderma yang besar.

Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).

Hadis ini sangat merunsingkan kita semua. Demikianlah besarnya peranan ikhlas. Sejauhmana pun manusia memuji kita, tiada ertinya jika amalan kita ini tidak dinilai ikhlas di sisi Allah. Hakikat yang mesti direnung oleh setiap insan tentang dirinya: siapakah aku ini di sisi Tuhanku?”. Segala ceramah, pakaian agama, bahasa yang ‘berbunyi’ agama, lambang yang ‘bercorak agama’ dan segalanya itu tiada apa-apa erti jika seseorang itu ditolak keikhlasan oleh Allah. Syaitan boleh menukar niat yang murni menjadi bongkak dan riyak. Akhirnya berguguran pahala bagaikan daun yang kering. Ya Allah! Betapa kami takut hal itu. Ampunilah kami, curahkan keikhlasan ke dalam nurani ini.

Mencari Tuhan

Saya tersentuh membaca coretan Naima B. Robert dalam ‘From My Sisters’ Lips’. Karya menarik tentang pengembaraan dirinya dan wanita lain dari alam kesesatan kepada Islam. Beliau mencatatkan betapa wanita di UK yang menemui Islam mempunyai pelbagai latarbelakang yang tersendiri. Berubah sekalipun terpaksa berkorban hidup dalam masyarakat seperti UK yang minoriti muslim. Keikhlasan membawa mereka kepada Tuhan.

Saya ingin memetik ungkapan beliau: “As i read through the few stories I have collected, I am reminded of their value: they show the universal appeal of Islam. The sheer diversity of the backgrounds and life experiences that characterize the sisters in this book show that Islam can speak to anyone...they each have their own unique personality, their own voice. They were arch feminists, African nationalists, underground anarchists, music moguls, rock rebels, disco queens, devoted church-goers, designers, athletes, models, singer career girls, Masters students, cultural Muslims, Christians, Sikhs, atheists, from every racial backgrounds and all ages. And, most unexpectedly, Islam was able to reach out to each of them, to settle in their hearts and speak to every one of them in a personel way, giving them the answers they were looking for and changing their lives for ever”. (pg 98).

Ya, ramai yang telah kembali kepada Tuhan. Mencari kebenaran bukan untuk pameran kebanggaan atau komersial yang mendatang faedah duniawi seperti yang berlaku di sesetengah tempat, tetapi untuk diri sendiri. Ya, boleh dikongsi untuk pengajaran, bukan mengaut kekayaan. Kembali insan kepada Tuhan ialah kepada tauhid yang hakiki dan murni. Menjadikan Allah sebagai paksi kehidupan. Inilah perkara penting yang perlu difahami oleh setiap muslim. Indahnya Islam ini kerana ia membuka hubungan langsung antara hamba dengan tuhannya. Tauhid yang kudus dan penuh murni. Tiada perantaraan paderi atau ustaz atau pun wali atau siapa sahaja dalam hubungan terus insan dan Tuhan.

Malangnya, sesetengah golongan agama suka mengambil kesempatan atas kejahilan manusia lalu cuba menjadi orang tengah yang mendapat komisyen. Sekali lagi saya ingin memetik apa yang Robert coretkan dalam ‘From My Sisters’ Lips’: “...to worship God alone. This is the cornerstone of the Islamic faith: tawheed –pure and unadulterated monotheism. The Islamic lifestyle revolves around the worship of the Creator alone, without any partners. There are no intermediaries: no all-powerful clergy, no confessional priests, no saints to be called upon, no prophets to be sacrificed to, no deities to be appeased, no ancestors to be consulted...The depth and comprehensiveness of Islamic monotheism blew my mind. I could not think of another belief system that kept worship uniquely and solely for God alone”. (pg 101).

Kita semua perlu kembali kepada Tuhan. Kita semua sering melakukan dosa. Tidak kira siapa kita. Kita kembali kepada Tuhan untuk mentauhidkannya dan mendapat keampunan serta hidayahnya. Tidak untuk selain itu. Maka wajar kita sering bertanya: “Siapakah daku di sisi Tuhanku? Wahai Tuhan apakah aku telah kembali kepadaMU?

