.................
................................................
....Hebatnya Pencipta.....
-----------------------------------------------
Siapa kita untuk membangga diri?

Radio Islamik (Indonesia)

" ISLAM DIHAYATI, RAJA DITAATI, RAKYAT DINAUNGI "

Suara Bacaan Yang Tetap Diingati

Berita Kepada Kawan

Pengorbanan

Dari Ku Untuk Mu

Logo KPM Kini

Logo KPM Kini

Ikhlas Bertugas - Menginsafi Perjalanan Ini

Sunday, June 30, 2013

Tips Penjagaan Buah Pinggang

 

FB Man Sidiq
Hari ini saya nak kongsikan menganai kesihatan buah pinggang di mana buah pinggang adalah salah satu organ dalam tubuh yang sangat penting dan organ ini juga adalah organ yang mudah rosak biarpun hanya meminum minuman yang berperisa.di bawah ini merupakan tips atau cara penjagaan buah pinggang.dan itu pun kalau anda nak buah pinggang anda sihat kalau tak sila abaikan ok!..

Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh 
 
Elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram, buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei).

Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick, dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Friday, June 28, 2013

Berkawan Dalam Politik adakah ini lumrah?

Pakatan tikam belakang kami, dakwa Dr Nasir
9:31AM Jun 29 2013  
Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim mendakwa Pakatan Rakyat "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu sekalipun berpandangan gabungan itu bukan musuh utama mereka.

"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.

"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.

"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.

Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.

"Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.

"Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya.

Serah DUN atas 'dulang emas'
Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu.

"Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya.

"Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan," katanya.

Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan "bersendirian" mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara.

"PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas.

"Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?" katanya.

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu dan kesihatan

'Penutup muka 50 sen sangat mahal'
 
"Sekeping penutup muka yang dibuat daripada kertas mahu dijual dengan harga 50 sen sekeping?

"Sangat mahal dan sungguh tidak munasabah betul," itulah kata-kata seorang bapa bila anaknya yang berada di sekolah rendah memberitahu beliau tentang penutup muka yang dijual 50 sen sekeping di sebuah kedai.

Menurut bapa itu lagi, biasanya penutup muka jenis kertas itu dijual antara RM7.00 dan RM9.00 untuk satu kotak yang mengandungi 100 keping penutup muka, bergantung kepada kualiti.

Menurut satu tinjauan di pekan Rawang dekat Kuala Lumpur, farmasi-farmasi runcit melaporkan peningkatan jualan penutup muka surgikal dalam kalangan orang ramai.

Bagaimanapun mungkin ada pihak yang mahu mengaut keuntungan daripada masalah jerebu yang melanda sekarang ini.

"Kami hampir kehabisan stok. Beberapa hari kebelakangan ini, ramai pelanggan yang bertanyakan pasal penutup muka.

"Sebelum masalah jerebu bermula, sukar bagi kami nak jual mahupun sekotak penutup muka tetapi kini kami dapat jual enam hingga lapan kotak sehari," jelas tuan punya sebuah farmasi di Bandar Country Homes, Rawang yang ingin dikenali sebagai Lee.

Penutup muka

Menurut pakar-pakar penjagaan alam sekitar, perkara terbaik perlu dilakukan ketika jerebu melanda adalah dengan berada dalam rumah.

"Tetapi bagi mereka yang perlu berada di luar rumah seperti kanak-kanak sekolah, pekerja ofis dan buruh pembangunan serta mereka yang memandu dan menggunakan motosikal, memakai penutup muka adalah perkara yang digalakkan.

"Sekurang-kurangnya penutup muka menghalang debu dan habuk asap daripada memasuki sistem pernafasan mereka yang memakainya," kata Lee.

Kementerian Kesihatan baru-baru ini menasihati warga Malaysia terutama warga tua, anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit atau masalah pernafasan seperti lelah (asma) agar mengelak daripada terlalu lama berada di luar rumah.

Peniaga alat penghawa dingin juga melaporkan peningkatan dalam jualan alat yang mempunyai pembersih udara kebelakangan ini.

"Pelanggan mahukan penghawa dingin yang mempunyai komponen pembersih udara atau 'ioniser' kerana ia membantu membersihkan udara yang tidak sihat," jelas seorang daripada pembekal itu.

Sementara itu, pengamal perubatan Dr Shuhaimi Jamil menjelaskan bahawa lebih ramai pesakit yang mahu rawatan bagi batuk, masalah pernafasan dan sakit mata dijangka mengunjungi kliniknya dalam minggu-minggu yang akan datang.

