Oleh Md Izwan
KUALA LUMPUR, 24 Dis — Saksi daripada Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan Amanah Saham Nasional (ASN) Berhad dalam
perbicaraan tuntutan Mutaah bekas menantu Ketua Menteri (KM) Sarawak Tan
Sri Abdul Taib Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah hari ini
bahawa Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib memiliki aset simpanan
RM1.3 juta dalam KWSP dan 400 ribu unit saham dalam ASN.
Saksi daripada KWSP, Anisah Bt Jaafar, 39 mengesahkan akaun milik
Mahmud Abu Bekir tersebut yang mula dicarum sejak 1992 hingga tahun 2012
adalah berjumlah sebanyak RM1,367,584.66 (yang terkini) serta pernah
dikeluarkan sebanyak dua kali iaitu pada 1998 (RM158,312) dan
2011(RM1,874,331).
“Ya, jumlah terkini dalam akaun KWSP milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib ialah sebanyak RM1,367,584.66.
“Beliau juga pernah membuat pengeluaran sebanyak dua kali iaitu pada
tahun 1998 dan 2011,” kata Anisah yang juga penolong pengurus caruman
KWSP.
Menurut Anisah lagi, caruman terkini ke atas defendan Mahmud Abu
Bekir dibuat oleh dua syarikat iaitu Cahaya Mata Sarawak Berhad sebanyak
RM4,600 bulanan dan Titanium Project Management Sendirian Berhad
sebanyak RM9,200 setiap bulan.
Selepas keterangan daripada saksi KWSP, Bazit Othman, 51 yang
merupakan pengurus perhubungan ASN mengambil tempat di kandang saksi dan
memberitahu bahawa defendan, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 404,226
unit saham dalam ASN dan juga Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Bagi saham ASN, Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah 149,888.17 unit
saham yang dikira mengikut nilai pasaran semasa dan saham ASB pula
sejumlah 389,237.83 unit yang dikira mengikut harga pasaran tetap pada
RM1 seunit, menurut Bazit.
“Beliau memiliki jumlah keseluruhan 404,226 unit saham di ASN yang
mana 149,888.17 adalah di ASN dan 389, 37.83 unit lagi di dalam ASB,”
kata Bazit.
Tambah Bazit, kedua-dua akaun tersebut telah didaftarkan sejak pada 2 Februari 1990.
Sementara itu, pegawai bank CIMB Sia Kwai Buay, 58, mengesahkan
bahawa Mahmud Abu Bekir memiliki sejumlah RM5,751,557.53 dalam akaun
semasanya dan RM3,008,663.1 di dalam akaun deposit tetap.
Bekas menantu Taib Mahmud, Shahnaz Abdul Majid ketika ini sedang
menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka, dan RM300
juta tuntutan bagi harta sepencarian.
Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan yang berjalan
sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta daripada bekas
suaminya itu.
Shahnaz, kakak kepada penyanyi Datuk Shiela Majid dalam perbicaraan
sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu mempunyai 111 akaun bank dari
seluruh dunia, termasuk di Kanada, Amerika Syarikat, Caribbean,
Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong Kong.
Pihak plaintif, Shahnaz Abdul Majid diwakili oleh
peguam Mohd Rafie Mohd Shafie manakala Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
mewakili pihak defendan.
Pada prosiding November lalu, Musinah Manap,
pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank mengesahkan Mahmud Abu Bekir
membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan.
Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah
menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada Januari;
RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada
April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan
jumlah keseluruhan ialah RM782,520.88.
Bekas menantu Taib Mahmud, Shahnaz ketika ini
sedang menuntut RM100 juta untuk Mutaah, berikutan perceraian mereka,
dan RM300 juta tuntutan bagi harta sepencarian.
Shahnaz dalam perbicaraan sebelum ini berkata
jumlah RM400 juta yang dituntutnya itu masuk akal memandangkan mereka
telah berkahwin selama lebih 19 tahun dan suaminya memiliki pendapatan
bernilai berbilion ringgit.
Dalam permohonan cerai yang difailkannya sebelum
ini, Shahnaz, yang mempunyai MBA dalam Kewangan berkata, dia mahu
bercerai di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah
Persekutuan) 1948 kerana Mahmud Abu Bekir tidak memberinya nafkah batin
sejak 2001.
Pasangan tersebut bercerai Mei lalu dan perbicaraan
yang berjalan sejak 2011 ini adalah bagi menuntut sejumlah RM400 juta
daripada bekas suaminya itu.
Shahnaz, kakak kepada penyanyi Datuk Shiela Majid
dalam perbicaraan sebelum ini mendakwa bekas suaminya itu mempunyai 111
akaun bank dari seluruh dunia, termasuk di Kanada, Amerika Syarikat,
Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia, dan Hong
Kong.