Bersama bermuhasabah diri sendiri

Thursday, January 12, 2012

"Refresh"

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nostalgia - Tanggal 25 November 1985, Hari Isnin, cuti Maulidur Rasul, kereta kebanggaan Malaysia diterima setelah hampir setahun dilaburkan RM500.00 untuk bookingnya. Proton Saga 1.5S Cini Blue mencuri perhatian setiap warga apabila menyusuri jalan. Hebat dijalanan dengan sokongan padu kepimpinan negara.

Bimbang juga apabila behenti saja di suatu tempat maka ramailah yang mengerumuninya, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang tangannya petah meraba. Kehebatanya diuji sendiri apabila proton ini telah menaiki puncak Genting Hinglands sebanyak 10 kali sewaktu menabur bakti di bumi Pahang Darulmakmur.

Kini setelah hampir 26 tahun dengan melalui servis biasa, maka proses pembugaran enjin dan yang berkaitan dilakukan oleh 'pakar injin' dari pusat servis proton yang telah lama dikenali sejak awal pembelian lagi.Jam 6.30 petang,Khamis 12 Januari 2012, enjin dikeluarkan sepenuhnya dari tapak enjin.

Proses pembaikan dijangka hampir seminggu. Kata pakar enjin proton berkenaan, alat ganti tiada masalah, semua alat ganti masih ada. Bermakna selepas ini, ngauman protonku akan hampir sehebat semasa mula beli dulu. Walaupun harga pasarannya mungkin dah tak mencecah RM1k.

Ramai anak muda yang cuba menggoda.
"Abe! jual proton ni, maka jawab ku, dok jual dik kerana abe jugak masih muda walaupun usianya...."

Tetapi yang penting buatku ialah keselesaan dan keselamatan semasa memanduya.Inilah sebuah catatan tentang Proton Saga ku dengan plat DP ....

Maka sewajarnya kita juga perlu sentiasa refresh supaya ubur jiwa muda menabur bakti kepada anak bangsa sentiasa konsisten.

Wednesday, January 11, 2012

Memperhebatkan Pengurusan Akademik

Tepat jam 8.30 pagi, 11 Januari 2011(Rabu) bertempat di BTPN Kelantan berlangsung taklimat bersama antara pegawai SPA JPN dengan Pegawai Pengurusan Akademik PPD. Antara pengisiannya ialah:

1. Halatuju SPA JPN Kelantan - Tn. Hj. Jaafar Ismail, KSPA
2. Dasar KPM - En, Mohd Hasany Hashim, KPP(BM)
3. Pengurusan Akademik dan Pemantauan - Wan Mohamed Zuri Wan Abdullah, KPP(Sains)
4. Pengurusan Data dan E-Cakan v7 - En. Mohd Razali Abu Talib, PP(Sains) & En. Ehsham Mat Hussain, PP(BM)
5. Takwim 2012 - En. Nor Azizi Sulaiman , KPP(BI)

Taklimat yang dipengerusikkan oleh En. Setapa Mahmood, Penyelia Pelajaran Kanan ini dhadiri oleh seramai 80 orang .

Bagi perkara 3, saya telah berkongsi maklumat mengenai aksi semua pegawai dalam menterjemahkan pelaksanaan dasar KPM serta program Khasnya disamping menyentuh kepentingan kepengurusan kurikulum di jabatan dan daerah. Sesungguhnya kejayaan akademik di sekolah amat berkait rapat tentang kerja buat di daerah maupun di jabatan setelah diperturunkan dari penggubal dasar di KPM.

Tahun 2012 adalah tahun beraksi

Saturday, January 7, 2012

Kasih Sayang Ibu Ayah



Supaya kita menjadi manusia yang akur PENCIPTA

Friday, January 6, 2012

Insan Gemilang Insan DiJulang

Kita adalah Insan yang bergelar manusia
Adalah sebaik kejadian ciptaan ALLAH SWT
Lantas sebaik kejadian tentunya sebaik tindakan
Tetapi masih ada dikalangan yang sehina binatang
Sukar dikalangan yang semulia malaikat

Hak aku tentulah hak aku
Tetapi hak kau itu adalah hak aku
Kerana dunia ini aku yang empunya
Apa perlu peduli
Dosa itu masing-masing jawab
....Dunia dah jadi neraka

Tetapi sekiranya teguh iman takwa didada
Maka dunia ini milik kita semua
Tolong bantu bersama mengelak dosa
Nantinya hidup aman bahagia
.....Dunia dah jadi syurga

Jadilah insan gemilang
Walaupun kita tak nak tetapi akhirnya kita akan dijulang

Thursday, January 5, 2012

i-Cakna pemangkin jaya



Sudah sedia maklum bahawa setiap dasar, program atau aktiviti yang dilaksanakan akan menjurus kepada pencapaian yang dihasratkan. Pencapaian ini melibatkan kuantiti dan kualiti yang kini begitu popular sebagai Keys Performance Indicator (KPI). Dengan merujuk nilai mula(TOV) melalui OTI dan ETR, perlu setiap prosesnya dengan bermuhasabah akan kekuatan, kelemahan, peluang dan kekangan sebelum hasil sebenar dicapai, AR.