"Daripada pengalaman saya yang lepas bila jerebu melanda, lebih ramai pesakit yang mahukan ubat bagi melegakan batuk, sakit mata dan masalah pernafasan," jelas beliau.

Apa itu jerebu?

Menurut pensyarah, yang juga warga penjagaan alam sekitar, Amin Iskandar, jerebu muncul disebabkan zarah halus di udara.

"Dalam konsentrasi tinggi, zarah-zarah ini akan bertaburan serta menyerap cahaya matahari menyebabkan jarak penglihatan menjadi kurang hingga berlakunya seolah-olah alam sekeliling menjadi redup.

"Jerebu bukannya hanya berlaku di kawasan bandar, malah boleh wujud di kawasan pedalaman," katanya.

Zarah-zarah itu datang dari pelbagai sumber termasuk yang wujud secara semula jadi dan yang 'antropogenik' (muncul kerana proses tindak balas).

"Kebanyakan daripada zarah-zarah ini terbit hasil daripada kegiatan yang dilakukan manusia seperti pembakaran terbuka bagi tujuan penanaman, pembukaan tanah hutan, penggunaan kenderaan serta pembakaran bahan api dalam industri," kata Amin.

Pembentukan jerebu

"Pada satu-satu masa dalam setahun terutama semasa musim Monsun Barat Daya, pergerakan udara secara menegak akan berkurangan.

"Pengurangan berat udara ini tidak merangsang pembentukan awan secara aktif lalu menyebabkan cuaca menjadi kering.

"Terdapat juga beberapa faktor yang memanjangkan musim panas dan terdapatnya banyak pencemar udara merupakan suasana sesuai bagi pembentukan jerebu," jelas beliau.

Menurut beliau lagi, zarah-zarah yang muncul di atmosfera akan terperangkap dalam udara yang tidak bergerak menyebabkan kumpulan partikel ini menjadi mendap dan membentuk jerebu.

Bagaimana hilangkan jerebu?

Zarah-zarah dalam udara boleh dihilangkan melalui beberapa proses.

Tarikan graviti akan membuat zarah-zarah yang lebih berat jatuh ke bumi manakala zarah yang lebih ringan boleh dihilangkan melalui 'rainout' atau kondensasi wap air lalu membentuk titisan air sehingga membentuk awan.

Zarah-zarah ini juga boleh dihilangkan melalui proses penyatuan dengan titisan hujan semasa berlakunya hujan dan dinamakan 'washout'.

Satu cara lagi adalah melalui mekanisme 'turbulence' di mana zarah jerebu ditiup kuat ke lapisan lebih tinggi dalam atmosfera.

"Kejadian hujan lebat serta ribut petir adalah lebih berkesan manakala hujan yang sekejap dan tidak lebat adalah kurang cekap dalam menghilangkan jerebu," terang beliau lagi.

- Bernama

Tuesday, June 18, 2013

Dari KSPA Kini Bergelar YB Tuan Speaker

Kini sahabatku mantan KSPA JPN Terengganu yang menceburi politik sepenuh masa dilantik sebagai Tuan Speaker DUN Terengganu sesi 2013
 

Tahniah YB TN. HJ. MOHD ZUBER EMBONG

BERSAMA MENYUMBANG UNTUK KESEJAHTERAAN
 


Apabila foto berbicara

 

Monday, June 17, 2013

Antara makanan yang mencantikkan wajah



Setiap orang menginginkan wajah yang bersih, sihat dan tampak mulus. Walaupun pelembab sangat baik, makanan juga mampu membersihkan wajah dan membuat anda kelihatan lebih muda dan bertenaga. Terdapat 10 makanan yang membantu anda membersihkan wajah untuk kelihatan sihat, bercahaya dan bertenaga.

Avokado
Bukan sahaja digunakan dalam pelbagai produk kecantikan, tetapi kulit serta isi avokado kaya dengan vitamin B. Ia sangat penting untuk mendapatkan kulit yang licin, sihat, membantu mencegah iritasi, merah dan bengkak pada kulit. Anda boleh mengambilnya bersama salad, smoothie atau boleh menyapu isi buah tersebut di muka untuk dijadikan skrub.

Beri
Vitamin C sangat penting untuk kulit yang sihat dan buah beri telah membuktikannya. Strawberi dan beri hitam mengandungi serat kolagen untuk membuat kulit tampak lebih muda. Diperkaya dengan anti oksidan yang tinggi, ia turut berkesan untuk membantu mencegah keradangan tidak kira anda mengamalkannya bersama smoothie atau cara biasa.

Keju kotej (Cottage cheese)
Selenium dan Vitamin E yang terdapat dalam makanan ini dapat membantu melawan radikal bebas dan membekalkan antioksidan yang tinggi untuk kulit sihat. Ada laporan mengatakan khasiat kotej keju ini dapat mencegah kanser apabila diamalkan dalam pelan diet yang sihat.

Almond (kacang)
Asid lemak dalam makanan ini dapat membantu mengekalkan sel membrane dan dapat menyahkan toksik di dalam badan. Almond juga mengekalkan air dalam badan yang akan menjadikan kulit wajah dan badan yang pejal dan sihat. Selain itu, minyak baik yang terdapat di dalam almond ini sangat bagus untuk kesihatan jantung dan mengekalkan kesihatan berat badan.

Kentang
Kentang mengandungi zat besi yang sangat tinggi untuk keperluan tubuh. Diperkaya dengan zink dan vitamin C, kentang juga dapat membina kekenyalan kulit untuk tampil muda dan sihat sepanjang masa.

Bijirin
Walaupun bijirin dapat menyebabkan peningkatan gula dalam darah, bijirin juga dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kesihatan luaran yang anda mahu. Namun, anda harus memastikan bijirin ini mempunyai serat yang tinggi untuk mendapat manfaat yang baik kepada kulit anda.

Biji flaks
Jika anda tidak suka makan ikan dan makanan yang mengandungi lemak asid omega tiga yang tinggi, biji flaks ini merupakan penyelesaian kepada anda. Omega 3 yang terdapat dalam biji ini dapat membantu menhidratkan kulit, mengurangkan sebum, menutup liang roma serta membantu mencegah jerawat. Minyak yang terdapat di dalam biji ini memberikan kulit wajah yang berseri secara semulajadi serta kulit yang muda dan sihat.

Yogurt
Kaya dengan protein, yogurt membantu untuk membina kulit yang lebih anjal. Yogurt dari Greek mengandungi dua kali lebih protein dan kaya dengan serat. Terdapat pelbagai perisa yogurt dan anda juga boleh mengamalkan yogurt dengan tambahan buah beri, madu dan pelbagai buah lain.

Lada
Warna hijau, kuning, oren, dan merah pada lada dapat menyerlahkan hidangan anda. Karotenoid (antioksidan di dalam lada) dapat mengurangkan kedutan pada wajah, menampakkan wajah lebih muda dan sihat jika selalu diamalkan.

Mangga
Bukan sahaja sedap, mangga juga dapat membantu memulihkan kulit. Mengandungi lebih daripada 80 peratus vitamin A, anda perlu amalkannya sekerap mungkin untuk melawan radikal bebas atau kulit tidak akan berkedut pada usia yang muda. Berkalori rendah, mangga amat sesuai diamalkan sewaktu diet.

Saturday, June 15, 2013

Disebalik data ini..itulah PRU 13

 .
Ringkasan keputusan PRU13
PARTI
UNDI(JUTA)
% UNDI
KERUSI
%KERUSI
BARISAN NASIONAL
5.24
47.4
133
59.9
UMNO
3.24
29.32
88
39.64
PUBB
0.23
2.10
14
6.31
MCA
0.89
8.14
7
3.15
PRS(swak)
0.06
0.54
6
2.7
MIC
0.29
2.64
4
1.8
Pakatan Rakyat
5.62
50.88
89
40.09
DAP
1.74
15.71
38
17.12
PKR
2.25
20.39
30
13.5
PAS
1.63
14.77
21
9.46
TOTAL
11.27
100
222
100
Sumber: SPR

Wednesday, June 12, 2013

mENJELANG rAMADHAN

Semalam berlangsung upacara membersihkan Kaabah sempena kehadiran bulan Ramadan tak berapa lama lagi. Kaabah dicuci dengan campuran khas air zam-zam dan air mawar.
Upacara itu diketuai Gabenor Makkah, Putera Khaled A-Faisal dan Imam Sheikh Abdul Rahman as Sudais dan penolongnya, Muhammad A-Khozaim.
Turut hadir beberapa diplomat asing dari beberapa buah negara Islam. ~mynewshub

Thursday, June 6, 2013

Bimbang kini apabila naik Jambatan

7 Jun 2013
Struktur pembinaan susur keluar jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 30 meter di kawasan daratan di Batu Maung berdekatan Tun Dr Lim Chong Eu Expressway  runtuh kira-kira jam 7 malam ini.

Kejadian berlaku ketika jalan itu sesak dengan kenderaan orang ramai yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.


Sebahagian daripada struktur  yang runtuh  



View image on Twitter

View image on Twitter




View image on Twitter
Bulan lepas 30 Mei. berkereta bersama keluarga melalui kawasan ini.
Aiiiiii...gerun weh

Dunia Politik

 

  • 6 Jun 6 2013
 
P Waythamoorthy - sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengangkat sumpah senator hanya beberapa jam sebelum Abangnya P. Uthayakumar disabitkan bersalah menghasut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Kedua adik abang ini adalah pemimpin utama Hindraf.

Sunday, June 2, 2013

Titah Tuanku

1 JUN 2013 Keputeraan KDYMM Yang di-Pertuan Agong ..
Titah Tuanku

KUALA LUMPUR:  
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim  Mu’adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan.

Dalam titah itu, Seri Paduka mahu agar prinsip-prinsip seperti demokrasi berparlimen yang sihat dan matang, Raja Berpelembagaan sebagai teras kestabilan nasional, menghormati falsafah Persekutuan, meraikan kepelbagaian, menjunjung keluhuran Perlembagaan dan memuliakan kedaulatan undang-undang dijadikan teras panduan kepada proses itu.

“Membaik pulih semula persefahaman kebangsaan harus menjadi agenda nasional yang menjadi keutamaan semua pihak. Sama ada Malaysia terus berjaya dan mencapai tahap pembangunan berikutnya sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi atau menjadi sebuah negara gagal, semuanya bergantung kepada permuafakatan yang akan sama-sama kita capai.

“Oleh kerana itu, Beta mahu semua pihak mengekalkan dan memperkukuhkan lagi ikatan perpaduan yang sedia wujud,” titah Seri Paduka pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di sini hari ini.

Seri Paduka turut mengingatkan sesetengah pihak yang cuba membaja permusuhan dan persengketaan di kalangan rakyat demi kepentingan agenda sempit mereka, supaya segera menghentikan perbuatan yang tidak berperlembagaan itu.

Seri Paduka bertitah usaha pengukuhan perpaduan nasional tidak boleh dianggap sebagai tugas serta tanggungjawab pihak tertentu sahaja, sebaliknya ia menjadi agenda setiap warganegara.

“Beta berkehendakkan agar kerajaan pimpinan Mamanda Perdana Menteri Beta supaya memastikan setiap dasar pembangunan negara hendaklah berpandukan kepada prinsip meraikan kemajmukan.

“Realitinya, masa depan kita saling berkait dan memerlukan satu sama lain. Semua rakyat Beta, tanpa mengira kaum dan agama seharusnya mendapat pembelaan,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim melahirkan rasa sukacita kerana proses pilihan raya umum lepas berjalan dengan tertib dan harmonis.

Baginda turut mengulangi agar semua pihak menerima keputusan yang telah dibuat rakyat iaitu melalui peti undi yang selaras dengan prinsip keluhuran dan kedaulatan undang-undang.

“Jika terdapat sebarang perbezaan atau ketidakpuasan hati, maka gunakanlah mekanisme mahkamah yang sedia ada, sepertimana diperuntukan Perlembagaan dan undang-undang negara.

“Beta tidak mahu mana-mana pihak mengambil sebarang tindakan yang lampau undang-undang, mahupun lampau Perlembagaan,” titah Seri Paduka.

Seri Paduka juga berharap agar kerajaan dan rakyat Malaysia akan terus mendukung cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju, beretika, bermoral tinggi dan rakyatnya dikenali sebagai bangsa yang berakhlak, bermaruah serta disegani.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

mYcALeNdEr

TUAN ADALAH SAHABAT SAYA


BUAT SAHABAT YANG LAHIR PADA HARI INI SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR DENGAN SENTIASA MUHASABAH DIRI KE ARAH KEBAIKAN

"Insan Berkualiti Sentiasa Berusaha Menambahkan Amal Makruf dan Sentiasa Berusaha Mengelakkan Nahi Mungkar"

KLIK SIARAN PILIHAN ANDA

mY pLAYLIST

&&&&&&&&&&&&& POP Yeh Yeh Ungu

Kelih-Dengar deh