Dalam membincangkan hal ini, analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang, kekangan)tidak boleh dilupakan. Begitu juga dengan Blue Ocean yang mencari strategi @ pendekatan yang meminimumkan persaingan.



Dalam mengejar kecemerlangan, pancapain keseluruhan serta untuk mengurangkan kegagalan, outcome amat jelas untuk dilihat terlebih dahulu kemudian barulah diikuti dengan merancang dan melaksanakan aktivitinya. Aktiviti ini sentiasa disesuaikan dengan tenaga kemahiran serta sokongan material yang dimiliki.

Program @ aktiviti ini adalah INTERVENSI dalam proses mencapai matlamat. Intervensi yang mantap hebat membuah kejayaan tetapi intervensi yang hanya melepas bantuk ditangga yang dapat hanyalah 'gitu-gitu' sahaja. Penat lelah dengan fulus yang banyak dibelanjakan tetapi agak mengecewakan.

Sehubungan dengan itu, pendekatan dalam melaksanakan pelbagai program INTERVENSI ini, mulai 2012 akan diperkemaskan lagi dengan dinamai dengan i-Cakna. Sebelum ini dalam pemantapan P & P Guru serta pengurusan kurikulum didahului dengan e-Cakna.

Kecaknaan amat diperlukan untuk menempah jaya.

Wednesday, January 4, 2012

Adakah ini hasil pendidikan kita?

Begitu penat lelahnya warga pendidik bertugas "mendidik" anak bangsa untuk melapisi kepimpinan masa depan memaju negara tercinta ini. Tetapi kadangkala dikalangan kita semua ada yang dah "dididik" ini seolah-olah "belum dididik" @ "terdidik" sehingga merosakkan hasrat dan falsafah pendidikan itu sendiri.



....rosaknya kehadiran tahun baru 2012


Atau adakah masih belum cukup lagi pendidikan itu kepada kita semua.
Bagi orang yang terdidik bahkan lagi yang takut kepada ALLAH SWT sepatutnya tidak akan ada lagi perosak ketamadunan ini bahkan menunjukkan model contoh yg baik dari sudut penampilan dan syakhsiah untuk semua.



Bersama kita renungkan...

Tuesday, January 3, 2012

Jom..Jom..Jom Kita mulakan sesi baru 2012


Hari ini 3 Januari 2012, Selasa merupakan hari pertama untuk sesi baru persekolahan buat tahun baru 2012. Semua sekolah di negeri ini beroperasi walau bagaimanapun ada beberapa buah sekolah di Rantau Panjang dan Gua Musang tidak berbuat demikian kerana 'banjir' dimusim tengkujuh yang belum habis lagi edahnya.

Buat semua guru yang ada anak muridnya, maka slogan bermakna ini terus diamalkan kerana tugas utama ialah "Back To Basic" - Guru Mengajar Murid Belajar.

Jom... sekolah
Jom... kelas
Jom... Belajar


Bersama kita mula sesi ini dengan langkah yang lebih bergaya lagi..

Seamat menjalankan tugas

( Pemantauan PPSAT untuk semua sekolah bermula hari ini - sempat memantau ke SMK Kota dan SMK Long Gafar )

Sunday, January 1, 2012

2012 " We Need More Actions"



Zaman ini adalah zaman peperangan idea
Zaman kritis
Zaman kritik
Zaman kreatif
Zaman Inovatif

Bukan lagi zaman membinasa
Tapi zaman membina kemanusiaam

Bukan lagi zaman herdik hina
Tapi zaman berintelektual

Bukan lagi zaman auta
Tapi zaman hujah berfakta

Semoga kita bertambah matang
Menjelang tahun 2012 ini

Marilah kita teruskan aksi refleksi koreksi
Semakin hari semakin baik

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU
SUBURKAN PROFESIONAL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh